Showing posts with label hari pertama di semester 4. Show all posts
Showing posts with label hari pertama di semester 4. Show all posts

Wednesday, 20 April 2011

Blog punya pasal, aku tetap update walau esok nak FINAL...

http://www.emocutez.com
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Esok aku dah final exam sepertimana yang aku inform dalam entry ni, tapi aku tetap nak update blog, malam tadi struggle sampai pukul 4. Blog punya pasal, aku nak update juga pagi-pagi ni. Esok aku akan hadap paper ECW atau nama penuhnya BASIC FLUID MECHANICS. Aku harap aku dapat jawab dengan tenang InsyaAllah. Dan ini akan berlanjutan sehingga 29-04-2011 dengan kertas akhir ECS atau Mechanics of Structure.


Selepas itu barulah aku akan terus balik ke JB, bersama keluarga yang tercinta. Yeehaa...!
Aku tak boleh suka sangat, tapi takpe, aku baru lepas call my wonderwoman and my ironman untuk mohon restu mereka. Harap-harap dengan restu dan doa mereka aku dapat capai target aku insyaAllah. You all jugak doakanlah rakan mu yang dalam perjuangan menuntut ilmu ini ye, moga dengan doa dan jasa baik you all akan dibalas dengan rahmat Allah S.W.T. Sayang you all lah...
http://www.emocutez.com

Ok lah guys, tak nak buat entry panjang-panjang, nanti makin typo lak. Nak sambung study ni.
http://www.emocutez.com

notakakicagu :: pada yang nak final tu GOODLUCK ye, agi idup agi gelaban..!!!

Struggle for pleasure,

Friday, 15 April 2011

Final exam is just around the SELEKOH MAUT...memang Cool!

http://www.emocutez.com
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Hello ladies and gentlemen, fyi, 4th semester final exam aku dah berada betul-betul kat corner, bukan ABC or Osman corner (lebih kurang la..). Dan ini bermakna aku juga umpama seperti telur di hujung gading gajah. Kalau belalai gajah panjang aku tak kesah, boleh dia sambut lagi telur tuh (kalau dia terer), kalau pendek memang kena lenyek dengan tapak kaki dia yang sebesar penutup tong sampah.

yang laboratory tak ade final, tapi markah tetap markah...=="


Ok, sebelum aku mula melalut, sekarang sudahpun 15 - 04 - 2011. Dan aku ada lagi (counting 1, 2, 3, 4, 5, 6...) OK! kurang dari 6 hari lagi untuk final exam. Seperti yang aku dah habaq mai kat ampa suma dalam entry ini untuk capai target aku, aku kena pulun habeh. Maknanya dunia blog aku terpaksa lupakan sekejap. Tapi ini tak bermakna aku tak online dan aku akan terus blogwalking. Aku akan cari info-info yang cambest dan COOL untuk share dengan you all then aku akan post bila aku dah habis final nanti, OK kanak-kanak....!!! hee
http://www.emocutez.com
You all kalau sayang aku dan blog ini (kalau lah), doa-doakan lah aku dapat capai target above 3.40... its sound ridiculous but that's my target. Aku kena mula dari bawah dulu, aku ini bukannya pandai cam ampa, huk3. Untuk hari ini, aku nak relax kejap, header untuk cik sarah orked baru je aku siapkan, kini header untuk cik fatien aleya pulak sedang dalam proses, gambar dah cari, tapi aku masih tak dapat lagi tagline untuk header beliau, erm,...takpe2...kalau dua2 dah siap, aku upload dalam masa terdekat ini k guys.

Struggle for Pleasure
http://www.emocutez.com
yang sedang berusaha,

Sunday, 10 April 2011

Header Baru...! Cool tak?

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Hah? Apa khabaq hampa suma...sory lah dah lama tak update, aku baru habis 5 tests dalam 3hari dengan prestasi yang turun naik dan itu kite cerita lain kali, tapi kali ini aku update dengan satu pembaharuan. Takkan tak perasan kot. Dah you all mai sini sudah terpampang satu header baru dari aku. Amacam? COOL tak...?

yang lama

http://www.emocutez.com
Satu hari aku buat benda ini taw...(ok itu tipo)...Aku terasa nak tukar header sebab ade seorang hamba Allah a.k.a classmate aku yang mengata bahawa header lama yang berkotak-kotak tu dulu sangat tidak sesuai. Beliau juga seorang BELOOGER dan you all boleh tekan sini untuk ke BELOOG beliau.

Aku mendapat info tentang satu software yang sangat Awesome dan lebih user friendly dari Photoshop. Namanya GIMP (download link) dan ini hasil dari software tersebut. Aku tak berapa suka dengan photoshop sebab ia sangat complicated compare to GIMP. Bukan hanya GIMP yang aku gunakan. Tapi Photoscape serta PICNIK kegemaran juga terlibat dalam pembaharuan ini. (sekema gilee ayat)


Dengan ini, sukacitanya EBS merasmikan official header terbaru untuk beloog yang tak seberapa ini. Harap dengan pembaharuan yang dilaksanakan akan meningkatkan lagi prestasi sekaligus menaikkan nama ENCIK BEDAK SEJUK sdn.bhd setaraf dengan BEN ASHAARI dan yang setaraf dengannya untuk pada masa akan datang.
http://www.emocutez.com
HAHAHA...ayat ta bole blaa...

Oklah, aku ada lagi satu cadangan untuk tukar templates beloog pulak, nak bagi beloog ini lagi simple sesimple beloog tuan hijau a.k.a dausopzi.com sebab web beliau memang superduper COOL la man... you all setuju... tekan like kat bawah tuh...
http://www.emocutez.com

notakakicagu: anda comment, anda memang COOL...!!

tuan tanah,

Sunday, 9 January 2011

First week in 4th Semester...

LOCATION : depan Lappy, 313, PangsaPuri Idaman, Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia
Time : 11.22am Malaysia time.

http://www.emocutez.comBismillahirrahmanirrahim...http://www.emocutez.com

Alhamdulillah, sudah lebih seminggu EBS berada di Pulau Pinang dan 5 hari menghadiri kuliah dekat UiTM. Macam-macam yang berlaku dan you all boleh tengok dekat entry yang lepas-lepas, antaranya First day in 4th semester dan Aku Single...?.

Post kali ini, EBS nak bercerita tentang subjek-subjek yang EBS akan hadapi untuk SEMESTER 4, kelihatannya agak mencabar bagi EBS, kerana kali ini, segala apa yang EBS dah belajar ketika di SMTiJB, dan semester-semester lepas akan dipraktikkan dalam Semester 4,5, dan 6, Insya- Allah.
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Antara subjek tersebut ialah,

Monday, 3 January 2011

First Day In 4th Semester.

Location: Depan Lappy, Pangsapuri Idaman, Permatang Pauh, Pulau Pinang,
Time: 05.20pm, Malaysia time...

Bismillahirrahmanirahim....

Hari ini, merupakan hari pertama EBS ke kuliah di semester empat, permulaan yang macam biasa-biasa ja bagi EBS, bangun pagi dalam pukul 6.20a.m dengan keadaan yang mamai (macam you all jugak lah...he he) dan kalau you all nak tahu, EBS gemar membuka tingkap seluas-luasnya pada waktu pagi, sebab sejuk, dan hal ini akan membuatkan mata kita segar bugar, EBS juga suka menarik nafas dalam-dalam ketika untuk menghirup udara segar yang bukan selalu kita dapat selain waktu pagi.

Ok, dalam pada masa yang sama, EBS masih kurang percaya yang EBS sudah berada di semester ke 4 di UiTMPP, pelbagai dugaan dan cabaran, untung dan rugi yang EBS lalui bersama rakan-rakan seperjuangan.

Hari pertama, first expression pada lecturer yang mengajar kami untuk subjek ECS228, ECM216, dan ECG213, agak baik, mereka agak sporting dan ini memberi gambaran baik untuk EBS berjuang dalam menimba ilmu. Harap ini tidak akan luntur walau apa pun yang berlaku. :)

Pada hari ini juga, hujan lebat di Pulau Pinang, EBS yang tak terkecuali terkena hujan membuatkan kepala EBS agak pening di tambah lagi dengan kesakitan gigi yang semakin menyucuk ketika kelas sedang berjalan, adui...tak boleh blah...huk3...

Dan hari ini juga, EBS dapat tengok rakan-rakan lain selain housemate EBS, masing-masing tidak berubah dengan perangai mereka. Tapi tak tahulah, jikalau selepas ini mereka mula tunjukkan belang, agagaga...

You all masih ingat tentang suit Suave dalam entry terdahulu, haa, agak janggal la juga EBS pakai, sebab suit itu plane, kerana EBS selalunya memakai suit belang kegemaran EBS, ini antara gambar yang rakan EBS snap untuk tatapan you all... :D

di perda

perda juge...:D
p/s: kredit untuk APIT

Yang paling bosan pada hari pertama semester ini ialah ketika menunggu bus, dengan bilangan pelajar yang semakin meningkat dari semester ke semester dan bilangan BAS yang masih tetap, menyukarkan EBS dan rakan-rakan untuk bergerak gara-gara tidak mahu merosakkan rambut dengan helmet...

Ok lah, lupakan sekejap pasal UiTMPP dan hari pertama semester 4, hari ini EBS ada memasuki laman web www.rakanblogger.klik1malaysia.com dan EBS sudah pun mendaftar untuk mencari rakan blogger yang lain demi 1Malaysia, HUAHUA...

Dan selepas itu, terjumpa pula widget-widget yang menarik untuk menambah seri lagi blog EBS ni :D


player of the year...:D


eh, gambar EBS jadi cover magazine lah! haha, ini EBS create melalui funmagcover.com melalui rakanblogger.klik1malaysia.com tadi. Amacam? OK tak...? kalau tak OK mesti you all jeles. Tahu punye....gaggaga

nota kaki: you all jangan lupe daftar rakanblogger tu ye... cambest tau...!! :D

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping