Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, 31 October 2011

Beware of this Chocolate Bar. That is Non-Halal products.

 

cb

Did you see the red dot mark at the side edge of the chocolate bar’s cover? Yeah! That what you need to more aware. So disappointed here because Mars and Sneakers are my favorite chocolate bars. That normal that the thing we love is the illegal one isn’t?

According to the sources, t
hat mark means that these products contains gelatin which is derived from PORK!! They put that mark to warn vegetarian people that the chocolate bar have non-vegetarian contents/ingredients in it.

So peeps, you just visit and read this thing and mumbling yourself without share to others??? How Dare you!

Source: Our Muslim Brother (Ba Sh)

Sunday, 30 October 2011

Sejarah Solat Lima Waktu.


makna-bacaan-solat

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

sequance-solat

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Notakakicagu: ‘Tanpa sejarah kita akan bisu’-Anonymous

Thursday, 31 March 2011

Setelah 17 tahun mereka 'pergi'...


Bismillahirrahmanirrahim. dan Assalamualaikum...

Hari ini, bersamaan 1 April 2011, 27 Rabiulakhir 1432 Hijrah, Genap lah 17 tahun permergian ibu kandung aku iaitu Armahhumah SALMAH BINTI MOHD HAYAN ke Rahmatullah. Beliau pergi meninggalkan kami sekeluarga setelah menghidap penyakit Barah Payudara.

Aku tidak lupa untuk menghadiahkan bacaan Yassin kepada beliau, tidak lupa juga pada Armarhum MOHAMAD NIZAM BIN MOHD NASIR, selaku arwah abang sulung aku (berbaju biru).

Aku agak sebak, rindu pada mereka berdua semakin menebal, rindu akan pelukan mereka, agahan mereka sewaktu aku masih kecil, yang aku ingat, aku dikejutkan oleh seseorang dan membawa aku ke laman rumah, yang aku lihat hanya sekujur tubuh yang diselimutkan hingga ke muka, aku disuruh mencium dahi insan tersebut setelah kainnya diselak, dan aku yang masih tak tahu apa-apa, hanya menuruti. Sampai satu masa, baru aku sadari yang dahi insan tersebut adalah dahi arwah abang long aku yang akan pergi buat selama-lamanya, Kucupan Terakhir.

Puas aku meneroka segala memori yang mungkin tersimpan ketika bersama mereka, tapi masih samar. Hanya cerita dari adik beradik aku yang lain.

arwah along, arwah ibu, dan aku tika masih kecik... :')


CERITA ANGAHKU

Sebulan sebelum kejadian, abang long aku menjadi sangat rapat dengan aku, dan aku sering meminta coklat BOLA kegemaran aku apabila arwah balik dari pengajian. Dan arwah hanya menuruti tanpa banyak keluhan.

Arwah ibu amat gemar memasak asam pedas ikan duri, dan masakan tersebut amat digemari semua saudara mara kami. Arwah sangat penyabar, tika masa itu ayah merupakan seorang yang panas baran untuk mendidik anak-anak beliau.


Mungkin di luar sana, ramai yang masih mempunyai ibu bapa kandung. Mereka bertuah, tapi aku tetap juga merasa bertuah, kerana aku tidak punya dosa kepada arwah ibu, aku tak pernah tinggi suara pada arwah, aku tak pernah masam muka dengan arwah. Itu kelebihan aku, cuma...aku perlu jaga abah aku bila aku besar nanti, itu mungkin arwah pesan pada aku dulu. Aku sayang mereka berdua. Abah aku juga tak pernah lupa aku, dia tetap mecari seseorang pengganti arwah untuk jaga aku. Abah tak nak aku dijaga orang lain walaupun saudara beliau sendiri. Beliau nak aku membesar depan mata beliau..

.TERIMA KASIH ABAH, TERIMA KASIH IBU, TERIMA KASIH EMAK...

the IRONMAN (abah) dan the wonderwoman (emak)

ya Allah ya tuhan ku,tempatkanlah roh arwah ibu ku ini dikalangan orang2 yg solehah..cucurilah rahmat ke atasnya,jauhkan lah dia drpd siksaan kubur dan juga api neraka..kurniakanlah kenikmatan syurga padanya...sesungguhnya hamba Mu ini hanya mampu untuk berdoa untuk kesejahteraannya disana..amin..Al-fatihah...
Aku rasa cukup sampai sini sahaja entry kali ini. Sebab esok aku akan hadap test. Study agak tunggang langgang sebab aku masih lagi DOWN. tapi sahabat aku masih lagi tak jemu-jemu naikkan semangat aku, THANKS SAHABAT, nanti aku cerita pasal beliau. Nak sambung study sikit dan mimpikn arwah, Insyallah,

notkakicagu : hargailah mereka yang masih hidup, dan jangan lupa pada mereka yang telah 'pergi' ...



dari yang merindui...

Friday, 25 March 2011

I'm down...!


Aku tak tahu nak cakap apa, ok bukan cakap, tapi taip.

Dua tiga ini macam aku dah tak ada semangat. Rasa lost je, tak ada guide nak tolong aku. Tolong aku weyh.
Aku mintak maaf sebab dah lama tak update. Minggu ini baru habis satu program P'CES iaitu MINGUU KEJURUTERAAN AWAM, nanti aku update lah kalau aku dah rasa UP sikit.

http://www.emocutez.com
Bakul baju aku baru je aku kosongkan semalam, penuh dengah baju kotoq, lepas dah siap aku terus buat lab report mana yang bahagian aku belum siapkan. Lepas tuh dating dengan cik buah pinggang serta rakan beliau. Hah, time tulah tibe2 aku terasa penat gila babeng, seyesly aku tak tahu kenapa. Maybe sebab dah all out selama 3hari kot, yela, Selasa dengan rehearsal dan persediaan untuk majlis DEKAN dengan futsal (kalah sial), Rabu dengan segala mala persiapan untuk Majlis DEKAN jugak, entah bila aku nak dapat DEKAN pun aku tak tahu. then Khamis dengan pameran dari pihak luar segala bagai, usung troli makanan macam bangla tepi jalan. Petang tuh jugak aku ada 2 match futsal, mana tak all out, penat semalam pun tak habis lagi...

Dah la, tiba-tiba kredit aku kong. Dengan sapa aku nak mesej malam ini. Nak out jap beli hot tiket.

Bila-bila nanti aku update lagi.

Calo bete..
yang lost

Monday, 14 March 2011

3-D view of Kaabah Software buat aku teruja


sekadar hiasan - pandangan Kaabah dari satelit.

Bismillahrrahmanirrahim dan Assalamualaikum

Sedang aku mencari gambar Kaabah yang merupakan kiblat bagi seluruh umat Islam di dunia untuk aku jadikan wallpaper desktop aku, aku terjumpa satu blog ISLAM PROHIBITS EVERY KIND OF TERROR.

Nak follow tapi widget follow depa tak letak, then aku teruskan mengusha blog tuh tak terlihat pulak post entry masa tuh ialah Watch 3D View of Kaaba - Makkah.

Bila dah perasan, dia ada sediakan satu software yang boleh kita view Kaabah ini secara 3-D. Seriusly AWESOME. Subhanallah. Pada you all yang nak cuba boleh download dengan menekan


Software ini free dan tak dikenakan sebarang bayaran. Tahniah kepada yang sudi menyediakan presentation yang bermakna untuk seluruh umat Islam diseluruh dunia. Dengan menggunakan kepakaran kepada jalan yang benar demi menegakkan nama Allah di muka Bumi ciptaan-Nya.

ini hasil dari printscreen.

Bila you all dah download terus open dan you all boleh zoom in or out, scroll ke kiri dan kanan, tukar language, serta yang paling menarik jadikan ia screensaver! Totally amazing. Terima kasih banyak-banyak pada pereka software ini, moga beliau serta krew dirahmati Allah s.w.t hendaknya. :)

Notakakicagu: Pandanglah wajah ibubapa, Kaabah,dan Al-Quran, kan dapat pahala. :)

yang tidak sempurna

Friday, 11 March 2011

Massive Earthquake and Tsunami hit Japan...


Dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim...
Segala Puji bagi Allah, Pencipta sekalian alam, Yang Berhak atas segalanya di atas muka bumi ciptaan-Nya,

SUMBER - bbc news

Negara Jepun yang termasuk dalam lingkaran gempa bumi telah pun dilanda gempa bumi dan tsunami teruk ekoran gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di bahagian timur laut Jepun pada 11 Mac 2011 pada pada jam 2.46 petang dan disusuli siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.

Tsunami setinggi 10 meter juga telah melanda pesisir pantai Sendai di Jepun, (MasyaAllah...) dan kemungkinan besar banyak laluan yang terputus dan kerosakan yang besar.


Kita sebagai warga Malaysia hendaklah bersyukur kerana negara kita tidak mengalami sebarang tempias dari bencana tersebut. Mungkin hanya jalinan ekonomi yang akan sedikit tergugat antara dua negara,

Oleh itu hendaklah kita sama-sama mendoakan mereka terselamat dan tidak banyak yang terkorban. Ambillah iktibar bahawa ini adalah salah satu tanda dekatnya hari Kiamat. Subhanallah.

Sunday, 27 February 2011

Kasi relax ini Ahad, no books needed...

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.

Haa..bangun-bangun tidoq guling-guling atas katil, kasi release semua tensi dan pressure, malam semalam penat tak habis lagi terus lepak dekat uptown dengan cik buah pinggang, konon nak beli kebab je dekat depan 7E, tapi terlanjur jua ke uptown bersama beliau.Masa tengah jalan-jalan, kami pun usha la barang-barang kat situ, dah macam pasar karat, barangan antik tak terkecuali dijual kat situ, nak snap pic tak terpikir pulak aku.

Jalan punya jalan aku terpaku dengan sepasang kasut, agak menarik, berwarna hijau, tapak pun ok, smart, errmmm comfort je bahagian dalam, tapi sayang, harga beliau adalah rm150, OH TIDAK....! aku nak kasut tuhhh....=====

Saturday, 12 February 2011

Emak...jangan lah nangis... :'(

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Time tengah sedap-sedap makan rangka ayam dengan hotdog tadi, tiba-tiba akak call, dok tanya khabar, terlepas jugak rindu aku kat dia, then terdengar suara budak-budak kecik yang comel lote tu... Masa tu akak aku tengah on the way nak pergi Angsana


Aku pun teruslah bertanya,
===================
-'Angsana? Buat apa kak?'

'Ambil kek, esok kan abang ajib nikah'
===================

Aku terpana, Ya Allah, macam mana aku tak ingat esok abang aku nak nikah ni?

===================
-'La, yeke? Lupa pulak, tak ape la, nanti epuy call abang ajib...'

'Ok, akak pun dah nak sampai Angsana ni, nanti call lagi eh'

-'Ok kak, kirim salam abang Amy ea'

'Ok, Assalamualaikum'

-'Waalaikumus Salam'
===================

Erm, aku tanpa buang masa lagi walaupun tangan masih lagi berminyak sebab makan rangka ayam dengan hotdog tuh terus memicit mencari nombor si bakal pengantin baru ni,
Then, tunggu punya tunggu adek aku si wawa angkat,
===================

'Assalamualaikum bang, jadi balik tak?'

(aaihh...awat lak adek aku ni jawab...? sah abang aku ade kat umah sekarang...)

-'Waalaikumussalam, tak tahu lagi, mana abang najib? abang nak cakap dengan dia, Bukan kau...'

'Haa, epuy, ni ajib ni'

-'Haa...SELAMAT PENGANTIN BARU jib...!! hahaha...sorry lah tak dapat balik, ada program lah'

'Hahaha, terima kasih epuy, tak pa lah kalau tak dapat balik, apa boleh buat, tapi kalau boleh balik lah,'

-'Haa, tengok lah dulu macam mana'

'Ok-ok, ni mak nak cakap' ----------------
'Hello Assalamualaikum...Epuy? jadi balik tak?'

-'Tak tahu lagi lah mak, Epuy ada ceramah PPKP. Haa...macam mana mak? nak dapat menantu nih, Epuy dah nak dapat kakak ipar...haha'

'Haha...biasalah tuh, ayah kau tak ada ni, bawa datuk, Kalau boleh balik lah puy,'

===================

Time ni lah aku dengar mak aku nangis, aku jadi tak keruan, terus berhenti jari-jari aku yang tengah dok mencari sisa-sisa rangka ayam yang boleh aku telan. Aku tanya emak aku yang tercinta ini...

=====================
'Emak, nangis ke? Kenapa mak?'

'YeLAH, abang kau dah nak kahwin, tapi mak rasa lain kalau kau tak ada (tangis beliau diteruskan)'
===================

Ahh,...apa aku nak buat, tak sangka boleh jadi macam ini.

===================
'Tak apa mak, nanti Epuy tengok jadual macam mana eh, kalau boleh sekarang jugak Epuy balik siap bawakan menantu untuk mak sekali.hee' (aku saja berseloroh, nak bagi mak aku relax)'

'hehe, pandailah kau, tapi apa boleh buat kalau kau tak balik. Emak rasa lain sangat, '
===================

Ahhh...lagi...Aku kena pikir masak-masak.

===================
'Emak, janganlah nangis, mak kan nak dapat menantu lagi, nanti lah ea, epuy tengok jadual dulu, dah OK nanti epuy call mak kalau dapat balik ke tak dapat k...?'

'Yelah, nanti apa-apa call ye'

'OK mak, nanti Epuy call balik, kirim salam semua eh, Assalamualaikum.'

'Haa, yelah-yelah, baik-baik tuh, Waalaikumus salam'
===================

Waduh, apa perlu aku buat, 20hb bersamaan dengan dua tarikh penting sebagai seorang mahasiswa dan ahli keluarga kandung, satu untuk program ceramah PPKP UiTM dan satu lagi majlis Kahwin Abang kandung aku.

Kalau aku terlepas ceramah PPKP, aku kena repeat balik semester depan, tapi ceramah je lah,

Dan kalau aku terlepas majlis kahwin abang aku, maknanya lepas ini tinggal untuk majlis aku jelah kalau panjang umur, sebab abang aku yang nombor tiga ini yang paling last kahwin dalam kalangan adik beradik yang dah berkerja, lepas tu giliran aku or adik aku je.

Ahhh...

Solution aku dah dapat...aku tetap akan balik. repeat ceramah pun tak apa lah, jangan repeat SUBJEK. Janji aku dapat tengok mak aku senang bila aku ada masa majlis dia nanti. Aku tak sanggup tengok mak aku sunyi walaupun dia memang havock antara saudara-saudari yang lain.

Yes, kerana cinta aku pada beliau, aku akan balik, nanti kan kepulangan Epuy ye mak, Epuy akan balik.. :')

Thursday, 6 January 2011

Aku Single...?

LOCATION : depan Lappy, Pangsapuri Idaman, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia.
TIME : 21.51 waktu Malaysia.

http://www.emocutez.comBismillahirahmanirahim...http://www.emocutez.com

Boleh dikatakan agak lama juga EBS tak update blog ini yek, tapi diharapkan you all tak lah bosan menjenguk, lagipun EBS lihat traffik meningkat sejak akhir-akhir ni, itu pun disebabkan EBS share dekat Facebook. Dan memang Facebook is on the top of traffic source list untuk ke blog EBS ini. Terima kasih kepada yang sudi menjenguk Blog EBS yek...

You all juga jangan lupa tinggalkan tapak kaki or tangan kat Shoutbox kat tepi ni jee....ringan-ringankah lah tangan menaip, bukan kena bayar pun lawat blog ini kan. hehehe... Ini kerana EBS nak lah tahu siapa yang you all yang sudi-sudi menjenguk blog yang tak seberapa ini kan... :)

Ok lah, cukup lah sekadar mukadimah, first week in 4th sem ini, agak mencabar, sebab sem ini banyak uji kaji makmal or "LAB EXPERIMENT". Kira-kira ada 4 kelas lab dengan kredit hour 1 jam.

Saat-saat EBS menjejakkan kaki ke salah satu makmal Civil Engineering iaitu Makmal Hidrolik, EBS agak terkejut kerana banyak 'equipment' yang 'besaq-besaq'. Machine la senang cite... yang nanti EBS akan upload-upload gambar depa k ... http://www.emocutez.com

Oleh kerana dah single-mingle kan, mata ini tak geti duduk diam bila keluar dari rumah sewa, bahkan kalau ada awek lalu kat bawah pun EBS nak sweet, bukan nak mengatal, saja nak mencari calon baru... ha ha ha. Tapi memang EBS tak ada niat nak menggatal, betul...tak caya tanya lah emak EBS, beliau sahaja yang tahu macam mana EBS ni. Sebab tu lah EBS sayanggg sangat-sangat kat beliau...:) http://www.emocutez.com

Ye, kalau kita tanya kat orang lain yang single pun mesti depa kata depa sunyi, bosan, kekurangan sesuatu dan what so ever, bergantung la pada seseorang tu, ini sekadar pendapat EBS je, mungkin ada yang lagi suka single kan? Tak tahu lah kan3...? Dan bag EBS pulak, ye, EBS memang sunyi, walau ada rakan-rakan yang kepala gila-gila dan kaki study,..http://www.emocutez.com

Naite( handphone) kesayangan pun hanya menerima mesej-mesej dari operator-operator yang entah apa-apa. Setakat ini dari cuti sem, mesej HOT TIKET EBS dah terkumpul hampir LAPAN RATUS (800) manakala minit panggilan tinggal 9.00min (EBS buat telefon salah seorang sahabat, tu yang tinggal sikit, sebab beliau pakai CELCOM dan agak menyusahkan beliau untuk berchatting), tengok... banyakkan? EBS dah tak ada siapa nak text, apa boleh buat... dah single kan...

Dan sejak dua minggu lalu EBS dah jarang topup, dan keadaan ini agak selesa kerana EBS dapat menjimatkan simpanan EBS yang semakin merosot, bayangkan dalam seminggu EBS sah pun menghabiskan hampir RM400 untuk buku, makan, serta peralatan yang lain... http://www.emocutez.com(OK PE SINGLE) hehe...http://www.emocutez.com

Tapi walau apa pun, EBS tetap akan menerima sesiapa saja yang sudi menerima EBS seadanya, namun EBS menyerahkan pada takdir, senang cerita EBS suruh lah EMAK yang mencarikan yang terbaik untuk EBS, tapi dalam waktu yang sama EBS pun kena ada pilihan sendiri, wah agak demand...! ini juga untuk masa depan EBS dan bakal anak-anak EBS jugak nanti. huk3...

Entah siapa yang akan menjadi buah hati EBS selepas ini, EBS tak pasti,...

" AKU TELAH BELAJAR UNTUK TIDAK PERLU BIMBANG DENGAN CINTA, TAPI UNTUK MENGHORMATI APA YANG DATANG DENGAN SEPENUH HATI"
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

P/S: respect umpama magnet cinta, sayangi orang lain, maka kita akan disayangi, jangan lupa memaafi, kerana itulah sifat terbaik.

Friday, 10 December 2010

NOVEL BUKAN HANYA UNTUK WANITA...



LOCATION : depan lappy, restoran aliff, Bndar baru Uda, Johor Bahru, Malaysia.
TIME : 10.00pm

kali ini, penulis mahu menekan kan bahawa membaca NOVEL, tak semestinya untuk perempuan.

Penulis sendiri yang dari kaum Adam, pun membaca novel dari form4 (kalau tak silap).

dan novel pertama yang penulis baca penulis dah lupa apa tajuk dia,

gagaga.

penulis terasa nak post pasal novel ni, atas tujuan nak promote novel yang sesuai untuk Kaum Adam zaman sekarang baca, antaranya ialah

-Bumi Cinta karya novelis Indonesia, Habiburrahman El Shirazi.

ia, mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang mempunyai keimanan yang teguh dan didikan agama sejak dari kecil terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan di Kota Besar Russia iaini Moscow yang merupakan Kota yang bebas dengan aktiviti2 yang tak bermoral seperti pelacuran dan pornografi, juga terdapat konflik dimana pemuda tersebut terpaksa berdepan dengan soalan2 yang boleh menimbulkan kemarahan tentang Agama yang sensitif, tapi pemuda ini masih lagi dapat mengawal perasaan beliau malah dapat menjawab soalan2 tersebut dengan tenang, ini yang membuatkan penulis kagum dengan hasil karya novelis BUMI CINTA. Juga terdapat persoalan bagaimana pemuda tersebut dengan tegas dan yakin meningkah salah seorang pemikir yang dikagumi ramai di sana dan ini membuatkan beliau disanjung.

Point utama penulis untuk kaum Adam membaca novel ini sebenarnya adalah, dalam novel ini, terdapat babak2 dimana pemuda atau watak utama, terpaksa berdepan dengan dua orang perempuan yang sangat cantik dan mengoda, dalam kata lain, menjauhi godaan2 dari pihak.

ingat senang ke...? kalau iman tarak kuat...jadi, dengan dorongan, dan iman yang dipelihara sejak kecil, pemuda ini masih lagi kuat dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan untuk keluar dari gelumang maksiat yang semakin dasyat menghampiri beliau.

jadi you all mana yang nak baca tu, beli lah sendiri yek dan jangan lupa baca, terutama kaum adam...gagaga...

ini penulis turut menyediakan (gambar) dua lagi novel yang best untuk bacaan you all.., kalau dah baca tiga2 ni abaikan.



-ketupat cinta
sesuai untuk sape2 yang tak pandai masak.
-bumi cinta
sesuai untuk kaum adam zaman sekarang
-bagaikan puteri
epik thriller yang besh abes...

semua nya >>> d('',)b




Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping