LOCATION : Depan Lappy, 313, Pangsapuri Idaman, Permatang Pauh, Pulau Pinang,
TIME : 10.20 am waktu Malaysia
Bismillahirrahmanirrahim...
Pagi-pagi bangun terus on lappy setelah di kejut oleh cik wani , terpukau juga dengan suara manja beliau pas bangun tidur( ehem3) walau dalam talian, (gila angau)... jangan risau la you all, EBS masih lagi SINGLE MINGLE ok...just TTM status jew...hee...
Bila dah siap loading, terus buka Chrome dan sign in blogger, tengok-tengok stat pageview masih lagi dalam telur (0), maybe kena buat entry yang agak global sikit, supaya you all pembaca tak borink kan...
++++
Dengan perasaan yang agak malas untuk mencari tajuk entry baru, EBS terus ke salah satu laman sosial buatan Anak Malaysia yang berura-ura untuk sedia menggantikan FACEBOOK yang khabar anginnya akan ditutup oleh Mark Zurkerberg dalam bulan Mac nanti, Laman Sosial tersebut ialah 1Malaysia.com, agak global kan nama itu,?
EBS dah lama juga mendaftar 1Malaysia ni sejak ada Oh!Media mempromotnya, dan buat masa sekarang EBS masih ada 40 rakan yang EBS add dan di add, termasuk cik wani sendiri, beliau agak jeles sebab EBS mempunyai ramai rakan wanita dalam laman tersebut, (maaf la ye, depa yang add saya dulu...:P)
1. BAHAGIAN LUAR.
Bila saja EBS ke laman 1MALAYSIA.com ni, memang EBS terkejut sebab homepage nya agak ketara dan mempunyai persamaan dengan Facebook, cuma bahagian "background" sudah ditukarkan kepada warna hitam dan bahagian sign in pun agak lebih besar tetapi tidak ada bahagian untuk signup seperti di Facebook.
2. BAHAGIAN DALAM.
Sebelum ini, Bahagian HOME setelah you all sign in nanti juga agak sama dengan Facebook, Cuma terdapat kelainan dari segi content serta font, hal ini mungkin kerana laman 1Malaysia.com masih lagi dalam proses menaiktarafkan untuk lebih menyaingi laman sosial yang lain. Antara bahagian yang terdapat dalam bahagia home you all nanti, adalah 'request', 'popular member', 'newest member', 'statistics', dan 'online member', yang menarik nya disini, sistem 1Malaysia .com mempunyai persamaan sedikit dengan TAGGED.com dalam 'post', iaitu kita boleh meng'LIKE', komen, dan mem'view' post rakan-rakan lain walaupun tidak di 'add', berlainan dengan FACEBOOK di mana hanya rakan-rakan yang di add saja kita boleh melihat post mereka.
3. PROFILE
Tak silap EBS, profail 1Malaysia.com juga boleh diedit seperti dalam Myspace dan Tagged (kalau tak silap lah), sebab EBS pernah tengok salah seorang rakan dalam 1Malaysia mempunyai profail yang berwarna-warni tidak seperti Facebook yang menggunakan default skin dan kita perlu menggunakan browser tertentu untuk mendapatkan profail unik seperti Mozilla. Buat masa ini EBS lebih suka menggunakan default skin untuk profail EBS supaya leih simple dan tak serabut.
Agak penat menaip panjang-panjang ni, setakat ini lah yang EBS boleh bagi you all sedikit gambaran tentang 1Malaysia.com ini, dan You all boleh lah view sendiri kalau nak, jangan lupa daftar sebagai anak Malaysia dalam laman tersebut, dan jangan lupa add EBS (tekan sini) k...?Dengan adanya 1Malaysia.com ini boleh lah EBS mempromot blog EBS yang tak seberapa ini, alah, newbie la katekan...huhu
Dan semoga crew-crew 1Malaysia akan terus berjuang untuk menaiktarafkan dan membaikpulih untuk menaikkan nama MALAYSIA ke seluruh dunia dengan laman sosial yang menjadi salah satu revolusi baru dalam perhubungan dunia maya... Ameen...
nota kaki: jangan lupa add EBS taw...(gile promot)