Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Sunday, 14 August 2011

Aku rasa aku salah coarse laa…

 

Salam Ramadhan,

Sem kali ini aku rasa aku baru sedar yang aku salah ambil coarse kat U. Dari semester 1 tak ada satu pun bakat aku dalam Civil Engineering aku expert. Nak dapat Dean list tu memang tak la kan. Tak pernah nak merasa naik pentas pastu berjabat dengan Dekan Shah Alam. Meraikan budak Dean list tu adalah. Dua sem berturut2 aku susah payah kerana mereka taw! Tapi tak pe, aku tak kesah pun sebenarnye.

Yang aku curious sangat pasal coarse ini sebenarnya, dah tiga sem aku jalankan tugas yang melibatkan multimedia, maksud aku, dari segi animation, montage, sound, modeling, loop, footage, dan blablabla…14-7-11 adalah tarikh Majlis Kecemerlangan FKA berlangsung dan ini antara montage yang aku maksudkan untuk mereka, agak weird sikit tapi bolehlaa…

Haa.. dah tengok jangan lupa LIKE kat youtube tu…kalau sudi laa…

Ada lagi sebenarnya, tapi malas aku nak upload. tenet rumah ni da tenat… Sem ini jugak aku kena buat 3D MODELLING untuk highway dalam bentuk video. Ini yang aku kecoh sgt kat FB pasal 3D CITY aku, mana tak nya, dah 3 kali aku buat benda alah ni, sampai naik jemu pale otak aku. Yang paling kesian LAPPY aku ini asyik kena hentam. Yela, Spec slow pastu boleh install software gempak macam Cinema 4D yang aku tengah guna sekarang. Dalam team aku untuk 3d modelling ini ada 10 orang, tapi yang ada capability untuk buat 3d ini aku je sorang, sebab aku memang suka bab2 animation and modelling, tu aku kata aku ini SALAH COARSE!

Depa yang lagi 9 orang tu pulak dok ngomel yang aku tak patot ambil CE. HAHA… Pepandai kome je kan..kat bawah ini antara snapshot 3D CITY yang masih dalam draft. Aku baru buat highway, arkitektural masih dalam perbincangan( Selasa ini nak kena anta masih nak bincang ==”)

 

3d city

Ini baru sikit, baru 50% kot, nak kena tambah bangunan lagi, laut lagi, sidewalk dan bikewalk lagi. adui.. semate-mate nak mencari WOW factor untuk lecturer kami.  Tiga hari meyh tak tido malam!

jalan

Yang kat atas ini, design pertama yang aku buat, tapi atas masalah technical, file tak boleh bukak, aku terpaksa buat baru… ==”

 

Sampai sini je kali ini, nanti dah siap 3D city aku, aku bagi you all tengok OK! chalobete!

Thursday, 12 August 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...^^



ehem-ehem...

ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dpat ku lalui, dengan sempurna...

huh, memang menusuk kalbu lagu ni bila bulan puasa menjelma kembali, ini lah lagu yang selalu aku nyanyi untuk beri semangat dan inspirasi dalm menyahut cabaran di kala Ramadhan membuka tirai...

actually, ini sudah kali kedua aku berpuasa kat UiTM Penang, dan yang pertama sejak aku jadi pelajar NR (non-resident), dan hari ini juga la hari pertama puasa( hee, mesti lah),

Perjalanan untuk hari ini memang berjalan lancar walaupun ada masalah teknikal sikit dalam perut aku ini, biasa lah, nak biasakan diri sebab baru mulanya Ramadhan kan, relax sudah...:)

Dan hari ini juga, aku tak tahu kenapa aku rindu sangat kat family aku sampai time solat terawih tadi air mata aku meleleh sebab teringatkan ibu aku kat JB... sERIUSly, sebelum tu Cousin aku dah inform yang ibu aku rindu kat aku, memang aku baru je hubungi beliau sejak berapa hari lepas, aku ada niat nak hubungi lagi, tapi masa dan keadaan aku tak mengizinkan, banyak assignments dan tutorial, serta lain2 hal yang aku kena settlekan, Maaf mak, nanti epuy tepon mak eh...:)









Masa aku taip post ini, selera aku mula merindukan AYAM PERCIK, MURTABAK , AIR kHATIRA kat bazar JB, aduyai,,cepat la balik...tak sabar nak buka ngan family aku...huuu :(

ape-ape hal, kepada anda yang sudi membaca, selamat berpuasa ye...Salam~~

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping