Showing posts with label cuti sem. Show all posts
Showing posts with label cuti sem. Show all posts

Wednesday, 16 November 2011

Hari kedua bersama Cik Pelangi.

 

DSC02084

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini aku nak update entry permintaan Cik Pelangi tentang temu janji kami yang kedua selepas beliau susah payah mengemaskini entry temujanji yang pertama dulu. Ia berlangsung pada tarikh 14.11.2011.

13.11.2011

Aku agak kalut masa ini. Sebab tiket ke Kluang tak beli lagi. Selalunya aku tumpang rumah akak aku yang dekat dengan Stesen KTM Kulai. Hampir 1km jugak. Tapi aku relax. Siap jalan-jalan dengan emak aku pergi rumah makcik dan makan sampai 4 kali tambah. Lauk kurma ayam lak tu( Seyes aku tak rasa apa-apa)
Petang tu, akak aku dah standby, aku pun. Jadi, kami gerak ke Kulai  dan terus ke Stesen, brader yang jual tiket kata tiket pukul 9.00 boleh beli pukul 8.00 pagi esok. Aku terus setuju dan balik sambil fikir aktiviti apa nak buat dengan minah sorang ni. Haha. Aku decide aku akan naik kereta abang ipar yang selalu pergi kerja pukul 8.00 pagi. Sambil-sambil tu boleh isi perut kejap.

14.11.2011

Pagi itu, Cik Pelangi kejutkan aku subuh. Seronok dengar suara dia tiap pagi.Serius tak tipu. Pukul 7.54pagi aku dah gerak dengan abang ipar aku. Tengok kaunter masih tutup aku terus gerak ke gerai makan. Nasi lemak dan nescafe tarik jadi pilihan. Sayang tak habis nescafe tu aku minum sebab manis sangat. Cis.

Dia (Cik Pelangi) mesej beliau sedang mendaki Gunung Lambak…Dan aku …(???) Apa lah dia buat pagi2 dah mendaki masa hari date. Kalau ye pun tunggu la aku. Cis.

=======

video ini aku rekod… dramatik sikit.


Aku sampai di Kluang pada pukul 10.07 minit pagi dekat stesen Kluang. Hampir 50 minit dari Stesen Kulai. Terus aku mencari kereta Kancil beliau dan tersenyum sambil menghampiri. Aku agak tak ingat masa ini, hampir keawangan sebab angau dalam kepala(bukan tungau ok) Aku agak seriau bila dia drive. Kalut. Mana aku tak bising. Laju bukan main. Bukan aku tak nak drive tapi jalan Kluang aku tak expert sangat. Maybe date ketiga aku drive insyaAllah.  Kami tanpa buang masa terus ke Kluang Mall dan cari parking sambil berbual hal merepek. Biasa la kan. Sekepala.

Pukul 10.27…mana kedai dalam Mall tu bukak semua pun. Jadi kami lepak dulu sambil kira berapa banyak kereta yang ada. (Jangan risau, kami tak buat apa pun) Patung Domo yang aku berikan dulu sebagai hadiah hari jadi, aku ambil dan semburkan minyak wangi Chances dari Silky for Men di setiap penjuru. Sebab dia merengek kalau tak dapat bau minyak wangi tu malam2. Jadi dengan kereta2 sekali aku sembur. Angau la katekan.

Kami gerak ke dalam Mall sambil bawak laptop dan kertas soalan STPM yang lepas2. Supaya tak buang masa sangat.(Yeke? bukti dibawah)

IMG_0332

DSC02051

^Bukti beliau study di kala DATE^

Aku pulak sambil2 transfer movie kegemaran aku yang dia nak tengok sangat lepas STPM nanti. Chuck dan How I Met You Mother. Haa.. Amik! haha



Lepas itu kami gerak ke Song Box. Satu jam kami melalak dalam tu. Tak sangka aku boleh catch up dengan suara Ukay’s dan Tam Spider tapi aku kalah dengan Faizal Tahir(ciskek) sampai serak suara. Dia pun layankan aje. Konon tangkap feeling. HAHAHA.

IMG_0339

Lepas itu, kami bercadang nak tengok wayang pulak, tapi masa tak mengizinkan disebabkan duration movie yang agak panjang dan kami ada masa dalam 4jam lagi. Boleh pulak dia nak karok satu jam. Aku layankan. sebab kat Kluang Mall agak bosan. Dia masuk je dapat mic terus layan lagu. Kerja aku tangkap gambar walaupun kamera tak berapa terang. Cis. Aku dengarkan aja dia melalak, boleh tahan. HAHA. Aku nak nyanyi lagi pun da serak suara.

Masa yang berbaki 10 minit nak habis, kami terus keluar, haa.. satu masalah kat situ bila dia lupa di mana dia letak tiket parking. Padahal dia yang pegang sejak dari keluar kereta dulu. Kesian betul sayang aku ni… HAHA. Nasib jumpa, suka letak sepah2. Angau la tuh…

Kami gerak dari Kluang Mall, dan dia bawak aku jalan2 sekitar Kluang. Tunjukkan aku mana tempat dia selalu parking kereta kancil dekat sekolah. Port parking beliau kalau nak tahu tuan2 dan puan, mesti sebelah tempat buang sampah. Itu sebab aku sembur minyak wangi aku kat dalam kereta dia. LOL

audi a6

Makan adalah perkara wajib bagi kami. Terutamanya kepada beliau. ABC dan Cendol merupakan menu utama yang disebut2 sejak perancangan temu janji kedua ni. Jadi kami ke Warung Warisan (kalau tak silap aku) dimana warung dia selalu makan ABC. Aku yang tengah lapar ini kena la makan nasi. So lauk asam pedas ikan pari tersedia masa tu, Pergh! Faveret and perfect timing laaa… Memang sedap, ditambah lagi dengan cendol dan ABC kan dengan harga yang berpatotan. Awesome! Tak macam first temujanji dulu dengan makan Pizza Hut yang mahal nak mati. Tapi tak pe, first time kena grand sikit. Open-mouthed smile

DSC02058

Perot dan kenyang hati makin senang, bak kata orang. Tapi bagi kami, tak sebenarnya. Masa untuk kembali ke JB makin suntuk. Aku makin risau. Muka dia lagi laa.. So kami nak tenangkan fikiran, kami ke Tasik Putih atau White Lake.

tasik putih kluang

Waktu itu cuaca agak panas. Kesian aku tengok dia. Tak berapa sihat sangat sebenarnya. Tapi buat-buat sihat. Tahu sangat. Kami jalan pun tak jauh. Cari tempat redup sikit dan kat situ aku (buang angin) dan dia ambil gambar seberapa banyak yang boleh. Itu yang kami rancang sejak dulu. Yela, lepas ini entah bila dapat bertemu lagi. Hanya masa yang menentukan.

 DSC02083DSC02072
Sebenarnya tempat itu cantik, tapi aku lagi suka kalau waktu itu lepas hujan dan mendung. Macam dalam gambar atas tu. Dan kami pun berangan majlis kahwin nanti kami akan buat dekat situ sebab ada dewan disediakan. Boleh tahan.  Masa semakin suntuk membuatkan aku semakin gelisah untuk kembali ke JB. ermmm

Aku tengok dia macam tak senang duduk, kami gerak ke kereta, masuk je aku sembur lafi minyak wangi aku. Dengan Headrest kereta, beg sekolah, aircond dan patung Domo dia aku sembur.

Kami rehat jap. Panas betul masa itu, nasib kereta tak manghadap matahari. Masa ini aku ambil kesempatan dengan memberikan pelbagai pesanan dari hati ke hati. Aku nasihatkan dia agar jangan lupa pada tanggungjawab dia, tak kira apa pun, aku nak dia baca dan jawab soalan STPM dia nanti dengan teliti. Yang paling penting aku ingatkan dia, jangan risau pasal hubungan, aku akan jaga dengan baik tingkah laku aku. Aku pun mintak maaf kalau sebelum ini aku ada sakitkan hati dia. Memang sebak hati aku tika dia hanya menjawab ‘Ye, b.’ 

MasyaAllah, lembutnya suara dia masa itu. Aku harap dia lah jodoh aku nanti. Aku harap aku lah orang yang bertuah akan sarungkan cincin perkahwinan di jari manis beliau yang mulus itu. Aku harap nama dialah yang aku sebut tika aku mengucapkan salam keramat dihadapan wali atau tok kadi nanti. : )

4.15 petang. Kami bergerak ke stesen bas Kluang tanpa aku berhenti menasihati beliau. Keadaan agak muram. Aku tak mahu kembali ke JB. Tapi apa gunanya aku menasihati beliau tentang tanggungjawab sedangkan aku pun punya tanggungjawab yang lagi besar sekiranya aku tak kembali ke sana. Lagi satu semester aku akan habiskan pengajian Diploma aku. SATU je lagi. Hal itu pun aku tekankan pada dia.

Sedang dalam perjalanan, kami melalui Kluang Parit (Kluang Parade) dan aku tanya sama ada dekat situ ada bowling atau tidak. Ada jawab beliau. Aduh. Aku da sangap nak main bowling. Kalau aku teringat tadi tak adalah serak suara melalak kat Song Box… ==”

Masa yang sentimental sudah tiba, sampai saja di stesen dia mula merengek. Aku paham kenapa. Dia berat nak lepaskan aku. Berat mata memandang, berat lagi kaki nak melangkah pergi taw.  Aku tak jemu meluahkan perasaan dan nasihat masa itu. Sampai lah kami berada dalam bas. Bas yang sama masa temujanji pertama dia menghantar aku. Aku bergurau untuk meredakan hati dia. Agar dia ingat sampai bila-bila. Masa itu aku tak bazirkan dengan  menatap wajah dia puas2 walaupun dia tetap tunduk. Cantik. : )

DSC02096
Dia terpaksa balik cepat disebabkan cuaca mendung. Seperti tahu apa yang perasaan kami waktu itu. Dan lepas aku lihat dia menghilang di sebalik susunan bas serentak dengan itulah hujan turun membasahi bumi. Menangisi perpisahan pada temujanji kedua kalinya.

To be continue…

Notakakicagu: Kepada Cik Pelangi, mungkin ada yang saya terlupa pada temujanji kali ini untuk ditulis, maafkan saya ye… Smile Dan kepada pembaca, ini tulus dari hati, maaflah jika entry ini terlalu sentimental, mood jiwang gara-gara angau.

Wordless Wednesday #4

DSC02085

Friday, 24 June 2011

Teluk Segadas Adventure Camp Memang Cool…!

 

17.06.2011 hingga 19.06.2011 merupakan hari-hari yang amat indah bagi aku dan rakan-rakan P’CES. Kami bertolak dari kampus selepas solat Jumaat ke Teluk Batik untuk naik bot ke Teluk Segadas Adventure Camp. Kami masih blur sebab tak tahu macam mana tempat tersebut sebab tempat ini kami dapat last minit untuk jalankan program Bengkel Pengukuhan Diri Urusetia P’CES.

TAG BPD (1)

Objektif bengkel ini adalah untuk menerapkan jati diri yang kukuh dalam jiwa EXCO-EXCO baru yang dilantik dalam P’CES, aku bukan nak cerita pasal itu sekarang tapi untuk cerita how awesome are that place we went last weekend.

TE

Sumber

teluk batik

Haa… tu dia, Yang bertanda ‘A’ itulah Teluk Segadas. Dalam lingkungan Pulau Pangkor. Ia terletak lebih kurang 4 kilometer dari Pantai Teluk Batik. Dan kami menaiki speed bot yang dipandu oleh Abang Joe.Tulis banyak-banyak tak guna. Meh aku tunjuk gambar yang aku snap…

P1120134

Ini Pantai Teluk Batek.

P1120147

Ini lah Abang Joe yang punya tempat ini, tough dan style kan beliau… XD

P1120149

Itu dia Adventure Camp tempat kami bercamping.

P1120150

P1120164

Sunset…

P1120247

P1120250

P1120312

Aku memang suka ambil gambar speed bot ni…

P1120273

Minah ni memang suka posing…

P1120221

Antara peserta yang terlibat. (Ice breaking)

P1120420

Ops, sory miss… terletak gambar dia terjatuh masa nak posing pulak… hahaha…

teluk segadas

teluk segadas 2...

Kredit to anis nabila dan miss shikin yang ambil gambar awesome ni… Smart kan? XD

Kalau you all nak buat camp, macam BTN or survivor camp yang memang menguji daya ketahanan diri dan perlukan seorang guide yang sedia membantu, Teluk Segadas lah tempatnya, Abang Joe memang sudi beri mimpi ngeri pada you all. Sebab PASKAL (tak silap aku) pun pernah buat survivor camp kat Teluk Segadas ini, Dan kami ahli P’CES dan bercadang untuk buat survivor camp untuk exco baru sem lepas tapi dengan cabaran yang lebih hebat. Habis la korang….HAHAHA (GELAK JAHAT)

For more information, click HERE and HERE TOO (fb)

Tuesday, 24 May 2011

SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!!

Aku dah lama tak join contest… so kali ini tetiba lak nak join…

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.


CONTEST APE NI?
Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah. Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:


http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/


http://aarrghitsme.blogspot.com/


2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:


http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall

MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)

 

Ok bro… ni adalah gambar yang aku pertaruhkan…

DSCN1530

“ Senyuman aku (berbaju putih belang hijau) paling ceria pada tika Raya ‘10 sebab mereka sanggup datang beraya ke rumah aku walaupun dah lewat malam. Sampai ada yang demam dan terbongkang bila dah sampai tu. Kesian depa…haha. Sebelum ini tak pernah seramai ini yang datang raya ke rumah aku, dalam kalangan rakan-rakan aku lah. Depa ni memang spoting abes. Penat tapi happy layan depa ni,  thanks all… Rolling on the floor laughing"

 

Aku nak tag…

notakakicagu: ceria ke tak? ceria ke tak…? lalalala

SEGMEN DRAMA KREATIF BLOGGER bersama BEN ASHAARI ...

santai ben ashaari 5

Haha…Broadben ni buat segmen lagi laa.. mesti kena join sebab sambutan hangat dalam entry segmen yang lepas. So, kali ini melibatkan drama, dan aku pilih watak HAN SEOUL-OH dalam filem FAST AND FURIOUS 5 sebab beliau sangat COOL man… tapi tak tahu lah kalau broadben ni tak kenal kan sape Han ni…

207599_10150155836002631_24098842630_6744951_4411593_n

Yes… this is him. Kalau you all tengok betul2 dari FF Tokyo Drift lagi beliau ni cool jee… suka makan keropok apa ntah.

Dah2, aku malas nak melalut panjang2… Nak join mai tekan SINI atau klik pada banner…

ADIOS…

Wednesday, 20 April 2011

Blog punya pasal, aku tetap update walau esok nak FINAL...

http://www.emocutez.com
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Esok aku dah final exam sepertimana yang aku inform dalam entry ni, tapi aku tetap nak update blog, malam tadi struggle sampai pukul 4. Blog punya pasal, aku nak update juga pagi-pagi ni. Esok aku akan hadap paper ECW atau nama penuhnya BASIC FLUID MECHANICS. Aku harap aku dapat jawab dengan tenang InsyaAllah. Dan ini akan berlanjutan sehingga 29-04-2011 dengan kertas akhir ECS atau Mechanics of Structure.


Selepas itu barulah aku akan terus balik ke JB, bersama keluarga yang tercinta. Yeehaa...!
Aku tak boleh suka sangat, tapi takpe, aku baru lepas call my wonderwoman and my ironman untuk mohon restu mereka. Harap-harap dengan restu dan doa mereka aku dapat capai target aku insyaAllah. You all jugak doakanlah rakan mu yang dalam perjuangan menuntut ilmu ini ye, moga dengan doa dan jasa baik you all akan dibalas dengan rahmat Allah S.W.T. Sayang you all lah...
http://www.emocutez.com

Ok lah guys, tak nak buat entry panjang-panjang, nanti makin typo lak. Nak sambung study ni.
http://www.emocutez.com

notakakicagu :: pada yang nak final tu GOODLUCK ye, agi idup agi gelaban..!!!

Struggle for pleasure,

Sunday, 6 February 2011

SHISHA no more...

Bismillahirrahmanirrahim...

Waaa...lame dah tak update blog, thanks pada yang sudi BW n jadi follower EBS,

Kali ini, Entry tak berapa panjang, just nak cerita pasal salah satu kejadian pada hari last EBS hang up dengan rakan-rakan tercinta (ke?)

Ok, masa itu EBS bersama wan, kamal and wan's bro (fendi) cuci-cuci mate dekat PASAR KARAT. Serius ramai gila orang, tak terkecuali pulak chicks yang awesome, tapi sempat ngorat sebab sibuk mencari SWEATER yang diperlukan untuk memaintankan suhu badan bila berada dalam BILIK SEMINAR FKA.

Then, bila dah cari punya cari, satu hapa pun tak jumpa, EBS agak giveup and tak nak la menyusahkan depa ni untuk mencari kat tempat lain pulak,

Kisah terjadi apabila mereka ini semua cadang nak lepak RESTORAN ALIFF. Dah tiga malam berturut-turut EBS dan Wan lepak kat situ dalam satu minggu. eh, EBS dah 4nights straight la...lupe2

After done my meal with roti telur bawang (same menu as two other girls we hang up with yesterday), kami perkena SHISHA pula, ohh...




Dah lame tak perkena, perisa yang terlibat, MELON, MINT, and GRAPE, there is one more flavor that I don't remember... Then depa dah menghisap sambil asap dah berkepul kat ruang meja kami, baru lah turn EBS, mula-mula dok tarik nafas dan hembus sampai habis n kecut paru-paru, terus hisap that thing...skali tarik memang agak kurang sikit asap, EBS bukan EXPERT SANGAT. tak macam sahabat EBS sorang ni... dah macam seladang dah...


Ada satu turn mase EBS hisap this thing, EBS cube hisap sebanyak yang boleh, saja nak try macam sahabat EBS yang kat atas ni, then asap tak ade la seberapa, tapi KEPALA EBS mula berat sebelah kanan, kalau boleh nak terus terhantuk kat meja besi right beside me, uhhh...sounds weird, dah la baru pas makan, kang ada jugak yang muntah ni.



And its happen to me... i'm PUKE before my legs step out from Kamal's car in front of my house and nasib baik juga kat sebelah luar, kalau dalam mahu kena bantai ngan bro kamal...,Serius shit, masa tu dah tak tahan lagi, dalam kereta right on the to my house dah macam orang meroyan, terkeluar lah segala mala isi perut.

Nasib baik lah, orang kampung masa tu dah tidur, lau tidak mahu kena bantai dek depa ingat aku mabuk. haha...

Jangan isau lah, EBS tak kan sentuh itu air kencing setan and cigarette.

haa...besaw punyee...hee...


haa...tengok pueh2...paham dok..?

And start from that moment, maybe I'm not take that thing(SHISHA) again, perhaps, because it will ruins my life...EVEN it is not dangerous... Imagine that I just take it slowly, and make my head spinning like hell and puke on to someone suddenly...ohh please...

nota kaki: lagi sedap chocolate coolblog dari shisha kan.............

>>>
ahhh...sedap.....

Friday, 10 December 2010

CHUCK >> the best



LOCATION : depan lappy, restoran Aliff, bndar baru uda, johor bahru, johor.
TIME: 9.27pm

huhu..baru terasa nak update blog. kesian kt follower aku, mesti bosan kan...gagaga...
mintak maaf la banyak2 ye, di kala cuti sem ni aku mmg susah nak cari port Wifi, dan aku dah ambil inisiatif untuk ke restoran Aliff kat Uda (berdekatan Angsana) untuk mengONLINEkan diri ke alam maya...

waktu aku menaip post ni, aku sedang sibuk meng'download' tv-series CHUCK, dan ini yang mengisi waktu kekosongan aku masa minggu kedua dan ketiga cuti sem aku. memang best cite ni, tambah lagi ngan cewek2 manis. gagaga...terutama sekali heroin dia yang bernama Yvonne Strahovski aka Sarah Walker. memang kalah cewek pujaan aku lagi satu iaitu camilla belle...sory yunk! hahaha





cik sarah walker (cumey siot ..T_T)

aku agak kecewa sikit sebab season4 aq xde full episode, naseb baek la pihak yang menyediakan Wifi ni (aliif staff) dah upgrade depa punya connection, dapat la download laju sikit. tahniah kepada mereka. :P

bila dah start tengok, aku memang tak boleh stop, humor dan conflict dalam series ni memang buat aku tak nak berganjak dari depan laptop,huhu, sampai cycle hidup aku da pun berubah, siang tido malam laan 'CHUCK" ni (penulis dalam proses membaik pulih cycle hidup beliau)

kalau you all nak tau cite ni pasal pe, you all tengok la sendiri, mana yang dah tau tu senyap2 je la yek. tak payah bising2. gagaga...

maybe series ni dah ada keluar kat estro channel 701 axn, tapi tak la sume episode, aku ada sume season, tapi malang season 1 dan 2 hilang atas masalah2 teknikal external hard disk aku, nasib baek season 3 dan 4 semapt diselamatkan dan dalam proses up to date.






Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping