Showing posts with label nakal. Show all posts
Showing posts with label nakal. Show all posts

Sunday, 23 October 2011

Seyes LOL: Cinta Muka BUKU Ori vs Cinta Muka BULU

 

Hah! Another Parody of Cinta Muka Buku, Cinta Muka Bulu. Sebelum ini, aku dah post pasal JohERA dan Shac yang tak malu kononnya hendak mengalahkan hit video Najwa Latiff di laman Youtube. Dan ia semakin mendapat perhatian di mana semakin ramai yang cuba membuat parody dari lagu Najwa Latiff. Adakah mereka ini obses atau cemburu dengan kejayaan si gadis Youtube ini? Aku pun tak pasti.

Video kali ini pun hampir sama dengan official video yang sebenar dan ia lagi kemas berbanding Cinta Muka Tak Malu yang aku yang tengok ni malu nak tengok lagi dengan telatah Johan yang entah apa2!

Memang creative mamat2 ni, gelak sakan la korang kan! hahaahaha Bebulu telinga oden mendengor nye… Nice one mate!

Saturday, 22 October 2011

Annoying but Amazing

 

Ok, aku dah pernah tengok penjual eskim ni buat macam ni kat adik kesayangan aku Mia Sara dalam movie Sekali Lagi, tapi yang ini lagi annoying, but still amazed me with their skills to attract people. Nice Job mate!

The Asian guy face looks priceless! haha

p/s: Dah lama tak makan eskim Drumstick Kitkat! Urghh!

Wednesday, 2 March 2011

Kad matrik aku hilang...! Ciskek!

Assalamualaikum,

Hari ini agak frustated gak aku, tapi kena jugak buat muka happy demi cik buah pinggang, kalau tak nanti kena tibai,

Benda ini memang selalu buat aku tensi pagi-pagi, asal aku nak guna je gerenti dia menghilang, dah la antara benda yang wajib kena bawak kalau masuk Kampus. Kalau tidak memang dapat lah surat cinteee dari pak dan mak guard.

Tengah-tengah siap pagi tadi aku mancari lah kad matrix aku, tapi tak jumpa, cek dalam seluar, bakul baju, tong sampah, beg, kocek segala bagai, sampai dalam toilet bowl, still missing in action.
Dah mula panas. Mamat dua ekor tuh dah siap nak keluar, Ok, tape, depa jalan dulu, aku naik motor je.
Cik buah pinggang aku dah mula membebel, tapi beliau tetap buat aku relax, seyes tergoda u, haha.
Aku rasa aku tercicir dekat atas jalan, tapi tak tahu lah, Sampai je dekat kampus aku terus ke Unit Keselamatan. Mintak surat, tapi mak guard tuh suruh cari dulu dalam kotak yang penuh dengan kad matrix student lain yang entah dari tahun bila aku pun tak tahu, jumpa gak kad matrix awek-awek cun, tak sempat nak tengok nama sebab kalut mencari kad sendiri.

Dah tak jumpa, aku terus pergi balik dekat mak guard tuh nak buat surat. Dengan berat hati aku tulis la apa yang patot, Dah siap....

'Lepas ini pi bayaq dekat Bendahari dulu pas tuh pi amik kad dekat USMB noo'

'Ok puan'
http://www.emocutez.com
Dengan resit tuh, aku terus pi Pejabat Bendahari n bayaq RM15, pergh...HOT TIKET tuh... terpaksee...dan terus aku ke kelas ECW. Habis je kelas ECW, tanpa buang masa aku ajak member aku sorang ini pi USMB, entah apa nama penuh pejabat ini aku lupa pulak, tengah bual2 siap sudah kad matrik baru aku, gila sayang kot yang lama tuh, ade tige stiker NR (NON-RESIDENT) ...serius aku macam budak junior(kata mamat ijau) haram tol...
http://www.emocutez.com
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
Naseb baik gambar lama, muka budak-budak nerd la katekan, tapi kiut kot( gile perasan) haha... tapi melayang lah RM 10 ringgit aku, walaupun harga sebenar rm15, sebab aku ada niat nak buat kad matrix baru gara-gara kualiti kad lama agak kureng dan gambarnya pun dan calar balar. (ada yang sabotaj tuh sebab kiut sangat)
http://www.emocutez.com

Kalau nak tahu, rm10 tuh adalah denda...! SHIT!! aku tak pernah kena saman or denda semenjak aku jejak kaki ke UiTMPP, SERIUS SHIT! HABIS lah rekod aku tanpa denda selama 4 sem, OH TIDAK...!!!
http://www.emocutez.com

Walaupe pun gambar lama aku tetap terjaga, maleh o nak amik gambar baru, lalala...


nota kaki cagu: aku harap pada siapa yang jumpe kad matrix lama aku tuh pulang la balik, (kalau laki, kalau perempuan cun dari kayangan simpan je dalam wallet anda ye)
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Monday, 14 February 2011

Nescafe, Biskut Marie, dan Mati Pucuk (??)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Haa..apa you all cari-cari tuh...? Biskut marie? nescafe or.... hahaha. sorry la guys, saja je aku nak melalut malam ni, puas aku menaip dan blogwalking hari ini, biasa lah, Monday blue da mula menjelma, lepas ini aku akan kembali bekerja sebagai full time student kat UiTMPP. Tak tahulah bila lagi aku nak update entry ek,

You all masih tertanya-tanya lagi sebab apa aku letak tajuk tuh? haha, tak ada apa lah, masa ini aku tengah kelaparan sebab makan nasi goreng paprik yang boleh dikatakan sedap (tapi mahal kot) petang tadi. Then solutionnya, hanya ada BISKUT MARIE dan sepaket NESCAFE 3 in 1 dalam simpanan aku, Nak keluar serius aku malas. (anak bujang tak baik keluar malam2, ahah)


credit to google.com

Tu je yang aku makan time ini, then someone who i called her cikwanie mesej aku,



'Syg, jgn tdo lmbt2.. faktor2 mati pucuk dsbbkan tdo lewat n xcukup rest, so be careful dear'



Biar bebenor cik wanie nih... haha (gelak sekejap bila aku baca sms beliau)...jangan salah anggap, kami ni memang cam ni, TEMAN TAPI MESRA je. Rasa malu pun ada bila aku baca. Serius beliau ini caring gila pada yang beliau suka(ehem2) dan beliau masih singlE juga terbuka pada yang nak masuk minang boleh taip ON MINANG dan hantar ke 12345. jangan lupa taip ON MINANG dan hantar 12345. (just joke).

Ok, balik pada topik. dah lari jauh topik tuh...aku terpikir dah lah aku selalu tidur lewat. tapi tak lah selalu bila ada kat Penang, paling lambat dalam pukul 2.30am. tu pun sebab blogging or main futsal dekat SAFIRA. Erm...ada potensi mati pucuk ke aku ini? oh no no no...tidak akan sekali-kali ia berlaku... mak aku nak cucu oit...

Aku berdoa harap-harap aku tak ada penyakit teruk. Setakat ini aku masih lagi sihat walafiat. Dan kalau boleh juga aku nak badan macam bro BEN...tapi kena pergi gym la...atoi...

Ok lah, masa dah suntuk, cik wanie dah pesan tak moh tidoq lambat-lambat, nanti mak aku tak dapat cucu. haha... gudnyte..

NOTA KAKI: jangan risau, kami berdua tak ada apa-apa. dan aku akan tetap single hinggalah tahap wajib nanti...sekarang masih tahap makruh...hee




Saturday, 12 February 2011

KENAPA aku pilih nama BEDAK SEJUK...(part 1)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Tadi dok posted something on SAHABAT BLOGGER wall kat facebook, memang tak pernah tak muncul soalan yang sebegini rupa...


dan juga ada yang ketawa


Ok, memang soalan serta gelak tawa tak pernah lekang bila ada yang ternampak nama commersial ni. Kali ini, aku nak bagi korang jawapan kepada persoalan tersebut. Aku dapat nama ENCIK BEDAK SEJUK ini dari sebuah novel faveret aku...


Ini novel, ala-ala novel remaja, nantikan entry PART2 yang aku akan update tentang sinopsis di bahagian part bedak sejuk tuh k. Sebab aku pun dah lupa bahagian BEDAK SEJUK tuh.


Aku ni bukan lah seperti yang you all anggap penjual, pengilang or pengguna BEDAK SEJUK.


Tapi ada jugak keinginan nak guna sebab muka ni dah naik berjerawat akibat memikirkan kerja dan ASSignments yang berlambak dan tak termasuk masalah-masalah luaran lagi. (betul..tak tipu)

Tapi tuh, bila dah berjerawat, aku biarkan aja, dan tak adalah sampai macam ni... >..<"


So, dah dapat jawapan...? Puas hati tak...?
credit for goggle an facebook

Monday, 31 January 2011

what a lame holiday...

Bismillahirrahmanirrahim

Salam 1Malaysia buat semua,

Tika ini, EBS telah pun berada kat JB. Tanah Tumpah Negeri EBS... masa ini EBS ada dekat Restoran Aliff, tempat biasa untuk EBS connect tenet dan ONline ape yang patot setelah lebih tiga hari tak dapat connection akibat hujan yang tak berhenti-henti dekat JB.

Boleh dikatakan banyak program yang da EBS susun untuk bersama rakan-rakan yang dah lama tak jumpa. Tapi apakan daya, Duduk rumah macam anak dara la nampaknya,

Masa tengah dok-dok dalam bilik sambil memikirkan pa kejadah nak buat? EBS pun godeh-godeh la external harddisk mencari cerita-cerita or movie yang belom ditengok. Dan EBS pun terdetik hati nak tengok salah satu TV-SERIES --- "HOW I MET YOUR MOTHER" ni.

credit for atok google


Serius la EBS katakan drama ni memang best selepas CHUCK. You all boleh la jenguk-jenguk kat sini kalau nak tahu apa cerita ni sebenarnya. EBS baru habiskan season 1, balik je dari restoran Aliff ni pun nak pi layan lagi...agagaga...

credit for atok google

Dan macam biasa, macam CHUCK, setiap cerita ada hero serta heroinnya sendiri, dan kali ini ada pencabar YVONNE STRAHOVSKI, iaitu COBIE SMULDER

cobie smulder yang AWESOME....!!
MIAAWW..!!!


ini lah beliau cobie smulder, lebih senang nak sebut dan eja dari pelakon pujaan EBS lagi satu YVONNE STRAHOVSKI..
Dua-dua ni AWESOME,,,serius lawa gila...

Aiseymen, dua tempat dah terisi, sapa kah lagi dua yek...huk3....

Ok, kita terus ke agenda seterusnya, tiba-tiba kan terasa nak makan sandwich sebesar 3kotak pensel,


OWWHH...this is AWESOME...tak pernah lagi merasa benda alah ini, nampak macam sodap, besaq lak tuh...atoyai...

kat mana aje ade jual makanan ni...ley you all bagitau tak..? mana restoran SUBWAY kat JOHOR or Penang? please.... dah mengidam nih..huhu..

nota kaki: EBS start ngidam masa tengok sandwich ni dalam cite CHUCK..oh tidak...CHUCK lagi... =..="

Monday, 17 January 2011

tragedi DARJAH ENAM di SKPR...

LOCATION: depan Lappy, 313, Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang...
Time: 18.45, Malaysia time...

Bismillahirrahmanirrahim


Lebih kurang setengah jam sampai la sekarang, EBS mengonline kan diri ke dunia maya FACEBOOK serta 1MALAYSIA.COM (juga blogger) yang baru EBS daftar dalam berapa hari ini untuk mempromosi blog dan mencari teman (tak lupa juga jodoh) baru, salah seorang rakan sekolah rendah di SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN RINTING (SKPR) yang agak lama EBS tak berjumpa bernama (HUMAIRA MASRI) telah mem"BUZZ!!!" EBS dekat FB.

Huh, memang EBS ada kisah dengan beliau yang tak dapat EBS lupakan sampai lah sekarang...

Kisah ini berlaku sekitar tahun 2003, ketika kami kelas 6 Arif sedang menjalani kelas tambahan sains di makmal Cikgu Noreezan yang sejuk nak gila, macam biasa lah kami budak-budak hingusan time tu memang nakal-nakal, laki perempuan suka usik mengusik. Tengah mummaiyiz la katakan, dan masa itu EBS juga suka mengusik beliau (cik HM) ni, sebab dia kiut time tuh dan rakan baik EBS ada menyimpan perasaan terhadap beliau (ehem2),

jadi dalam usik mengusik tuh, mestilah ada yang tak puas hati, dan yang tak puas hati itu adalah EBS, dengan tak semena-menanya, EBS tanpa berfikir panjang (budak-budak lagi), berlakulah adegan kejar-mengejar dengan beliau dalam makmal tersebut,

EBS pada masa tu bukan kejar dengan tangan kosong, tapi dengan buku setebal setengah inci, terus memukul lengan beliau dengan bahagian tepi buku yang keras (ala, takkan tak tahu...)
Lepas itu, EBS rasa beliau nangis kot, sebabkan da puas hati pukul beliau EBS tak ambil peduli lagi...( sory ye HM) hhheee....

EBS pun ada takut-takut juga kalau-kalu beliau mengadu kat AYAH beliau, dan.....

perkara ini memang terjadi, di kala malam solat hajat darjah enam, sekitar pukul 10.30 malam(tak silap lah) EBS dah pun selamat masuk kereta... tapi ayah EBS suruh EBS masuk kembali ke dalam perkarangan sekolah untuk mengambil makanan serta minuman free yang disediakan.

Lepas EBS dah dah ambil makanan tu...

EBS lalu dekat-dekat parking motor, dan tiba-tiba ada seorang pakcik menolak motor beliau ke belakang untuk menghalang EBS lalu, ternyata PAKCIK itu adalah AYAH kepada cik HM, ahhh...sudah...

Cik HM pun ada dekat situ, betul-betul kat belakang ayah beliau...adui...dengan renungan mata dari dua beranak ini, buat EBS mahu je terkucil, tapi naseb baik empty tank, kalau tidak...malu ceq oi...

http://www.emocutez.com

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping