Kadang-kadang kepala aku masuk angin bila minum susu. Memandangkan aku dah beli 2 kotak susu Dutch Lady Full Cream masa hari Ahad lalu aku kena habiskan jugak. Ini baru satu kotak dan aku kena habiskan hari ini gara-gara maximum consuming hanya 3 hari sahaja. Oleh kerana aku tak lunch sebab housemate aku membuta kala hujan ditengah hari. Aku buat resipi sendiri yang amat mudah dan you all boleh buat sebenarnye.
Aku jenguk dapur yang dah lama tak berasap tu. Ambil susu kotak Dutch Lady 1 liter. Pour that milk into a glass. Aku dah serabut. Takkan nak minum susu je. So aku ambil Vico with Cereal yang entah sapa punya, [tak baik membazir], aku tuang serbuknya dalam susu tu. Nak gaul ke tak?
Then idea datang sendiri, oleh kerana aku suka makan serbuk milo masa cuti sem, kadang-kadang aku makan serbuk milo makan dalam bilik sembunyi-sembunyi.
Bila aku makan errr… minum…. makan… ermmm…not bad at all… cuba lah ye… hee
notakakicagu: Aku tak nak bertanggungjawab sekiranya you all yang mencuba menghadapi sebarang masalah sebelum, semasa dan selepas mencuba resipi ini.