Showing posts with label ECS. Show all posts
Showing posts with label ECS. Show all posts

Sunday, 27 March 2011

EBS = Encik Bedak Sejuk or Encik Bas Sekolah ...?


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamulaikum...

Sedang aku buat Lab report ECS petang-petang la ni, dengan mata yang kuyu tunggu di sorong bantal yang empuk lagi sedap dipeluk sambil memikirkan idea untuk entry kali ini...

Aku teringat di akhir tahun lepas , tika aku sedang sibuk melayan karenah ibu-bapa serta anak-anak yang nak beli buku-buku sekolah dekat Sekolah Kebangsaan Taman Perling (kalau tak silap), masa tuh aku just amik part time untuk tolong pakcik aku menjual buku sementara tunggu nak naik semester 4.

Ok, that time tengah aku sedang mengira jumlah harga buku-buku anak seorang makcik ini, then anak dia yang agak tua menegur,

'abang, adik saya kata muka abang macam dalam GENG BAS SEKOLAH" (sambil adik beliau tersipu-sipu malu macam nak kena cium)

Omak beliau berdua ni pun dah nak ketawa, sampai aku yang tengah sibuk mengira ini pun dah salah tertekan calculator. Yang kazen aku sorang lagi dah mula nak terbahak dengar si kecik tuh cakap macam tuh, malu doee...
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

What the heel, aku yang ada astro ini pun tak pernah tengok cerita yang kurang matang tuh, dan sampai sekarang aku masih teringat mana satu watak yang serupa dengan aku....

Aku try lah google kat web then maybe yang ni kot,

Mat a.k.a pemandu bus sekolah tersebut,

Dem it, tapi aku tak kesah la, budak-budak punya imaginasi kan, kalau dah obses macam anak sedara aku, yang tak habis menjerit GBS..! GBS...! and what so ever. Itu biasa lah, Budak-budak, macam lah you all yang laki tak terjerit KAMEE-KAMEE HAA (yang laki) dan DENGAN KUASA BULAN, AKU AKAN MENGHUKUM MU (yang perempuan) masa budak2...kan3?

http://www.emocutez.com

nota kaki cagu: EBS still stands for ENCIK BEDAK SEJUK, bukan ENCIK BUS-IKAL SEKOLAH ok...

yang terkena,



Tuesday, 15 March 2011

Moga Allah sembuhkan beliau...

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Hari ini mood aku agak tak stabil sikit, bukan sebab mati bini, aku pun tak kahwin lagi. Sebelum ini, aku dah buat entry pasal Emak aku yang menangis sebab aku tak dapat balik JB. Entry ini pulak aku yang nak MENANGIS.

Masa dekat kelas ECS tadi, akak aku call, beliau nak tanya khabar dan tanya bila aku nak call rumah, bukan akau tak nak call, aku memang tunggu masa je bila nak call, mungkin malam ini, or esok. Tengok keadaan lah,

http://www.emocutez.com

Then akak aku kata, emak tengah sakit, demam-demam katanya. Mulalah aku hati aku tak tenteram. Aku kata malam ini jugak aku call emak, maybe lepas or sebelum meeting.

=================

Lepas je meeting dalam berapa minit lepas, sampai rumah, masak air, terus aku call mak aku. Then adik aku angkat, aku tanya lah dulu beliau dah tidur ke belum, adik aku kata beliau tengah baring. Ok. Boleh lah aku cakap dengan WONDERWOMAN aku ni.

http://www.emocutez.com

Alahai, bila dah dengar suara beliau, sayu hati aku dengar serak-serak basah dengan diiringi batuk yang keras. Emak aku dari Khamis hari tuhdah sakit. Kenapa aku baru dapat tahu? Adik aku boleh menyampuk kat belakang kata yang emak aku rindukan aku. OK. Kalau betul aku kena berbual lama. Then aku mula lah bertanya khabar semua, sempat jugak tanya resipi-resipi masakan yang memang dah jadi faveret aku bila emak aku masak. Antaranya MAGGI campur, yang lain aku dah lupa. Emak aku kalau dah ada yang tanya pasal resipi memang dia tak boleh stop melainkan rahsia-rahsia masakan beliau. Tanya juga pasal siapa datang rumah lepas abang aku kahwin dulu. Rupanya Pak Tam serta Mak Tam dan anak bongsunya yang comel datang kerumah. Mereka memang rajin jenguk sini kalau ke Johor sebab mereka tinggal kat Semenyih.

Dan aku terkejut yang abang dan isterinya (pengantin baru) tuh datang ke rumah semata-mata ngidam nak makan pelam. Bukan ke dekat luar tuh berlambak. Emak aku dah syak mungkin aku dapat anak sedara lagi. Huh, seronok bukan main lagi mak Datin sorang ni... hee..

Puas dah berbual, aku rasa kesian mak aku dah mula batuk-batuk tak berhenti. Aku cakap dekat beliau stop sampai sini jelah, dah lah Jumaat tu hari beliau sakit sampai tak boleh bangun. Kesian juga Ayah dan adik beradik aku just makan nasi ayam jeee (sedap gak)...Dah berapa hari beliau tak masak sebab sakit...

Harap my WONDERWOMAN ini cepat-cepat lah sembuh. Aku tak nak apa-apa jadi kat beliau. Serius aku sayang beliau. Rasa nak menangis pun ada ni.

http://www.emocutez.com


Ok lah, sebelum aku tamatkan post ini. Aku nak ucapkan terima kasih pada yang sudi follow blog aku yang seberapa ini. Thanks all. Lap u lah...
http://www.emocutez.com

notakakicagu: aku doakan beliau dan ayah cepat sembuh dari segala penyakit yang melanda mereka... Amiin...

yang gembeng...

Monday, 21 February 2011

Emak...jangan lah nangis... :'( [PART 3] - trailer

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Dua hari tak online rase macam 2tahun duduk dalam tempurung, La ni aku baru je sampai dari JB, sambil-sambil basuh baju aku pun ngadap lappy, dan aku dah decide tak pergi dua kelas hari ini. ECS n ECM, gila kau..penat semalam tak habis lagi, apa ingat dalam bus aku bleh tidoq lena...? jangan harap, kena ada bantal pelok hidup baru aku bleh tidoq lena...hahaa...

Dalam minggu ini aku akan menghadapi 6 test,( 2 lab dan 4 lecture) dan meybe aku tak update blog kot dalam waktu terdekat ini, sebab test ini 4 hari berturut-turut dan aku dah lah tak pergi kelas,sekarang ini, huhu, banyak ilmu yang tertinggal dah..relax2... dan aku akan sekadar blogwalking, folo blogger lain, agak lah...tengok lah macam mana nanti.

Dan nantikan Emak...Janganlah nangis part 3, sebab aku nak ceritakan apa sebenarnya yang terjadi masa majlis perkahwinan abang aku, nak update sekarang kondisi fizikal dan mental agak exhausted sikit, eh bukan sikit, tapi banyakkkk...sorry sebab aku letak tajuk can tuh...hee...xde idea dah ni...sorry
http://www.emocutez.com

Ini aku sediakan photoshot raja sehari merangkap abang dan isteri beliau... :D


entah apa lah yg abg aku tengok tuh... =="


raja sehari bersama ayah dan bonda
(aku tak tahu kenapa aku suka gambar ni...:D)


Haa,,,cukuplah, nak letak semua memang penuh satu entry, gambar-gambar kat atas ini adalah original version k, tak edit lagi, hee...

Nanti-nanti aku upload gambar lain. seyes banyak. sebab aku yang jadi photographer mempelai dua ekor ini...hik3...

nota kaki: antara aku dan abang aku, sapa yang lagi hensem, cakap,cakap...hahahah... =..="
http://www.emocutez.com

Thursday, 27 January 2011

jom membancuh kopi...eh?..konkrit... (PART 2)

Bismillahirrahmairrahim...

Tadi dok godek2, belek2 NAITE kesayangan, tibe-tibe ada pulak gambar FASA 3 konkrit design ni,
Fasa 3 masih belum selesai sebelum 2 kiub konkrit yang telah direndam untuk proses 'CURING' dalam sebuah tangki air selama 7 hari, akan di'test' kemampatan atau 'COMPACTION TEST' to determine the workability of concrete.

Untuk ujian ini, kiub konkrit akan di uji dalam sebuah machine(gambar) dengan meletakkan beban ke atasnya. Beban akan diletakkan sebanyak yang mungkin sehingga ia retak atau 'FAILED' dan kami perlu merekod 'MAXIMUM LOAD' yang telah dicapai untuk meng'FAILED' kan kiub yang sedaya upaya kami bancuh 7days before this...

Ini antara gambar yang telah EBS snap untuk tatapan you all masa dekat HEAVY STRUCTURE LAB kelmarin....


ada 4 concrete yang tak settle lagi, just wait for another 21 days more...


drying the cube...

compaction test machine

used concrete cube...

used concrete cube 2...

EBS mahu je mention berapa Maximum load for this concrete can achieve. But all of them ada pada cik nieza tomey pulok.

Thats all for this time. lain kali EBS upload lagi k...chalobete...

Sunday, 23 January 2011

Serabut vs Serabai

Location : depan Lappy, Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Taman Pauh, Pulau Pinang.
Time: 11.30 am waktu Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam 1 Malaysia buat semua,

Pagi-pagi EBS bangun solat subuh, dah selesai ingat nak buat ASSignment yang kian bertambah terutama LAB REPORT, ingat nak buat ASSignment Basic Structure dulu. Bila dah buka buku, mata pula berat, nak bukak tingkap takut lak MAMAT IJAU marah. Abaikan je lah. Buka lappy, buntu. Tak tahu nak buat apa, tengok pulak result match-match BPL malam tadi, wadafak! MU menang lagi, bullshit, nasib CHELSEA tak main lagi.
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
Relax-relax...
http://www.emocutez.com
EBS tak tahu nak post apa, kepala buntu, masa ini dah pun siap salin SOALAN je untuk ASSignment Basic Structure. SOALAN JEE.... kire ok lah tuh...EBS dah cube nak buat, tapi kepala cam biasa, beku, ni mesti pasal rangka ayam semalam, yang faberet tak dapat, terpaksa beli kat kedai lain, nak contact cik wanie, tapi kredit call dah abes, nak mecej lak takut beliau tengah test computer LESEN mandu beliau...
http://www.emocutez.com
Relax lagi...


LAB report mamat ijau dah setelkan sikit, tinggal part EBS pasal DISCUSSION ECM, pasal AIRCOND test, latent dan specific heat generator dah siap dah, tapi ada lagi satu yang buat EBS lagi buntu... ARGHH..!!
http://www.emocutez.com
Relax lagi dan lagi...

http://www.emocutez.com
Sampai bila nak relax, kapla makin serabut + serabai...
Baju formal tak gosok lagi, ada dua suit nak kena pakai minggu ni, satu untuk ISNIN a.k.a hari pakaian formal, dan satu lagi untuk majlis anugerah persatuan dan kelab , depa suh pakai batik, tapi EBS tak bawa pulak dari JB. Niat hati memang nak pakai, sebab nanti nampak macam datuk-datuk or YB(gila perasan) tapi ABAIKAN, formal jadi pilihan, tapi baju yang mana satu..??
Sama ada suit SUAVE or ORLANDO, kapla makin buntu. lantak pii laa...janji aku pakai baju.
Makin buntu EBS bila terpikir pasal tiket balik ke Penang nanti, melonjak bagainak mati harga depa, normal price 75 kalau musim raya pun. Tapi kali ini dah sampai RM150.00... tapi ayah EBS kata tak payah risau, tu dia punya hal nak pikir pasal tiket, janji anak beliau selamat sampai ke destinasi. AKU SAYANG AYAH AKU. Dia memang tak kedekut dengan anak-anak dia, cuma ada kala nya dia kedekut untuk sesuatu. Ni pun untuk kebaikan anak-anak beliau. seriusly dia memang ayah terbaik.
Relax lagi...http://www.emocutez.com

Perut makin lama makin mintak isi, sampai hilang six packs EBS, ni member-member da ajak pi makan, badan lak malas nak pi mandi, duit lak kena banyak save bulan ini. sebab semalam dah banyak keluar, lagi-lagi motor tu, pun nak kena repair. Semalam dah buat hal dah, tiub ley bocoq lak, time ni la ko nak buat hal, battery lagi nak kena ganti, key lock pun dah macam kena rompak, kira-kira dalam RM100 gak kalau nak repair tuh. sakit-sakit...

http://www.emocutez.com
Makin buntu, ELAUN dah lame abis, buat makan itu ini. terutamanya melabur kat MESIN POTOSTET. Nak copy ASSignment dan NOTE segala bagai. tapi ni bukan berkira, ilmu der. huhu...

tu je kot nak post, lain kali post benda lain lak, makin serabut kalau taip panjang nanti, sian pulak kat you all...


daa...

nota kaki: ???http://www.emocutez.com

Wednesday, 19 January 2011

jom membancuh kopi...eh?..konkrit... :P

Location : Depan lappy, 313, Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang,
Time : 23.33 Malaysia Time

Bismillahirrahamanirrahim...

Dan salam 1Malaysia buat pembaca sekalian, (gile skema)...waktu ini EBS baru jek habis kelas ECW211 dan agak penat, tapi still nak update blog juga, komitmen punya pasal kan. Rakan-rakan EBS juga dah mula panggil EBS mamat BLOG...tapi takpe, bukan benda haram pun kan, betul tak, lagipun nanti muka they all juga ada keluar dalam blog EBS ni. (melalut lak)

Hari ini juga EBS ada rasa sikit senang hati, sebab esok cuti sempena THAIPUSAM, itu satu, dan EBS juga dah pun mendownload TV-SERIES ENGLISH episode terbaru CHUCK season 4 iaitu EPISODE sebelas (11) " CHUCK vs THE BALCONY" dan you all boleh mendownload kat link ni kalau nak (tekan sini).

EBS tangguh tengok CHUCK tuh dulu sebab nak update entry terbaru untuk you all, :D

+++

Semalam, bersamaan hari Selasa 18 haribulan Januari, juga ada EXCCEP UiTM di mana EBS juga terpaksa memakai pakaian FORMAL penuh kerana menjadi maskot untuk P'CES...

Dan pada hari yang sama EBS dan group EBS perlu membancuh konkrit pada sebelah petang, bayangkan hanya EBS seorang yang pakai FORMAL time tuuhh,,, yang lain biasa-biasa saja, naseb lah ade jaket dan safety boot yang melindungi Baju kesayangan EBS, tapi sayang Seluar tak dapat diselamatkan,

sebelum membancuh...

haa...ada nampak macam engineer x? bukan engine nyok ah,...(sekeh kang) hee...

Oklah, objektif kami membancuh konkrit ini adalah untuk mengetahui "workability" konkrit tersebut sama ada ia sesuai untuk digunakan dalam pembinaan atau tidak, prosesnya membancuh nampak macam kejap tapi sebenarnya lama (bagi yang amatur)...

Pada mulanya, kami perlu menimbang seberapa banyak bahan-bahan yang diperlukan yang telah di'calculate' dalam borang CONCRETE MIX DESIGN yang agak rumit juga lah, dan selepas itu, kami akan bancuh bahan-bahan tersebut dalam MIXER (gambar), dengan MIXER ini agak senang, tapi masa EBS bekerja tolong ayah EBS bancuh konkrit dulu pakai skop je, dan tak perlu kira-kira itu ini, huhu,

Lepas itu pulak, terdapat 'procedure'2 lain yang susah EBS nak terangkan, salah satunya yang EBS boleh terangkan adalah SLUMP TEST yang widely use for DETERMINE THE WORKABILITY OF CONCRETE in CONSTRUTION. ( siapa yang sekolah teknik dan ambil civil engineering pun ada buat benda ini) sampai lah ke tahap memasukkan konkrit segar (fresh concrete) tadi ke dalam 6 moulds @ acuan (gambar)... kami perlu memasukkan konkrit tersebut ke dalam 4 acuan berbentuk kiub, satu acuan berbentuk silinder dan satu acuan lagi berbentuk segi empat tepat dan memadatkan@memampatkannya sebanyak 25 kali dengan sebatang rod bulat untuk acuan silider dan sebatang rod petak untuk lagi 5 acuan yang lain. (SERIUS KERJA INI MEMANG PENAT) sampai keras tangan EBS akibat konkrit yang semakin keras...


Mixer machine (pandangan sisi)

MIxer Machine (pandangan hadapan)

mould @ acuan (tanpa konkrit)

Ini (gambar bawah) antara hasil kerja kami (fasa 1), dan kami perlu membiarkan acuan ini dalam masa 24 jam untuk kering,


Selepas kerja-kerja kami (membancuh kopi keras) selesai, kerja lain pula menunggu untuk membersihkan lapangan kerja kerana ada group lain yang akan menyusul, (jikalau tiada pun kami wajib bersihkan)

Dan segala penat lelah kami akan terjawab selepas 24 jam (selepas konkrit kering @keras),

Ini lah ahli-ahli group EBS yang bertungkus-lumus menjayakan lab ini...

abang LAN yang ensem (KE?)...

encik HIJAU yang gagah... :D


cik niza Yang comel...:D


EBS a.k.a bakal engineer yang tampan ... :P
(selepas membancuh)

kredit untuk cik husna yang kiut...:)

Acuan pun telah dibuka pada tengah hari tadi, tapi EBS tak sempat nak ambil gambar terbaru disebabkan MASA yang agak suntuk, dan konkrit yang telah keras pun sedang menjalani proses CURING dengan merendam nya kedalam tangki air selama 7 - 28 hari.

Oklah, nanti EBS update lagi tentang ni k,

nota kaki : SERIUS EBS katekan yang bancuh konkrit ini memang penat, tak sama dengan bancuh kopi...akakaka, jadi you all, macam mana lah kan pekerja-pekerja buruh tu buat kerja ini...? renung-renungkan dan SELAMAT BERAMAL..! :D

Sunday, 9 January 2011

First week in 4th Semester...

LOCATION : depan Lappy, 313, PangsaPuri Idaman, Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia
Time : 11.22am Malaysia time.

http://www.emocutez.comBismillahirrahmanirrahim...http://www.emocutez.com

Alhamdulillah, sudah lebih seminggu EBS berada di Pulau Pinang dan 5 hari menghadiri kuliah dekat UiTM. Macam-macam yang berlaku dan you all boleh tengok dekat entry yang lepas-lepas, antaranya First day in 4th semester dan Aku Single...?.

Post kali ini, EBS nak bercerita tentang subjek-subjek yang EBS akan hadapi untuk SEMESTER 4, kelihatannya agak mencabar bagi EBS, kerana kali ini, segala apa yang EBS dah belajar ketika di SMTiJB, dan semester-semester lepas akan dipraktikkan dalam Semester 4,5, dan 6, Insya- Allah.
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Antara subjek tersebut ialah,

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping