Showing posts with label kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi. Show all posts

Tuesday, 6 December 2011

Epic Tragis: Lapan Ferrari dan Satu Lamborghini Berlanggar!

 

langgar

TOKYO - Lapan buah kereta sport Ferrari, sebuah Lamborghini dan dua buah kereta Mercedes berlanggar di sebuah lebuh raya di Shimonoseki, tenggara Jepun kelmarin.

Menurut agensi berita AP, polis menyatakan perlanggaran itu disebabkan salah seorang pemandu sebuah Ferrari itu cuba untuk mengubah laluan sebelum kereta tersebut merempuh penghadang jalan.

Kereta Ferrari itu kemudian berpusing di lebuh raya tersebut.

Beberapa buah kereta lain berlanggar kerana cuba mengelak Ferrari tersebut.

Tiada seorang yang cedera serius dalam nahas itu tetapi polis di wilayah Yamaguchi menyatakan 10 orang dirawat kerana mengalami luka.

Menurut polis, 14 buah kereta terlibat dalam nahas itu.

Agensi berita AFP melaporkan bahawa kos perlanggaran itu melibatkan 300 juta yen (RM12.07 juta).

Harga kereta baharu Ferrari ialah lebih 20 juta yen (RM804,794) manakala Lamborghini berharga sehingga 30 juta yen (RM1.20 juta). – Agensi

sumber: kosmo.com.my

notakakicagu: Memang tragis! kalau aku dah menangis dah…

Wednesday, 26 October 2011

Segmen: Ben Ashaari dan Rakan Blogger

 

Assalamualaikum ,

Olrite, macam biasa kalau nak join klik2 pada banner di atas ok.

- Blog merupakan medium untuk aku berkongsi tentang apa yang aku lalui dan apa yang jumpa sama ada dalam dunia realiti mahupun maya. Mencari kenalan baru, menambah ilmu pengetahuan juga aspek penting aku dalam berblog(SKEMA GILA AYAT). Blog aku ini tak adalah best sangat pun (humble siot) tapi aku cuba naiktaraf selagi boleh supaya senang readers mahupun secret admire readers.

- Blogger Idol?? Erm, Abang Ben? Maybe kot, HAHA (guraw bro) memey la beliau. sebab entry yang sempoi, tak terlalu formal dan banyak info boleh kita dapat. Itu blogger lelaki. Kalau perempuan aku prefer yang suka buat tutorial. Yela, perempuan ni kan rajin bab hias-hias blog ni. Tapi siapa? Aku tak pasti sebab ramai yang buat tutorial2 ni. 

Penat jariku sudah. Happy blogging mate!

notakakicagu: Ayat perlu skema kerana bulan ini bulan BAHASA KEBANGSAAN. Kan? (Betulkan hamba kalau hamba tersilap)

Tuesday, 25 October 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWER.


Icon copy

Assalamualaikum,
masa tengah blogwalking dari Busuk.org aku terjumpa pulak blog yang join kempen ni. So aku terjah gerangan mana yang anjurkan kempen sebegini. Bagus betul, ade jugak kerja pekdah yang aku boleh buat sambil buang masa cuti semester ni. Boleh aku naikkan follower aku yang tak seberapa. Lagipun dah lama aku tak join mana kontest apatah lagi kempen macam ni.

Kepada penganjur kempen, terima kasih la bebanyak ye…

Bagi yang nak join tuh silalah klik banner [macam tak biasa pulak eh]

notakakicagu: Baik sebelum: 29.10.2011 (12.00a.m)

Saturday, 16 April 2011

Movie list yang wajib tengok cuti SEM nanti...!! (3 trailers)


Ok, aku nak update jugak kali, walaupun sepatotnya aku kena study kerana Final Exam IS JUST AROUND THE SELEKOH MAUT ...tapi bila aku bukak paper semalam (semalam...?) aku tersentap hati mak nak...rupanya ada 3 movie best yang aku rasa sangat COOL!!! Ianya wajib ditonton seisi keluarga( bila aku berbini lak) dan ini dah membuatkan penyakit MOVIEholic semakin menusuk jiwa mengalahkan EXAMaholic (ada ke...?) yang patot diterapkan sempena Final ni...

=======================================================

First of all aku nak tengok nih seba dia keluar dulu... : FAST AND FURIOUS 5 (5 MEI 2011)


sebab aku nak tengok : ada Vin Diesel, Paul Walker, dan yang paling aku minat THE BATU a.k.a Dawne Johnson doh...mereka ini AWESOME gileee...dan aku salah seorang penggila kereta walaupun aku masih tak ada kereta, nak tahu kereta idaman aku...? klik sini dan sini jugak...action yang disajikan aku rasa macam nak bagi 9.5 over 10 even aku tak tengok lagi....dush3!!! kebabom...!

Second...! : KONGSI (12 MEI 2011)


Sebab aku nak tengok: Waa...mamat ni stail...hero malaya kot walau dalam cite ni beliau cakap siam. (yeke..?) Aku kena tengok, sebab aku nak compare antara trailer yang gempak dengan movie yang sebenar macam mane, awat? tak caya? lu langsi maa...mau kain langsir kaa... beli kt kedai sana laa.. (konon gangster guwa kan)

Third...! : Pirates of Carribean : The Stranger Tides (19Mei 2011)


Sebab aku nak tengok : HA.... fyi, aku ni memang peminat Johny Deep dan always wish that aku nak jadi semacho beliau, COOL dude... dan PoC 4 kali ini aku baru tahu dari housemate aku yang ia akan keluar lepas kami habis final, ermmm mesti penuh panggung kot nanti, serius. Aku agak lupa jalan cerita yang lepas-lepas sebab aku asyik perhatikan Penelope Cruz yang mantop tuh.. (kantoi) ehem2... dan semestinya movie ni wajib tonton. kanak-kanak bawah 13 dilarang tonton sama sekali...

=======================================================

Agak malang jugak bagi aku sebab aku tak ada siapa nak ajak untuk tengok wayang, yela,,,SINGLE la katekan, tapi kalau single lagi better kot sebab aku boleh ajak siapa je aku nak tak kira lah awek orang, bini orang, mak orang, dan sebagainya, mmuahaha..jahat seyh aku, (hanya gurauan semata,)
http://www.emocutez.com

notakakicagu: bila nak habis final ni oitt...!! (study pun tak lagi)

yang tak sabar,

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping