Showing posts with label BEDAKSEJUK. Show all posts
Showing posts with label BEDAKSEJUK. Show all posts

Sunday, 3 February 2013

Another comeback by me. Shah Alam! Peace Yoo!

 

Fuhh! Fuhhh! Tolak habuks dan sawangs-sawangs dalam blog ni. Atas permintaan Cik Pelangi, aku update jugak. Dah lama tak update serta menaip untuk blog ni. Almaklum lah aku ini bekerja daripada duduk rumah menghabiskan borass jo kan.

Orait! Why Shah Alam? Yup, I’m gonna be there next month. Prove?

dapat

Alhamdulillah akhirnya, penantian berbaloi juga. Ramai juga yang suruh aku sambung. Sebab masa ini aku da dapat tawaran kerja dengan syarikat Singapore. Gaji lumayan tapi aku tolak sbb nak sambung. Jadi la aku penganggur jap sampai naik sem nanti.

New environment, new challenges gonna be my routines nanti bila dah kat sana. Yela, bila lihat keputusan Diploma and comparing with Degree punya syarat mungkin aku terpaksa ambil balik beberapa subjek. bukan satu atau dua taw. Tak payah aku cakap berapa. tapi tak apa, janji aku dpt futher jugak sebab bila lagi aku nak sambung study bila dah kerja nanti kan?

So Shah Alam? Wait for me ya! Its gonna be a legendary…!! Peace Yooo!

notakakicagu: berbaloi bawak moto ke kereta ye? sbb aku dah serik naik moto ni. >.< 

Sunday, 20 May 2012

Bad Haircut and Pimples around!

 

image201205200001

Agak tension kebelakangan ini disebabkan potongan rambut yang hodoh dan membuatkan keyakinan diri aku merudum, potongan rambut yang  sekarang ini cuma nampak ok apabila rambut dalam keadaan basah dan bila dah kering macam ape dah muka aku, Emak dan rakan sekerja kata ok. Tapi tidak bagi aku. Sabar je la, lepas dapat gaji semalam terus aku pergi gunting rambut di kedai berdekatan masjid Ungku Tun Aminah. Lepas gunting itu, memang tak pernah tak ada rasa menyesal. Tak gunting salah, gunting pun salah. Haiya! Macam mana aku nak jumpa Cik Pelangi aku sorang ni. Mesti dia ketawa kan aku, Kalau bukan dia, mesti ada orang lain kan. SABAQ JA LAAA..!

Misai Abah

gambar hiasan

Masalah jerawat lagi satu. Lokasi paling HOT, atas bibir atau lebih tepat lagi dekat misai ni ha. Pergh! Dia punya pergi tu…Sabaq ja la yang mampu. Rindu punya pasal atau berangan punya pasal aku tak tahu. Jerawat batu la paling aku benci. Sakit woo..

Adakah aku perlu bela misai agar jerawat tidak kelihatan??

Haa! Bedak sejuk pun macam tak sempat pakai sebab balik kerja aku dah penat sangat, just basuh muka je dengan foam wash GARNIER yang FAHRIN AHMAD pakai. Chewaah! Kelas kau Maria! (tuih!)

 Teringat pesanan Cik Sarah Orked, dia kata kalau nak picit jerawat tuh buat steam muka dahulu,

Caranya, letakkan air panas dalam baldi, tadah muka dekat wap-wap air panas tadi sampai anda rasa muka anda tak tahan dengan kepanasan wap tersebut, tadah lagi sampai bila anda suka, boleh tutup kepala dengan kain untuk kesan lebih mendalam (ayat tak boleh blah), bila muka dah ready, boleh pergi cermin dan picit jerawat yang berkenaan, jangan lupa basuh tangan dulu ya!

notakakicagu: tak sempat nak tulis panjang2, pukui 1 dah nak gi kerja. Cis! Rambut lagi! ==”

Tuesday, 1 November 2011

Segmen lagi!! | Lulu Pages Ajak Blogwalking.

 

#header lulu

 

Ok, macam biasa klik lah banner dekat atas. FYI, ini adalah segmen pertama yang aku join untuk bulan November. Dan entry ini jugak menjadi entry pertama untuk bulan ini. (Apa yang heran sangat) 

Segmen ini dari Cik Lulu Pages yang jugak peminat Chelsea! Yeah! Tengok lah doodle yang pakai jersi True Blues tu..Comel kan? Aku suka perempuan pakai jersi2 chelsea ni. Kiut tho!

Blogwalking merupakan salah satu langkah untuk menaikkan trafik dan follower ke blog, dan semua blogger dah pun tau pasal ni. SAJA NAK PANJANGKAN ENTRY. Aku banyakkan join segmen pun sebab aku naikkan balik blog aku yang baru je tukar URL . Agak menyesal juga lah. Dari http://www.duriantaksedap.blogspot.com ke http://www.encikbedaksejuk.blogspot.com yang menjadi bualan setiap blogger dan chatter yang visit blog kenapa aku kata durian tak sedap.

So, happy blogwalking and happy November!

Notakakicagu: Tukar URL tak bermakna aku telah sembuh dari alahan memakan durian. 

Wednesday, 26 October 2011

Segmen: Ben Ashaari dan Rakan Blogger

 

Assalamualaikum ,

Olrite, macam biasa kalau nak join klik2 pada banner di atas ok.

- Blog merupakan medium untuk aku berkongsi tentang apa yang aku lalui dan apa yang jumpa sama ada dalam dunia realiti mahupun maya. Mencari kenalan baru, menambah ilmu pengetahuan juga aspek penting aku dalam berblog(SKEMA GILA AYAT). Blog aku ini tak adalah best sangat pun (humble siot) tapi aku cuba naiktaraf selagi boleh supaya senang readers mahupun secret admire readers.

- Blogger Idol?? Erm, Abang Ben? Maybe kot, HAHA (guraw bro) memey la beliau. sebab entry yang sempoi, tak terlalu formal dan banyak info boleh kita dapat. Itu blogger lelaki. Kalau perempuan aku prefer yang suka buat tutorial. Yela, perempuan ni kan rajin bab hias-hias blog ni. Tapi siapa? Aku tak pasti sebab ramai yang buat tutorial2 ni. 

Penat jariku sudah. Happy blogging mate!

notakakicagu: Ayat perlu skema kerana bulan ini bulan BAHASA KEBANGSAAN. Kan? (Betulkan hamba kalau hamba tersilap)

Friday, 12 August 2011

I`m Back…

 

Setelah sekian lama aku menghilang akhirnya aku kembali jua.. bukan pergi buat surgery muka gara-gara bedak sejuk, tapi sebab aku memang tak ada masa. Ini pun aku rehat kejap dari membina 3D City aku guna CINEMA 4D untuk projek Highway ECG304 aku. Itupun aku kena rebuild balik sebab software tu buat hal semalam masa aku tengah mengajar aweks2 guna software kat ROUTE 69. Memang sakit hati kot, dah besar dah Bandar 3D tu aku buat. Siap dengan civilian tengah jogging lagi beb ( riak kejap Smile with tongue out).

Sem ini pun aku banyak ke luar kawasan untuk SITE VISIT. Lepas aku pergi Teluk Segadas tu ari, aku ke K.L jumpa Malik a.k.a Aaron Aziz nak backup dia dari kena langgar dengan Shark (ok itu tipu). Actually aku pergi site visit ke SMART TUNNEL CONTROL CENTER, dan kami diarahkan untuk buat video berkenaan dengan hydaulic structure untuk subjek ECW301. Kat bawah ini adalah video yang aku buat siang malam dengan Mamat Hijau guna SONY VEGAS.

DSCF2527DSCF2582

Lepas itu rehat jap cuti sem, naik cuti ada lagi site visit, kali ini kat Tasik Raban pulak, kali ini untuk subjek ECG305 Surveying Practical pulak. Habiskan semua lab yang tinggal sebab bulan puasa tak ade nak berpanas tengah padang UiTMPP yang serba iindah tu.

Sian CIK PELANGI aku asyik kena tinggal je, sorry ye Ucuk. Beliau kena lah biasa dengan aku yang bakal menjadi jurutera yang memang sentiasa sibuk untuk masa depan rakyat Malaysia. (ayat drama pulak).

 

DSC01977DSC01978

DSC01973

Haa, lagi satu sebelum aku terlepas pandang, 14-7-2011 yang lepas, aku ada buat montage2 ala-ala Oscar dan ABPBH. Tapi kali ini agak mantop sikit kot bagi aku. Siang malam aku berenat lelah mancari tutorial macam mana nak kasi gempak Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulty Kejuruteraan Awam 2010. Tu semua aku guna Sony Vegas Pro 9 jugak. Aku nak upload kat sini tak boleh sebab aku tak upload kat youtube lagi, nanti senang2 aku buat la ye.. Dan gambar kat bawah ini sebelum rehearsal penuh berlangsung dekat DEWAN BESAR UiTMPP.

DSC01964DSC01965DSC01966

Aku rasa sampai sini je kot. Sebab aku nak post lagi satu entry. Nak lepas gian post entry malam ini, huahuahua…

p/s: ENCIK BEDAK SEJUK sangat merindui CIK PELANGI. <3

Saturday, 25 June 2011

Akhirnya, bedak sejuk bertepek dimukaku…

 

Aku tak tahu kenapa aku beli bedak sejuk nih. ni semua gara-gara member aku Limah (bukan nama sebenar) yang hasut aku suruh pakai. tengok pa jadi. Ni first time woo.. Rase bese2 je, tak dak la sejuk mana pun…Ka aku salah beli..? ==”

ebda

Sila abaikan persekitaran yang berselerak di belakang, terima kasih…

DSC01894DSC01895

Monday, 23 May 2011

Cerita kreatif aku bersama BEN ASHAARI…

image_thumb[5]

Director : Bro Ben Ashaari

Drama: Gara-gara bangun lambat… Just kidding

Watak-watak:

1.Encik Bedak Sejuk

2. Cik Eka

3. MTT

4. Bro Wacana

5. Aidanatasya

6. Miss Iera

7. Eyqasara

“Suasana di ERL agak sibuk, namun beliau masih lagi tercegat di situ dalam keadaan gelisah. Menanti saat kedatangan ERL dari arah selatan. Dengan sebuah beg yang dihenjut-henjut sejak menunggu ERL dari pukul 8.45 tadi, Kegelisahan ditambah dengan kehairanan tatkala orang ramai melihat beliau. Ada yang ketawa, ada yang menggelengkan kepala, ada yang mengerut dahi, malah cashier MISS IERA dan pembantunya Eyqasara yang menjual tiket ERL tadi pun tersenyum umpama sindiran. Selepas berapa tika beliau berganjak dari kaunter, terdengar gelak tawa yang mengalahkan Ponti …

’Aku hensem kah hari ni’ Encik bedak sejuk bermonolog perasan.

Dalam ERL, MTT memerhatikan Encik Bedak Sejuk dengan penuh kehairanan, mahu saja beliau ketawa di situ jugak, tapi untuk menjaga kesopanan dan perasaan Encik Bedak Sejuk yang duduk dihadapan beliau tetap bertahan.

Bukan sahaja MTT, malah Aidanatasya dan Bro Wacana juga memerhatikan Encik Bedak Sejuk yang kegelisahan tapi menunduk muka. Mereka berbisik sambil ketawa tertahan-tahan sambil memandang beliau.

Encik Bedak Sejuk masih lagi dalam kegelisahan, pelbagai persoalan bermain dalam kotak fikiran beliau. Sudahlah beliau terlambat ke pejabat, kini dia dipandang seperti badut dalam ERL. Arghh! Pedulikan…

ERL yang membawa mereka terhenti di satu perhentian, Encik Bedak Sejuk terdongak dan mencari sesuatu, mungkin seseorang. Ramai yang berpusu-pusu keluar dan tak kurang juga yang masuk kedalam ERL. Cik Eka datang dan terus duduk di sebelah Encik Bedak Sejuk dan memandang lelaki itu dengan penuh kehairanan, Tepat pada mata beliau. MTT, Aidanatasya dan Bro Wacana turut menyaksi dan mendengar perbualan mereka.

Cik Eka: Yang ang ni serabut pasai pa?

Encik Bedak Sejuk: Kalut la, dah lambat masuk kerja ni…

Cik Eka: Kalau ya pun, jangan pakai bedak tu tebal sangat cik abang oit. Ang mesti tak mandikan…?

Encik Bedak Sejuk: syhh…tak sempat, ang tau ja la, bangun pukui 8.30 tadi, Bangun, pakai baju terus gerak mai…

Cik Eka: Ang ni, kalut! Ang nak tahu dak pasai pa orang pandang ang macam beruk kapla Donga?

Encik Bedak Sejuk: Hah! Tu yang aku duk pelik tu? Pasai pa?

(MTT , Aidanatasya serta Bro Wacana mula menantikan saat yang di tunggu dengan memicingkan telinga dengan perbualan mereka)

Cik Eka: MUKA ANG TU… DAH LA TAK MANDI, BEDAK SEJUK YANG ANG PAKAI MALAM TADI KOT MASIH BERTEPEK KAT MUKA… TAHU LAH ANG NI JAGA MUKA, TAPI JANGAN SAMPAI KAT LUAQ PUN NAK PAKAI BEDAK SEJUK OIT.. ! LAGI SATU, TU SELUAQ ANG TUH, ERL DAH SAMPAI, TAPI KERETAPI ANG TAK SAMPAI LAGI… SELEKEH PUNYA LAKI, Harap ja minyak wangi mahal, Hugo Boss Limites Edition konon…Wekkk, !

Encik Bedak Sejuk: Erk..!!! Aku lupa nak basuh muka aku pagi tadi. Rushing kot nak pi kerja, cuma sempat pakai minyak wangi ja……adui!! patot cashier dengan geng dia tadi ketawa lepas aku belah dari kaunter tiket kat ERL CENTER tadi. Perghh!! MALU AKU…! (sambil menutup muka dengan beg kerja beliau dan membetulkan zip seluarnya sekali gus)

MTT, Aidanatasya dan Bro Wacana serta yang berada berdekatan dengan mereka ketawa terbahak-bahak menyaksikan kejadian tersebut termasuklah Cik Eka sendiri.

----------------------------------------

notakakicagu: Agak panjang entry ni, maaf ye director, idea datang spontan… hee…andai tersalah bahasa, tersalah tag link, dan sebagai nya harap maaf ye... hamba cuma manusia biasa... :)

Sunday, 15 May 2011

Gambar yang diambil dalam kelajuan ekstrem…Cool! [26 gambar]

 

Pernah you all tengok TIME WRAP dekat Discovery Channel? Yang dihost oleh Jeff Lieberman (MIT scientist and teacher) dan rakannya Matt Kearney ( digital imaging expert) yang merakam setiap detik apa jua pergerakan yang awesome tak kira apa pun objek e.g.  to find out what happen when an eggs falls into the pinwhelling blades of a fan or an apple is hit with a bullet and they will replay it back in SLOW MOTION mode. You all boleh chek it out that stuffs at Discovery channel punya site. Gambar dekat bawah ini adalah diambil dalam keadaan kelajuan yang sangat ekstrem and only expert can do it with professional digital stuffs.

Some of the breathtaking and awesome high speed photography taken by expert.

02

 1808

Lagi gambar tekan sini…!!!

notakakicagu: aku memang minat TIME WRAP… serius AWESOME… !!

Source: ceritahot.net

Wednesday, 4 May 2011

KENAPA aku pilih nama BEDAK SEJUK...(part 2)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum

Ya sahabat semua, ini part kedua untuk entry yang ini.

Dan masih lagi ramai yang bertanya kenapa nama samaran aku pelik sangat. So aku dah dapat balik novel ini dari kakak aku dan boleh la aku rungkai segala persoalan yang bermain di fikiran you all.

Jeng3...

Aku dah petik part dalam novel Dunia Ini Sederhana Kecil karya Bahruddin Bekri edaran PTS ONE SDN BHD tahun 2008.

Nak baca part tuh? Meh KLIK sini...

Ok, kalau dah baca jangan lupa komen. Penat aku copy balik taw...Siap citation lagi...
Lepas ini mesti ada tanya why my link name as DURIANTAKSEDAP...? So, please jangan buat aku Shitless nak menaip sekali lagi pasal durian...! KLIK je sini n jangan malas you damn it...



ini klip video lakonan penulis novel sendiri yang diadaptasi dari novel tersebut.


notakakicagu: aku nak layan CHAR KUEW TIOW ALIFF ni...entah sedap entah tidak. sat lagi aku post...

yang sejuk.

Wednesday, 20 April 2011

Blog punya pasal, aku tetap update walau esok nak FINAL...

http://www.emocutez.com
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Esok aku dah final exam sepertimana yang aku inform dalam entry ni, tapi aku tetap nak update blog, malam tadi struggle sampai pukul 4. Blog punya pasal, aku nak update juga pagi-pagi ni. Esok aku akan hadap paper ECW atau nama penuhnya BASIC FLUID MECHANICS. Aku harap aku dapat jawab dengan tenang InsyaAllah. Dan ini akan berlanjutan sehingga 29-04-2011 dengan kertas akhir ECS atau Mechanics of Structure.


Selepas itu barulah aku akan terus balik ke JB, bersama keluarga yang tercinta. Yeehaa...!
Aku tak boleh suka sangat, tapi takpe, aku baru lepas call my wonderwoman and my ironman untuk mohon restu mereka. Harap-harap dengan restu dan doa mereka aku dapat capai target aku insyaAllah. You all jugak doakanlah rakan mu yang dalam perjuangan menuntut ilmu ini ye, moga dengan doa dan jasa baik you all akan dibalas dengan rahmat Allah S.W.T. Sayang you all lah...
http://www.emocutez.com

Ok lah guys, tak nak buat entry panjang-panjang, nanti makin typo lak. Nak sambung study ni.
http://www.emocutez.com

notakakicagu :: pada yang nak final tu GOODLUCK ye, agi idup agi gelaban..!!!

Struggle for pleasure,

Saturday, 12 March 2011

Aku, Dapur, dan Sambal Setan...

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Pagi Sabtu aku bangun selepas cik buah pinggang kejut aku. Then pas aku setelkan basuh baju, terus terpikir nak masak nasi goreng, tapi kalau ak perkena dengan SAMBAL SETAN masakan mak aku, memang tak sah lah. Rasa aku buat dua entry pasal makanan sebelum ni. Mula Cheezy wedges, then Big n Tasty pulak, dua-dua western, kali ini aku buat makanan ala JAWA.

Puas aku cari Sambal tu...upenya housemate aku letak dalam Freezer. Dah beku, kena lah cairkan dulu.


Pas tuh, aku letak dalam kuali pan, then panas kan... dan kalau you all nak tahu, sambal setan ini dari ZAMAN mak aku anak dara lagi, nama nya diambil sempena atok aku memanggil sambal ini sambal SETAN sebab tersangatlah pedas....SPICY woo...memang agak tak elok kenapa atok aku panggil cam tuh pada makanan, tapi dah atok aku orang jawa dan bekas askar, beliau agak kasar sikit. hee...

First time aku try masa makan dengan UBI REBUS. perghh...LAYAN babe. serius puas gila lah.Lagi-lagi bila panas. Dan sampai sekarang seluruh ahli keluarga dari nenek, mak long, mak ngah, mak uda, ayah teh, pak tam, segala bagai dah mula kemaruk dengan sambal ini. dan proses membuat nya masih lagi RAHSIA. Mak aku memang bagi resipi ini pada yang mahu, tapi ada la skill-skill yang mak aku masih rahsiakan dari mereka...aku pernah tengok salah satu skill tersebut *(bukan skill bola k) dan beliau berkata "'hah, skill ni diaorang tak boleh tahu ni'" Aku cume tersenyum je bila beliau cakap cam tuh...haha.. asal depa mai rumah je terus mintak sambal ini, dan aku pun sebelum balik ke Penang aku akan mintak juga untuk bekalan kat sana...


Bila aku panaskan sambal ini, dia punya bau mak aii..serius mempesonakan tekak aku. Housemate aku dah tertelan air liur sebab mereka pun memang dah terkena panahan kesedapan kelazatan kenikmatan SAMBAL ni...
Nak bukti...? Aku dah tanya sepupu terapat (cik pija zainal) aku yang dah rasa sambal ini...

haa...amacam...?

Lunch kali ini tak kan aku makan sambal je kan. Gila apa. Dah tu aku pun masak la nasi goreng, dengan nasi putih yang aku beli semalam sebab nak makan dengan ASAM PEDAS IKAN PARI masakan CIK BUAH PINGGANG, (seyes sedap gila) aku goreng dengan perencah NASI GORENG KAMPUNG ADABI, tapi aku gaul sekali dengan telur, sebab hasil observation aku bila mak aku masak nasi goreng, beliau akan gaul sekali dengan telur dan hasilnya memang AWESOME. Dan bila aku cuba....

sambal ikan bilis bonda, sambal setan, nasi goreng kampung ebs, asam pedas ikan pari, sarah fairylandOk, dah siap...nasi goreng kampung EBS makan dengan asam pedas ikan pari SARAH fairyland dan sambal ikan bilis Bonda... kalaulah ada JUS BUAH NAGA di kala panas terik ni kan baguih...

Dan semua ini dah selamat dikebumikan dalam perut aku...haha, sorry guys, dah lapar sangat...

Perut dah kenyang, mata dah berat, so sampai sini je lah entry ini...dadadididudu...

notakakicagu: sapa-sapa nak kawen dengan aku kena belajar masak sambal ini dulu ok... LOL.

from chef twokang masak...

Wednesday, 2 March 2011

Kad matrik aku hilang...! Ciskek!

Assalamualaikum,

Hari ini agak frustated gak aku, tapi kena jugak buat muka happy demi cik buah pinggang, kalau tak nanti kena tibai,

Benda ini memang selalu buat aku tensi pagi-pagi, asal aku nak guna je gerenti dia menghilang, dah la antara benda yang wajib kena bawak kalau masuk Kampus. Kalau tidak memang dapat lah surat cinteee dari pak dan mak guard.

Tengah-tengah siap pagi tadi aku mancari lah kad matrix aku, tapi tak jumpa, cek dalam seluar, bakul baju, tong sampah, beg, kocek segala bagai, sampai dalam toilet bowl, still missing in action.
Dah mula panas. Mamat dua ekor tuh dah siap nak keluar, Ok, tape, depa jalan dulu, aku naik motor je.
Cik buah pinggang aku dah mula membebel, tapi beliau tetap buat aku relax, seyes tergoda u, haha.
Aku rasa aku tercicir dekat atas jalan, tapi tak tahu lah, Sampai je dekat kampus aku terus ke Unit Keselamatan. Mintak surat, tapi mak guard tuh suruh cari dulu dalam kotak yang penuh dengan kad matrix student lain yang entah dari tahun bila aku pun tak tahu, jumpa gak kad matrix awek-awek cun, tak sempat nak tengok nama sebab kalut mencari kad sendiri.

Dah tak jumpa, aku terus pergi balik dekat mak guard tuh nak buat surat. Dengan berat hati aku tulis la apa yang patot, Dah siap....

'Lepas ini pi bayaq dekat Bendahari dulu pas tuh pi amik kad dekat USMB noo'

'Ok puan'
http://www.emocutez.com
Dengan resit tuh, aku terus pi Pejabat Bendahari n bayaq RM15, pergh...HOT TIKET tuh... terpaksee...dan terus aku ke kelas ECW. Habis je kelas ECW, tanpa buang masa aku ajak member aku sorang ini pi USMB, entah apa nama penuh pejabat ini aku lupa pulak, tengah bual2 siap sudah kad matrik baru aku, gila sayang kot yang lama tuh, ade tige stiker NR (NON-RESIDENT) ...serius aku macam budak junior(kata mamat ijau) haram tol...
http://www.emocutez.com
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
Naseb baik gambar lama, muka budak-budak nerd la katekan, tapi kiut kot( gile perasan) haha... tapi melayang lah RM 10 ringgit aku, walaupun harga sebenar rm15, sebab aku ada niat nak buat kad matrix baru gara-gara kualiti kad lama agak kureng dan gambarnya pun dan calar balar. (ada yang sabotaj tuh sebab kiut sangat)
http://www.emocutez.com

Kalau nak tahu, rm10 tuh adalah denda...! SHIT!! aku tak pernah kena saman or denda semenjak aku jejak kaki ke UiTMPP, SERIUS SHIT! HABIS lah rekod aku tanpa denda selama 4 sem, OH TIDAK...!!!
http://www.emocutez.com

Walaupe pun gambar lama aku tetap terjaga, maleh o nak amik gambar baru, lalala...


nota kaki cagu: aku harap pada siapa yang jumpe kad matrix lama aku tuh pulang la balik, (kalau laki, kalau perempuan cun dari kayangan simpan je dalam wallet anda ye)
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping