Showing posts with label zaman sekarang. Show all posts
Showing posts with label zaman sekarang. Show all posts

Thursday, 17 May 2012

Personal: Cerita lama yang baru nak dihebohkan.

 

deanslogo_copy

Oleh sebab aku dah lama tak update blog, dan hari ini aku nak cerita apa yang berlaku sebenarnya dalam masa 6 bulan tersebut.

Aku mengambil keputusan untuk berhenti sementara dari berblogging gara-gara down. Down sebab keputusan aku semester 5 amat tak memuaskan. Bawah 3 bro. Aku tak tahu pasai pa. Seriusly memang aku down. Then memandangkan CGPA aku berada diparas bahaya (cukup-cukup makan) untuk aku melanjutkan pelajaran ke peringkat  DEGREE atau pun SARJANA MUDA kat UiTM jugak, it’s can be a good reason.

Semester 6 iaitu semester akhir untuk aku push up my CGPA. Cuba ubah slow2 sikap aku yang main2 masa tu. Macam sudah terlambat kan? Tapi semester ni seriusly banyak projek kena setelkan. Dari Taking Off, Design Project, Entrepreneur Day, dan SITE VISIT lagi. Kebanyakan kerja ada yang aku buat cepat, ada yang aku tangguhkan Sikap suka tangguhkan kerja tu lah yang buat aku leka selama ni dan semester akhir ni aku cuba ubah slow2 dan penyebab aku menjadi orang yang selalu meraikan kejayaan orang lain yang dapat Dean List.

DSC02275Dua fail tebal ni adalah untuk satu projek, nasib buat dalam group. 5 members per group.

logo DUA

Yang atas ni adalah logo untuk projek ETR 300 atau Fundamental of Entrepreneurship di mana kumpulan kami memproses ais krim Yogurt dengan topping sekali. Feedback yang kami dapat amat2 memuaskan. Winking smile

Site visit pada semester 6 ni cuma ada pergi ke construction site di Jalan Raja Uda dan ke Ulu Paip. Banyak pengalaman aku bila pergi tempat2 macam ni.

DSC00714

Raja Uda Construction Site

DSC00590DSC00568

Ulu Paip Recreational Forest.

Cik Pelangi, my sweet love, the one that always beside me even she’s not there, selalu teman aku siapkan projek yang berlambak atas meja study tu. Macam mana dia teman?? SKYPE la pe lagi. A medium that always connect both of us. Kadang sampai beliau tertidur2. :’) Terima kasih sweetpie. Jasamu dikenang hingga akhir hayat, nanti kanda belanja choki2 ye Smile with tongue out Beliau memang cukup paham dengan situasi aku. Buat aku terharu.  

Banyak pengalaman aku dapat masa semester 6 ni, penat lelah pun berbaloi jugak akhirnya dimana aku dapat meraikan kejayaan aku sendiri, iaini aku mendapat keputusan yang boleh dikatakan berbaloi. DEAN LIST untuk semester 6 dengan CGPA aku dapat up sikit.

ALHAMDULILLAH! Berkat doa dari emak dan abah serta adik beradik aku yang lain, serta kerjasama dari pihak tertentu dan usahasama dari rakan2 dan yang tersayang. Aku dapat menamatkan Satu lagi peringkat pendidikan iaini DIPLOMA dalam bidang Kejuruteraan Awam. Semoga semua ilmu yang aku dapat dari pensyarah, rakan-rakan dan pihak yang aku pernah berinteraksi, boleh aku gunakan untuk masa akan datang. Tak sabar rasa nak naik atas pentas masa konvo nanti! Wee~~

 ‘Masa depan dibeli oleh masa sekarang’

Samuel Johnson.  

DSC00590

SmileI’m nothing without their support! Smile

Wednesday, 16 May 2012

Personal: eMachine to Asus A53SV.

 

Image0044

Sebelum ini, aku menggunakan eMachine (gambar atas) dari Acer untuk menjalankan pelbagai kerja. Dan eMachine ni telah banyak berjasa pada aku. Kerja yang paling berat pernah aku buat dengan eMachine ketika menghasilkan projek Modern Elevated Highway dalam bentuk video 3D menggunakan Cinema 4D. Dengan hanya 3GB ram sahaja mana la cukup nak hasilkan video 4 minit tu. Sekarang ini aku dah bagi laptop ni kat adik aku. lantak lah dia nak buat ape pun. Lagipun PC kat rumah ini dah hancur. Serius.

The awesome moment when I got this new stuff! 15.6 inch Asus A53SV series. With 8GB ram and core i5 processor, 1GB nVidia GT 540M graphic card. For more info, klik this.

 DSC02183
DSC02189DSC02190

FYI, aku dah beli Asus ni sejak dari tahun lepas lagi masa cuti mid semester pada bulan Disember. Ingat tak entry lama, dengan budget tambahan dari Gabenor Bank PAMA. Aku dapat rembat dengan harga MYR 2299.00 sahaja. And i told the dealer that I wanna stick to Asus and don’t prefer me the other brands. So with the budget i told him, he prefer me this machine (Asus).

Dah hampir 6 bulan, and dah 3 kali aku format. Itu pun sebab virus dari pendrive memember aku. No problem at all. Cuma pernah sekali webcam buat hal and menyusahkan aku nak bergayot Skype dengan Cik Pelangi.

notakakicagu: Ini adalah entry kedua aku menggunakan Asus A53SV.

Monday, 31 October 2011

Gambar illusi yang senggama minda! Double Faces.

 

Sila perhatikan dengan teliti dan anda akan nampak dua muka serentak. Tindak balas di otak kanan akan berlaku. Tapi tak tahulah. Its happen to me just now. Mind Blowing! ==”

illusion

notakakicagu: nice one mate!

Sunday, 22 May 2011

Iklan tahun 90-an yang COOL…! [10 gambar]

Hello guys, sorry lah lama tak update sebab walaupun kat rumah aku online 24 hours kat rumah dan bukan dekat Aliff. Ini akibat ketandusan idea dan memang aku terpuruk dekat rumah macam kutu mati.

Aku lahir pada tahun kambing dan tentunya aku tak berbau kambing tak macam you all, dan dalam brain memory aku memang tak pernah ingat apa iklan yang pernah aku tengok masa kicik2 dulu. Dan seriusly aku tak pernah tengok iklan-iklan yang menggamit kenangan (tagline klasik.fm) . Ye, tak pernah, macam lah you all pernah. Buu…

gg

kk

5734861993_77ce245951_z

5734862159_6b68c872a4_z

5735410074_2025494419_z

5735410280_698acfc911_z

Yang ini kita panggil bedak sejuk…sebab ia MENYEJUKKAN Open-mouthed smile

5735409938_b5c8142e9d_b

Sumber

Sunday, 15 May 2011

You got Facebook, I got FACEBALL… [25 gambar]

 

Yeah, aku pernah kena macam ini. Average sekali dalam 5 match kalau main futsal, you all ingat tak sakit ke. Habis hidung mancung Hitrik Roshan ku… ==” Ia memang nampak sakit, tapi it look funny at the same time dude…  ROF…!

 

08

06

25

HAHA… kesian deh lor…

LAGI GAMBAR SILA TEKAN SINI…!!!

notakakicagu: in sports, impossible is nothing…

source: ceritahot.net

Monday, 11 April 2011

Cokelat ini buat aku rindukan arwah... :')

Masa ini aku baru lepas siapkan report ECG. Mata memang dah mula memberat, tilam dan bantal dah mula memanggil. Tapi aku still nak update lagi satu post, nak topup balik entry yang dah lama tak update.
====

Ok, masa aku dengan kawan aku keluar pergi photostat kertas graph for our reports. Aku ternampak satu balang berisi satu benda common yang aku selalu makan masa kecik-kecik dulu.

Denga serta-merta aku teringatkan arwah abang long aku. Sebab angah aku pernah cerita, aku memang gilakan cokelat masa kecik-kecik dulu, macam lah you all pun tak. Seriusly, i miss him a lot, Menurut angah,tika tu aku lah yang mula-mula berlari terkedek-kedek nak mintak dukung dengan arwah sambil merengek mintak cokelat bebola ni kat arwah bila arwah balik dari pengajian dan yang paling aku terharu, setiap apa yang aku mintak, memang arwah bagi.


Ya Allah, Kau lindungi dan rahmatilah roh arwah sebagaimana Kau merahmati orang-orang yang Kau kasihi. Amiin.... Al-Fatihah.

notakakicagu: ada lagi cokelat yang aku suka masa kicik-kicik dulu, cokelat syiling tak silap, nanti aku update ok...

yang merindui mu,

Monday, 14 February 2011

Nescafe, Biskut Marie, dan Mati Pucuk (??)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Haa..apa you all cari-cari tuh...? Biskut marie? nescafe or.... hahaha. sorry la guys, saja je aku nak melalut malam ni, puas aku menaip dan blogwalking hari ini, biasa lah, Monday blue da mula menjelma, lepas ini aku akan kembali bekerja sebagai full time student kat UiTMPP. Tak tahulah bila lagi aku nak update entry ek,

You all masih tertanya-tanya lagi sebab apa aku letak tajuk tuh? haha, tak ada apa lah, masa ini aku tengah kelaparan sebab makan nasi goreng paprik yang boleh dikatakan sedap (tapi mahal kot) petang tadi. Then solutionnya, hanya ada BISKUT MARIE dan sepaket NESCAFE 3 in 1 dalam simpanan aku, Nak keluar serius aku malas. (anak bujang tak baik keluar malam2, ahah)


credit to google.com

Tu je yang aku makan time ini, then someone who i called her cikwanie mesej aku,



'Syg, jgn tdo lmbt2.. faktor2 mati pucuk dsbbkan tdo lewat n xcukup rest, so be careful dear'



Biar bebenor cik wanie nih... haha (gelak sekejap bila aku baca sms beliau)...jangan salah anggap, kami ni memang cam ni, TEMAN TAPI MESRA je. Rasa malu pun ada bila aku baca. Serius beliau ini caring gila pada yang beliau suka(ehem2) dan beliau masih singlE juga terbuka pada yang nak masuk minang boleh taip ON MINANG dan hantar ke 12345. jangan lupa taip ON MINANG dan hantar 12345. (just joke).

Ok, balik pada topik. dah lari jauh topik tuh...aku terpikir dah lah aku selalu tidur lewat. tapi tak lah selalu bila ada kat Penang, paling lambat dalam pukul 2.30am. tu pun sebab blogging or main futsal dekat SAFIRA. Erm...ada potensi mati pucuk ke aku ini? oh no no no...tidak akan sekali-kali ia berlaku... mak aku nak cucu oit...

Aku berdoa harap-harap aku tak ada penyakit teruk. Setakat ini aku masih lagi sihat walafiat. Dan kalau boleh juga aku nak badan macam bro BEN...tapi kena pergi gym la...atoi...

Ok lah, masa dah suntuk, cik wanie dah pesan tak moh tidoq lambat-lambat, nanti mak aku tak dapat cucu. haha... gudnyte..

NOTA KAKI: jangan risau, kami berdua tak ada apa-apa. dan aku akan tetap single hinggalah tahap wajib nanti...sekarang masih tahap makruh...hee




Thursday, 27 January 2011

RaHsia JuN...

Bismillahirahmanirrahim...

EBS tengok ramai dalam bulan ni ramai yang dah meningkat umur, EBS je yang masih baru 19 tahun 7 bulan (kot...?)

Rasa tak sabaq la pulak nak umur 20 ni, maybe kalangan you all dah tahu bila hari jadi EBS, than kalau nak tahu pandai-pandailah cari
. http://www.emocutez.com

Lagi satu, masa dok online facebook tadi, ada lah kalangan-kalangan, golongan-golongan yang meng'try' application "RAHSIA BULAN LAHIR' , then EBS dah pun cube gak sebab curious dengan benda-benda ini. Lepas cube je terus depa tag EBS kat photo result ni....


full view...

cropped view

EBS malas nak taip result ni, thats why EBS crop je, senang you all nak tengok.

Most of the result is totally true, dan EBS tertarik dengan result 'MUDAH MENJADI EKSEKUTIF' ...Wah..this is AWESOME. boleh jugak pakai AUDI A4 idaman hati,

http://www.emocutez.com

Then,

'IDEA YANG TERLALU BANYAK DI KEPALA'http://www.emocutez.com is one of the AWESOME things yang memang extremely true, buat pengetahuan you all, EBS sampai tak tahu nak post entry apa-apa sebab banyak idea, itu normal, cuma kena pandai susun idea itu untuk lebih terperinci dan menarik, Terutama untuk blog ini kan. Memang agak crowded sikit la. SOry ye you all...hee...



SUKA BUAT LAWAK DAN BERGURAUhttp://www.emocutez.com
....erm...boleh lah, lagi depan girls kan, bukan hipokrit, saja nak tunjuk macho. sebab ni EBS punya strategi nak tengok perempuan senyum or ketawa macam mane. UPSSS, terkantoi sudah....

BERFIKIRAN JAUH BERWAWASAN.http://www.emocutez.com
yeah...! WAWASAN 2020...! EBS memang ada wawasan sendiri, jangka panjang serta pendek, yang pendek itu mungkin untuk memperbetulkan sikap yang ini, 'KEDEGILAN YANG MELAMPAU' dan 'SUKAR UNTUK MELAKUKAN KERJA DENGAN SEGERA', InsyaAllah...Jangka panjang memang ada, saja tak nak mention (gila kedek).

aiyoo...kalau nak describe satu-satu memang panjang lah entry ini, tapi memang betul apa Datok Dr. Fadzilah Kamsah ni cakap, serius lah...

Tapi EBS akan cube perbaiki mana yang agak tak elok tuk diri EBS sendiri. kan3...?

nota kaki : apa EBS nak cakap tadi...lupa lah...(indu pulak kat cik wanie)http://www.emocutez.com

Thursday, 20 January 2011

1Malaysia.com , laman sosial REVOLUSI baru...

LOCATION : Depan Lappy, 313, Pangsapuri Idaman, Permatang Pauh, Pulau Pinang,
TIME : 10.20 am waktu Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim...


Pagi-pagi bangun terus on lappy setelah di kejut oleh cik wani , terpukau juga dengan suara manja beliau pas bangun tidur( ehem3) walau dalam talian, (gila angau)... jangan risau la you all, EBS masih lagi SINGLE MINGLE ok...just TTM status jew...hee...
http://www.emocutez.com

Bila dah siap loading, terus buka Chrome dan sign in blogger, tengok-tengok stat pageview masih lagi dalam telur (0), maybe kena buat entry yang agak global sikit, supaya you all pembaca tak borink kan...

http://www.emocutez.com

++++

('klik gambar untuk ke laman sosial 1Malaysia.com')credit untuk atokgoogle

Dengan perasaan yang agak malas untuk mencari tajuk entry baru, EBS terus ke salah satu laman sosial buatan Anak Malaysia yang berura-ura untuk sedia menggantikan FACEBOOK yang khabar anginnya akan ditutup oleh Mark Zurkerberg dalam bulan Mac nanti, Laman Sosial tersebut ialah 1Malaysia.com, agak global kan nama itu,?

EBS dah lama juga mendaftar 1Malaysia ni sejak ada Oh!Media mempromotnya, dan buat masa sekarang EBS masih ada 40 rakan yang EBS add dan di add, termasuk cik wani sendiri, beliau agak jeles sebab EBS mempunyai ramai rakan wanita dalam laman tersebut, (maaf la ye, depa yang add saya dulu...:P)

1. BAHAGIAN LUAR.

Bila saja EBS ke laman 1MALAYSIA.com ni, memang EBS terkejut sebab homepage nya agak ketara dan mempunyai persamaan dengan Facebook, cuma bahagian "background" sudah ditukarkan kepada warna hitam dan bahagian sign in pun agak lebih besar tetapi tidak ada bahagian untuk signup seperti di Facebook.

2. BAHAGIAN DALAM.

Sebelum ini, Bahagian HOME setelah you all sign in nanti juga agak sama dengan Facebook, Cuma terdapat kelainan dari segi content serta font, hal ini mungkin kerana laman 1Malaysia.com masih lagi dalam proses menaiktarafkan untuk lebih menyaingi laman sosial yang lain. Antara bahagian yang terdapat dalam bahagia home you all nanti, adalah 'request', 'popular member', 'newest member', 'statistics', dan 'online member', yang menarik nya disini, sistem 1Malaysia .com mempunyai persamaan sedikit dengan TAGGED.com dalam 'post', iaitu kita boleh meng'LIKE', komen, dan mem'view' post rakan-rakan lain walaupun tidak di 'add', berlainan dengan FACEBOOK di mana hanya rakan-rakan yang di add saja kita boleh melihat post mereka.

3. PROFILE

Tak silap EBS, profail 1Malaysia.com juga boleh diedit seperti dalam Myspace dan Tagged (kalau tak silap lah), sebab EBS pernah tengok salah seorang rakan dalam 1Malaysia mempunyai profail yang berwarna-warni tidak seperti Facebook yang menggunakan default skin dan kita perlu menggunakan browser tertentu untuk mendapatkan profail unik seperti Mozilla. Buat masa ini EBS lebih suka menggunakan default skin untuk profail EBS supaya leih simple dan tak serabut.

Agak penat menaip panjang-panjang ni, setakat ini lah yang EBS boleh bagi you all sedikit gambaran tentang 1Malaysia.com ini, dan You all boleh lah view sendiri kalau nak, jangan lupa daftar sebagai anak Malaysia dalam laman tersebut, dan jangan lupa add EBS (tekan sini) k...?Dengan adanya 1Malaysia.com ini boleh lah EBS mempromot blog EBS yang tak seberapa ini, alah, newbie la katekan...huhu

Dan semoga crew-crew 1Malaysia akan terus berjuang untuk menaiktarafkan dan membaikpulih untuk menaikkan nama MALAYSIA ke seluruh dunia dengan laman sosial yang menjadi salah satu revolusi baru dalam perhubungan dunia maya... Ameen...

nota kaki: jangan lupa add EBS taw...(gile promot)


Friday, 31 December 2010

2010 rest in memories...

LOCATION: Depan lappy, atas katil, Pangsapuri Idaman, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia
Time: 22minutes untill the new year 2011...

SELAMAT TAHUN BARU 2011...!!!

Kepada semua rakan2 dan ahli bumi sekalian, harap dengan azam dan tekad yang baru untuk mengharungi cabaran-cabaran yang bakal mendatang, jangan lupa untuk mengubah diri you all dengan perkara-perkara yang baik, means that penghijrahan yang bakal menlahirkan you all sebagai insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, insyaAllah.

Di tahun 2010, banyak perkara, hal, malapetaka, bencana, dan untung rugi yang pernah EBS lalui, malah you all semua pun sama kan? Cuma cara menghadapi situasi tersebut terpulang kepada individu masing-masing. Post kali ini agak serius sebab mood yang tak beberapa elok. Maaf ye. EBS sudah pun tekad untuk melupakan beliau, nak tahu sebab apa, bukan kerana orang ketiga, ke-empat dan sebagai-nya, tapi ini adalah kerana EBS seolah-olah dipinggirkan beliau, tapelah, EBS sedar EBS siapa, dulu EBS la yang beliau cari-cari, tapi sekarang umpama kulit kacang yang dilupakan serta dibuang entah kemana, ermm..

lupakan je lah, perkara biasa bagi EBS, ini juga merupakan salah satu bencana yang EBS terpaksa hadapi setiap tahun, ya..! PERKARA BIASA...biarlah, harap ada hikmah disebalik kejadian, moga akan hadir seseorang yang mampu mengubat hati ini, dan biarlah ia datang sendiri. EBS juga berpegang pada kata-kata seseorang yang EBS lupa namanya untuk "citation", yang mengatakan

"aku telah belajar untuk tidak perlu bimbang tentang cinta, tapi untuk menghormati yang datang dengan sepenuh hati"
dari ayat ini, mungkin you all kurang paham, tapi ia mengatakan kita tidak perlu bimbang tentang siapa yang akan kita cintai atau siapa yang akan mencintai kita, cuma kita perlu belajar untuk menghormati sesiapa pun yang datang dan pergi dalam hidup kita. Kerana, dengan penghormatan atau 'respect' kita kepada orang lain, secara automatiknya 'cinta' itu akan datang dengan sendirinya, dengan kata lain pucuk dicita ulam mendatang.

RESPECT atau HORMAT boleh dikatakan umpama magnet yang menarik cinta yang kepada seseorang. Oleh itu, tidak hairanlah, EBS mula menjadikan kata-kata ini sebagai penguat semangat dalam kehidupan dan EBS sangat-sangat berterima kasih kepada sesiapa yang mencipta kata-kata ini. dan dengan ini akan datang lah cinta yang sejati tanpa perlu EBS mencari-cari...

EBS menaip post ini dengan perasaan agak kecewa dan buntu, kerana baru sahaja sampai ke PENANG, tapi bencana masih lagi menimpa, mungkin ini semua ujian, agar EBS terus kuat dalam menghadapi cabaran akan datang dan tidak mudah cuai dengan apa saja di sekeliling kita.

AMEEN...


Ok lah, lupakan seketika episode sedih-medey tadi, kali ini EBS mahu menceritakan bahawa EBS telah pun melawat ibu kepada arwah ibu (nenek atau nama panggilan TOK YAM) di KLUANG,
setelah sekian lama EBS dan keluarga tidak menjenguk beliau dan suaminya dikampung, kali ini entah kenapa naluri ayah EBS hendak kesana, sudah pasti la EBS mencari peluang untuk ikut sekali, begitu juga adek-beradik EBS yang laen,

GAMBAR dibawah merupakn antara memories di tahun 2010 yang EBS mahu kongsikan bersama you all...

EBS bersama Tok Yam dan Tok Man ketika di Gunung Berlumut.

dating bukan main lagi... :D

keluarga Kakak ku yang turut serta.

keluarga Angah juga ada bersama

Tidak lupa juga kepada ayah dan ibu yang mengilhamkan ziarah ini setelah 15 tahun tidak menjenguk keluarga yang dulunya mahu mengambil dan menjaga EBS apabila Arwah Ibu Kandung EBS pergi meninggal kami semua.

Ini adalah antara kenangan manis di tahun 2010 untuk keluarga kami, kerana kami memang jarang menghabiskan waktu bersama, harap tahun 2011 nanti akan muncul kenangan-kenangan yang lebih manis, insya-Allah...

nota kaki--- EBS RINDU BELIAU... :'(

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping