rupanya hujan bila aku balik dari solat jumaat...
memandangkan aku publish post ni pada hari jumaat, hari paling malang bg aku, malam jumaat (semalam) aku bermimpi yang aku balik ke johor bahru, then bertemu la orang2 yang peling kusayangi a.k.a family aku, erm...tp aku pelik, selalu nye aku akan bertemu ngan dia tiap kali aku balik...xkira kejap atau lama, janji jumpa, dalam mimpi tu malangnye xjumpe pon...aku tertanye2...
dan bila aku sedar dari mimpi, aku termenung, masih lagi memikirkan mimpi itu, sejak2 ni mmg kami da jarang berhubung, sebab dia da kerja kat sane, dan aku tengah final exam kt penang, xkisah la, mmg masing2 bz, aku dah malas nak pikir then aku pi tengok handphone aku yang aku cas mase terjage pas subuh td, dan 2 new messages received..mungkin dari facebook or kwan2 aku,,,then...bila aku check, rupenye dari si dia, first message berbunyi ' fair n lovely rite', qoute ni last aq dpt mase last connection kami, mase tu kami gaduh, besar jugak salah aku time tu, pasal facebook gak,, haram tol,,,then,,, messages kedua, yang paling wat hati aku runtun, berkecai seribu... dia minta PUTUS,,,
mmg permintaan ini selalu keluar dari mulut dia...dan xpernah sekali pon dari mulut aku, dengan hati yang tulus ikhlas mencintai dia, permintaan itu xkan pernah jadi mainan aku,
aku mula jadi xkeruan, aku terus call dia, malang nya dia x jawab,, perkara biasa, aku tetap call tp masih operator kesayangan aku yang jawab, erm,,,perkara biasa, aku masih buntu, then satu idea mula mencerahkan peluang,...
pernah dulu dia mintak aku print kan borang UPU dia disebabkan print kt rumah dia kehabisan ink ditambah pula kerosakan laptop, dekat borang tu ada nombor contact ibu dia (antara yang aku sayang dalam family dia), then aku mencari borang tu, akum masih ingat,,,ye, ada dalam fail, aku terus godam fail aku n jumpa jugak, aku call,
"tuut tuut,,Assalamualaikum"
alhamdulillah, berjawab gak,
" Waalaikumsalam makcik, ini Saiful" jawab aku,
"ha saiful, sihat ke??" kata beliau(ibu dia),
" saya sihat makcik, makcik pe kahabar?" tanya aku balik,
" makcik sihat pul, ank cakap ngan ira ke? jap ea"
" ye makcik,"
aku dengar dari corong line tu, dia menjerit x mahu bercakap ngan aku, tapi ibunya mendesak, tetap ngan pendirian degilnya, perkara biasa, aku paham, dan talian bertukar pada kakak nya yang ketiga, "
" epul, ira xnak cakap ngan epul, kau orang da putus ke?"
"epul xnak putus kak, tu semua salah paham je, ley x epul cakap ngan dia? tolong kak?"
" dia tgah angin tu epul...ala, nanti ok la tu...jangan risau ok, tapi xpe akak bg phone ni kt dy ea,,jap"
setelah tu, line bertukar tangan lgi, aku dengar, malang dia menamatkan talian tu, mmg berkecai hati aku, aku terus call lagi dan lagi, masih x berjawab, mungkin phone ibu dia masih kat tangan dia dan xbagi siapa jawab call aku, perkara biasa, aku dah mula bosan, ditambah dengan hampir masuk waktu solat jumaat, housemate aku semua dah siap, tinggal aku,...
aku cpai tuala dengan muka masam, dan terus ke bilik air dengan kekusutan yang amat dalam fikiran, aku mandi pon macam xbasah, sabun pon xwangi or berbuih, pusing!!!
....................
bila sampai ke masjid, fikiran aku masih kosong, kecuali hal pagi tadi, dengan harapan aku dapat tenangkan diri mase solat, tapi malang, masih x dpt,
................
aku balik, masih dengan muka masam, dihujani dengan air hujan renyai waktu tengah hari ni, dengan keputusan xmau mkan nasi, akibat hilang selera mkan,,,,
........
sampai dirumah, aku terus tuju bilik, menanggalkan baju melayu unguku dan menyarung tshirt colkat, then menyambar telefon rumah, dengan harapan dia akan jawab call aku, tapi sayang, masih dengan sikap nya, perkara biasa,
aku dengan hampa kekusutan, terus call ibu dia, agak lama bunyi panggilan, mungkin ibunya juga tersinggung dengan aku sebab sakitkan hati anak bongsunya itu,
tapi harapan aku cerah bila...
" Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh"
"Waalaikumsalam, makcik, ini epul"
"ooh epul, ira da pergi kerja la epul,"
"ye ke makcik?, xpe la, saya ingat dia xpergi lagi,"
"dia da lame pergi, ala, dia tengah angin tu, tp kejap jee, xde ape la...nanti ok la tuh ye...knapa ngan dia tu epul??."
"ala, salah paham makcik, tp saya risau jugak, dia mintak putus ..."
" alahai, dia mmg camtu, xpe2.. nanti makcik cakap ngan dia ea tok epul,"
"terimakasih makcik, kirimkan salam sayang saya pada dia ea makcik"
berbunga hati ini kembali dengan rasa sayang pada ibunya yang makin bertambah...
percakapan bersambung...
"insya-Allah....nanti makcik kirimkan, epul sihat tak kt sana? OK?"
"biasa je makcik, lagipun tengah final exam ni,"
" alahai, kesiannya, xpe2 nanti makcik cakap ngan dia ye"
"terima kasih makcik, kirim salam kat pakcik sekali ye makcik, assalamualaikum"
"waalaikumsalamwarahmatullah..."
berbunga hati aku bila ada makcik yang sporting macam ini, LOve you la makcik...huhu...tapi
dalam hati aku masih lagi risau, perkara biasa, dia dan sikapnya, aku masih xdapat jangka, tapi da terbiasa, aku tetap kalah ngan dia,, aku xtau kenapa,,,sampai la aku create post ni sekarang,,,,