Showing posts with label subway. Show all posts
Showing posts with label subway. Show all posts

Wednesday, 23 November 2011

Roundabout Burger yang Lazat lagi Besar.

 

Lama dah tak update. Aku agak busy bila masuk semester 6 ni. Banyak betul nak kena setel, tapi lagi banyak nota nak kena photocopy. Nasib la minggu pertama waktu kelas dipendekkan. Cik Pelangi pun tengah struggle dengan STPM dia. Good luck sweety…

-----------------------------------------

Semalam lepas kelas pukul 4, aku dan rakan-rakan pergi lah main futsal, dah penat-penat depa ini boleh ajak beli burger dekat Jalan Tengiri berdekatan dengan roundabout. Gerai ini dinamakan D’Legend of Roundabout Burger, yep! Memang legend dan berdekatan dengan roundabout.

D'Legend Roundabout Burger

sumber gambar dari facebook D’legend of Roundabout burger 
(bukan waktu sebenar)

Bila sampai aku tengok dekat menu dia, masyaAllah, banyak betul, you all nak daging unta pun boleh. Aku dengan 3 orang lagi just pilih yang paling murah tapi set besar la, lagipun masa tu baru keluar duit untuk futsal, cukup untuk set besar yang murah.

Aku perhatikan cara memasak mereka memang unik, dengan pelbagai inti dalam menu yang kami pilih, basic menu memang ada, tapi ditambah lagi dengan potongan hotdog yang digoreng dengan hirisan bawang merah, bijan, dan inti lain dalam burger seperti nenas dan bermacam lagi. Pergh, terliur jugak aku. Kalau yang special entah macam mana pulak ea, ini baru menu yang biasa. 

IMG_0378 Oleh kerana raga motor yang penuh dengan beg kasut futsal masing-masing, maka kebarangkalian untuk burger yang kami beli untuk penyek memang ada. So kami main bedal je laa… itu yang burger kami macam tak elok tu, apa-apa pun makan je la bila dah lapar.IMG_0382

Take off set.

roundabout burger

In-situ set ( set ini kalau you all makan kat situ)
sumber gambar:  facebook D’legend of Roundabout Burger

Kami beli burger itu dalam pukul 6.20 petang, dan menikmatinya dalam pukul 9.00 lepas semua solat Isyak. Still hangat lagi makanan ini.

IMG_0383

Set ini berharga RM18.00 , dan burger daging, besar dan boleh kongsi empat orang. Take-off set selalunya tak berapa elok hiasannya, yela, dah la letak dalam raga moto, depa ini main bedal jee… Kalau you all makan kat situ jugak hiasannya lebih cantik. : )

Sedap, bulan depan depa plan nak beli lagi. Aku on je, maybe nak try yang special. Aku dengar kat Sunway Pasific Penang ada SUBWAY! pergh… Tak tahan aku tengok sandwich dia yang besar tuh. Puas makan tuh… BTW, D’Legend of Roundabout Burger ini tak kurang hebatnya dan selain itu, BurgerBoy yang menawarkan burger besar seperti ini juga ada di Penang cuma aku tak sempat nak merasa.

Sunday, 14 August 2011

Aku rasa aku salah coarse laa…

 

Salam Ramadhan,

Sem kali ini aku rasa aku baru sedar yang aku salah ambil coarse kat U. Dari semester 1 tak ada satu pun bakat aku dalam Civil Engineering aku expert. Nak dapat Dean list tu memang tak la kan. Tak pernah nak merasa naik pentas pastu berjabat dengan Dekan Shah Alam. Meraikan budak Dean list tu adalah. Dua sem berturut2 aku susah payah kerana mereka taw! Tapi tak pe, aku tak kesah pun sebenarnye.

Yang aku curious sangat pasal coarse ini sebenarnya, dah tiga sem aku jalankan tugas yang melibatkan multimedia, maksud aku, dari segi animation, montage, sound, modeling, loop, footage, dan blablabla…14-7-11 adalah tarikh Majlis Kecemerlangan FKA berlangsung dan ini antara montage yang aku maksudkan untuk mereka, agak weird sikit tapi bolehlaa…

Haa.. dah tengok jangan lupa LIKE kat youtube tu…kalau sudi laa…

Ada lagi sebenarnya, tapi malas aku nak upload. tenet rumah ni da tenat… Sem ini jugak aku kena buat 3D MODELLING untuk highway dalam bentuk video. Ini yang aku kecoh sgt kat FB pasal 3D CITY aku, mana tak nya, dah 3 kali aku buat benda alah ni, sampai naik jemu pale otak aku. Yang paling kesian LAPPY aku ini asyik kena hentam. Yela, Spec slow pastu boleh install software gempak macam Cinema 4D yang aku tengah guna sekarang. Dalam team aku untuk 3d modelling ini ada 10 orang, tapi yang ada capability untuk buat 3d ini aku je sorang, sebab aku memang suka bab2 animation and modelling, tu aku kata aku ini SALAH COARSE!

Depa yang lagi 9 orang tu pulak dok ngomel yang aku tak patot ambil CE. HAHA… Pepandai kome je kan..kat bawah ini antara snapshot 3D CITY yang masih dalam draft. Aku baru buat highway, arkitektural masih dalam perbincangan( Selasa ini nak kena anta masih nak bincang ==”)

 

3d city

Ini baru sikit, baru 50% kot, nak kena tambah bangunan lagi, laut lagi, sidewalk dan bikewalk lagi. adui.. semate-mate nak mencari WOW factor untuk lecturer kami.  Tiga hari meyh tak tido malam!

jalan

Yang kat atas ini, design pertama yang aku buat, tapi atas masalah technical, file tak boleh bukak, aku terpaksa buat baru… ==”

 

Sampai sini je kali ini, nanti dah siap 3D city aku, aku bagi you all tengok OK! chalobete!

Monday, 31 January 2011

what a lame holiday...

Bismillahirrahmanirrahim

Salam 1Malaysia buat semua,

Tika ini, EBS telah pun berada kat JB. Tanah Tumpah Negeri EBS... masa ini EBS ada dekat Restoran Aliff, tempat biasa untuk EBS connect tenet dan ONline ape yang patot setelah lebih tiga hari tak dapat connection akibat hujan yang tak berhenti-henti dekat JB.

Boleh dikatakan banyak program yang da EBS susun untuk bersama rakan-rakan yang dah lama tak jumpa. Tapi apakan daya, Duduk rumah macam anak dara la nampaknya,

Masa tengah dok-dok dalam bilik sambil memikirkan pa kejadah nak buat? EBS pun godeh-godeh la external harddisk mencari cerita-cerita or movie yang belom ditengok. Dan EBS pun terdetik hati nak tengok salah satu TV-SERIES --- "HOW I MET YOUR MOTHER" ni.

credit for atok google


Serius la EBS katakan drama ni memang best selepas CHUCK. You all boleh la jenguk-jenguk kat sini kalau nak tahu apa cerita ni sebenarnya. EBS baru habiskan season 1, balik je dari restoran Aliff ni pun nak pi layan lagi...agagaga...

credit for atok google

Dan macam biasa, macam CHUCK, setiap cerita ada hero serta heroinnya sendiri, dan kali ini ada pencabar YVONNE STRAHOVSKI, iaitu COBIE SMULDER

cobie smulder yang AWESOME....!!
MIAAWW..!!!


ini lah beliau cobie smulder, lebih senang nak sebut dan eja dari pelakon pujaan EBS lagi satu YVONNE STRAHOVSKI..
Dua-dua ni AWESOME,,,serius lawa gila...

Aiseymen, dua tempat dah terisi, sapa kah lagi dua yek...huk3....

Ok, kita terus ke agenda seterusnya, tiba-tiba kan terasa nak makan sandwich sebesar 3kotak pensel,


OWWHH...this is AWESOME...tak pernah lagi merasa benda alah ini, nampak macam sodap, besaq lak tuh...atoyai...

kat mana aje ade jual makanan ni...ley you all bagitau tak..? mana restoran SUBWAY kat JOHOR or Penang? please.... dah mengidam nih..huhu..

nota kaki: EBS start ngidam masa tengok sandwich ni dalam cite CHUCK..oh tidak...CHUCK lagi... =..="

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping