Showing posts with label clash. Show all posts
Showing posts with label clash. Show all posts

Tuesday, 25 October 2011

Masa Bercinta by N.D Lala [Video]

 

Yang pastinya aku belum kahwin lagi, dan aku bukan bercouple tapi bercinta. Dan video kat bawah ini sebagai pedoman kepada sesiapa yang tengah bercinta dan berangan-angan mahu melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Jangan masa bercinta je nak gedix2 pas kahwin jeling sikit pun tak selera. Haaa… itu yang kita tak mahu tu, sepatutnya lepas berkahwin la silaturahim tu dieratkan dengan lebih rapat dan penuh keberkatan. Smile

 

YA! Aku memang tengah bercinta! So…?

 

Saturday, 14 May 2011

Seni Percikan Air… Cool!

Dalam semester 4, aku belajar tentang Basic Fluid Mechanics dan tentulah yang berkaitan air dan cecair. Tapi Marcus Reugles ini pula suka menangkap gambar percikan air dan aku pulak suka makan ayam percik. Malah beliau menambah perwarna makanan serta gel berwarna for different shades dan interesting effects seperti pakcik yang jual ayam percik menambah rempah untuk resipi beliau yang enak kalau bulan Ramadhan.

Malah bukan saja air biasa, tapi juga susu dan lain-lain cecair juga digunakan beliau…

Antara gambar…

ukapivode01


ukapivode02


Lagi gambar…

sumber: ceritahot.net

Sunday, 24 April 2011

Selamat tinggal cermin mata, Hai contact lens.



Ada yang cakap suka tengok aku pakai spec, ada yang kata aku lagi semart kalau tak pakai spec...Entry sebelum ini, senang kata semalam tentang accident spec aku pecah akibat kena pijak dek kaki aku ni, aku ada kata yang aku nak beli contact lens, ye contact lens, sebab aku malas nak buat cermin baru yang agak mahal kos nya. So dalam tengah hari tadi aku belilah sepasang contact lens yang sebulan punya dengan kos rm25!! Jenama tak lah femes mana, tapi dah yang 3pasang rm60, aku ni dah malas nak simpan, nanti hilang entah kemana. Aku ni tak suka pakai spec, tak caya...? tekan INI..!

contact lens (dalam blue case) akan menggantikan spec aku yang rosak...

http://www.emocutez.com
Ada gak dia offer aku solution dengan harga rm13 without casing, pikir balik kalau aku beli mana aku nak letak contact lens aku ni, dalam kocek..? so aku decline offer tuh then beli jela contact lens. Member aku kata ada solution yang siap sekali dengan casing, then aku pergi kedai lagi satu. Actually, kedai nih aku dah pergi mula-mula, tapi dia tak jual sepasang, then datang balik just nak beli solution yang siap dengan casing.

Next time aku nak try color contact lens, maybe yang hazel kot, tengok lah kalau fulus masyuk... Baru lah bunga-bunga cuci mata tengok aku... HAHA...

http://www.emocutez.com
yang memang smart

Saturday, 23 April 2011

Pabila cermin mata pecah berderai dikala Final Exam....

Time tengah final ni aku sebenarnya malas nak update, tapi disebabkan accident ni aku terpakse update jugak...

Masa tengah dok bergolek-golek atas katil memikirkan paper ECG yang entah apa-apa aku jawab tadi aku pun bermesej dengan Cik Aimuni, then beliau ajak aku chat kat fesbuk sebab kredir dah nak kong. So (soley~soley) aku pun bangun dan FRAAPPP.. !!

http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com
http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com


Lens Spectacles LeVIS kesayangan aku pecah berkecai, bingkainya bengkok akibat tekanan dari kaki kiri CR7 ni... Astaga, macam mana aku nak final ni, spec ni aku nak guna untuk lihat jam yang jauh nun ke depan masa tengah jawab paper, then aku ada lagi 3 papers to go next week!

Dan3, bukan itu sahaja, hobi single aku nak lihat bunga-bunga yang aku minat masa exam pun tak boleh..! Takkan aku kena sepetkan mata nak tengok depa, Arghhh!! Padahal lens spec tu aku baru je ganti sem ni, tak sampai almost 2 months i guess. Fuuu..! Yang sebelah lagi tu elokk je kot, cuma aku tak lap then nampak macam kabur sikit sebab kain lap dah hilang (maybe ada dalam seluar kot)

Patotlah aku rasa lain macam je masa tengah makan sizzling kat JJ dengan housemates aku, ada yang tak kena dengan spec ini, sebab aku cuma pakai masa nak study dalam kelas or keluar malam, and masa final paper of coarse, nak tahu lebih lanjut sila ke entry ni..(ayat skema)

Actually, spec ni memang lasak dan aku pernah jugak terpijak (ganas kan), tapi tak pernah pulak pecah macam ni, mungkin sebab dah berganti lens, so (soley-soley~) kualiti agak kurang kot. As future engineer, mesti ada solution yang optimis dengan cost yang murah... YEAH..!

http://www.emocutez.com

Aku nak hateka sclera, sebab aku peminat SASUKE, yihhaa... tapi tak adalah aku nak pakai yang cenggini, gila pe, kang ade gak yang kena bako dengan USOP WILCHA... kome ta takot ke...? Yang murah-murah sudah lah, aku pun bukan suka sangat pakai contact lens ni, LECEH kot, tapi sangat awesome pulak CL atas ni kan... hee...

notakakicagu: aku nampak lebih AWEsome masa pakai spec ke tak pakai...? (wajib jawab..!)
http://www.emocutez.com
yang sedang bengang...

Sunday, 3 April 2011

Ikhlas adalah kunci untuk segala bentuk perhubungan yang abadi...


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

------------------------------------------------------------------------------------------------


MasyaAllah, sangat Ikhlas cinta lelaki tersebut pada gadis pujaannya, sudah tentu mereka kekal abadi hingga ke akhir hayat. :')

http://www.emocutez.com

nota kaki cagu: bila aku nak jumpa tulang rusuk kiri aku ni? anyone...!

sumber: iluvislam.com

yang ikhlas...


Saturday, 19 March 2011

C.I.N.T.A dan sewaktu dulu...




Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum

Sedang aku mencari video video lagu best dekat Youtube, then layan antaranya PREETY UGLY, dan RUFFEDGE, aku terlayan lagu dari Andy Flop Poopy...


Agak sempoi, and best lagu dia. Teringat dekat sesiapa yang berkenaan dan aku rasa macam nak tengok baik movie CINTA ni. Dulu dah tengok, tapi masa dulu aku tak matang lagi, hingusan kot, cinta monyet je time ni. Wayang pun time tu baru nak kenal.
http://www.emocutez.com

Erm, seyesly aku dah lupa apa sinopsis dia, aku tak nak tengok review, malas nak cari, nanti tak suprise, biar movie ini macam movie yang baru keluar bagi aku, tapi bila aku nak tengok?
http://www.emocutez.com

Aku search dekat mana-mana web yang sediakan movie download free pun tak jumpa, serius movie ini memang dah lapok, nak tengok dekat TV? Jangan harap, sebab bnyak cutting section, dan iklan yang buat aku nak muntah dalam kotak TV, (ok aku tipu, rumah aku PLASMA tb kot, takmain kotak-kotak besaq tu lagi)
http://www.emocutez.com

Menurut komen-komen dekat video soundtrack CINTA iaitu SEWAKTU DULU, ramai yang mengatakan movie tersebut memang menyayat hati, kira tahap touchscreen laa..
http://www.emocutez.com

Aku dah malas nak tulis panjang-panjang, bukan ada yang sanggup baca walau yang suka jenguk blog aku ini kan...pepehal, you all memang the best, sebest dan setouching lagu bawah ini, mungkin aku agak jiwang sikit malam ini, missing his kidney and wonderwoman.
http://www.emocutez.com
Enjoy...!


notakakicagu : aku nak jadi semacho ANUAR ZAIN...!
http://www.emocutez.com

yang macho lagi gentleman...

Friday, 31 December 2010

2010 rest in memories...

LOCATION: Depan lappy, atas katil, Pangsapuri Idaman, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia
Time: 22minutes untill the new year 2011...

SELAMAT TAHUN BARU 2011...!!!

Kepada semua rakan2 dan ahli bumi sekalian, harap dengan azam dan tekad yang baru untuk mengharungi cabaran-cabaran yang bakal mendatang, jangan lupa untuk mengubah diri you all dengan perkara-perkara yang baik, means that penghijrahan yang bakal menlahirkan you all sebagai insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, insyaAllah.

Di tahun 2010, banyak perkara, hal, malapetaka, bencana, dan untung rugi yang pernah EBS lalui, malah you all semua pun sama kan? Cuma cara menghadapi situasi tersebut terpulang kepada individu masing-masing. Post kali ini agak serius sebab mood yang tak beberapa elok. Maaf ye. EBS sudah pun tekad untuk melupakan beliau, nak tahu sebab apa, bukan kerana orang ketiga, ke-empat dan sebagai-nya, tapi ini adalah kerana EBS seolah-olah dipinggirkan beliau, tapelah, EBS sedar EBS siapa, dulu EBS la yang beliau cari-cari, tapi sekarang umpama kulit kacang yang dilupakan serta dibuang entah kemana, ermm..

lupakan je lah, perkara biasa bagi EBS, ini juga merupakan salah satu bencana yang EBS terpaksa hadapi setiap tahun, ya..! PERKARA BIASA...biarlah, harap ada hikmah disebalik kejadian, moga akan hadir seseorang yang mampu mengubat hati ini, dan biarlah ia datang sendiri. EBS juga berpegang pada kata-kata seseorang yang EBS lupa namanya untuk "citation", yang mengatakan

"aku telah belajar untuk tidak perlu bimbang tentang cinta, tapi untuk menghormati yang datang dengan sepenuh hati"
dari ayat ini, mungkin you all kurang paham, tapi ia mengatakan kita tidak perlu bimbang tentang siapa yang akan kita cintai atau siapa yang akan mencintai kita, cuma kita perlu belajar untuk menghormati sesiapa pun yang datang dan pergi dalam hidup kita. Kerana, dengan penghormatan atau 'respect' kita kepada orang lain, secara automatiknya 'cinta' itu akan datang dengan sendirinya, dengan kata lain pucuk dicita ulam mendatang.

RESPECT atau HORMAT boleh dikatakan umpama magnet yang menarik cinta yang kepada seseorang. Oleh itu, tidak hairanlah, EBS mula menjadikan kata-kata ini sebagai penguat semangat dalam kehidupan dan EBS sangat-sangat berterima kasih kepada sesiapa yang mencipta kata-kata ini. dan dengan ini akan datang lah cinta yang sejati tanpa perlu EBS mencari-cari...

EBS menaip post ini dengan perasaan agak kecewa dan buntu, kerana baru sahaja sampai ke PENANG, tapi bencana masih lagi menimpa, mungkin ini semua ujian, agar EBS terus kuat dalam menghadapi cabaran akan datang dan tidak mudah cuai dengan apa saja di sekeliling kita.

AMEEN...


Ok lah, lupakan seketika episode sedih-medey tadi, kali ini EBS mahu menceritakan bahawa EBS telah pun melawat ibu kepada arwah ibu (nenek atau nama panggilan TOK YAM) di KLUANG,
setelah sekian lama EBS dan keluarga tidak menjenguk beliau dan suaminya dikampung, kali ini entah kenapa naluri ayah EBS hendak kesana, sudah pasti la EBS mencari peluang untuk ikut sekali, begitu juga adek-beradik EBS yang laen,

GAMBAR dibawah merupakn antara memories di tahun 2010 yang EBS mahu kongsikan bersama you all...

EBS bersama Tok Yam dan Tok Man ketika di Gunung Berlumut.

dating bukan main lagi... :D

keluarga Kakak ku yang turut serta.

keluarga Angah juga ada bersama

Tidak lupa juga kepada ayah dan ibu yang mengilhamkan ziarah ini setelah 15 tahun tidak menjenguk keluarga yang dulunya mahu mengambil dan menjaga EBS apabila Arwah Ibu Kandung EBS pergi meninggal kami semua.

Ini adalah antara kenangan manis di tahun 2010 untuk keluarga kami, kerana kami memang jarang menghabiskan waktu bersama, harap tahun 2011 nanti akan muncul kenangan-kenangan yang lebih manis, insya-Allah...

nota kaki--- EBS RINDU BELIAU... :'(

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping