Hari ini 12.06.2012 bersamaan dengan 22hb Rejab 1433 Hijriah dan kurang dari sebulan setengah kita akan menyambut bulan mulia iaini Ramadhan pada 20hb Julai 2012 bersamaan dengan hari Jumaat. Oleh kerana bulan itu bulan puasa, maka kita hendaklah melakukan latihan berpuasa dan aktiviti yang boleh memberi manfaat untuk kita dibulan yang mulia agar sentiasa tampak sihat dan bertenaga. Hal ini juga kita boleh menunjukkan kepada golongan bukan Islam bahawa puasa tidak menganggu aktiviti harian kita dikala perut lapar dan dahaga malah boleh menyihatkan badan.
Sejujurnya, aku memang jarang puasa sunat. dan ini menyebabkan ketika awal bulan puasa (3 hari pertama) aku akan mengalami pening kepala, dan lemah badan akibat kejutan perut kosong dan ketiadaan tenaga yang drastik. Hal ini berlaku ketika aku masih menuntut pengajian Diploma di Penang.
Dibawah adalah gambar susun atur aktiviti ‘warming up’ sebelum datangnya bulan mulia bulan Ramadhan nanti.
notakakicagu: Aku nak berterima kasih kepada sesiapa yang sudi buat tips ni. Terima kasih banyak2. Sebab aku boleh warming up dan jalankan puasa aku dengan lebih sempurna lagi.