Showing posts with label dia. Show all posts
Showing posts with label dia. Show all posts

Sunday, 6 March 2011

Clean break up, I'm totally SINGLE...


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Haa...tertanya-tanya ampa suma...you all ingat aku break up dengan sape?

Cer teka -cer teka..dengan cik wanie...? cik Buah Pinggang...? dengan mak cik jual kopok lekor dekat foodcourt..? no no no...semua salah belaka.

Sebelum ini aku ada cerita pasal beliau, tapi tidak secara langsung, kami memang dah lama menjalinkan hubungan sejak aku habis SPM dulu kala. Dan dengan segala pahit manis bagai, kami hadapi bersama, kini dengan segala rasminya mengumumkan we got a CLEAN BREAK UP, and I'M TOTALLY SINGLE (AVAILABLE tu tak tahu lagi),

sekadar hiasan...

Sekarang kami sekadar kawan, and we always be, kan cik S...hee
Ini semua berlaku bila malam tadi, cik S menghadapi sedikit masalah dan beliau merujuk pada aku, huyyooo boleh jadi CONSULTANT dah ini (doa tu.. Amiin)

Then dalam masa tuh kami menyentuh sikit pasal hubungan kami yang tergantung dulu, (yang mana pernah baca entry aku dari mula sampai sekarang paham laa...) dan setelah usul bicara, kami bermaafan atas kekhilafan yang pernah kami berdua buat, walau apa pun hubungan ukhwah aku dan family beliau tak kan terputus, beliau ada berkata yang Mummy (bukan mumia k) dah rindu kat aku...yeke..?
HAHA, sabar lah mak (cik) oit, t ceq balik noo...busy la sekarang ini... hee

Cakap pasal girlfriend(s), couple or yang seangkatan dengannya, aku rasa aku masih belum bersedia, cuma aku sekadar menyayangi insan yang rapat dengan aku, dan sayang aku tidak boleh lebih dengan sayangnya aku pada MY WONDERWOMEN,

haa...kenapa WONDERWOMEN'..bukan WONDERWOMAN? hanya segelintir je yang tahu... kan3?

Ok lah, beliau ni Cik S ada suruh aku buat entry pasal beliau, walaupun ia gurauan semata, aku tetap nak buat jugak, biar market BUDAK KECIK yang memang dah tinggi ni lagi tinggi, serius dia memang comel, haa.. da masuk satu pasal dia. haha..

notakakicagu: kepada cik S, i hope you 'll be a gud gurl with a strong soul to survive, I'm always here to give my hands to help you my friend...

from the legendary...

Friday, 25 February 2011

Pressure over limit...

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Minggu ni minggu test, aku dah mention dalam entry yang lepas yang aku tak kan update blog ini, tapi bila tengok yang lain update, buat aku makin jeles, tu yang aku update...sighh..

Dalam minggu ini aku rasa pressure makin meningkat, gara-gara test yang berlambak, kepala otak makin serabut, ditambah lagi dengan sakit gigi. Pergghh...yang ini aku tak boleh layan, serius aku bleh jadi bad mood gara-gara sakit gigi. Nasib baek cik "buah pinggang" aku bagi ubat sakit gigi, jikalau tidak dah lame aku gigit housemate-housemate aku ini. grr..


Sakit gigi sebab aku dah makin besar(kot) dan ini gigi bongsu, so maknenya aku dah tak boleh membesar lagi, macam mana aku nak jadi lagi tinggi, ahhh...sudah, pendek2 pun handsome juga pe, kan2...(perasan)

Pressure sebab sakit gigi dan unnumbered tests, sampai ade lecturer cakap aku tengah datang bulan...hampeh tol...dah tension kot...mana muka tak kelat...tapi kan, cik buah pinggang aku selalu gak pesan jangan buat muka tempeyek pagi-pagi, walaupun tempeyek sedap dimakan, tapi masih lagi buat aku sakit gigi. dengan kacang dok terselit kat celah-celah gigi. Nak buang dia, perghh...lu pikiq la sendiri....

Tak lama lagi dah minggu FKA dan masih dalam proses kelulusan, aku tak banyak kerja sangat, tapi aku maybe akan jadi pengarah program untuk OPKIM tak lama lagi, haa..lagi pressure aku...Tak pernah-pernah jadi pengarah program, tup2 terus kena pegang amanah, tapi tak pe, pengalaman kot, bila lagi kan...harap-harap dengan sokongan ahli-ahli P'CES lain aku boleh control semua ini... aMiin...

Dan berapa hari lepas aku, ada check power rabun aku, waaa...dah makin meningkat, dari 150, 200, sebelah lagi 225, mak aii...tapi tak tahu lah sebab aku tak cukup tidur ke apa kan. Then aku buat keputusan buat lens baru, bingkai save, dengan multi coated lens berharga rm90, aku laburkan jugak duit aku, serius sedih, makin nak save makin banyak aku labur, sabaq-sabaq, kalau aku tak tukar lens maka agak susah aku nak study, walaupun aku memang tak suka pakai spec. tapi aku kena tukar jugak sebab dah calar-balar, yelah, aku ni lasak, mana tak calar, kikiki...

Ok lah, aku nak pi mandi dan sambung study... wish me luck babe...nanti aku update lagi...

Assalamualaikum...

NOTAKAKIBERPANTUNTANGAN :

anak kambing pulang petang,
disergah anjing tepi perigi,
bila test sudah menjelang,
masa itu lah aku nak sakit gigi

Friday, 31 December 2010

2010 rest in memories...

LOCATION: Depan lappy, atas katil, Pangsapuri Idaman, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia
Time: 22minutes untill the new year 2011...

SELAMAT TAHUN BARU 2011...!!!

Kepada semua rakan2 dan ahli bumi sekalian, harap dengan azam dan tekad yang baru untuk mengharungi cabaran-cabaran yang bakal mendatang, jangan lupa untuk mengubah diri you all dengan perkara-perkara yang baik, means that penghijrahan yang bakal menlahirkan you all sebagai insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, insyaAllah.

Di tahun 2010, banyak perkara, hal, malapetaka, bencana, dan untung rugi yang pernah EBS lalui, malah you all semua pun sama kan? Cuma cara menghadapi situasi tersebut terpulang kepada individu masing-masing. Post kali ini agak serius sebab mood yang tak beberapa elok. Maaf ye. EBS sudah pun tekad untuk melupakan beliau, nak tahu sebab apa, bukan kerana orang ketiga, ke-empat dan sebagai-nya, tapi ini adalah kerana EBS seolah-olah dipinggirkan beliau, tapelah, EBS sedar EBS siapa, dulu EBS la yang beliau cari-cari, tapi sekarang umpama kulit kacang yang dilupakan serta dibuang entah kemana, ermm..

lupakan je lah, perkara biasa bagi EBS, ini juga merupakan salah satu bencana yang EBS terpaksa hadapi setiap tahun, ya..! PERKARA BIASA...biarlah, harap ada hikmah disebalik kejadian, moga akan hadir seseorang yang mampu mengubat hati ini, dan biarlah ia datang sendiri. EBS juga berpegang pada kata-kata seseorang yang EBS lupa namanya untuk "citation", yang mengatakan

"aku telah belajar untuk tidak perlu bimbang tentang cinta, tapi untuk menghormati yang datang dengan sepenuh hati"
dari ayat ini, mungkin you all kurang paham, tapi ia mengatakan kita tidak perlu bimbang tentang siapa yang akan kita cintai atau siapa yang akan mencintai kita, cuma kita perlu belajar untuk menghormati sesiapa pun yang datang dan pergi dalam hidup kita. Kerana, dengan penghormatan atau 'respect' kita kepada orang lain, secara automatiknya 'cinta' itu akan datang dengan sendirinya, dengan kata lain pucuk dicita ulam mendatang.

RESPECT atau HORMAT boleh dikatakan umpama magnet yang menarik cinta yang kepada seseorang. Oleh itu, tidak hairanlah, EBS mula menjadikan kata-kata ini sebagai penguat semangat dalam kehidupan dan EBS sangat-sangat berterima kasih kepada sesiapa yang mencipta kata-kata ini. dan dengan ini akan datang lah cinta yang sejati tanpa perlu EBS mencari-cari...

EBS menaip post ini dengan perasaan agak kecewa dan buntu, kerana baru sahaja sampai ke PENANG, tapi bencana masih lagi menimpa, mungkin ini semua ujian, agar EBS terus kuat dalam menghadapi cabaran akan datang dan tidak mudah cuai dengan apa saja di sekeliling kita.

AMEEN...


Ok lah, lupakan seketika episode sedih-medey tadi, kali ini EBS mahu menceritakan bahawa EBS telah pun melawat ibu kepada arwah ibu (nenek atau nama panggilan TOK YAM) di KLUANG,
setelah sekian lama EBS dan keluarga tidak menjenguk beliau dan suaminya dikampung, kali ini entah kenapa naluri ayah EBS hendak kesana, sudah pasti la EBS mencari peluang untuk ikut sekali, begitu juga adek-beradik EBS yang laen,

GAMBAR dibawah merupakn antara memories di tahun 2010 yang EBS mahu kongsikan bersama you all...

EBS bersama Tok Yam dan Tok Man ketika di Gunung Berlumut.

dating bukan main lagi... :D

keluarga Kakak ku yang turut serta.

keluarga Angah juga ada bersama

Tidak lupa juga kepada ayah dan ibu yang mengilhamkan ziarah ini setelah 15 tahun tidak menjenguk keluarga yang dulunya mahu mengambil dan menjaga EBS apabila Arwah Ibu Kandung EBS pergi meninggal kami semua.

Ini adalah antara kenangan manis di tahun 2010 untuk keluarga kami, kerana kami memang jarang menghabiskan waktu bersama, harap tahun 2011 nanti akan muncul kenangan-kenangan yang lebih manis, insya-Allah...

nota kaki--- EBS RINDU BELIAU... :'(

Friday, 23 April 2010

KU SANGKAKAN PANAS HINGGA KE PETANG...

rupanya hujan bila aku balik dari solat jumaat...

memandangkan aku publish post ni pada hari jumaat, hari paling malang bg aku, malam jumaat (semalam) aku bermimpi yang aku balik ke johor bahru, then bertemu la orang2 yang peling kusayangi a.k.a family aku, erm...tp aku pelik, selalu nye aku akan bertemu ngan dia tiap kali aku balik...xkira kejap atau lama, janji jumpa, dalam mimpi tu malangnye xjumpe pon...aku tertanye2...

dan bila aku sedar dari mimpi, aku termenung, masih lagi memikirkan mimpi itu, sejak2 ni mmg kami da jarang berhubung, sebab dia da kerja kat sane, dan aku tengah final exam kt penang, xkisah la, mmg masing2 bz, aku dah malas nak pikir then aku pi tengok handphone aku yang aku cas mase terjage pas subuh td, dan 2 new messages received..mungkin dari facebook or kwan2 aku,,,then...bila aku check, rupenye dari si dia, first message berbunyi ' fair n lovely rite', qoute ni last aq dpt mase last connection kami, mase tu kami gaduh, besar jugak salah aku time tu, pasal facebook gak,, haram tol,,,then,,, messages kedua, yang paling wat hati aku runtun, berkecai seribu... dia minta PUTUS,,,

mmg permintaan ini selalu keluar dari mulut dia...dan xpernah sekali pon dari mulut aku, dengan hati yang tulus ikhlas mencintai dia, permintaan itu xkan pernah jadi mainan aku,
aku mula jadi xkeruan, aku terus call dia, malang nya dia x jawab,, perkara biasa, aku tetap call tp masih operator kesayangan aku yang jawab, erm,,,perkara biasa, aku masih buntu, then satu idea mula mencerahkan peluang,...

pernah dulu dia mintak aku print kan borang UPU dia disebabkan print kt rumah dia kehabisan ink ditambah pula kerosakan laptop, dekat borang tu ada nombor contact ibu dia (antara yang aku sayang dalam family dia), then aku mencari borang tu, akum masih ingat,,,ye, ada dalam fail, aku terus godam fail aku n jumpa jugak, aku call,
"tuut tuut,,Assalamualaikum"

alhamdulillah, berjawab gak,

" Waalaikumsalam makcik, ini Saiful" jawab aku,

"ha saiful, sihat ke??" kata beliau(ibu dia),

" saya sihat makcik, makcik pe kahabar?" tanya aku balik,

" makcik sihat pul, ank cakap ngan ira ke? jap ea"

" ye makcik,"

aku dengar dari corong line tu, dia menjerit x mahu bercakap ngan aku, tapi ibunya mendesak, tetap ngan pendirian degilnya, perkara biasa, aku paham, dan talian bertukar pada kakak nya yang ketiga, "

" epul, ira xnak cakap ngan epul, kau orang da putus ke?"

"epul xnak putus kak, tu semua salah paham je, ley x epul cakap ngan dia? tolong kak?"

" dia tgah angin tu epul...ala, nanti ok la tu...jangan risau ok, tapi xpe akak bg phone ni kt dy ea,,jap"

setelah tu, line bertukar tangan lgi, aku dengar, malang dia menamatkan talian tu, mmg berkecai hati aku, aku terus call lagi dan lagi, masih x berjawab, mungkin phone ibu dia masih kat tangan dia dan xbagi siapa jawab call aku, perkara biasa, aku dah mula bosan, ditambah dengan hampir masuk waktu solat jumaat, housemate aku semua dah siap, tinggal aku,...

aku cpai tuala dengan muka masam, dan terus ke bilik air dengan kekusutan yang amat dalam fikiran, aku mandi pon macam xbasah, sabun pon xwangi or berbuih, pusing!!!

....................

bila sampai ke masjid, fikiran aku masih kosong, kecuali hal pagi tadi, dengan harapan aku dapat tenangkan diri mase solat, tapi malang, masih x dpt,

................

aku balik, masih dengan muka masam, dihujani dengan air hujan renyai waktu tengah hari ni, dengan keputusan xmau mkan nasi, akibat hilang selera mkan,,,,

........

sampai dirumah, aku terus tuju bilik, menanggalkan baju melayu unguku dan menyarung tshirt colkat, then menyambar telefon rumah, dengan harapan dia akan jawab call aku, tapi sayang, masih dengan sikap nya, perkara biasa,

aku dengan hampa kekusutan, terus call ibu dia, agak lama bunyi panggilan, mungkin ibunya juga tersinggung dengan aku sebab sakitkan hati anak bongsunya itu,

tapi harapan aku cerah bila...

" Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh"

"Waalaikumsalam, makcik, ini epul"

"ooh epul, ira da pergi kerja la epul,"


"ye ke makcik?, xpe la, saya ingat dia xpergi lagi,"

"dia da lame pergi, ala, dia tengah angin tu, tp kejap jee, xde ape la...nanti ok la tuh ye...knapa ngan dia tu epul??."

"ala, salah paham makcik, tp saya risau jugak, dia mintak putus ..."

" alahai, dia mmg camtu, xpe2.. nanti makcik cakap ngan dia ea tok epul,"

"terimakasih makcik, kirimkan salam sayang saya pada dia ea makcik"



berbunga hati ini kembali dengan rasa sayang pada ibunya yang makin bertambah...
percakapan bersambung...


"insya-Allah....nanti makcik kirimkan, epul sihat tak kt sana? OK?"

"biasa je makcik, lagipun tengah final exam ni,"

" alahai, kesiannya, xpe2 nanti makcik cakap ngan dia ye"

"terima kasih makcik, kirim salam kat pakcik sekali ye makcik, assalamualaikum"

"waalaikumsalamwarahmatullah..."

berbunga hati aku bila ada makcik yang sporting macam ini, LOve you la makcik...huhu...tapi
dalam hati aku masih lagi risau, perkara biasa, dia dan sikapnya, aku masih xdapat jangka, tapi da terbiasa, aku tetap kalah ngan dia,, aku xtau kenapa,,,sampai la aku create post ni sekarang,,,,

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping