Time : 11.22am Malaysia time.
Alhamdulillah, sudah lebih seminggu EBS berada di Pulau Pinang dan 5 hari menghadiri kuliah dekat UiTM. Macam-macam yang berlaku dan you all boleh tengok dekat entry yang lepas-lepas, antaranya First day in 4th semester dan Aku Single...?.
Post kali ini, EBS nak bercerita tentang subjek-subjek yang EBS akan hadapi untuk SEMESTER 4, kelihatannya agak mencabar bagi EBS, kerana kali ini, segala apa yang EBS dah belajar ketika di SMTiJB, dan semester-semester lepas akan dipraktikkan dalam Semester 4,5, dan 6, Insya- Allah.
Antara subjek tersebut ialah,
subjek-subjek sem 4
sumber : i-learn
Amacam, tak macam banyak kan subjek semester 4 ini, seperti tadi EBS katakan memang agak mencabar, EBS berharap EBS akan dapat menghadapi dengan bersungguh-sungguh dan tabah dalam mencapai target pointer 3.30 dan keatas, memang agak awkward kenapa target EBS seperti itu, sebab EBS mahu mula dari bawah, sekiranya ia berlaku, Alhamdulillah, jikalau tidak, EBS tetap bersyukur,
Dan EBS ada snap gambar-gambar buku yang terlibat dalam kemalangan tersebut...hehe
himpunan buku-buku untuk sem 4,
(mamat ijau a.k.a SHREK selaku model sambilan)
himpunan buku-buku (2)
himpunan (3)
Macam banyak kan? Walaupun memang banyak, kita tak sepatutnya merungut, kerana setiap amalan perlu ikhlas, jika tidak ia umpama kopi tanpa gula, pohon tanpa buah, dan bedak yang tiada wangi, (cewah, nak jugak letak bedak tuh) ...
Ayah EBS pun pernah berkata
" KAU TU KAT SANA ABAH CUMA NAK KO BELAJAR, MAKAN, TIDUR,, MAKAN, BELAJAR, TIDUR, TU JE YANG ABAH NAK KAU BUAT SEKARANG, ABAH TAK SURUH KAU KERJA KE, TOLONG ABAH CARI DUIT KE, TAK PAYAH, KAU BELAJAR JE, INGAT, BELAJAR, MAKAN, TIDUR"Tapi EBS mahu tambah sikit agar lebih sempurna,
BELAJAR, MAKAN, SOLAT dan TIDUR,
Dengan senang hati, SEMANGAT EBS semakin membara apabila emak kesayangan EBS juga menyokong EBS dari belakang, ..
nota kaki: BELAJAR, MAKAN, SOLAT, TIDUR- hanya ini yang perlu EBS buat, tapi blog ini juga kena slalu update...heee