Sunday 27 February 2011

Kasi relax ini Ahad, no books needed...

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.

Haa..bangun-bangun tidoq guling-guling atas katil, kasi release semua tensi dan pressure, malam semalam penat tak habis lagi terus lepak dekat uptown dengan cik buah pinggang, konon nak beli kebab je dekat depan 7E, tapi terlanjur jua ke uptown bersama beliau.Masa tengah jalan-jalan, kami pun usha la barang-barang kat situ, dah macam pasar karat, barangan antik tak terkecuali dijual kat situ, nak snap pic tak terpikir pulak aku.

Jalan punya jalan aku terpaku dengan sepasang kasut, agak menarik, berwarna hijau, tapak pun ok, smart, errmmm comfort je bahagian dalam, tapi sayang, harga beliau adalah rm150, OH TIDAK....! aku nak kasut tuhhh....=====

Friday 25 February 2011

Pressure over limit...

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Minggu ni minggu test, aku dah mention dalam entry yang lepas yang aku tak kan update blog ini, tapi bila tengok yang lain update, buat aku makin jeles, tu yang aku update...sighh..

Dalam minggu ini aku rasa pressure makin meningkat, gara-gara test yang berlambak, kepala otak makin serabut, ditambah lagi dengan sakit gigi. Pergghh...yang ini aku tak boleh layan, serius aku bleh jadi bad mood gara-gara sakit gigi. Nasib baek cik "buah pinggang" aku bagi ubat sakit gigi, jikalau tidak dah lame aku gigit housemate-housemate aku ini. grr..


Sakit gigi sebab aku dah makin besar(kot) dan ini gigi bongsu, so maknenya aku dah tak boleh membesar lagi, macam mana aku nak jadi lagi tinggi, ahhh...sudah, pendek2 pun handsome juga pe, kan2...(perasan)

Pressure sebab sakit gigi dan unnumbered tests, sampai ade lecturer cakap aku tengah datang bulan...hampeh tol...dah tension kot...mana muka tak kelat...tapi kan, cik buah pinggang aku selalu gak pesan jangan buat muka tempeyek pagi-pagi, walaupun tempeyek sedap dimakan, tapi masih lagi buat aku sakit gigi. dengan kacang dok terselit kat celah-celah gigi. Nak buang dia, perghh...lu pikiq la sendiri....

Tak lama lagi dah minggu FKA dan masih dalam proses kelulusan, aku tak banyak kerja sangat, tapi aku maybe akan jadi pengarah program untuk OPKIM tak lama lagi, haa..lagi pressure aku...Tak pernah-pernah jadi pengarah program, tup2 terus kena pegang amanah, tapi tak pe, pengalaman kot, bila lagi kan...harap-harap dengan sokongan ahli-ahli P'CES lain aku boleh control semua ini... aMiin...

Dan berapa hari lepas aku, ada check power rabun aku, waaa...dah makin meningkat, dari 150, 200, sebelah lagi 225, mak aii...tapi tak tahu lah sebab aku tak cukup tidur ke apa kan. Then aku buat keputusan buat lens baru, bingkai save, dengan multi coated lens berharga rm90, aku laburkan jugak duit aku, serius sedih, makin nak save makin banyak aku labur, sabaq-sabaq, kalau aku tak tukar lens maka agak susah aku nak study, walaupun aku memang tak suka pakai spec. tapi aku kena tukar jugak sebab dah calar-balar, yelah, aku ni lasak, mana tak calar, kikiki...

Ok lah, aku nak pi mandi dan sambung study... wish me luck babe...nanti aku update lagi...

Assalamualaikum...

NOTAKAKIBERPANTUNTANGAN :

anak kambing pulang petang,
disergah anjing tepi perigi,
bila test sudah menjelang,
masa itu lah aku nak sakit gigi

Tuesday 22 February 2011

White flag on the air...

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Aku rasa macam dah giveup nak berblog, tak tahu nape...maybe kekurangan idea kot...walaupun ada orang jeles tengok follower aku dah makin ramai dari beliau...haha...tadi kat kelas dia buat muka masam depan aku, sampai nak terkam aku kot (itu tipu), beliau lagi lama berblog ini dari aku, maybe sebab aku selalu online, so sebab dia pun duduk kat hostel dan connection internet susah nak dapat, jadi agak bersawang la blog beliau kan3 cik cokelatcair...:P

Ok, balik pada topik, aku tak tahu nak buat apa dah, dan aku ada satu soalan, apa pendapat you all tentang blog aku ini, perlu improvement ke, apa ke or whatever lah. and jangan lupa drop your comment ye anak2...

notakaki: KEK BATIK lagi sedap dari DURIAN...seriusss...!!

Monday 21 February 2011

Emak...jangan lah nangis... :'( [PART 3] - trailer

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Dua hari tak online rase macam 2tahun duduk dalam tempurung, La ni aku baru je sampai dari JB, sambil-sambil basuh baju aku pun ngadap lappy, dan aku dah decide tak pergi dua kelas hari ini. ECS n ECM, gila kau..penat semalam tak habis lagi, apa ingat dalam bus aku bleh tidoq lena...? jangan harap, kena ada bantal pelok hidup baru aku bleh tidoq lena...hahaa...

Dalam minggu ini aku akan menghadapi 6 test,( 2 lab dan 4 lecture) dan meybe aku tak update blog kot dalam waktu terdekat ini, sebab test ini 4 hari berturut-turut dan aku dah lah tak pergi kelas,sekarang ini, huhu, banyak ilmu yang tertinggal dah..relax2... dan aku akan sekadar blogwalking, folo blogger lain, agak lah...tengok lah macam mana nanti.

Dan nantikan Emak...Janganlah nangis part 3, sebab aku nak ceritakan apa sebenarnya yang terjadi masa majlis perkahwinan abang aku, nak update sekarang kondisi fizikal dan mental agak exhausted sikit, eh bukan sikit, tapi banyakkkk...sorry sebab aku letak tajuk can tuh...hee...xde idea dah ni...sorry
http://www.emocutez.com

Ini aku sediakan photoshot raja sehari merangkap abang dan isteri beliau... :D


entah apa lah yg abg aku tengok tuh... =="


raja sehari bersama ayah dan bonda
(aku tak tahu kenapa aku suka gambar ni...:D)


Haa,,,cukuplah, nak letak semua memang penuh satu entry, gambar-gambar kat atas ini adalah original version k, tak edit lagi, hee...

Nanti-nanti aku upload gambar lain. seyes banyak. sebab aku yang jadi photographer mempelai dua ekor ini...hik3...

nota kaki: antara aku dan abang aku, sapa yang lagi hensem, cakap,cakap...hahahah... =..="
http://www.emocutez.com

Thursday 17 February 2011

Emak...jangan lah nangis... :'( [PART 2]

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah pencipta sekalian alam, Akhirnya aku sudah pun beli tiket untuk balik ke kampung halaman, JB tanah tumpah darahku, (cheewah)...Tapi sebelum itu, aku kena hadapi satu test ECW210 pada malam esok (jumaat). Bas aku akan bertolak dalam pukul 11.45 malam, dan test akan habis dalam pukul 10 malam, Jadi sempat lah aku pergi makan dulu InsyaAllah. Mintak-mintaklah member2 aku ini boleh hantar aku pergi jeti.


Serius minggu ini memang aku penat gila, dengan meeting dengan part 1, malam NR bersama pengarah, dengan ASSignment segala bagai, sabar puy, sabar...

Balik pada topik, aku tak mahu cerita yang lain, hari itu, mak aku nangis bila dengar yang aku cakap aku tak dapat balik, kali ini aku nak buat beliau nangis lagi, tapi nangis gembira lah bila dia nampak aku terpacak depan rumah sebab sanggup balik untuk majlis kahwin abang aku...


kalau nak tahu cerita sebelum ni tekan SINI...

Majlis abang aku kali ini, aku nak buat havock sikit, sebab lepas ini tinggal majlis aku or adik aku jew, (bila la ek) so, aku kena buat sesuatu yang dramatik untuk dikenang seluruh ahli keluarga yang terlibat, apa aku nak buat tuh aku tak tahu. Lantak lah, :p

Lupa pulak, Abang aku dah pun selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan beliau yang masih aku tak hengat nama (apa daaa...nama akak ipaq ang pun ley lupaa...piiraah) pada hari Ahad lepas, selepas kejadian emak aku itu.

Hai selamat, pengantin baru semoga, ke anak cucu bahgia...cewah,

Moga-moga beliau dan isteri beliau kekal bahagia hingga ke akhir hayat, cepat-cepat sikit dapat anak, adik mu ni nak tambah anak buah lagi, muahaha...(aku bila lagi...?)


Ha...pas ini, gerenti soalan-soalan lazim seperti...

-EPUY BILA LAGI..?
-ABANG ANG DAH KAHWIN...? ANG BILA LAGI...? PAS NI MAKAN NASI KANDAR LA PULAK YE...?
-LEPAS INI EPUY LA EA...ANAK MAMI KE?

=..=" (mentang-mentang aku study kat Penang)

Pasal ni nanti aku update lagi, tunggu jelah part 3 ye...

Ok lah, kepala dah naik pening ini tetiba, maybe agak tak stabil sebab esok ada dua test satu hari, dengan pikiran dah mula ke JB... Sebelum aku mula mengarut, aku letak fullstop dulu .

nota kaki: jemput mai rumah aku kawan-kawan...aku belanja nih... :P

Tuesday 15 February 2011

Big n Tasty pulak...

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum

Haa...sedapnya tidoq sebelum asaq tadi, dah la pas makan, tak kesah la gemuk ke tak, dah memang aku nak gemuk pun, tak kan nak kuruih keding ja macam ni, harap-harap lah berat aku tak turun,

Cakap pasai makan, selepas ja abeh meeting P'CES bersama pelajar DEGREE infrastructure tentang MFKA (minggu Fakulti Kejuruteraan Awam), aku terdetik hati bersama encik HIJAU a.k.a SHREK untuk ke McD, tak lupa juga kepada housemate aku Encik Lan untuk makan bersama. Dah sampai, aku pun pi lah kaunter, pilih punya pilih kat bahagian menu tu, dalam hati aku berkata ('asyik BIG MAC JE...pilih lain lah pulak) then terasa nak makan BIG n TASTY punya burger dalam set McValue lunch.



hA...Macam sedap, berger ini ala-ala BIG MAC tapi dalam versi kecik, tergugat iman tak...? dalam entry lepas ada yang komen yang beliau sakit hati sebab aku letak gambaq CHEZZY WEDGES. HAHAHA... beliau berkata lagi yang beliau dah lama tak makan itu CHEEZY WEDGES yang sangat-sangat marvelous...kan kan kan XAzryx??? HAHA...relax bro, t ang makan la lau ada masa noo...aduyai...

Dimulakan dengan Bismillah maka aku pun makan lah dulu fries yang tengah panas lagi mengiurkan, relax-relax2. Aku rasa macam dah biasa untuk makan yang paling sedap ini last-last, lagi eskim SUNDAE CHOC .........


OOOOOOHHHH...http://www.emocutez.com

Eskim ini sangat lah MARVELOUS dan menjilat jari...haaa...meleh ayaq liuq angpa suma, abes keyboard basah...eee...haha...aku bukan beli satu je, tapi DUA, untuk tunaikan janji aku pada cik tiqaa, sebab semalam beliau dah pun belanja aku CHEEZZY WEDGES, dan ternyata ketiga-tiga ini lagi sedap dari DURIAN...!!

Masa aku bagi beliau eskim tadi pun, mak aii...punya EXCITED dan senyum dia pun sampai ke telinga, cakap dengan aku pun dah naik gugup, haha...cian, ESkim punya pasal.

HAAA..? lagi kena rembat aku punya BERGER,.. kau tak ni berger paling mARVElous pernah aku rasa, sedap-sedap kau lantak sampai habis, kau muntahkan baliikkkk...dah la kau rembat cheezzy wedges aku semalam,, bertuah punya anak....haha...

Relax-relax, gimik semata-mata, sahaja bagi gempak, baru nak jemput you all makan, tapi...apakan daya. satu semester sekali aku limitkan makan McD ni, yelah, tak kan nak hari-hari kot, gila apa. Tapi kalau you all nak belanja, ehem2, di alu-alukan... hee...

Masa aku tengah makan juga tadi, aku check lah resit, agak terkejut aku kenapa ICE LEMON TEA yang aku order lagi mahal dari AYAQ COKE... ? tak ke pelik... aku ini memang jenis yang tak beberapa suka sangat air coke, sebab ada terbaca artikel yang coke ini umpama pencuci lantai. Dan dah pun terset dalam minda aku

COKE = PENCUCI LANTAI.
Huh, pening. Terpana aku seketika, ahh, lantak lah, makan jangan berkira( dalam hati mampuih la duit aku) yang dah lepas tu lepas lah. janji kenyang....


nota kaki :: AKU MASIH MAHU ESKIM tu lagi...kali ini McFLURRY pulak....oh tidak...!!!
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Monday 14 February 2011

Chessy wedges...love it!


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Haa...selamat datang EBS ucapkan pada semua yang lalu lalang, yang jogging, serta yang lari pecut 100m ke blog aku yang tak seberapa ini.

Tadi aku baru je dapat CHEESY WEDGES dari cik tiqaa.

Sambil-sambil kita makan (???) cheesy wedges ni meh sini ceq cerita pasal beliau ini, beliau ini classmate ceq dalam subjek ECW, dan kami berkenalan semester lepas kot, masa tu baru balik meeting dengan ahli-ahli P'CES, jalan-jalan dengan presiden P'CES a.k.a LUQ masa tuh, then beliau ini terjumpa lah dengan cik tIqaa, yang aku ini diam je lah dengaq depa bebual. BLA BLA BLA, si luq ini ley kenal aku kat beliau...hah. terpana aku dibuatnya...huk3...

Then selepas itu, kami just senyum-senyum jelah kalau jumpa, nak tegur tak da pa nak cakap...hee..Semester baru kami rapat, (rapat je, Teman tapi mesra taw,,, tak ade lain) Aku dah janji nak belanja beliau eskim McD, sebab beliau kata beliau memang gila eskim. Tapi tadi bila kami mesej-mesej, aku yang baru balik futsal dan beliau pulak ada kat JJ(JAYA JUSCO) tengah shoping, beliau ngomel pasal ada kasut hot jual kat sana, belek-punya belek beliau tak jadi, beli dan wedges shoe yang beliau rembat, bila beliau dah kata begitu aku pun dengan perut yang lapaq walaupun kembong dengan ayaq sebab haus lepas main futsal pun teringat kan cheesy wedges KFC...
-
-
-
-


Jemput makan ye you all...haha...tadi bila jumpa beliau masih ngomel pasal kasut hot tuh...aiya...awat tak mau beli sygs oi...kang dah kena rembat padan lah muka awak tu nanti...hee...



Eh..? Dah habis dah? weyh sapa makan nih... siot tol...dah aku tengah lapaq ni depa boleh buat leceh noo...haha...tak ada lah, ni lapaq punya pasai, aku balun ja teruih.

Pada cik tiqaa, thanks banyak-banyak ye, nanti saya belanja awak eskim McD pujaan awak tuh yeh, saya pun ngidam jugak eskim tuh...seyes, hee...jangan touching ye sebab tak dapat no pujaan awak yang ke 111 tuh, dah ada orang ambil lah, blog ini makin lama makin panas, harap-harap tak akan sejuk macam bedak sejuk. Ok lah, sebelum aku mula melalut tak tentu pasal, baik aku stop sampai sini, kepala makin ting tong dek dua-dua belah kaki aku dah mula buat hal. Chalobete....

nota cheesy wedges :: cik tiqaa masih tak folo blog aku sebab nak dapat kan nombor follower cantik...haha...kiut seh...


Penghargaan...:D

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Huh, best gile main hujan tadi, dah lama kot tak mandi hujan. Tapi tuh pun sebab aku baru je main futsal dengan classmate, hari ini tak berapa perform, tapi jaringan tetap ada. Skill pulak tak menjadi sangat berbanding masa main hari Sabtu kat PACIFIC Megamall. Walau pe pun aku akan tetap naikkan prestasi dari segi skill dan finishing.
http://www.emocutez.com

Kaki aku sekarang dah macam kayu, keras semacam dek main bola dan terus kena hujan time nak balik Idaman. Sakit weyh, ada siapa sudi nak urutkan tak...? huhu
http://www.emocutez.com


=============



Berbalik pada topik, entry ini khas untuk cik yana sebab buat entry untuk EBS. Aku dah janji (ke?) nak buat restatement pasal entry beliau. Haa, kalau you all nak tahu apa yang beliau tulis, klik SINI ...

Blog beliau serius cantik, dah buat renovation, pasal aku tengok tadi tibe lain walaupun theme colour masih sama kot (ke aku yang buta).

So cik yana,
Terima kasih lah ye. Terima kasih banyak-banyak-banyak...hee
http://www.emocutez.com

notakaki: sapa nak jadi tukang urut aku ini, tolong,,,!!!

Nescafe, Biskut Marie, dan Mati Pucuk (??)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Haa..apa you all cari-cari tuh...? Biskut marie? nescafe or.... hahaha. sorry la guys, saja je aku nak melalut malam ni, puas aku menaip dan blogwalking hari ini, biasa lah, Monday blue da mula menjelma, lepas ini aku akan kembali bekerja sebagai full time student kat UiTMPP. Tak tahulah bila lagi aku nak update entry ek,

You all masih tertanya-tanya lagi sebab apa aku letak tajuk tuh? haha, tak ada apa lah, masa ini aku tengah kelaparan sebab makan nasi goreng paprik yang boleh dikatakan sedap (tapi mahal kot) petang tadi. Then solutionnya, hanya ada BISKUT MARIE dan sepaket NESCAFE 3 in 1 dalam simpanan aku, Nak keluar serius aku malas. (anak bujang tak baik keluar malam2, ahah)


credit to google.com

Tu je yang aku makan time ini, then someone who i called her cikwanie mesej aku,



'Syg, jgn tdo lmbt2.. faktor2 mati pucuk dsbbkan tdo lewat n xcukup rest, so be careful dear'



Biar bebenor cik wanie nih... haha (gelak sekejap bila aku baca sms beliau)...jangan salah anggap, kami ni memang cam ni, TEMAN TAPI MESRA je. Rasa malu pun ada bila aku baca. Serius beliau ini caring gila pada yang beliau suka(ehem2) dan beliau masih singlE juga terbuka pada yang nak masuk minang boleh taip ON MINANG dan hantar ke 12345. jangan lupa taip ON MINANG dan hantar 12345. (just joke).

Ok, balik pada topik. dah lari jauh topik tuh...aku terpikir dah lah aku selalu tidur lewat. tapi tak lah selalu bila ada kat Penang, paling lambat dalam pukul 2.30am. tu pun sebab blogging or main futsal dekat SAFIRA. Erm...ada potensi mati pucuk ke aku ini? oh no no no...tidak akan sekali-kali ia berlaku... mak aku nak cucu oit...

Aku berdoa harap-harap aku tak ada penyakit teruk. Setakat ini aku masih lagi sihat walafiat. Dan kalau boleh juga aku nak badan macam bro BEN...tapi kena pergi gym la...atoi...

Ok lah, masa dah suntuk, cik wanie dah pesan tak moh tidoq lambat-lambat, nanti mak aku tak dapat cucu. haha... gudnyte..

NOTA KAKI: jangan risau, kami berdua tak ada apa-apa. dan aku akan tetap single hinggalah tahap wajib nanti...sekarang masih tahap makruh...hee




Sunday 13 February 2011

contest senyum Xnampak gigi...

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Huh, serius ari ini aku penat menaip, mengedit, dan mengklik serta blogwalking, tapi aku PUAS dan aku rasa hari ini aku dah join 4 contest termasuk lah yang ini...

Ok, stop mengarut, gara-gara aku dah ditag oleh cik diba yang kiut miut buat sekali lagi, aku pun join lah

http://www.emocutez.comCONTEST SENYUM TAK NAMPAK GIGI.http://www.emocutez.com

So...kepada siapa yang mahu join and syarat-syarat tersebut boleh lah you all klik site cik MUAZATUL yang sweet ni ok.

Kepada cik Muazatul yang sweet a.k.a penganjur contest ni, hamba mempersembahkan
-
-
-
-
-

as smile as possible, smile is not a crime
gambar pertama...

study hard as possible,as hard as possible,senyum
gambar kedua...

Hamba sebenarnya dah lama edit gambar ni, tapi bila dah kena tag dengan cik diba yang kiut tuh, hamba pun godeh la file gambar then terjumpa lah gambar-gambar yang tak seberapa cantik untuk cik Muazatul nilai ye...
http://www.emocutez.com

yang suka join contest



nota kaki: ups...sebelum terlupa, hamba nak bagitau due date contest ini sampai 27/2/2011 ye tuan hamba semua...
http://www.emocutez.com

Contest: MY HERO


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Kali ini aku dah pun sertai contest yang kelima setelah mendapat jemputan dari brader ISA (bukan International os Society of Automation k) melalui FACEBOOK. Walaupun tajuk contest ialah MY HERO. Tapi dengan consideration dari brader ISA ni, beliau kata heroin pun boleh jugak.
Dan berkobar-kobar lah aku nak post serta promote my WONDERWOMAN yang sangat cute ni...hee

Ha, kepada penganjur, gambar kat atas itu adalah ibu merangkap emak serta mama aku, yang sangat-sangat aku sayang...the reason why I am choosing her to be my wonderwoman is
'she will do everything to make me happy'

Walaupun bukan beliau yang lahirkan aku, tapi beliau tetap wonderwoman aku. the one and only :')

Gambar ini masa beliau sedang ber'HONEYMOON' dengan IRONMAN merangkap ayah aku dekat JOGJAKARTA, waahh heaven gitu you... aku just edit gambar ini sikit for watermark.



...yang suka join contest...


First hundred follower...

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Blog yang tak seberapa ini dah pun mencecah 100th follower pada pukul berapa pun aku taK tahu. Terima kasih kepada NAZAR ITO kerana sudi menjadi follower aku, thanks bro...

Thanks jugak pada cik bella yang comel (lama dah tak jumpa ko) sebab jadi 99th follower...ingat tak nak jengok or follow tadi...hee...nak buat award aku ni jahil sikit, dah tanya kat sahabat blogger kat wall facebook pun tak ada feedback. Sabar-sabar...

Ini menyebabkan aku makin berkobar-kobar nak post entry menarik untuk you all...tunggu naa...t ceq habaq...hee...

nota kaki: terima kasih daun keladi, lain kali ceq post entry lagi.... http://www.emocutez.com

==============================================

Kempen: Kami TAK sambut Hari Valentine~


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Masa tengah blogwalking tadi, tertengok dekat dashboard pasal entry bro BEN, dan entry beliau pasal HEADER BLOG PILIHAN beliau. Dan aku pun terus lah jenguk siapakah gerangan tuan punya header..

Saturday 12 February 2011

Emak...jangan lah nangis... :'(

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Time tengah sedap-sedap makan rangka ayam dengan hotdog tadi, tiba-tiba akak call, dok tanya khabar, terlepas jugak rindu aku kat dia, then terdengar suara budak-budak kecik yang comel lote tu... Masa tu akak aku tengah on the way nak pergi Angsana


Aku pun teruslah bertanya,
===================
-'Angsana? Buat apa kak?'

'Ambil kek, esok kan abang ajib nikah'
===================

Aku terpana, Ya Allah, macam mana aku tak ingat esok abang aku nak nikah ni?

===================
-'La, yeke? Lupa pulak, tak ape la, nanti epuy call abang ajib...'

'Ok, akak pun dah nak sampai Angsana ni, nanti call lagi eh'

-'Ok kak, kirim salam abang Amy ea'

'Ok, Assalamualaikum'

-'Waalaikumus Salam'
===================

Erm, aku tanpa buang masa lagi walaupun tangan masih lagi berminyak sebab makan rangka ayam dengan hotdog tuh terus memicit mencari nombor si bakal pengantin baru ni,
Then, tunggu punya tunggu adek aku si wawa angkat,
===================

'Assalamualaikum bang, jadi balik tak?'

(aaihh...awat lak adek aku ni jawab...? sah abang aku ade kat umah sekarang...)

-'Waalaikumussalam, tak tahu lagi, mana abang najib? abang nak cakap dengan dia, Bukan kau...'

'Haa, epuy, ni ajib ni'

-'Haa...SELAMAT PENGANTIN BARU jib...!! hahaha...sorry lah tak dapat balik, ada program lah'

'Hahaha, terima kasih epuy, tak pa lah kalau tak dapat balik, apa boleh buat, tapi kalau boleh balik lah,'

-'Haa, tengok lah dulu macam mana'

'Ok-ok, ni mak nak cakap' ----------------
'Hello Assalamualaikum...Epuy? jadi balik tak?'

-'Tak tahu lagi lah mak, Epuy ada ceramah PPKP. Haa...macam mana mak? nak dapat menantu nih, Epuy dah nak dapat kakak ipar...haha'

'Haha...biasalah tuh, ayah kau tak ada ni, bawa datuk, Kalau boleh balik lah puy,'

===================

Time ni lah aku dengar mak aku nangis, aku jadi tak keruan, terus berhenti jari-jari aku yang tengah dok mencari sisa-sisa rangka ayam yang boleh aku telan. Aku tanya emak aku yang tercinta ini...

=====================
'Emak, nangis ke? Kenapa mak?'

'YeLAH, abang kau dah nak kahwin, tapi mak rasa lain kalau kau tak ada (tangis beliau diteruskan)'
===================

Ahh,...apa aku nak buat, tak sangka boleh jadi macam ini.

===================
'Tak apa mak, nanti Epuy tengok jadual macam mana eh, kalau boleh sekarang jugak Epuy balik siap bawakan menantu untuk mak sekali.hee' (aku saja berseloroh, nak bagi mak aku relax)'

'hehe, pandailah kau, tapi apa boleh buat kalau kau tak balik. Emak rasa lain sangat, '
===================

Ahhh...lagi...Aku kena pikir masak-masak.

===================
'Emak, janganlah nangis, mak kan nak dapat menantu lagi, nanti lah ea, epuy tengok jadual dulu, dah OK nanti epuy call mak kalau dapat balik ke tak dapat k...?'

'Yelah, nanti apa-apa call ye'

'OK mak, nanti Epuy call balik, kirim salam semua eh, Assalamualaikum.'

'Haa, yelah-yelah, baik-baik tuh, Waalaikumus salam'
===================

Waduh, apa perlu aku buat, 20hb bersamaan dengan dua tarikh penting sebagai seorang mahasiswa dan ahli keluarga kandung, satu untuk program ceramah PPKP UiTM dan satu lagi majlis Kahwin Abang kandung aku.

Kalau aku terlepas ceramah PPKP, aku kena repeat balik semester depan, tapi ceramah je lah,

Dan kalau aku terlepas majlis kahwin abang aku, maknanya lepas ini tinggal untuk majlis aku jelah kalau panjang umur, sebab abang aku yang nombor tiga ini yang paling last kahwin dalam kalangan adik beradik yang dah berkerja, lepas tu giliran aku or adik aku je.

Ahhh...

Solution aku dah dapat...aku tetap akan balik. repeat ceramah pun tak apa lah, jangan repeat SUBJEK. Janji aku dapat tengok mak aku senang bila aku ada masa majlis dia nanti. Aku tak sanggup tengok mak aku sunyi walaupun dia memang havock antara saudara-saudari yang lain.

Yes, kerana cinta aku pada beliau, aku akan balik, nanti kan kepulangan Epuy ye mak, Epuy akan balik.. :')

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping