Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...
Hari ini mood aku agak tak stabil sikit, bukan sebab mati bini, aku pun tak kahwin lagi. Sebelum ini, aku dah buat entry pasal Emak aku yang menangis sebab aku tak dapat balik JB. Entry ini pulak aku yang nak MENANGIS.
Masa dekat kelas ECS tadi, akak aku call, beliau nak tanya khabar dan tanya bila aku nak call rumah, bukan akau tak nak call, aku memang tunggu masa je bila nak call, mungkin malam ini, or esok. Tengok keadaan lah,
Then akak aku kata, emak tengah sakit, demam-demam katanya. Mulalah aku hati aku tak tenteram. Aku kata malam ini jugak aku call emak, maybe lepas or sebelum meeting.
=================
Lepas je meeting dalam berapa minit lepas, sampai rumah, masak air, terus aku call mak aku. Then adik aku angkat, aku tanya lah dulu beliau dah tidur ke belum, adik aku kata beliau tengah baring. Ok. Boleh lah aku cakap dengan WONDERWOMAN aku ni.
Alahai, bila dah dengar suara beliau, sayu hati aku dengar serak-serak basah dengan diiringi batuk yang keras. Emak aku dari Khamis hari tuhdah sakit. Kenapa aku baru dapat tahu? Adik aku boleh menyampuk kat belakang kata yang emak aku rindukan aku. OK. Kalau betul aku kena berbual lama. Then aku mula lah bertanya khabar semua, sempat jugak tanya resipi-resipi masakan yang memang dah jadi faveret aku bila emak aku masak. Antaranya MAGGI campur, yang lain aku dah lupa. Emak aku kalau dah ada yang tanya pasal resipi memang dia tak boleh stop melainkan rahsia-rahsia masakan beliau. Tanya juga pasal siapa datang rumah lepas abang aku kahwin dulu. Rupanya Pak Tam serta Mak Tam dan anak bongsunya yang comel datang kerumah. Mereka memang rajin jenguk sini kalau ke Johor sebab mereka tinggal kat Semenyih.
Dan aku terkejut yang abang dan isterinya (pengantin baru) tuh datang ke rumah semata-mata ngidam nak makan pelam. Bukan ke dekat luar tuh berlambak. Emak aku dah syak mungkin aku dapat anak sedara lagi. Huh, seronok bukan main lagi mak Datin sorang ni... hee..
Puas dah berbual, aku rasa kesian mak aku dah mula batuk-batuk tak berhenti. Aku cakap dekat beliau stop sampai sini jelah, dah lah Jumaat tu hari beliau sakit sampai tak boleh bangun. Kesian juga Ayah dan adik beradik aku just makan nasi ayam jeee (sedap gak)...Dah berapa hari beliau tak masak sebab sakit...
Harap my WONDERWOMAN ini cepat-cepat lah sembuh. Aku tak nak apa-apa jadi kat beliau. Serius aku sayang beliau. Rasa nak menangis pun ada ni.
Ok lah, sebelum aku tamatkan post ini. Aku nak ucapkan terima kasih pada yang sudi follow blog aku yang seberapa ini. Thanks all. Lap u lah...
notakakicagu: aku doakan beliau dan ayah cepat sembuh dari segala penyakit yang melanda mereka... Amiin...
yang gembeng...