Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Sunday, 4 December 2011

Epic LOL! :Cinta Muka Buku | Islamic version

 

najwa-latif1

credit to GOOGLE: alahai tomeinye si wawa ni…

Cinta Muka Buku by Najwa Latiff edisi Islamik
(90% kebenaran realiti facebook)


Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku ♪♫
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu...000.. .
FITNAH dunia atasku ♪
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah bersalah tak menentu
oohh.. takot fitnah ke atasku..♫


Banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja.
Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..♪

Pabila kau bermanis kata padaku
Ku rasa sesuatu yang tak perlu Oooo…
Ini cinta penuh nafsu
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu rasa sesuatu Oooo…
Itu hanya cinta nafsu, cinta di muka buku..♪

Bagaimana harus bersua
Ku rasa lebih baik lupakan saja
kau dan aku masih remaja
tidak perlu memikirkan cinta sahaja
banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja...

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..
cinta di muka buku..♪

kredit to who edited this lyric! You mad bro…?

notakakicagu: Jangan marah ye najwa, gurauan saje…

Thursday, 3 November 2011

Saturday, 29 October 2011

Perspektif JODOH yang sebenar. Renung-renungkan.

 jodoh

Sumber: Ayaf Afif

Dari perspektif ini kita dah tahu mentality rakyat dan umat Islam kita tentang perkahwinan dan jodoh berada di tahap mana. Sebab itu aku dan Cik Pelangi kalau boleh nak bertunang atau nikah gantung terus. Tapi apakan daya, mentaliti orang tua sekarang masih dalam kelas ketiga. Hurmmm. Berdoa dan bersabar je la yang mampu.

notakakicagu: Harap pintu hati dan fikiran mereka akan terbuka juga. Amiin

Wednesday, 26 October 2011

Wordless Wednesday!


wordless wed

notakakicagu: I miss my Mummy damn much, hope she will happy there. Al-Fatihah.

Tuesday, 25 October 2011

Masa Bercinta by N.D Lala [Video]

 

Yang pastinya aku belum kahwin lagi, dan aku bukan bercouple tapi bercinta. Dan video kat bawah ini sebagai pedoman kepada sesiapa yang tengah bercinta dan berangan-angan mahu melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Jangan masa bercinta je nak gedix2 pas kahwin jeling sikit pun tak selera. Haaa… itu yang kita tak mahu tu, sepatutnya lepas berkahwin la silaturahim tu dieratkan dengan lebih rapat dan penuh keberkatan. Smile

 

YA! Aku memang tengah bercinta! So…?

 

Sunday, 23 October 2011

Seyes LOL: Cinta Muka BUKU Ori vs Cinta Muka BULU

 

Hah! Another Parody of Cinta Muka Buku, Cinta Muka Bulu. Sebelum ini, aku dah post pasal JohERA dan Shac yang tak malu kononnya hendak mengalahkan hit video Najwa Latiff di laman Youtube. Dan ia semakin mendapat perhatian di mana semakin ramai yang cuba membuat parody dari lagu Najwa Latiff. Adakah mereka ini obses atau cemburu dengan kejayaan si gadis Youtube ini? Aku pun tak pasti.

Video kali ini pun hampir sama dengan official video yang sebenar dan ia lagi kemas berbanding Cinta Muka Tak Malu yang aku yang tengok ni malu nak tengok lagi dengan telatah Johan yang entah apa2!

Memang creative mamat2 ni, gelak sakan la korang kan! hahaahaha Bebulu telinga oden mendengor nye… Nice one mate!

Friday, 12 August 2011

I`m Back…

 

Setelah sekian lama aku menghilang akhirnya aku kembali jua.. bukan pergi buat surgery muka gara-gara bedak sejuk, tapi sebab aku memang tak ada masa. Ini pun aku rehat kejap dari membina 3D City aku guna CINEMA 4D untuk projek Highway ECG304 aku. Itupun aku kena rebuild balik sebab software tu buat hal semalam masa aku tengah mengajar aweks2 guna software kat ROUTE 69. Memang sakit hati kot, dah besar dah Bandar 3D tu aku buat. Siap dengan civilian tengah jogging lagi beb ( riak kejap Smile with tongue out).

Sem ini pun aku banyak ke luar kawasan untuk SITE VISIT. Lepas aku pergi Teluk Segadas tu ari, aku ke K.L jumpa Malik a.k.a Aaron Aziz nak backup dia dari kena langgar dengan Shark (ok itu tipu). Actually aku pergi site visit ke SMART TUNNEL CONTROL CENTER, dan kami diarahkan untuk buat video berkenaan dengan hydaulic structure untuk subjek ECW301. Kat bawah ini adalah video yang aku buat siang malam dengan Mamat Hijau guna SONY VEGAS.

DSCF2527DSCF2582

Lepas itu rehat jap cuti sem, naik cuti ada lagi site visit, kali ini kat Tasik Raban pulak, kali ini untuk subjek ECG305 Surveying Practical pulak. Habiskan semua lab yang tinggal sebab bulan puasa tak ade nak berpanas tengah padang UiTMPP yang serba iindah tu.

Sian CIK PELANGI aku asyik kena tinggal je, sorry ye Ucuk. Beliau kena lah biasa dengan aku yang bakal menjadi jurutera yang memang sentiasa sibuk untuk masa depan rakyat Malaysia. (ayat drama pulak).

 

DSC01977DSC01978

DSC01973

Haa, lagi satu sebelum aku terlepas pandang, 14-7-2011 yang lepas, aku ada buat montage2 ala-ala Oscar dan ABPBH. Tapi kali ini agak mantop sikit kot bagi aku. Siang malam aku berenat lelah mancari tutorial macam mana nak kasi gempak Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulty Kejuruteraan Awam 2010. Tu semua aku guna Sony Vegas Pro 9 jugak. Aku nak upload kat sini tak boleh sebab aku tak upload kat youtube lagi, nanti senang2 aku buat la ye.. Dan gambar kat bawah ini sebelum rehearsal penuh berlangsung dekat DEWAN BESAR UiTMPP.

DSC01964DSC01965DSC01966

Aku rasa sampai sini je kot. Sebab aku nak post lagi satu entry. Nak lepas gian post entry malam ini, huahuahua…

p/s: ENCIK BEDAK SEJUK sangat merindui CIK PELANGI. <3

Friday, 24 June 2011

Teluk Segadas Adventure Camp Memang Cool…!

 

17.06.2011 hingga 19.06.2011 merupakan hari-hari yang amat indah bagi aku dan rakan-rakan P’CES. Kami bertolak dari kampus selepas solat Jumaat ke Teluk Batik untuk naik bot ke Teluk Segadas Adventure Camp. Kami masih blur sebab tak tahu macam mana tempat tersebut sebab tempat ini kami dapat last minit untuk jalankan program Bengkel Pengukuhan Diri Urusetia P’CES.

TAG BPD (1)

Objektif bengkel ini adalah untuk menerapkan jati diri yang kukuh dalam jiwa EXCO-EXCO baru yang dilantik dalam P’CES, aku bukan nak cerita pasal itu sekarang tapi untuk cerita how awesome are that place we went last weekend.

TE

Sumber

teluk batik

Haa… tu dia, Yang bertanda ‘A’ itulah Teluk Segadas. Dalam lingkungan Pulau Pangkor. Ia terletak lebih kurang 4 kilometer dari Pantai Teluk Batik. Dan kami menaiki speed bot yang dipandu oleh Abang Joe.Tulis banyak-banyak tak guna. Meh aku tunjuk gambar yang aku snap…

P1120134

Ini Pantai Teluk Batek.

P1120147

Ini lah Abang Joe yang punya tempat ini, tough dan style kan beliau… XD

P1120149

Itu dia Adventure Camp tempat kami bercamping.

P1120150

P1120164

Sunset…

P1120247

P1120250

P1120312

Aku memang suka ambil gambar speed bot ni…

P1120273

Minah ni memang suka posing…

P1120221

Antara peserta yang terlibat. (Ice breaking)

P1120420

Ops, sory miss… terletak gambar dia terjatuh masa nak posing pulak… hahaha…

teluk segadas

teluk segadas 2...

Kredit to anis nabila dan miss shikin yang ambil gambar awesome ni… Smart kan? XD

Kalau you all nak buat camp, macam BTN or survivor camp yang memang menguji daya ketahanan diri dan perlukan seorang guide yang sedia membantu, Teluk Segadas lah tempatnya, Abang Joe memang sudi beri mimpi ngeri pada you all. Sebab PASKAL (tak silap aku) pun pernah buat survivor camp kat Teluk Segadas ini, Dan kami ahli P’CES dan bercadang untuk buat survivor camp untuk exco baru sem lepas tapi dengan cabaran yang lebih hebat. Habis la korang….HAHAHA (GELAK JAHAT)

For more information, click HERE and HERE TOO (fb)

Sunday, 3 April 2011

Ikhlas adalah kunci untuk segala bentuk perhubungan yang abadi...


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

------------------------------------------------------------------------------------------------


MasyaAllah, sangat Ikhlas cinta lelaki tersebut pada gadis pujaannya, sudah tentu mereka kekal abadi hingga ke akhir hayat. :')

http://www.emocutez.com

nota kaki cagu: bila aku nak jumpa tulang rusuk kiri aku ni? anyone...!

sumber: iluvislam.com

yang ikhlas...


Saturday, 2 April 2011

Mereka sangat cool...! [3 foto]

http://www.emocutez.com
http://www.emocutez.com
http://www.emocutez.com

Wah, mereka sangat cool la dude. Romantik gitu, alangkah indah cinta hingga ke akhir hayat.
Umpama emas, selama lama semakin berharga... :)
nota kakicagu: Haish...bila la aku nak kahwin ni oit. HAHA!


yang tersenyum.

Saturday, 19 March 2011

C.I.N.T.A dan sewaktu dulu...




Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum

Sedang aku mencari video video lagu best dekat Youtube, then layan antaranya PREETY UGLY, dan RUFFEDGE, aku terlayan lagu dari Andy Flop Poopy...


Agak sempoi, and best lagu dia. Teringat dekat sesiapa yang berkenaan dan aku rasa macam nak tengok baik movie CINTA ni. Dulu dah tengok, tapi masa dulu aku tak matang lagi, hingusan kot, cinta monyet je time ni. Wayang pun time tu baru nak kenal.
http://www.emocutez.com

Erm, seyesly aku dah lupa apa sinopsis dia, aku tak nak tengok review, malas nak cari, nanti tak suprise, biar movie ini macam movie yang baru keluar bagi aku, tapi bila aku nak tengok?
http://www.emocutez.com

Aku search dekat mana-mana web yang sediakan movie download free pun tak jumpa, serius movie ini memang dah lapok, nak tengok dekat TV? Jangan harap, sebab bnyak cutting section, dan iklan yang buat aku nak muntah dalam kotak TV, (ok aku tipu, rumah aku PLASMA tb kot, takmain kotak-kotak besaq tu lagi)
http://www.emocutez.com

Menurut komen-komen dekat video soundtrack CINTA iaitu SEWAKTU DULU, ramai yang mengatakan movie tersebut memang menyayat hati, kira tahap touchscreen laa..
http://www.emocutez.com

Aku dah malas nak tulis panjang-panjang, bukan ada yang sanggup baca walau yang suka jenguk blog aku ini kan...pepehal, you all memang the best, sebest dan setouching lagu bawah ini, mungkin aku agak jiwang sikit malam ini, missing his kidney and wonderwoman.
http://www.emocutez.com
Enjoy...!


notakakicagu : aku nak jadi semacho ANUAR ZAIN...!
http://www.emocutez.com

yang macho lagi gentleman...

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping