Showing posts with label formal suit. Show all posts
Showing posts with label formal suit. Show all posts

Sunday, 23 January 2011

Serabut vs Serabai

Location : depan Lappy, Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Taman Pauh, Pulau Pinang.
Time: 11.30 am waktu Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam 1 Malaysia buat semua,

Pagi-pagi EBS bangun solat subuh, dah selesai ingat nak buat ASSignment yang kian bertambah terutama LAB REPORT, ingat nak buat ASSignment Basic Structure dulu. Bila dah buka buku, mata pula berat, nak bukak tingkap takut lak MAMAT IJAU marah. Abaikan je lah. Buka lappy, buntu. Tak tahu nak buat apa, tengok pulak result match-match BPL malam tadi, wadafak! MU menang lagi, bullshit, nasib CHELSEA tak main lagi.
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
Relax-relax...
http://www.emocutez.com
EBS tak tahu nak post apa, kepala buntu, masa ini dah pun siap salin SOALAN je untuk ASSignment Basic Structure. SOALAN JEE.... kire ok lah tuh...EBS dah cube nak buat, tapi kepala cam biasa, beku, ni mesti pasal rangka ayam semalam, yang faberet tak dapat, terpaksa beli kat kedai lain, nak contact cik wanie, tapi kredit call dah abes, nak mecej lak takut beliau tengah test computer LESEN mandu beliau...
http://www.emocutez.com
Relax lagi...


LAB report mamat ijau dah setelkan sikit, tinggal part EBS pasal DISCUSSION ECM, pasal AIRCOND test, latent dan specific heat generator dah siap dah, tapi ada lagi satu yang buat EBS lagi buntu... ARGHH..!!
http://www.emocutez.com
Relax lagi dan lagi...

http://www.emocutez.com
Sampai bila nak relax, kapla makin serabut + serabai...
Baju formal tak gosok lagi, ada dua suit nak kena pakai minggu ni, satu untuk ISNIN a.k.a hari pakaian formal, dan satu lagi untuk majlis anugerah persatuan dan kelab , depa suh pakai batik, tapi EBS tak bawa pulak dari JB. Niat hati memang nak pakai, sebab nanti nampak macam datuk-datuk or YB(gila perasan) tapi ABAIKAN, formal jadi pilihan, tapi baju yang mana satu..??
Sama ada suit SUAVE or ORLANDO, kapla makin buntu. lantak pii laa...janji aku pakai baju.
Makin buntu EBS bila terpikir pasal tiket balik ke Penang nanti, melonjak bagainak mati harga depa, normal price 75 kalau musim raya pun. Tapi kali ini dah sampai RM150.00... tapi ayah EBS kata tak payah risau, tu dia punya hal nak pikir pasal tiket, janji anak beliau selamat sampai ke destinasi. AKU SAYANG AYAH AKU. Dia memang tak kedekut dengan anak-anak dia, cuma ada kala nya dia kedekut untuk sesuatu. Ni pun untuk kebaikan anak-anak beliau. seriusly dia memang ayah terbaik.
Relax lagi...http://www.emocutez.com

Perut makin lama makin mintak isi, sampai hilang six packs EBS, ni member-member da ajak pi makan, badan lak malas nak pi mandi, duit lak kena banyak save bulan ini. sebab semalam dah banyak keluar, lagi-lagi motor tu, pun nak kena repair. Semalam dah buat hal dah, tiub ley bocoq lak, time ni la ko nak buat hal, battery lagi nak kena ganti, key lock pun dah macam kena rompak, kira-kira dalam RM100 gak kalau nak repair tuh. sakit-sakit...

http://www.emocutez.com
Makin buntu, ELAUN dah lame abis, buat makan itu ini. terutamanya melabur kat MESIN POTOSTET. Nak copy ASSignment dan NOTE segala bagai. tapi ni bukan berkira, ilmu der. huhu...

tu je kot nak post, lain kali post benda lain lak, makin serabut kalau taip panjang nanti, sian pulak kat you all...


daa...

nota kaki: ???http://www.emocutez.com

Wednesday, 19 January 2011

jom membancuh kopi...eh?..konkrit... :P

Location : Depan lappy, 313, Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang,
Time : 23.33 Malaysia Time

Bismillahirrahamanirrahim...

Dan salam 1Malaysia buat pembaca sekalian, (gile skema)...waktu ini EBS baru jek habis kelas ECW211 dan agak penat, tapi still nak update blog juga, komitmen punya pasal kan. Rakan-rakan EBS juga dah mula panggil EBS mamat BLOG...tapi takpe, bukan benda haram pun kan, betul tak, lagipun nanti muka they all juga ada keluar dalam blog EBS ni. (melalut lak)

Hari ini juga EBS ada rasa sikit senang hati, sebab esok cuti sempena THAIPUSAM, itu satu, dan EBS juga dah pun mendownload TV-SERIES ENGLISH episode terbaru CHUCK season 4 iaitu EPISODE sebelas (11) " CHUCK vs THE BALCONY" dan you all boleh mendownload kat link ni kalau nak (tekan sini).

EBS tangguh tengok CHUCK tuh dulu sebab nak update entry terbaru untuk you all, :D

+++

Semalam, bersamaan hari Selasa 18 haribulan Januari, juga ada EXCCEP UiTM di mana EBS juga terpaksa memakai pakaian FORMAL penuh kerana menjadi maskot untuk P'CES...

Dan pada hari yang sama EBS dan group EBS perlu membancuh konkrit pada sebelah petang, bayangkan hanya EBS seorang yang pakai FORMAL time tuuhh,,, yang lain biasa-biasa saja, naseb lah ade jaket dan safety boot yang melindungi Baju kesayangan EBS, tapi sayang Seluar tak dapat diselamatkan,

sebelum membancuh...

haa...ada nampak macam engineer x? bukan engine nyok ah,...(sekeh kang) hee...

Oklah, objektif kami membancuh konkrit ini adalah untuk mengetahui "workability" konkrit tersebut sama ada ia sesuai untuk digunakan dalam pembinaan atau tidak, prosesnya membancuh nampak macam kejap tapi sebenarnya lama (bagi yang amatur)...

Pada mulanya, kami perlu menimbang seberapa banyak bahan-bahan yang diperlukan yang telah di'calculate' dalam borang CONCRETE MIX DESIGN yang agak rumit juga lah, dan selepas itu, kami akan bancuh bahan-bahan tersebut dalam MIXER (gambar), dengan MIXER ini agak senang, tapi masa EBS bekerja tolong ayah EBS bancuh konkrit dulu pakai skop je, dan tak perlu kira-kira itu ini, huhu,

Lepas itu pulak, terdapat 'procedure'2 lain yang susah EBS nak terangkan, salah satunya yang EBS boleh terangkan adalah SLUMP TEST yang widely use for DETERMINE THE WORKABILITY OF CONCRETE in CONSTRUTION. ( siapa yang sekolah teknik dan ambil civil engineering pun ada buat benda ini) sampai lah ke tahap memasukkan konkrit segar (fresh concrete) tadi ke dalam 6 moulds @ acuan (gambar)... kami perlu memasukkan konkrit tersebut ke dalam 4 acuan berbentuk kiub, satu acuan berbentuk silinder dan satu acuan lagi berbentuk segi empat tepat dan memadatkan@memampatkannya sebanyak 25 kali dengan sebatang rod bulat untuk acuan silider dan sebatang rod petak untuk lagi 5 acuan yang lain. (SERIUS KERJA INI MEMANG PENAT) sampai keras tangan EBS akibat konkrit yang semakin keras...


Mixer machine (pandangan sisi)

MIxer Machine (pandangan hadapan)

mould @ acuan (tanpa konkrit)

Ini (gambar bawah) antara hasil kerja kami (fasa 1), dan kami perlu membiarkan acuan ini dalam masa 24 jam untuk kering,


Selepas kerja-kerja kami (membancuh kopi keras) selesai, kerja lain pula menunggu untuk membersihkan lapangan kerja kerana ada group lain yang akan menyusul, (jikalau tiada pun kami wajib bersihkan)

Dan segala penat lelah kami akan terjawab selepas 24 jam (selepas konkrit kering @keras),

Ini lah ahli-ahli group EBS yang bertungkus-lumus menjayakan lab ini...

abang LAN yang ensem (KE?)...

encik HIJAU yang gagah... :D


cik niza Yang comel...:D


EBS a.k.a bakal engineer yang tampan ... :P
(selepas membancuh)

kredit untuk cik husna yang kiut...:)

Acuan pun telah dibuka pada tengah hari tadi, tapi EBS tak sempat nak ambil gambar terbaru disebabkan MASA yang agak suntuk, dan konkrit yang telah keras pun sedang menjalani proses CURING dengan merendam nya kedalam tangki air selama 7 - 28 hari.

Oklah, nanti EBS update lagi tentang ni k,

nota kaki : SERIUS EBS katekan yang bancuh konkrit ini memang penat, tak sama dengan bancuh kopi...akakaka, jadi you all, macam mana lah kan pekerja-pekerja buruh tu buat kerja ini...? renung-renungkan dan SELAMAT BERAMAL..! :D

Monday, 3 January 2011

First Day In 4th Semester.

Location: Depan Lappy, Pangsapuri Idaman, Permatang Pauh, Pulau Pinang,
Time: 05.20pm, Malaysia time...

Bismillahirrahmanirahim....

Hari ini, merupakan hari pertama EBS ke kuliah di semester empat, permulaan yang macam biasa-biasa ja bagi EBS, bangun pagi dalam pukul 6.20a.m dengan keadaan yang mamai (macam you all jugak lah...he he) dan kalau you all nak tahu, EBS gemar membuka tingkap seluas-luasnya pada waktu pagi, sebab sejuk, dan hal ini akan membuatkan mata kita segar bugar, EBS juga suka menarik nafas dalam-dalam ketika untuk menghirup udara segar yang bukan selalu kita dapat selain waktu pagi.

Ok, dalam pada masa yang sama, EBS masih kurang percaya yang EBS sudah berada di semester ke 4 di UiTMPP, pelbagai dugaan dan cabaran, untung dan rugi yang EBS lalui bersama rakan-rakan seperjuangan.

Hari pertama, first expression pada lecturer yang mengajar kami untuk subjek ECS228, ECM216, dan ECG213, agak baik, mereka agak sporting dan ini memberi gambaran baik untuk EBS berjuang dalam menimba ilmu. Harap ini tidak akan luntur walau apa pun yang berlaku. :)

Pada hari ini juga, hujan lebat di Pulau Pinang, EBS yang tak terkecuali terkena hujan membuatkan kepala EBS agak pening di tambah lagi dengan kesakitan gigi yang semakin menyucuk ketika kelas sedang berjalan, adui...tak boleh blah...huk3...

Dan hari ini juga, EBS dapat tengok rakan-rakan lain selain housemate EBS, masing-masing tidak berubah dengan perangai mereka. Tapi tak tahulah, jikalau selepas ini mereka mula tunjukkan belang, agagaga...

You all masih ingat tentang suit Suave dalam entry terdahulu, haa, agak janggal la juga EBS pakai, sebab suit itu plane, kerana EBS selalunya memakai suit belang kegemaran EBS, ini antara gambar yang rakan EBS snap untuk tatapan you all... :D

di perda

perda juge...:D
p/s: kredit untuk APIT

Yang paling bosan pada hari pertama semester ini ialah ketika menunggu bus, dengan bilangan pelajar yang semakin meningkat dari semester ke semester dan bilangan BAS yang masih tetap, menyukarkan EBS dan rakan-rakan untuk bergerak gara-gara tidak mahu merosakkan rambut dengan helmet...

Ok lah, lupakan sekejap pasal UiTMPP dan hari pertama semester 4, hari ini EBS ada memasuki laman web www.rakanblogger.klik1malaysia.com dan EBS sudah pun mendaftar untuk mencari rakan blogger yang lain demi 1Malaysia, HUAHUA...

Dan selepas itu, terjumpa pula widget-widget yang menarik untuk menambah seri lagi blog EBS ni :D


player of the year...:D


eh, gambar EBS jadi cover magazine lah! haha, ini EBS create melalui funmagcover.com melalui rakanblogger.klik1malaysia.com tadi. Amacam? OK tak...? kalau tak OK mesti you all jeles. Tahu punye....gaggaga

nota kaki: you all jangan lupe daftar rakanblogger tu ye... cambest tau...!! :D

Sunday, 19 December 2010

NEW YEAR, NEW SEM, NEW SUIT, NEW DESTINY...


LOCATION : depan lappy, restoran aliff, Bndar baru Uda, Johor Bahru, Malaysia.
TIME : 8.40pm

OK, dalam dua belas(12) hari lagi 2010 akan pergi mninggalkan kita, dan 'no more teen in my age', dan umur aku akan jejak ke dua puluh(20) walaupun hari jadi aku lambat lagi (pertengahan tahun),http://www.emocutez.com

then, aku dah mula risaukan naiknya sem baru. entah apa yang akan jadi seterusnya bagaimana mata pelajaran baru yang akan aku pelajari...hmmm http://www.emocutez.com
Susah aku nak jangka, tapi aku harap aku dah bersedia..http://www.emocutez.com

sebenarnya, post kali ini, aku cuma nak inform kat you all, yang aku baru je beli satu suit formal yang agak SMART la bagi aku, tak tahu la bagi you all macam mane kan,


http://www.emocutez.com

ok..gambar kat atas ni merupakan suit terbaru untuk SEMESTER 4 aku kat UiTM Penang,
sume brand SUAVE,

SLIMFIT BLACK PURPLE FORMAL SUIT - MYR39.00
SLIMFIT BLACK FORMAL SLACK - MYR 59.00
PLANE WHITE TIE - MYR 9.90

total semua skali you all pandai2 la kire...and this suit merupakan kesayangan aku yang baru walaupun aku tak pakai lagi...gagagahttp://www.emocutez.com

banyak lagi keperluan aku kene beli untuk sem baru ini, especially JAM ...
aku memang xboleh hidup tanpa JAM, tak kesah la jam murah ke, mahal ke...tapi yang penting jam tu menunjukkan masa dan ia tahan lama...kenela tunggu naek sem ni...sampai penang memang aku beli barang2 ni..

-JAM
-FUTSAL SHOE
-one more FORMAL SHIRT (optional)




Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping