Setiap yang datang pasti akan pergi. Ituah yang terjadi kepada keluarga penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex apabila adik kesayangannya, Mohd Amirul Izzat Che Mat yang baru berusia 16 tahun meninggal dunia akibat demam denggi kira-kira pukul 11.15 pagi semalam dan sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab
Allahyarham pergi meninggalkan dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM
Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari.
“Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta.
“Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai,” kata Khairul Fahmi yang akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan kelayakan Sukan Olimpik Rabu ini.”
Kehilangan ini pasti akan meninggalkan kenangan pahit buat penjaga gol terbaik Malaysia yang bersusah payah menjaga gawang dari dibolosi pihak lawan. Kami harap ini akan membangkitkan dan memotivasikan Apex untuk lebih maju dalam arena bola sepak Malaysia seterusnya dapat menaikan nama negara kita.
Takziah buat keluarga Apex, moga Allahyarham Mohd Amirul Izzat tenteram di ’sana’ dan dirahmati rohnya, al-Fatihah,