Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...
Haa..apa you all cari-cari tuh...? Biskut marie? nescafe or.... hahaha. sorry la guys, saja je aku nak melalut malam ni, puas aku menaip dan blogwalking hari ini, biasa lah, Monday blue da mula menjelma, lepas ini aku akan kembali bekerja sebagai full time student kat UiTMPP. Tak tahulah bila lagi aku nak update entry ek,
You all masih tertanya-tanya lagi sebab apa aku letak tajuk tuh? haha, tak ada apa lah, masa ini aku tengah kelaparan sebab makan nasi goreng paprik yang boleh dikatakan sedap (tapi mahal kot) petang tadi. Then solutionnya, hanya ada BISKUT MARIE dan sepaket NESCAFE 3 in 1 dalam simpanan aku, Nak keluar serius aku malas. (anak bujang tak baik keluar malam2, ahah)
credit to google.com
Tu je yang aku makan time ini, then someone who i called her cikwanie mesej aku,
'Syg, jgn tdo lmbt2.. faktor2 mati pucuk dsbbkan tdo lewat n xcukup rest, so be careful dear'
Biar bebenor cik wanie nih... haha (gelak sekejap bila aku baca sms beliau)...jangan salah anggap, kami ni memang cam ni, TEMAN TAPI MESRA je. Rasa malu pun ada bila aku baca. Serius beliau ini caring gila pada yang beliau suka(ehem2) dan beliau masih singlE juga terbuka pada yang nak masuk minang boleh taip ON MINANG dan hantar ke 12345. jangan lupa taip ON MINANG dan hantar 12345. (just joke).
Ok, balik pada topik. dah lari jauh topik tuh...aku terpikir dah lah aku selalu tidur lewat. tapi tak lah selalu bila ada kat Penang, paling lambat dalam pukul 2.30am. tu pun sebab blogging or main futsal dekat SAFIRA. Erm...ada potensi mati pucuk ke aku ini? oh no no no...tidak akan sekali-kali ia berlaku... mak aku nak cucu oit...
Aku berdoa harap-harap aku tak ada penyakit teruk. Setakat ini aku masih lagi sihat walafiat. Dan kalau boleh juga aku nak badan macam bro BEN...tapi kena pergi gym la...atoi...
Ok lah, masa dah suntuk, cik wanie dah pesan tak moh tidoq lambat-lambat, nanti mak aku tak dapat cucu. haha... gudnyte..
NOTA KAKI: jangan risau, kami berdua tak ada apa-apa. dan aku akan tetap single hinggalah tahap wajib nanti...sekarang masih tahap makruh...hee