Showing posts with label bagus. Show all posts
Showing posts with label bagus. Show all posts

Saturday, 12 March 2011

Aku, Dapur, dan Sambal Setan...

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Pagi Sabtu aku bangun selepas cik buah pinggang kejut aku. Then pas aku setelkan basuh baju, terus terpikir nak masak nasi goreng, tapi kalau ak perkena dengan SAMBAL SETAN masakan mak aku, memang tak sah lah. Rasa aku buat dua entry pasal makanan sebelum ni. Mula Cheezy wedges, then Big n Tasty pulak, dua-dua western, kali ini aku buat makanan ala JAWA.

Puas aku cari Sambal tu...upenya housemate aku letak dalam Freezer. Dah beku, kena lah cairkan dulu.


Pas tuh, aku letak dalam kuali pan, then panas kan... dan kalau you all nak tahu, sambal setan ini dari ZAMAN mak aku anak dara lagi, nama nya diambil sempena atok aku memanggil sambal ini sambal SETAN sebab tersangatlah pedas....SPICY woo...memang agak tak elok kenapa atok aku panggil cam tuh pada makanan, tapi dah atok aku orang jawa dan bekas askar, beliau agak kasar sikit. hee...

First time aku try masa makan dengan UBI REBUS. perghh...LAYAN babe. serius puas gila lah.Lagi-lagi bila panas. Dan sampai sekarang seluruh ahli keluarga dari nenek, mak long, mak ngah, mak uda, ayah teh, pak tam, segala bagai dah mula kemaruk dengan sambal ini. dan proses membuat nya masih lagi RAHSIA. Mak aku memang bagi resipi ini pada yang mahu, tapi ada la skill-skill yang mak aku masih rahsiakan dari mereka...aku pernah tengok salah satu skill tersebut *(bukan skill bola k) dan beliau berkata "'hah, skill ni diaorang tak boleh tahu ni'" Aku cume tersenyum je bila beliau cakap cam tuh...haha.. asal depa mai rumah je terus mintak sambal ini, dan aku pun sebelum balik ke Penang aku akan mintak juga untuk bekalan kat sana...


Bila aku panaskan sambal ini, dia punya bau mak aii..serius mempesonakan tekak aku. Housemate aku dah tertelan air liur sebab mereka pun memang dah terkena panahan kesedapan kelazatan kenikmatan SAMBAL ni...
Nak bukti...? Aku dah tanya sepupu terapat (cik pija zainal) aku yang dah rasa sambal ini...

haa...amacam...?

Lunch kali ini tak kan aku makan sambal je kan. Gila apa. Dah tu aku pun masak la nasi goreng, dengan nasi putih yang aku beli semalam sebab nak makan dengan ASAM PEDAS IKAN PARI masakan CIK BUAH PINGGANG, (seyes sedap gila) aku goreng dengan perencah NASI GORENG KAMPUNG ADABI, tapi aku gaul sekali dengan telur, sebab hasil observation aku bila mak aku masak nasi goreng, beliau akan gaul sekali dengan telur dan hasilnya memang AWESOME. Dan bila aku cuba....

sambal ikan bilis bonda, sambal setan, nasi goreng kampung ebs, asam pedas ikan pari, sarah fairylandOk, dah siap...nasi goreng kampung EBS makan dengan asam pedas ikan pari SARAH fairyland dan sambal ikan bilis Bonda... kalaulah ada JUS BUAH NAGA di kala panas terik ni kan baguih...

Dan semua ini dah selamat dikebumikan dalam perut aku...haha, sorry guys, dah lapar sangat...

Perut dah kenyang, mata dah berat, so sampai sini je lah entry ini...dadadididudu...

notakakicagu: sapa-sapa nak kawen dengan aku kena belajar masak sambal ini dulu ok... LOL.

from chef twokang masak...

Sunday, 9 January 2011

First week in 4th Semester...

LOCATION : depan Lappy, 313, PangsaPuri Idaman, Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia
Time : 11.22am Malaysia time.

http://www.emocutez.comBismillahirrahmanirrahim...http://www.emocutez.com

Alhamdulillah, sudah lebih seminggu EBS berada di Pulau Pinang dan 5 hari menghadiri kuliah dekat UiTM. Macam-macam yang berlaku dan you all boleh tengok dekat entry yang lepas-lepas, antaranya First day in 4th semester dan Aku Single...?.

Post kali ini, EBS nak bercerita tentang subjek-subjek yang EBS akan hadapi untuk SEMESTER 4, kelihatannya agak mencabar bagi EBS, kerana kali ini, segala apa yang EBS dah belajar ketika di SMTiJB, dan semester-semester lepas akan dipraktikkan dalam Semester 4,5, dan 6, Insya- Allah.
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Antara subjek tersebut ialah,

Wednesday, 22 December 2010

TAHUKAH ANDA...?

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Tahukah anda sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

9. Tahukah anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

10. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku? Ha ha ha..

http://www.emocutez.com
http://www.emocutez.com

kredit : gempak.org

nape URL EBS pelik...?

LOCATION : depan lappy, atas kerusi, restoran Aliff, Bandar Baru Uda, Johor, Malaysia. :P
TIME : 8.20 pm


APA yang you all pelik dengan URL kat atas ini?

semestinye you all tertanya2 kenapa EBS(dengan segala hormatnya, EBS menukar name dari "aku" ke EBS sebab EBS punya suka laa...haha ) letak URL seperti itu?

Sebenarnya, bukan hanya URL itu sahaja, malah segala email, dan YM EBS pun EBS guna 'id DURIANTAKSEDAP' tak kira guna di kampung chat.com or mane sahaja ruangan chat yang ada kat dunia ini, malah setiap kali berkunjung dan berkenalan dengan mana-mana orang pun, akan menjadi persoalan tentang nama atau id DURIANTAKSEDAP ni. http://www.emocutez.com

Akan tetapi, EBS dengan segala tenaga memerah otak untuk memikirkan selain id tu, maka terkeluar la idea untuk menukarkan id lama yang taksedap tu kepada Encik Bedak Sejuk.

Ok la, berbalik kepada persoalan yang tak sedap tadi, ha ha. http://www.emocutez.com

- EBS SENGAJA MENLETAKKAN URL BELIAU IAINI DURIANTAKSEDAP KERANA
EBS MENGALAMI ALAHAN APABILA MEMAKAN BUAH DURIAN. BELIAU AKAN MENGALAMI KEGATALAN DI BAHAGIAN BIBIR AKIBAT PANAS DARI BUAH DURIAN TERSEBUT DAN AKAN SEMAKIN TERUK SEKIRANYA BELIAU MENERUSKAN PERBUATAN ITU. "SAYA AKAN MENGALAMI KEEGATALAN YANG AMAT PERIT SEKIRANYA MEMAKAN DURIAN DAN TIDAK MAHU MENGAMBIL RISIKO SEBEGITU LAGI" KATA EBS DALAM TEMURAMAH SENDIRI KELMARIN. http://www.emocutez.com


Diharap semua blogwalker yang kemari faham kenapa EBS meletakkan URL sebegitu, dan bukan saja2 mengatakan yang durian TAK SEDAP. Durian sememangya SEDAP, tetapi oleh kerana alahan yang EBS alami, membuatkan EBS terpaksa.

MOHON MAAF kepada semua peminat2 durian, hamba bukan nak mengutuk, tapi hamba ada kisah tersendiri, harap tuan hamba semua paham ye, HA HA...http://www.emocutez.com




Friday, 10 December 2010

NOVEL BUKAN HANYA UNTUK WANITA...



LOCATION : depan lappy, restoran aliff, Bndar baru Uda, Johor Bahru, Malaysia.
TIME : 10.00pm

kali ini, penulis mahu menekan kan bahawa membaca NOVEL, tak semestinya untuk perempuan.

Penulis sendiri yang dari kaum Adam, pun membaca novel dari form4 (kalau tak silap).

dan novel pertama yang penulis baca penulis dah lupa apa tajuk dia,

gagaga.

penulis terasa nak post pasal novel ni, atas tujuan nak promote novel yang sesuai untuk Kaum Adam zaman sekarang baca, antaranya ialah

-Bumi Cinta karya novelis Indonesia, Habiburrahman El Shirazi.

ia, mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang mempunyai keimanan yang teguh dan didikan agama sejak dari kecil terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan di Kota Besar Russia iaini Moscow yang merupakan Kota yang bebas dengan aktiviti2 yang tak bermoral seperti pelacuran dan pornografi, juga terdapat konflik dimana pemuda tersebut terpaksa berdepan dengan soalan2 yang boleh menimbulkan kemarahan tentang Agama yang sensitif, tapi pemuda ini masih lagi dapat mengawal perasaan beliau malah dapat menjawab soalan2 tersebut dengan tenang, ini yang membuatkan penulis kagum dengan hasil karya novelis BUMI CINTA. Juga terdapat persoalan bagaimana pemuda tersebut dengan tegas dan yakin meningkah salah seorang pemikir yang dikagumi ramai di sana dan ini membuatkan beliau disanjung.

Point utama penulis untuk kaum Adam membaca novel ini sebenarnya adalah, dalam novel ini, terdapat babak2 dimana pemuda atau watak utama, terpaksa berdepan dengan dua orang perempuan yang sangat cantik dan mengoda, dalam kata lain, menjauhi godaan2 dari pihak.

ingat senang ke...? kalau iman tarak kuat...jadi, dengan dorongan, dan iman yang dipelihara sejak kecil, pemuda ini masih lagi kuat dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan untuk keluar dari gelumang maksiat yang semakin dasyat menghampiri beliau.

jadi you all mana yang nak baca tu, beli lah sendiri yek dan jangan lupa baca, terutama kaum adam...gagaga...

ini penulis turut menyediakan (gambar) dua lagi novel yang best untuk bacaan you all.., kalau dah baca tiga2 ni abaikan.



-ketupat cinta
sesuai untuk sape2 yang tak pandai masak.
-bumi cinta
sesuai untuk kaum adam zaman sekarang
-bagaikan puteri
epik thriller yang besh abes...

semua nya >>> d('',)b




Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping