Segala puji bagi Allah pencipta sekalian alam, Akhirnya aku sudah pun beli tiket untuk balik ke kampung halaman, JB tanah tumpah darahku, (cheewah)...Tapi sebelum itu, aku kena hadapi satu test ECW210 pada malam esok (jumaat). Bas aku akan bertolak dalam pukul 11.45 malam, dan test akan habis dalam pukul 10 malam, Jadi sempat lah aku pergi makan dulu InsyaAllah. Mintak-mintaklah member2 aku ini boleh hantar aku pergi jeti.
Serius minggu ini memang aku penat gila, dengan meeting dengan part 1, malam NR bersama pengarah, dengan ASSignment segala bagai, sabar puy, sabar...
Balik pada topik, aku tak mahu cerita yang lain, hari itu, mak aku nangis bila dengar yang aku cakap aku tak dapat balik, kali ini aku nak buat beliau nangis lagi, tapi nangis gembira lah bila dia nampak aku terpacak depan rumah sebab sanggup balik untuk majlis kahwin abang aku...
kalau nak tahu cerita sebelum ni tekan SINI...
Majlis abang aku kali ini, aku nak buat havock sikit, sebab lepas ini tinggal majlis aku or adik aku jew, (bila la ek) so, aku kena buat sesuatu yang dramatik untuk dikenang seluruh ahli keluarga yang terlibat, apa aku nak buat tuh aku tak tahu. Lantak lah, :p
Lupa pulak, Abang aku dah pun selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan beliau yang masih aku tak hengat nama (apa daaa...nama akak ipaq ang pun ley lupaa...piiraah) pada hari Ahad lepas, selepas kejadian emak aku itu.
Hai selamat, pengantin baru semoga, ke anak cucu bahgia...cewah,
Moga-moga beliau dan isteri beliau kekal bahagia hingga ke akhir hayat, cepat-cepat sikit dapat anak, adik mu ni nak tambah anak buah lagi, muahaha...(aku bila lagi...?)
Ha...pas ini, gerenti soalan-soalan lazim seperti...
-EPUY BILA LAGI..?
-ABANG ANG DAH KAHWIN...? ANG BILA LAGI...? PAS NI MAKAN NASI KANDAR LA PULAK YE...?
-LEPAS INI EPUY LA EA...ANAK MAMI KE?
=..=" (mentang-mentang aku study kat Penang)
Pasal ni nanti aku update lagi, tunggu jelah part 3 ye...
Ok lah, kepala dah naik pening ini tetiba, maybe agak tak stabil sebab esok ada dua test satu hari, dengan pikiran dah mula ke JB... Sebelum aku mula mengarut, aku letak fullstop dulu .
nota kaki: jemput mai rumah aku kawan-kawan...aku belanja nih... :P