Showing posts with label Ustaz Jamnul Azhar. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Jamnul Azhar. Show all posts

Thursday, 31 March 2011

Setelah 17 tahun mereka 'pergi'...


Bismillahirrahmanirrahim. dan Assalamualaikum...

Hari ini, bersamaan 1 April 2011, 27 Rabiulakhir 1432 Hijrah, Genap lah 17 tahun permergian ibu kandung aku iaitu Armahhumah SALMAH BINTI MOHD HAYAN ke Rahmatullah. Beliau pergi meninggalkan kami sekeluarga setelah menghidap penyakit Barah Payudara.

Aku tidak lupa untuk menghadiahkan bacaan Yassin kepada beliau, tidak lupa juga pada Armarhum MOHAMAD NIZAM BIN MOHD NASIR, selaku arwah abang sulung aku (berbaju biru).

Aku agak sebak, rindu pada mereka berdua semakin menebal, rindu akan pelukan mereka, agahan mereka sewaktu aku masih kecil, yang aku ingat, aku dikejutkan oleh seseorang dan membawa aku ke laman rumah, yang aku lihat hanya sekujur tubuh yang diselimutkan hingga ke muka, aku disuruh mencium dahi insan tersebut setelah kainnya diselak, dan aku yang masih tak tahu apa-apa, hanya menuruti. Sampai satu masa, baru aku sadari yang dahi insan tersebut adalah dahi arwah abang long aku yang akan pergi buat selama-lamanya, Kucupan Terakhir.

Puas aku meneroka segala memori yang mungkin tersimpan ketika bersama mereka, tapi masih samar. Hanya cerita dari adik beradik aku yang lain.

arwah along, arwah ibu, dan aku tika masih kecik... :')


CERITA ANGAHKU

Sebulan sebelum kejadian, abang long aku menjadi sangat rapat dengan aku, dan aku sering meminta coklat BOLA kegemaran aku apabila arwah balik dari pengajian. Dan arwah hanya menuruti tanpa banyak keluhan.

Arwah ibu amat gemar memasak asam pedas ikan duri, dan masakan tersebut amat digemari semua saudara mara kami. Arwah sangat penyabar, tika masa itu ayah merupakan seorang yang panas baran untuk mendidik anak-anak beliau.


Mungkin di luar sana, ramai yang masih mempunyai ibu bapa kandung. Mereka bertuah, tapi aku tetap juga merasa bertuah, kerana aku tidak punya dosa kepada arwah ibu, aku tak pernah tinggi suara pada arwah, aku tak pernah masam muka dengan arwah. Itu kelebihan aku, cuma...aku perlu jaga abah aku bila aku besar nanti, itu mungkin arwah pesan pada aku dulu. Aku sayang mereka berdua. Abah aku juga tak pernah lupa aku, dia tetap mecari seseorang pengganti arwah untuk jaga aku. Abah tak nak aku dijaga orang lain walaupun saudara beliau sendiri. Beliau nak aku membesar depan mata beliau..

.TERIMA KASIH ABAH, TERIMA KASIH IBU, TERIMA KASIH EMAK...

the IRONMAN (abah) dan the wonderwoman (emak)

ya Allah ya tuhan ku,tempatkanlah roh arwah ibu ku ini dikalangan orang2 yg solehah..cucurilah rahmat ke atasnya,jauhkan lah dia drpd siksaan kubur dan juga api neraka..kurniakanlah kenikmatan syurga padanya...sesungguhnya hamba Mu ini hanya mampu untuk berdoa untuk kesejahteraannya disana..amin..Al-fatihah...
Aku rasa cukup sampai sini sahaja entry kali ini. Sebab esok aku akan hadap test. Study agak tunggang langgang sebab aku masih lagi DOWN. tapi sahabat aku masih lagi tak jemu-jemu naikkan semangat aku, THANKS SAHABAT, nanti aku cerita pasal beliau. Nak sambung study sikit dan mimpikn arwah, Insyallah,

notkakicagu : hargailah mereka yang masih hidup, dan jangan lupa pada mereka yang telah 'pergi' ...



dari yang merindui...

Saturday, 5 March 2011

Bila perut lagi tinggi dari dada...oh tidak..!

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Pagi-pagi lagi cik wanie dah kejut aku bangun tidoq, dengar-dengar dia kena kerja hari ini, tapi kat opis dia kate dia sorang je, then kadang-kadang beliau akan tidur bawah meja sementara tunggu waktu kerja bermula, gila comel, kalau aku ada time tuh, serius aku snap pic banyak-banyak letak publish kat google.. hahaha
http://www.emocutez.com

Then tengah pikir apa nak post hari ini, aku tengok perut aku, perut aku tengok aku balik, bila mata bertentang mata, maka hati mula berkata (Ustaz Jamnul Azhar punya kias)...

'kenapa kau makin kembung oit'

'mana aku tahu, kau yang makan lebih kot'

'arghh! aku nga pokai ni mana ade nak makan sangat'

'ye ele.. dah kau makan sambil minum air dulu sapa suh, kan aku adh kembong. cepat kempiskan aku balik, malu oit awek tengok'

'nanti aku g gim laa..tapi xde mase'

'pergilah cepat, tu awek tuh dah tengok aku jew...bukan tengok kau...'

'mana aci..! aku lagi hensem dari kau'

' HENSEM TAPI PEROT BONCIT PE BARANG..."

'???'

http://www.emocutez.com

Ok, nasib dia perut aku, kalau tidak dah lama aku tibai, perut, perut,

Mengikut pandangan dari kalangan wanita, ada yang suka lelaki perut boncit dan ada yang tidak, dan ada yang kata lelaki berperut boncit ini BAHAGIA..? tapi aku bahagia ke...? Entah lah, aku rasa ye kot,
Perut buncit ini ada banyak faktor,
  • berulam air ketika makan
  • BAHAGIA dengan orang tersayang,
  • makan rasuah,
  • pengaruh alkohol
Dan macam-macam lagi. Faktor pertama dan kedua dari atas adalah possibility bagi aku. Tapi yang selebihnya harap maaf, aku tak makan or beri rasuah, juga minum air kencing setan tuh...

So, apa solutionnya untuk aku kembalikan sixpacks aku balik ?

-pergi gym dekat kolej Mutiara perempuan tiap malam dengan cycling.
-jual moto dan beli basikal untuk ke UiTM dari rumah(bernas jugak)
-jangan berulam air ketika makan.
-makan biar berpada.

Tapi pasal bahagia tuh aku tak boleh nak halang, nak kata aku bahagia, tak tahulah, waktu ni agak lonely sikit, sikit je lah, sebab ada cik buah pinggang dan cik wanie yang sudi teman aku, :)

Cakap pasal sixpacks, ada perempuan yang tak suka lelaki ada benda ini, tapi tak tahulah, aku pun geli jugak kalau berketak-ketak perut aku, asal nampak je ada 4 or 6 packs tu pun cukuplah, tak perlu nak sampai timbul-timbul, dekat baju. err...macam gay pun ada jugak...
http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com

Monday, 24 January 2011

Video terbaik untuk remaja yang gila nak kahwin...


Bismillahirrahmanirrahim.

As salam 1Malaysia.

You all pembaca ni rata-rata dah kahwin belum, atau tengah bercouple, atau masih single dan sedang mencari (kira dah tahap wajib la or despreate). HA...la ni ceq nakhabaq mai sikit tentang kahwin..., (ceh, tukaq loghat lak)...

Masa EBS tengok video ni, SERIUS best gila, memang sesuai untuk anda-anda dan anda yang sedang bercouple or yang tengah sangap nak kahwen sangat...ustaz ni punya cara cakap memang terbaik, lawak pun sempoi jaa, orang utara lah kan. dan nama beliau ialah

USTAZ JAMNUL AZHAR,


Dalam video ni beliau ada mention pasal Al-Ba'ah (maaf jika silap), ia tentang keperluan seorang wanita yang wajib dari suami iaitu

  • sebuah rumah,
  • satu tempayan
  • satu gayung
  • dan satu bilik tidur,
Wah, sungguh sederhana Islam kan, itulah antara keindahan dalam agama Allah ni kan. EBS memang suka tengok video nih, sampai replay berapa kali pun still nak dengar lagi, biar lekat dalam kepala. HAHAHA...(cool, cool) ehem2,


Ok, EBS tak nak cakap banyak, You all Enjoy la video ni eh, ambil iktibar sekali, terutama pada yang da SANGAP nak kahwen or dah sampai tahap wajib tuh...hee



amacam...? best tak...?

JANGAN LUPA KOMEN YE... :D

nota kaki: rasa cam nak masuk minang cik wanie terus jew... :P


Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping