Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Wednesday, 2 November 2011

Peta Minda Status menerusi Laman Sosial.

 

Ini adalah peta minda bagaimana anda mahu letakkan status anda, adakah anda mahukan privacy atau tidak, anda obses dengan ‘like’? Dan adakah ia bosan? Ini peta minda yang boleh dipraktikkan.

status

Notakakicagu: Anda boleh tampal dekat keyboard kalau mahu. HEHE

Friday, 28 October 2011

Facebook Site Maintenance! Tak boleh Login meyhh!

 

fb error

Kenapalah FB tak kenakan pada Cik Pelangi kesayangan aku sorang tu. kalau beliau kena kan boleh beliau study untuk STPM beliau yang akan datang ni. Tak ade lah online memanjang…. aku yang tengah free ini yang kena. Sabar je laa.. dah la nak mendownload Chuck Season 5 Episode 1 tak dapat gara-gara P1 kuota habis limit. Dah setting nak bagi laju pun samaaa je pergi dia. APTB! Nasib la FB beritahu ini just for a FEW HOURS. Aku bangun2 je da macam ni, tu pun Cik Pelangi yang SMS aku. Entah bila maintenance mula aku pun tak tahu. Unpredictable betul lah. ==”

notakakicagu: Banyaknye update entry Cik Pelangi oitt…STPM dah nak dekat tuuu… Smile with tongue out 

Saturday, 2 April 2011

First LAPPY in da world...


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.

Apa yang korang tengok kat atas tu...?
Typewriter or intercom...? Nintendo or PS3? hok3, that's a first lappy in da world la dude. Its called as OSBORNE1, produk hasil dari gagasan komputer peribadi portable (XEROX PARC) yang diilhamkan oleh Adam Osborne pada tahun 1981.


Adam Osborne merupakan seorang pekerja di sebuah penerbitan buku. Dan fyi, this lappy has a mass of 11kg! Godemit, ringan lagi guni beras dekat Giant. Tapi biasa lah, This giant lappy consist of 5 inch monitor just like my dad first motorrooollaa huge phone, menggunakan sambungan listrik with optional battery. For external storage, its has floppy drive with dimension 5++ inch, modem port, and also a keyboard for typo macam aku...hak3...This stuff's price is among 1800 bucks with bateri pack! Menurut sumber, ia bukanlah laptop dalam erti sebenar. Meskipun ia boleh bawa kemana-mana, umpama kita mengendong anak berumur 1 ke 2 tahun...Ye, aku lagi rela dukung anak saudara aku dari bring this shit kemana-mana. Oh, Osborne, macam mana la kau bawak benda alas ni semata ye?
http://www.emocutez.com

Osborne 1 (spec):

Introduced: April 1981
Price: US $1,795
Weight: 24.5 pounds
CPU: Zilog Z80 @ 4.0 MHz
RAM: 64K RAM
Display: built-in 5" monitor

53 X 24 text
Ports: parallel / IEEE-488

modem / serial port
Storage: dual 5-1/4 inch, 91K drives
OS: CP/M





boleh buat hempOk orang nih


Notakakicagu: aku rasa macam nak update blog guna benda ni lah...
http://www.emocutez.com

yang nak menghempok

Friday, 21 January 2011

Facebook Fan Page Blog EBS 24/7 dibuka....

Location: depan Lappy, 313, Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang,
Time: 20.00 Waktu Malaysia.

Bismillahirrahmanirrahim...

Ok, mood kali ini agak kacau sikit sebab cik wanie suke menjeleskan EBS dengan entry terbaru beliau... haha (MAIN-MAIN JE) its ok lah, tak ade ape-ape pun EBS nak jeles sebab kami ni just TTM (teman tapi mesra) je.


+++++++++++

Ok lah, sebelum ini entry pasal pembukaan Kaunter Pertanyaan EBS kan? Kali ini pulak EBS dah pun selamat merasmikan Office Headquater(gila perasan) a.k.a FAN PAGE dekat Facebook. Dan dengan tindakan bijak sekali lagi EBS dah pun letakkan widget untuk you all 'like' atau pun terus ke EBS HQ , dekat sana juga disediakan kaunter pertanyaan selain dari cawangan FORMSPRING punya. EBS tahu yang you all pun selalu on9 FB 24/7 kan? macam la ceq tak tahu noo...agagaga...

EBS sebenarnya tak mahu buat lagi fan page ni, tapi disebabkan nafsu, (ahaha) tergoda juga akhirnya (ish3, lemah batin ni) tapi tak pe lah kan, demi blog yang tak seberapa ini, ku buatkan juga lah, untuk you all juga...hee

1ST FAN SAHAJA YANG AKAN MERASMIKAN FAN FAGE INI
, ADAKAH ANDA ORANG PERTAMA...?


Dan ENTRY-ENTRY terbaru juga akan di 'share' melalui HQ tersebut untuk meningkatkan lagi traffik ke blog EBS yang tak seberapa ni... harap-harap you all join 'like' lah ye (kalau sudi) huhu
sebab EBS blogwalking tadi average ramai yang ada FB FAN PAGE sendiri, so teringin juga lah kan, dan beginilah hasilnya. :D

nota kaki: Sudi-sudi lah ke PAGE baru EBS k...ASSALAMUALAIKUM...:))

Kaunter Pertanyaan Formspring EBS dibuka 24/7

Location: depan Lappy, 313, Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang,
Time: 20.00 Waktu Malaysia.


Bismillahirrahmanirrahim...


Hari ini hari Jumaat, perasaan agak biasa, nothing special, but cik wanie banyak meceriakan hari-hari EBS dan buat EBS tersenyum sendiri (thinking (+) la ea) sampai member-member dah naek bingung (bengong)...terima kasih untuk beliau...:DD

+++++



Salam 1Malaysia kepada you all sekalian, setelah puas EBS bermain dengan FACEBOOK, TAGGED dan 1Malaysia, kali ini, EBS dah pun mendaftar kan diri ke FORMSPRING.com dan membuka kaunter pertanyaan sendiri milik EBS.sdn.bhd. (gile perasan) ....................

Thursday, 20 January 2011

1Malaysia.com , laman sosial REVOLUSI baru...

LOCATION : Depan Lappy, 313, Pangsapuri Idaman, Permatang Pauh, Pulau Pinang,
TIME : 10.20 am waktu Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim...


Pagi-pagi bangun terus on lappy setelah di kejut oleh cik wani , terpukau juga dengan suara manja beliau pas bangun tidur( ehem3) walau dalam talian, (gila angau)... jangan risau la you all, EBS masih lagi SINGLE MINGLE ok...just TTM status jew...hee...
http://www.emocutez.com

Bila dah siap loading, terus buka Chrome dan sign in blogger, tengok-tengok stat pageview masih lagi dalam telur (0), maybe kena buat entry yang agak global sikit, supaya you all pembaca tak borink kan...

http://www.emocutez.com

++++

('klik gambar untuk ke laman sosial 1Malaysia.com')credit untuk atokgoogle

Dengan perasaan yang agak malas untuk mencari tajuk entry baru, EBS terus ke salah satu laman sosial buatan Anak Malaysia yang berura-ura untuk sedia menggantikan FACEBOOK yang khabar anginnya akan ditutup oleh Mark Zurkerberg dalam bulan Mac nanti, Laman Sosial tersebut ialah 1Malaysia.com, agak global kan nama itu,?

EBS dah lama juga mendaftar 1Malaysia ni sejak ada Oh!Media mempromotnya, dan buat masa sekarang EBS masih ada 40 rakan yang EBS add dan di add, termasuk cik wani sendiri, beliau agak jeles sebab EBS mempunyai ramai rakan wanita dalam laman tersebut, (maaf la ye, depa yang add saya dulu...:P)

1. BAHAGIAN LUAR.

Bila saja EBS ke laman 1MALAYSIA.com ni, memang EBS terkejut sebab homepage nya agak ketara dan mempunyai persamaan dengan Facebook, cuma bahagian "background" sudah ditukarkan kepada warna hitam dan bahagian sign in pun agak lebih besar tetapi tidak ada bahagian untuk signup seperti di Facebook.

2. BAHAGIAN DALAM.

Sebelum ini, Bahagian HOME setelah you all sign in nanti juga agak sama dengan Facebook, Cuma terdapat kelainan dari segi content serta font, hal ini mungkin kerana laman 1Malaysia.com masih lagi dalam proses menaiktarafkan untuk lebih menyaingi laman sosial yang lain. Antara bahagian yang terdapat dalam bahagia home you all nanti, adalah 'request', 'popular member', 'newest member', 'statistics', dan 'online member', yang menarik nya disini, sistem 1Malaysia .com mempunyai persamaan sedikit dengan TAGGED.com dalam 'post', iaitu kita boleh meng'LIKE', komen, dan mem'view' post rakan-rakan lain walaupun tidak di 'add', berlainan dengan FACEBOOK di mana hanya rakan-rakan yang di add saja kita boleh melihat post mereka.

3. PROFILE

Tak silap EBS, profail 1Malaysia.com juga boleh diedit seperti dalam Myspace dan Tagged (kalau tak silap lah), sebab EBS pernah tengok salah seorang rakan dalam 1Malaysia mempunyai profail yang berwarna-warni tidak seperti Facebook yang menggunakan default skin dan kita perlu menggunakan browser tertentu untuk mendapatkan profail unik seperti Mozilla. Buat masa ini EBS lebih suka menggunakan default skin untuk profail EBS supaya leih simple dan tak serabut.

Agak penat menaip panjang-panjang ni, setakat ini lah yang EBS boleh bagi you all sedikit gambaran tentang 1Malaysia.com ini, dan You all boleh lah view sendiri kalau nak, jangan lupa daftar sebagai anak Malaysia dalam laman tersebut, dan jangan lupa add EBS (tekan sini) k...?Dengan adanya 1Malaysia.com ini boleh lah EBS mempromot blog EBS yang tak seberapa ini, alah, newbie la katekan...huhu

Dan semoga crew-crew 1Malaysia akan terus berjuang untuk menaiktarafkan dan membaikpulih untuk menaikkan nama MALAYSIA ke seluruh dunia dengan laman sosial yang menjadi salah satu revolusi baru dalam perhubungan dunia maya... Ameen...

nota kaki: jangan lupa add EBS taw...(gile promot)


Tuesday, 18 January 2011

Blog baru P'CES...coming soon


LOCATION: Depan Lappy, 313, Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
TIME: 20.20 Malaysia Time

Bismillahirrahmannirrahim...

Salam 1MALAYSIA you all semua, hari ini EBS tak nak taip panjang sebab tangan agak keras sebab baru je bancuh konkrit petang tadi dekat MAKMAL STRUKTUR BERAT bersama Encik Hijau dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Ditambah lagi dengan luka kat jari manis ini, tak tahu lah kenapa, tetiba je luka, dari semalam lagi,... huk, serius penat kot bancuk konkrit ni,...so JANGAN SAMAKAN BANCUH KONKRIT DENGAN BANCUH KOPI, NESCAFE, OR MILO, OR What ever...

(penat da taip ni)

+++++++++++++

Ok lah, hari ni juga Persatuan P'CES (PENANG CIVIL ENGINEERING SOCIETY) ada buka booth sempena EXCCEP UiTMPP untuk pendaftaran persatuan bagi mahasiswa serta mahasiswi sekalian...

Dan kita skip dulu cerita pasal tu k, EBS nak cerita ketika sedang melayan pelajar-pelajar yang nak daftar, EBS ada berbual dengan BEKAS PRESIDEN P'CES a.k.a ABG NAIM, dan dalam perbualan tersebut beliau ada mencadangkan beberapa perkara baru yang boleh menaikkan nama P'CES.

Antara salah satunya ialah,

Wednesday, 12 January 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

LOCATION : depan lappy, 313, Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia
Time: 18.36 waktu Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim...

Salam 1Malaysia buat blogwalker sekalian, dan seperti yang you all tahu, EBS suka sangat edit gambar kan, dan you all boleh tengok kat page2 yang tertera kat atas, dan kali ini, salah satu blogger yang EBS follow ada mengadakan
CONTEST PIC HITAM PUTIH PALING COOL!

Terdetik EBS nak menghantar salah satu gambar yang EBS edit dan gambar tersebut telah menjadi tatapan dan mempunyai "LIKE" paling banyak sama ada di FACEBOOK ataupun TAGGED. Hadiahnya pun agak lumayan iaitu RM100. ini kali pertama EBS memasuki contest, sebab memang jarang blogwalking buat masa ini disebabkan kerja yang semakin bertambah...

Dan ini gambar tersebut:

kepada cik fatimah yang comel a.k.a penganjur (ke?), ini gambar yang EBS tujukan, harap-harap anda yang berkenan ye...hee

kalau saya menang, saya mahu simpan buat kahwin :D
atau
kalau saya menang, saya mahu belikan mak saya hadiah untuk beliau...:D

jikalau anda juga mahu menyertai contest ini ,syarat-syarat penyertaan boleh la kalian dapatkan dengan menekan banner dibawah

dan contest ini berakhir >> 1 MAC 2011...


tagged friend:







p/s: kalah menang adat pertandingan, sekadar suka suki... :D

Thursday, 6 January 2011

Aku Single...?

LOCATION : depan Lappy, Pangsapuri Idaman, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia.
TIME : 21.51 waktu Malaysia.

http://www.emocutez.comBismillahirahmanirahim...http://www.emocutez.com

Boleh dikatakan agak lama juga EBS tak update blog ini yek, tapi diharapkan you all tak lah bosan menjenguk, lagipun EBS lihat traffik meningkat sejak akhir-akhir ni, itu pun disebabkan EBS share dekat Facebook. Dan memang Facebook is on the top of traffic source list untuk ke blog EBS ini. Terima kasih kepada yang sudi menjenguk Blog EBS yek...

You all juga jangan lupa tinggalkan tapak kaki or tangan kat Shoutbox kat tepi ni jee....ringan-ringankah lah tangan menaip, bukan kena bayar pun lawat blog ini kan. hehehe... Ini kerana EBS nak lah tahu siapa yang you all yang sudi-sudi menjenguk blog yang tak seberapa ini kan... :)

Ok lah, cukup lah sekadar mukadimah, first week in 4th sem ini, agak mencabar, sebab sem ini banyak uji kaji makmal or "LAB EXPERIMENT". Kira-kira ada 4 kelas lab dengan kredit hour 1 jam.

Saat-saat EBS menjejakkan kaki ke salah satu makmal Civil Engineering iaitu Makmal Hidrolik, EBS agak terkejut kerana banyak 'equipment' yang 'besaq-besaq'. Machine la senang cite... yang nanti EBS akan upload-upload gambar depa k ... http://www.emocutez.com

Oleh kerana dah single-mingle kan, mata ini tak geti duduk diam bila keluar dari rumah sewa, bahkan kalau ada awek lalu kat bawah pun EBS nak sweet, bukan nak mengatal, saja nak mencari calon baru... ha ha ha. Tapi memang EBS tak ada niat nak menggatal, betul...tak caya tanya lah emak EBS, beliau sahaja yang tahu macam mana EBS ni. Sebab tu lah EBS sayanggg sangat-sangat kat beliau...:) http://www.emocutez.com

Ye, kalau kita tanya kat orang lain yang single pun mesti depa kata depa sunyi, bosan, kekurangan sesuatu dan what so ever, bergantung la pada seseorang tu, ini sekadar pendapat EBS je, mungkin ada yang lagi suka single kan? Tak tahu lah kan3...? Dan bag EBS pulak, ye, EBS memang sunyi, walau ada rakan-rakan yang kepala gila-gila dan kaki study,..http://www.emocutez.com

Naite( handphone) kesayangan pun hanya menerima mesej-mesej dari operator-operator yang entah apa-apa. Setakat ini dari cuti sem, mesej HOT TIKET EBS dah terkumpul hampir LAPAN RATUS (800) manakala minit panggilan tinggal 9.00min (EBS buat telefon salah seorang sahabat, tu yang tinggal sikit, sebab beliau pakai CELCOM dan agak menyusahkan beliau untuk berchatting), tengok... banyakkan? EBS dah tak ada siapa nak text, apa boleh buat... dah single kan...

Dan sejak dua minggu lalu EBS dah jarang topup, dan keadaan ini agak selesa kerana EBS dapat menjimatkan simpanan EBS yang semakin merosot, bayangkan dalam seminggu EBS sah pun menghabiskan hampir RM400 untuk buku, makan, serta peralatan yang lain... http://www.emocutez.com(OK PE SINGLE) hehe...http://www.emocutez.com

Tapi walau apa pun, EBS tetap akan menerima sesiapa saja yang sudi menerima EBS seadanya, namun EBS menyerahkan pada takdir, senang cerita EBS suruh lah EMAK yang mencarikan yang terbaik untuk EBS, tapi dalam waktu yang sama EBS pun kena ada pilihan sendiri, wah agak demand...! ini juga untuk masa depan EBS dan bakal anak-anak EBS jugak nanti. huk3...

Entah siapa yang akan menjadi buah hati EBS selepas ini, EBS tak pasti,...

" AKU TELAH BELAJAR UNTUK TIDAK PERLU BIMBANG DENGAN CINTA, TAPI UNTUK MENGHORMATI APA YANG DATANG DENGAN SEPENUH HATI"
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

P/S: respect umpama magnet cinta, sayangi orang lain, maka kita akan disayangi, jangan lupa memaafi, kerana itulah sifat terbaik.

Wednesday, 3 November 2010

Updated...

Location:depan lappy, atas katil, 313, P.p Idaman, Permtg Pauh, P.Pinang...
Masa: 18.36pm
">.<...Huhu...>.<"

lama bebenar aku tak update blog ni. Yelah, asyik update gambar je kan. mesti you'all dah bosan dengan gambar2 tu...aku pun dah lama tak edit pic baru n updated kat blog ni.
bukan apa, sebab sebok dengan study dan hal2 laen yang lagi penting,

Life aku sekarang boleh lah dikatakan happy, problems semestinya ada, sebab. Perkara biasa tu. Lagi2 masalah kewangan, memang tak boleh layan. tapi tak..sabar tuh separuh dari iman, dan SYUKUR DAN SEDEKAH tu la PERGANDA REZEki...:)

Agak bosan lah ni...idea tak datang...apa lagi aku nak taip...?ni mesti gara2 aku banyak pikir time nak menjawab soalan MATH235 pagi tadi, dan perasaan yang agak kecewa sebab banyak CARELESS mistakes yang memang dari diri aku sendiri, ye,,,MEMANG KECIWA BAQ ANG.

huh.jikalau ada mesin masa, kan ku putar balik to fixed that mistakes i've done, but its sounds bullshit... sabaq je laa...LET BY GONE BE BY GONE. and lepas tuh aku terus call kakak aku yang tercinta, then beliau suruh aku bertawakal ja n fokus for the next battle yang lagi advance...

YES,bak kate NENEK BIHA (hee) aku kena "FOKUS..!".lupakan halangan yang lain n fokus dengan study...
jangan sebab perkara remeh temeh, aku tak dapat laksanakan perkara yang penting dan hilang matlamat...AKU MESTI BOLEH...:)

dengan sokongan-sokongan dari orang tersayang, aku harap matlamat aku tercapai, then aku akan balas balik pengorbanan mereka, lagi2 mak n abah aku yang tersayang,
walaupun bukan dia yang melahirkan aku, tapi dia tetap ibu aku, yang menjaga dan mendidik aku sehingga hari ini,

abah aku memang seorang yang tabah, ia terbukti sejak arwah ibu kandung dan arwah along pergi tinggal kan kami sekeluarga.


MAK/ ABAH...epuy SAYANG mak ngan abah...sayang sangat, :')


Friday, 23 April 2010

KU SANGKAKAN PANAS HINGGA KE PETANG...

rupanya hujan bila aku balik dari solat jumaat...

memandangkan aku publish post ni pada hari jumaat, hari paling malang bg aku, malam jumaat (semalam) aku bermimpi yang aku balik ke johor bahru, then bertemu la orang2 yang peling kusayangi a.k.a family aku, erm...tp aku pelik, selalu nye aku akan bertemu ngan dia tiap kali aku balik...xkira kejap atau lama, janji jumpa, dalam mimpi tu malangnye xjumpe pon...aku tertanye2...

dan bila aku sedar dari mimpi, aku termenung, masih lagi memikirkan mimpi itu, sejak2 ni mmg kami da jarang berhubung, sebab dia da kerja kat sane, dan aku tengah final exam kt penang, xkisah la, mmg masing2 bz, aku dah malas nak pikir then aku pi tengok handphone aku yang aku cas mase terjage pas subuh td, dan 2 new messages received..mungkin dari facebook or kwan2 aku,,,then...bila aku check, rupenye dari si dia, first message berbunyi ' fair n lovely rite', qoute ni last aq dpt mase last connection kami, mase tu kami gaduh, besar jugak salah aku time tu, pasal facebook gak,, haram tol,,,then,,, messages kedua, yang paling wat hati aku runtun, berkecai seribu... dia minta PUTUS,,,

mmg permintaan ini selalu keluar dari mulut dia...dan xpernah sekali pon dari mulut aku, dengan hati yang tulus ikhlas mencintai dia, permintaan itu xkan pernah jadi mainan aku,
aku mula jadi xkeruan, aku terus call dia, malang nya dia x jawab,, perkara biasa, aku tetap call tp masih operator kesayangan aku yang jawab, erm,,,perkara biasa, aku masih buntu, then satu idea mula mencerahkan peluang,...

pernah dulu dia mintak aku print kan borang UPU dia disebabkan print kt rumah dia kehabisan ink ditambah pula kerosakan laptop, dekat borang tu ada nombor contact ibu dia (antara yang aku sayang dalam family dia), then aku mencari borang tu, akum masih ingat,,,ye, ada dalam fail, aku terus godam fail aku n jumpa jugak, aku call,
"tuut tuut,,Assalamualaikum"

alhamdulillah, berjawab gak,

" Waalaikumsalam makcik, ini Saiful" jawab aku,

"ha saiful, sihat ke??" kata beliau(ibu dia),

" saya sihat makcik, makcik pe kahabar?" tanya aku balik,

" makcik sihat pul, ank cakap ngan ira ke? jap ea"

" ye makcik,"

aku dengar dari corong line tu, dia menjerit x mahu bercakap ngan aku, tapi ibunya mendesak, tetap ngan pendirian degilnya, perkara biasa, aku paham, dan talian bertukar pada kakak nya yang ketiga, "

" epul, ira xnak cakap ngan epul, kau orang da putus ke?"

"epul xnak putus kak, tu semua salah paham je, ley x epul cakap ngan dia? tolong kak?"

" dia tgah angin tu epul...ala, nanti ok la tu...jangan risau ok, tapi xpe akak bg phone ni kt dy ea,,jap"

setelah tu, line bertukar tangan lgi, aku dengar, malang dia menamatkan talian tu, mmg berkecai hati aku, aku terus call lagi dan lagi, masih x berjawab, mungkin phone ibu dia masih kat tangan dia dan xbagi siapa jawab call aku, perkara biasa, aku dah mula bosan, ditambah dengan hampir masuk waktu solat jumaat, housemate aku semua dah siap, tinggal aku,...

aku cpai tuala dengan muka masam, dan terus ke bilik air dengan kekusutan yang amat dalam fikiran, aku mandi pon macam xbasah, sabun pon xwangi or berbuih, pusing!!!

....................

bila sampai ke masjid, fikiran aku masih kosong, kecuali hal pagi tadi, dengan harapan aku dapat tenangkan diri mase solat, tapi malang, masih x dpt,

................

aku balik, masih dengan muka masam, dihujani dengan air hujan renyai waktu tengah hari ni, dengan keputusan xmau mkan nasi, akibat hilang selera mkan,,,,

........

sampai dirumah, aku terus tuju bilik, menanggalkan baju melayu unguku dan menyarung tshirt colkat, then menyambar telefon rumah, dengan harapan dia akan jawab call aku, tapi sayang, masih dengan sikap nya, perkara biasa,

aku dengan hampa kekusutan, terus call ibu dia, agak lama bunyi panggilan, mungkin ibunya juga tersinggung dengan aku sebab sakitkan hati anak bongsunya itu,

tapi harapan aku cerah bila...

" Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh"

"Waalaikumsalam, makcik, ini epul"

"ooh epul, ira da pergi kerja la epul,"


"ye ke makcik?, xpe la, saya ingat dia xpergi lagi,"

"dia da lame pergi, ala, dia tengah angin tu, tp kejap jee, xde ape la...nanti ok la tuh ye...knapa ngan dia tu epul??."

"ala, salah paham makcik, tp saya risau jugak, dia mintak putus ..."

" alahai, dia mmg camtu, xpe2.. nanti makcik cakap ngan dia ea tok epul,"

"terimakasih makcik, kirimkan salam sayang saya pada dia ea makcik"



berbunga hati ini kembali dengan rasa sayang pada ibunya yang makin bertambah...
percakapan bersambung...


"insya-Allah....nanti makcik kirimkan, epul sihat tak kt sana? OK?"

"biasa je makcik, lagipun tengah final exam ni,"

" alahai, kesiannya, xpe2 nanti makcik cakap ngan dia ye"

"terima kasih makcik, kirim salam kat pakcik sekali ye makcik, assalamualaikum"

"waalaikumsalamwarahmatullah..."

berbunga hati aku bila ada makcik yang sporting macam ini, LOve you la makcik...huhu...tapi
dalam hati aku masih lagi risau, perkara biasa, dia dan sikapnya, aku masih xdapat jangka, tapi da terbiasa, aku tetap kalah ngan dia,, aku xtau kenapa,,,sampai la aku create post ni sekarang,,,,

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping