Dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim...
Segala Puji bagi Allah, Pencipta sekalian alam, Yang Berhak atas segalanya di atas muka bumi ciptaan-Nya,
SUMBER - bbc news
Negara Jepun yang termasuk dalam lingkaran gempa bumi telah pun dilanda gempa bumi dan tsunami teruk ekoran gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di bahagian timur laut Jepun pada 11 Mac 2011 pada pada jam 2.46 petang dan disusuli siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Tsunami setinggi 10 meter juga telah melanda pesisir pantai Sendai di Jepun, (MasyaAllah...) dan kemungkinan besar banyak laluan yang terputus dan kerosakan yang besar.
Kita sebagai warga Malaysia hendaklah bersyukur kerana negara kita tidak mengalami sebarang tempias dari bencana tersebut. Mungkin hanya jalinan ekonomi yang akan sedikit tergugat antara dua negara,
Oleh itu hendaklah kita sama-sama mendoakan mereka terselamat dan tidak banyak yang terkorban. Ambillah iktibar bahawa ini adalah salah satu tanda dekatnya hari Kiamat. Subhanallah.
sumber: imran dan alafiza