Showing posts with label SKPR. Show all posts
Showing posts with label SKPR. Show all posts

Monday, 17 January 2011

tragedi DARJAH ENAM di SKPR...

LOCATION: depan Lappy, 313, Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang...
Time: 18.45, Malaysia time...

Bismillahirrahmanirrahim


Lebih kurang setengah jam sampai la sekarang, EBS mengonline kan diri ke dunia maya FACEBOOK serta 1MALAYSIA.COM (juga blogger) yang baru EBS daftar dalam berapa hari ini untuk mempromosi blog dan mencari teman (tak lupa juga jodoh) baru, salah seorang rakan sekolah rendah di SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN RINTING (SKPR) yang agak lama EBS tak berjumpa bernama (HUMAIRA MASRI) telah mem"BUZZ!!!" EBS dekat FB.

Huh, memang EBS ada kisah dengan beliau yang tak dapat EBS lupakan sampai lah sekarang...

Kisah ini berlaku sekitar tahun 2003, ketika kami kelas 6 Arif sedang menjalani kelas tambahan sains di makmal Cikgu Noreezan yang sejuk nak gila, macam biasa lah kami budak-budak hingusan time tu memang nakal-nakal, laki perempuan suka usik mengusik. Tengah mummaiyiz la katakan, dan masa itu EBS juga suka mengusik beliau (cik HM) ni, sebab dia kiut time tuh dan rakan baik EBS ada menyimpan perasaan terhadap beliau (ehem2),

jadi dalam usik mengusik tuh, mestilah ada yang tak puas hati, dan yang tak puas hati itu adalah EBS, dengan tak semena-menanya, EBS tanpa berfikir panjang (budak-budak lagi), berlakulah adegan kejar-mengejar dengan beliau dalam makmal tersebut,

EBS pada masa tu bukan kejar dengan tangan kosong, tapi dengan buku setebal setengah inci, terus memukul lengan beliau dengan bahagian tepi buku yang keras (ala, takkan tak tahu...)
Lepas itu, EBS rasa beliau nangis kot, sebabkan da puas hati pukul beliau EBS tak ambil peduli lagi...( sory ye HM) hhheee....

EBS pun ada takut-takut juga kalau-kalu beliau mengadu kat AYAH beliau, dan.....

perkara ini memang terjadi, di kala malam solat hajat darjah enam, sekitar pukul 10.30 malam(tak silap lah) EBS dah pun selamat masuk kereta... tapi ayah EBS suruh EBS masuk kembali ke dalam perkarangan sekolah untuk mengambil makanan serta minuman free yang disediakan.

Lepas EBS dah dah ambil makanan tu...

EBS lalu dekat-dekat parking motor, dan tiba-tiba ada seorang pakcik menolak motor beliau ke belakang untuk menghalang EBS lalu, ternyata PAKCIK itu adalah AYAH kepada cik HM, ahhh...sudah...

Cik HM pun ada dekat situ, betul-betul kat belakang ayah beliau...adui...dengan renungan mata dari dua beranak ini, buat EBS mahu je terkucil, tapi naseb baik empty tank, kalau tidak...malu ceq oi...

http://www.emocutez.com

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping