THOUSAND OAKS (California): Tiger Woods muncul juara di kejohanan golf Chevron World Challenge hari ini dalam saingan 18 pemain lelaki, sekali gus kemenangan pertamanya sejak 2009 berikutan skandal seks yang membabitkan bekas pemain golf dunia nombor satu dunia itu.
Woods yang bertanding 26 kejohanan sejak kembali beraksi tetapi gagal memenangi sebarang trofi kerana berdepan dengan pelbagai masalah, termasuk kecederaan dan kesesuaian dengan corak baru permainannya.
Dalam permainan hari ini, Woods berjaya bermain dengan cemerlang melakukan 'birdie' di lubang 17 dan 18, sekali gus berjaya memisahkan satu mata untuk mengalahkan bekas juara Masters, Zach Johnson dengan kelebihan satu pukulan.
“Saya berasa amat gembira," kata Woods selepas mendapat sorakan kuat apabila menyempurnakan birdie sejauh enam kaki pada lubang terakhir.
Dia kemudian berjabat tangan dengan Johnson, dengan peminatnya terpegun dan menyambut gembira dengan kejayaannya di gelanggang Sherwood Country Club itu.
Kali terakhir Woods menggengam trofi ialah di Australian Masters pada 15 November 2009. – AFP
Notakakicagu: da bosan ngan chicks la tuh… haha