Showing posts with label Video terbaik. Show all posts
Showing posts with label Video terbaik. Show all posts

Saturday, 10 December 2011

Epic Cool &Awesome! :Pabila JARI TANGAN BERTAEKWONDO! [video]

 

IMG_0420

Masa aku kecik-kecik dulu [tak la kecik sangat] selalu aku main benda ni. tapi ibu jari aku jadi kepala! Kadang-kadang aku lawan dengan kawan-kawan mana yang sekepala. Teringat zaman kecik2. Aku ingat kami je yang gila. Tak sangka ada yang terpikir macam kami. Meh tengok!

HAHAHAHA! Part dia nak belah wafer tu tak boleh belah! He miss the hit! Epic Fail! but the creative of human being is AWESOME!

Sunday, 4 December 2011

LoL Video: Bila dua budak berkulit gelap menari di jalanan…

 

Apa perasaan anda bila tengok dua kanak-kanak ini…

Yang gemuk tak boleh blah… =..=”

Wednesday, 23 November 2011

Epic Humor: Pemain Antarabangsa ucap tahniah pada pasukan Harimau Muda [Video]

 

harimaumuda_SK

Haha! Memang tak boleh belah aku tengok video ni, Ronaldo yang gagap, Jackie Chan yang tak ada kena mengena dengan bola serta dianggap sebagai bapa Mesut Ozil. LOL!

Memang banyak video ubahan suara di Youtube. Kreatif!

NOTAKAKICAGU: rooney kacak??

Friday, 18 November 2011

Epic!: Iklan Selamatkan Bumi yang LOL [Video]

 

LOL! Tak boleh blah punye iklan! haha

notakakicagu: nobody will survive in the end of this world… True Story.

Thursday, 27 October 2011

David Armand, silent comedian yang sangat COOL.

 

David Armand, 34, merupakan seorang komedian yang sangat cool bagi aku, banyak muncul di kaca TV. Beliau sangat terkenal dengan mime dan sekarang sedang rancak dengan rancangan Fast And Loose di siaran BBC dalam segmen Interpretative Dance di mana para jemputan akan dipakaikan headphone manakala David Armand melakukan gerakan/aksi berdasarkan lagu yang dimainkan di atas pentas. Para jemputan perlu meneka apakah lagu yang beliau sampaikan melalui aksi2 tersebut. Ini lebih dikenali sebagai ‘Karaoke for the Deaf’.

Aku suka tengok sebab beliau dengan penat lelah menyampaikan melalui aksi hingga lagu tersebut habis dimainkan. Dan macam-macam aksi yang agak tak berapa senonoh dari beliau. HAHA. Enjoy mate!

Ini lagu Britney Sparepart.

 

LAWAK gile muka beliau! HAHA

sumber:  wikiwiki dan youtube

notakakicagu: I can’t stop laughing!!! HAHAHHAA

Wednesday, 26 October 2011

Apabila Johan Raja Lawak dan Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah bertembung! [Video]

 

F

Johan Raja Lawak masih lagi dengan muka tak malu beliau terkantoi dengan Dato DR Haji Fadzilah Kamsah. Tapi Dato masih cool cuma Dato marah (marah2 sayang) kerana suara beliau tak la SENGAU seperti yang Johan buat. HAHA! Padan Muka Ang Johan.

APTB!

NOTAKAKICAGU: Dato memang SEMPOI!

Tuesday, 25 October 2011

Ketawa tanpa senyum? Korang boleh? [Video]


image

Aku gerenti most of you akan cuba. Aku dah cuba tapi ia memerlukan skill dan kawalan otot yang tinggi dan aku sendiri ketawa tanpa henti lepas tengok video ni. TROLOLOLOLOL!


Celaka sungguh mereka berdua ni sebab buat aku terkentut2 ketawa. Muka mintak kaki, tapi stail der!

Sumber: busuk.org

Masa Bercinta by N.D Lala [Video]

 

Yang pastinya aku belum kahwin lagi, dan aku bukan bercouple tapi bercinta. Dan video kat bawah ini sebagai pedoman kepada sesiapa yang tengah bercinta dan berangan-angan mahu melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Jangan masa bercinta je nak gedix2 pas kahwin jeling sikit pun tak selera. Haaa… itu yang kita tak mahu tu, sepatutnya lepas berkahwin la silaturahim tu dieratkan dengan lebih rapat dan penuh keberkatan. Smile

 

YA! Aku memang tengah bercinta! So…?

 

Saturday, 22 October 2011

Seyes Funny: Cinta Muka Tak Malu by JohERA dan Shac (Cinta Muka Buku Parody)


Aku pernah buat entry pasal Najwa Latif yang AWESOME lagi kiut dan kali ini Johan serta Shac dari Radio ERA.FM dengan muka tak malu membalas balik lagu tersebut. Kelakar dan memang tak malu betul mamat2 nih. haha

The Original Cinta Muka Buku
The parody, Cinta Muka Tak Malu.

Yang aku tak tahan ade OTAK-oTAK KEMPAS tuh… OK ok ok ok! TROLOLOLOLOL!
Notakakicagu: lagu boleh rosak weyh!! memang muka tak malu betol, haha

Friday, 12 August 2011

I`m Back…

 

Setelah sekian lama aku menghilang akhirnya aku kembali jua.. bukan pergi buat surgery muka gara-gara bedak sejuk, tapi sebab aku memang tak ada masa. Ini pun aku rehat kejap dari membina 3D City aku guna CINEMA 4D untuk projek Highway ECG304 aku. Itupun aku kena rebuild balik sebab software tu buat hal semalam masa aku tengah mengajar aweks2 guna software kat ROUTE 69. Memang sakit hati kot, dah besar dah Bandar 3D tu aku buat. Siap dengan civilian tengah jogging lagi beb ( riak kejap Smile with tongue out).

Sem ini pun aku banyak ke luar kawasan untuk SITE VISIT. Lepas aku pergi Teluk Segadas tu ari, aku ke K.L jumpa Malik a.k.a Aaron Aziz nak backup dia dari kena langgar dengan Shark (ok itu tipu). Actually aku pergi site visit ke SMART TUNNEL CONTROL CENTER, dan kami diarahkan untuk buat video berkenaan dengan hydaulic structure untuk subjek ECW301. Kat bawah ini adalah video yang aku buat siang malam dengan Mamat Hijau guna SONY VEGAS.

DSCF2527DSCF2582

Lepas itu rehat jap cuti sem, naik cuti ada lagi site visit, kali ini kat Tasik Raban pulak, kali ini untuk subjek ECG305 Surveying Practical pulak. Habiskan semua lab yang tinggal sebab bulan puasa tak ade nak berpanas tengah padang UiTMPP yang serba iindah tu.

Sian CIK PELANGI aku asyik kena tinggal je, sorry ye Ucuk. Beliau kena lah biasa dengan aku yang bakal menjadi jurutera yang memang sentiasa sibuk untuk masa depan rakyat Malaysia. (ayat drama pulak).

 

DSC01977DSC01978

DSC01973

Haa, lagi satu sebelum aku terlepas pandang, 14-7-2011 yang lepas, aku ada buat montage2 ala-ala Oscar dan ABPBH. Tapi kali ini agak mantop sikit kot bagi aku. Siang malam aku berenat lelah mancari tutorial macam mana nak kasi gempak Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulty Kejuruteraan Awam 2010. Tu semua aku guna Sony Vegas Pro 9 jugak. Aku nak upload kat sini tak boleh sebab aku tak upload kat youtube lagi, nanti senang2 aku buat la ye.. Dan gambar kat bawah ini sebelum rehearsal penuh berlangsung dekat DEWAN BESAR UiTMPP.

DSC01964DSC01965DSC01966

Aku rasa sampai sini je kot. Sebab aku nak post lagi satu entry. Nak lepas gian post entry malam ini, huahuahua…

p/s: ENCIK BEDAK SEJUK sangat merindui CIK PELANGI. <3

Saturday, 14 May 2011

Koleksi gambar yang COOL ! [20 foto]

 

Seriusly, aku ada cita-cita nak jadi photographer, tapi malang aku masih tak mampu nak beli DSLR, bukan DEAR, SORRY LATE REPLY’…wak luu.. Itu kamera digital pun aku tak mampu lagi nak purchase inikan pulak lens DSLR yang beriban tu… Tapi kali ini bukan aku nak cerita pasal Dslr bagai, post kali ini aku nak share something that amazed you with these pictures taken by professional photographers all over the world…

Antara gambar…

This is one of my fav pic among the others,

18

Ini pun… colorful la dude…

08Lagi gambar

source: ceritahot.net

Thursday, 3 March 2011

futsal addict...! These tricks was AWESOME dude...!

Assalamualaikum...

Malam tadi dok syok-syok menikmati kebab daging dengan cik buah pinggang dekat taman lepas jalan-jalan dekat UPTOWN PERDA, salah seorang mamat dari EXCO P'CES call aku, ajak main futsal ini pagi, tapi aku kata aku tak sure lagi sebab kena tanya team aku dulu.

Then sampai pagi ini aku tak cakap lagi dengan depa maybe depa pun tak nak main kot, so cancel itu game, mentang-mentang dah banyak invitation dari luar mahupun dalam.
----

Aku ni tak ada lah power sangat main futsal, setakat nak OLE sorang dua sekali gus tu boleh lah, dah pernah try dekat team yang jemput kami semalam. (gila riak) tapi serius aku tak tipu. Jadi dalam entry sebelum ini aku ada kata yang aku nak upgrade prestasi kaki dan skill aku dalam futsal, then aku pun search kat Youtube tentang tricks yang boleh aku pratikkan.

So aku dah jumpa, serius AWESOME dude...! moh tengok video ini, thanks to FALCAO sebab ajaq aku skill ang,


haa, da tengok...? bila nak main futsal lagi ini...........

Kaki aku dah mula gatal, tapi duit pulak masalah nak pi main, atoi....main dalam rumah pun jadilah...

notakakifutsal: MU main kotoq dengan CHELSEA tu ari, sebab tu reff berat sebalah...
http://www.emocutez.com
yang berhormat,

Monday, 24 January 2011

Video terbaik untuk remaja yang gila nak kahwin...


Bismillahirrahmanirrahim.

As salam 1Malaysia.

You all pembaca ni rata-rata dah kahwin belum, atau tengah bercouple, atau masih single dan sedang mencari (kira dah tahap wajib la or despreate). HA...la ni ceq nakhabaq mai sikit tentang kahwin..., (ceh, tukaq loghat lak)...

Masa EBS tengok video ni, SERIUS best gila, memang sesuai untuk anda-anda dan anda yang sedang bercouple or yang tengah sangap nak kahwen sangat...ustaz ni punya cara cakap memang terbaik, lawak pun sempoi jaa, orang utara lah kan. dan nama beliau ialah

USTAZ JAMNUL AZHAR,


Dalam video ni beliau ada mention pasal Al-Ba'ah (maaf jika silap), ia tentang keperluan seorang wanita yang wajib dari suami iaitu

  • sebuah rumah,
  • satu tempayan
  • satu gayung
  • dan satu bilik tidur,
Wah, sungguh sederhana Islam kan, itulah antara keindahan dalam agama Allah ni kan. EBS memang suka tengok video nih, sampai replay berapa kali pun still nak dengar lagi, biar lekat dalam kepala. HAHAHA...(cool, cool) ehem2,


Ok, EBS tak nak cakap banyak, You all Enjoy la video ni eh, ambil iktibar sekali, terutama pada yang da SANGAP nak kahwen or dah sampai tahap wajib tuh...hee



amacam...? best tak...?

JANGAN LUPA KOMEN YE... :D

nota kaki: rasa cam nak masuk minang cik wanie terus jew... :P


Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping