Wednesday, 23 November 2011

Roundabout Burger yang Lazat lagi Besar.

 

Lama dah tak update. Aku agak busy bila masuk semester 6 ni. Banyak betul nak kena setel, tapi lagi banyak nota nak kena photocopy. Nasib la minggu pertama waktu kelas dipendekkan. Cik Pelangi pun tengah struggle dengan STPM dia. Good luck sweety…

-----------------------------------------

Semalam lepas kelas pukul 4, aku dan rakan-rakan pergi lah main futsal, dah penat-penat depa ini boleh ajak beli burger dekat Jalan Tengiri berdekatan dengan roundabout. Gerai ini dinamakan D’Legend of Roundabout Burger, yep! Memang legend dan berdekatan dengan roundabout.

D'Legend Roundabout Burger

sumber gambar dari facebook D’legend of Roundabout burger 
(bukan waktu sebenar)

Bila sampai aku tengok dekat menu dia, masyaAllah, banyak betul, you all nak daging unta pun boleh. Aku dengan 3 orang lagi just pilih yang paling murah tapi set besar la, lagipun masa tu baru keluar duit untuk futsal, cukup untuk set besar yang murah.

Aku perhatikan cara memasak mereka memang unik, dengan pelbagai inti dalam menu yang kami pilih, basic menu memang ada, tapi ditambah lagi dengan potongan hotdog yang digoreng dengan hirisan bawang merah, bijan, dan inti lain dalam burger seperti nenas dan bermacam lagi. Pergh, terliur jugak aku. Kalau yang special entah macam mana pulak ea, ini baru menu yang biasa. 

IMG_0378 Oleh kerana raga motor yang penuh dengan beg kasut futsal masing-masing, maka kebarangkalian untuk burger yang kami beli untuk penyek memang ada. So kami main bedal je laa… itu yang burger kami macam tak elok tu, apa-apa pun makan je la bila dah lapar.IMG_0382

Take off set.

roundabout burger

In-situ set ( set ini kalau you all makan kat situ)
sumber gambar:  facebook D’legend of Roundabout Burger

Kami beli burger itu dalam pukul 6.20 petang, dan menikmatinya dalam pukul 9.00 lepas semua solat Isyak. Still hangat lagi makanan ini.

IMG_0383

Set ini berharga RM18.00 , dan burger daging, besar dan boleh kongsi empat orang. Take-off set selalunya tak berapa elok hiasannya, yela, dah la letak dalam raga moto, depa ini main bedal jee… Kalau you all makan kat situ jugak hiasannya lebih cantik. : )

Sedap, bulan depan depa plan nak beli lagi. Aku on je, maybe nak try yang special. Aku dengar kat Sunway Pasific Penang ada SUBWAY! pergh… Tak tahan aku tengok sandwich dia yang besar tuh. Puas makan tuh… BTW, D’Legend of Roundabout Burger ini tak kurang hebatnya dan selain itu, BurgerBoy yang menawarkan burger besar seperti ini juga ada di Penang cuma aku tak sempat nak merasa.

Comments
0 Comments

0 berkata-kata:

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping