location: penang, Malaysia.
status: agak gembira.
wahaha...da lama aku tak update blog ni. Eh, lama ke? ape2 je la.
Dalam bulan Jun ni, tak lah terasa boring sangat, sebab aku da jumpa port yang boleh aku lepak and online,
dan juga kerja-kerja di catering Sajian Shah telah dilaksanakan dengan bailk sekali...hehe, walaupun aku memang sunyi sebab si dia dah pun megatakan tiada peluang untuk aku bersama dia lagi, aku tetap positif, ye, memang aku sayang dia, tapi apakan daya aku tak mahu memaksa, dan dari saat itu memang lagu-lagu dalam playlist "heartbroken" dalam HP aku menjadi background music dalam waktu2 tersebut.
Positif tetap positif, aku tak nak terlalu frust pasal ni. cukup la aku frust sampai tak makan 3 4 hari, dari kurus keding sampai jadi cicak kobing, ahhh~! tak mahu lagi!
huhu...
dalam jun ni, memang banyak event aku, lepak kt restoran aliff da semestinya, sampai di 'sound' oleh ayah ku sebab balik dalam 3,4 pagi... gile ark!! hehe... ramai yang tanya apa yang aku buat kat aliff sampai 3-4 pagi,? bukan ape,, aku kalau da kat rumah, memang mcm kutu mati,
serius aku ckap ni, huhu,
aktivity aku apabila melepak kat rest. Aliff uh ialah,
-online facebook sambil meng'like' status orang,
-men'download' drama komedi ' chapalrela' lakonan jozan...
-mencuci mata apabila awek-awek mengunjungi rest. tersebut termasuk yang ada balak sekali, hehe
-tengok WORLD cUP *SEMESTINYA!
-menghilangkan kebosanan,
-mengnyahkan kempunan meminim teh tarik dan roti boom,
-dan macam2 lagi...
haaa~!! sekurang-kurang nya ada gak objektif aku berada kt situ sampai Mamak tu pulak yang bosan tgok aku mai tiap2 malam...hehe...
selalunya, lepas solat maghrib aku terus kemas beg laptop aku dan memanaskan enjin motor kesayangan ku(walaupun itu sebenarnya motor ayah aku...hehe) dalam waktu macam ini, mak aku dah standby dengan beg yang penuh dengan sampah sarap untuk aku buangkan sekali, mesti punya! hehe...
OK! cukup pasal warung mamak uh!
aku nak open cerita lain pulak, macam ni, masih dalam bulan JUN, macam2 aku hadapi, orang-orang yang aku dah lama tak jumpa pun aku terserempak, secara kebetulan, seronok bertukar-tukar cerita baru dan mengungkit kisah2 lama, memang dunia ini sederhana kecil, sekali gus mengingatkan aku pada sebuah novel karya Bahruddin Bekri...>>>
ini adalah novel terbaik pernah aku baca, walaupun ia bacaan untuk remaja, tapi hasil karya beliau sedikit sebanyak mematangkan aku,, sampai aku obses untuk baca berulang-ulang kali..
cuma niat tu tak dapat aku tunaikan sebab novel tersebut pada si dia, entah bila aku boleh dapat balik ye....? ermmmm...