Hallo!
Wednesday, 1 January 2014
Monday, 4 February 2013
[Video] Awesome: Fast and Furious 6 Unrated Trailer!
Morning guys! Pagi-pagi aku bangun basuh kereta yang dah berhabuk setebal 1 inci walaupun tak dapat mengalahkan make-up2 artis zaman sekarang. Dengan tak mandi lagi, aku dah online facebook mencari info2 terkini dan dengan sukacitanya, one of my all time favourite movie dah kuarkan trailer (bukan treler but close enough) untuk sequel yg ke 6!

FAST AND FURIOUS 6
Awesome kan! You guys can like their facebook pages here and here!
notakakicagu: kalau you all perasan ada kereta kelisa aku dlm tu…
Sunday, 3 February 2013
[VIDEO] This girl is really cute. Wait! WTF??
Another comeback by me. Shah Alam! Peace Yoo!
Fuhh! Fuhhh! Tolak habuks dan sawangs-sawangs dalam blog ni. Atas permintaan Cik Pelangi, aku update jugak. Dah lama tak update serta menaip untuk blog ni. Almaklum lah aku ini bekerja daripada duduk rumah menghabiskan borass jo kan.
Orait! Why Shah Alam? Yup, I’m gonna be there next month. Prove?
Alhamdulillah akhirnya, penantian berbaloi juga. Ramai juga yang suruh aku sambung. Sebab masa ini aku da dapat tawaran kerja dengan syarikat Singapore. Gaji lumayan tapi aku tolak sbb nak sambung. Jadi la aku penganggur jap sampai naik sem nanti.
New environment, new challenges gonna be my routines nanti bila dah kat sana. Yela, bila lihat keputusan Diploma and comparing with Degree punya syarat mungkin aku terpaksa ambil balik beberapa subjek. bukan satu atau dua taw. Tak payah aku cakap berapa. tapi tak apa, janji aku dpt futher jugak sebab bila lagi aku nak sambung study bila dah kerja nanti kan?
So Shah Alam? Wait for me ya! Its gonna be a legendary…!! Peace Yooo!
notakakicagu: berbaloi bawak moto ke kereta ye? sbb aku dah serik naik moto ni. >.<
Tuesday, 23 October 2012
KFC all around?
Ini mungkin entry perli untuk Cik Pelangi walau aku tak ade niat nak troll beliau, hal ini kerana beliau sedang melanjutkan pengajian Ijazah di UiTM Jengka di mana beliau merungut tiada McD atau Kluang Mall ataupun Parade di sana sampai dah meleleh-leleh air liuq tak sabaq nak balik JB nak makan Big Mac.
Gambar dibawah menunjukkan punca OBESITI kepada rakyat Malaysia, are you one of them?
Cik Pelangi, sabaq banyak2 noo…
Miss me?
Hey3! Assalamualaikum dan salam sejahtera! Lama tak dengar khabar anda semua wahai pembaca.
Aku disini Alhamdulillah sihat sejahtera dan bahagia hendaknya. Dah berapa bulan aku tak update blog sejak kerja kat tempat baru ni (tak da la baru sangat). Anyway banyak peristiwa aku nak ceritakan, tapi macam tak kesampaian. Raya dah lepas, kini raya Haji pulak kan tiba. Emak aku dah siap buat serunding. [Slurp3]
Btw, hari ini aku off from work dan begitu jugak esoknya, semuanya berkenaan dengan kekasih hati Cik Pelangi yang sudah bergelar mahasiswi UiTM Jengka nun jauh dalam Pahang sana. Kesian beliau kena duk kat ulu. Malam ni beliau dah gerak balik dah, aku yang sudah pun bekerjaya dan sudah pun menambah dua lagi tayar pada kenderaan aku akan mula mengambil beliau nanti. Siap2 nak bergerak ke senarai destinasi yang beliau sendiri buat, Nak tahu kemana? Tunggu je update dari kami.
Ready to pick her up.
Kereta di atas ni aku baru guna tak sampai dua bulan, dengan hasil duit simpanan aku dari kecik, aku bodek ayah aku untuk carikan satu. Secondhand pun jadi, lagipun kereta jenis ni memang tengah market. Minyak pun jmat. Kalau tak kerana tragedi sebelum Syawal tu hari. Memang aku tak merasa pakai kereta sekarang ni. Alhamdulillah, rezeki kan
Friday, 29 June 2012
Tuesday, 12 June 2012
10 ‘warming up’ sebelum ketibaan Ramadhan
Hari ini 12.06.2012 bersamaan dengan 22hb Rejab 1433 Hijriah dan kurang dari sebulan setengah kita akan menyambut bulan mulia iaini Ramadhan pada 20hb Julai 2012 bersamaan dengan hari Jumaat. Oleh kerana bulan itu bulan puasa, maka kita hendaklah melakukan latihan berpuasa dan aktiviti yang boleh memberi manfaat untuk kita dibulan yang mulia agar sentiasa tampak sihat dan bertenaga. Hal ini juga kita boleh menunjukkan kepada golongan bukan Islam bahawa puasa tidak menganggu aktiviti harian kita dikala perut lapar dan dahaga malah boleh menyihatkan badan.
Sejujurnya, aku memang jarang puasa sunat. dan ini menyebabkan ketika awal bulan puasa (3 hari pertama) aku akan mengalami pening kepala, dan lemah badan akibat kejutan perut kosong dan ketiadaan tenaga yang drastik. Hal ini berlaku ketika aku masih menuntut pengajian Diploma di Penang.
Dibawah adalah gambar susun atur aktiviti ‘warming up’ sebelum datangnya bulan mulia bulan Ramadhan nanti.
notakakicagu: Aku nak berterima kasih kepada sesiapa yang sudi buat tips ni. Terima kasih banyak2. Sebab aku boleh warming up dan jalankan puasa aku dengan lebih sempurna lagi.
Saturday, 9 June 2012
Rupa sebenar kaki seorang penari ballet
Bak kata pensyarah aku, nak tengok perempuan, bukan pada wajah, tapi KAKI, kalau muka cantik tapi kaki tak berjaga. Assalamualaikum je leee…
Dibawah ini adalah gambar seorang penari ballet. Kesian, minat punya pasal, kaki sanggup tak jaga. Apa pun cannot la.
Notakakicagu: Kuningnya kuku beliau.. ==”
Cool: WWW1 for Sultan Johor’s SATRIA NEO…
Tuesday, 5 June 2012
18++: Petua untuk tahan lama…. (Bacaan dewasa sahaja)
Semua benda kita nak tahan lama kan?
NASI/LAUK - Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
PAKAIAN - Nak tahan lama,
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama2 sangat. Elak guna washing machine. Jangan jemur bawah mentari terik. Elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER…
BAJU SENDIRI SIMPAN.
KELAPA PARUT - Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2012. Dan sebelah lagi pada 1 January 2013. Wah…tahan sampai 2 tahun kan ?
KERETA - Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk. Jangan bagi wap air masuk. Bayar loan bulan2 sampai abis loan. Gerenti tahan lama.
KENYANG - Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan – baca bismillallah dan doa
Akhir makan – doa dan ucap alhamdullillah. ..
UMUR - Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada, banyakkan lagi masalah).
ROKOK - Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah… …!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
BROADBAND - Nak broadband tahan lama?
korg guna la VPN... Unlimited bandwidth, senang cite, kalau kuota dah abis pon,masih laju speed broadband tersebut.
LAPTOP/PHONE - Nak laptop atau phone tahan lama?
Sile guna software yang betul, maintainance kena rapi. Kalau x, kelaut la korg punye lappy/phone korg yang canggih tuh..
Ada satu lagi but x berapa sesuai kat dalam nih
Friday, 25 May 2012
Personal: iPhone dan Beras?? Cara untuk keringkan iPhone menggunakan beras.
Assalammualaikum!
Nak update entry sebelum pergi solat Jumaat, aku tengah sedih sebab baru je aku dapat enjoy WHATSAPP application menggunakan iPhone aku dengan Cik Pelangi. Huhu! Nasib aku guna dua phone. iPhone aku rosak masuk air semalam gara-gara hujan lebat masa aku tengah rider balik rumah dari kerja. Ciskek! Tak sempat nak berhenti maa.. Seriusly aku cakap. Sedih!
Bila aku search how to fix water damage iPhone di Google, ada yang mengatakan ‘seal the iPhone with silica gel’. Ala, kalau you all selalu beli kasut, mesti ada satu paket berwarna putih mengandungi bijian kecil dalam kotak kasut tu. Fungsinya adalah untuk menyerap lembapan dari kasut baru. Ternyata banyak testimoni mengatakan teori ini berjaya. Sila lihat komen2 di bahagian bawah artikel ni.
Haa.. cara lain adalah menggunakan beras dimana beras jugak menyerap lembapan sebelum menjadi nasi. Tanpa air, nasi tak jadi. Lebih air, bubur terjadi.
Di bawah adalah gambar dimana aku menggunakan cara yang diajar dalam artikel tadi.
1
2
3
4
5
6
Jangan lupa tutup tupperware tersebut ketat-ketat dan letakkan di tempat yang panas. At least 2 days afterwards, you can try to turn it on. Aku baru je buat langakah-langkah ni, nasib la emak aku spoting. Tak tahulah boleh guna lagi ke tak sebab aku dah kasi cium kat lantai 3 kali ini iPhone malam tadi. hik3
Iphone aku ni sebenarnya keluaran generasi pertama Apple,dan ini pun pemberian orang. Nak hantar service pun tokey tak mampu buat dan mest makan cost. Lebih baik aku simpan duit beli Galaxy ACE macam Cik Pelangi guna. Untungla beliau!
Ok lah, masa untuk siapsiap dengar khutbah! Chow!
Notakakicagu: Aku rasa handphone lain pun boleh guna cara ni. tapi macam leceh jee..
Suri,anak Tom Cruise yang lebih matang dari usia.
Siapa yang tak kenal Tom Cruise, pelakon kacak yang dari dulu hingga sekarang menjadi pujaan ramai wanita (phuii) dan isteri beliau, Katie Holmes yang cantik jelita menjadi idaman setiap lelaki serta kaki hidung belang (haak phuii). Jadi dengan gandingan kacak dan jelita ini pastinya memberi ‘output’ yang tak kurang hebat.
Suri, anak kepada gandingan si kacak dan si jelita juga mewarisi kejelitaan ibu beliau. Gambar yang dipaparkan diambil ketika Suri dan ibunya berjalan keluar dari sebuah kedai makan dengan membawa secawan kopi (minuman yang asing bagi kanak-kanak seusia beliau)
Kanak-kanak ini dikatakan mempunyai citarasa fesyen yang cukup tinggi dan penampilannya dilihat melangkaui usia sebenar. Beliau kelihatan 10 tahun lebih matang dari usia sebenar beliau iaini 6 tahun pabila mengenakan sedikit gincu di bibir mulusnya. Dan apa yang membezakannya ialah anak patung yang sering menjadi peneman beliau kemana saja beliau pergi.
notakakicagu: My gosh! Can’t wait to see her next 15 years! I wish my future daughters are more gorgeous than her! *facepalm
Segmen "Saya Blogger Hot" by Chegu Along.
Assalamualaikum dan salam Jumaat, penghulu hari.
Hari ini aku nak mulakan entry dengan join satu segmen dari Chegu Along.
Ini adalah syarat penyertaan:
1. Mestilah seorang blogger.
2. Follow blog Chegu Along. (wajib)
3. Klik like pada page Chegu Along. (tak wajib)
4. Pastikan tajuk entri : Segmen "Saya Blogger Hot" by Chegu Along.
5. Copy banner kat atas tu : "Saya Blogger Hot" dan paste dalam entri anda.
6. Paksa 3 kawan anda join segmen ni.
7. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen di bawah. (ruang lain, batal penyertaan. hahaha *kejam!*)
Selain itu, 5 hadiah misteri juga menanti peserta segmen ini!
Tarikh tutup : 16 JUN 2012!
Nak tag mereka yang suka join segmen,
Cik Pelangi, Cik Myza, dan Fariz Reza!
Thursday, 24 May 2012
Personal: Terima Kasih Pak Cik ‘Mydin’!
Siapakah beliau? You all ingat entry ni?
Sebenarnya, yang aku maksudkan ialah pasar raya MYDIN dekat Uda berdekatan dengan restoran mamak Osman tuu… aku tergerak hati nak pergi sana sebab aku rasa aku beli perfume CHANCES tu kat MYDIN setahun yang lepas.
Bila aku sampai aku berharap sangat2 Pasar raya ni masih lagi menjual perfume yang kononnya LIMITED EDITION ni. dekat GUARDIAN tak ada! Dekat WATSON apatah lagi dekat kedai-kedai yang lain.
Dan JENG3!
I got it with the lower price than the first time i bought it last year. Just like a butterfly flying inside my belly, I called my sweetpie (Cik Pelangi) and she also excited when i told what actually happen, most exciting moment when I told her about the HOPE perfume also had a lower price than she actually bought at her place. RM30.00 ++ at the Mart (MYDIN) the price is RM22.90!! Mine is RM26.90 which is RM4.00 less than I bought last year. What a surprise!
Without any doubt. I just take it with happy smile! Thanks MYDIN!
Now FYI, I have 3 eau de toilette’s in my collection. Of course the CHANCES, I will use it for dating only, because my sweetpie can’t smell another kind of perfume except the CHANCES (ngada2 kn?). And the others will use it for another jobs.
Saja taknak bukak plastik cover Chances tu. Nak suruh Cik Pelangi bukakkan. Hee. Yang biru kecik tu pemberian akak aku. Menurut beliau, perfume itu mereka dapat masa kahwin dulu, tapi abang ipar aku tak suka bau dia,(agak sedap tengik sikit).
Notakakicagu: With a zillion of thankful to Allah s.w.t, I got my favourite perfume. Can go out with confident and gentle!
Chow!
Wednesday, 23 May 2012
SEGMEN 1 : Blogwalking sambil tambah follower bersama Myza
Lama dah aku tak join segmen. Last segmen bulan 12 tahun lepas dari Kaki Wayang. Thanks cik MYZA sebab buat segmen ni. ngee
Nama aku Mohamad Saiful bin Mohd Nasir dan aku baru je habis pengajian Diploma Kejuruteraan Awam di UiTM Penang. Sekarang aku menghabiskan masa dengan bekerja di UDA OCEAN PLAZA ANGSANA sebagai permanent Part time Promoter dibawah company TCL Holdings.
Wanna join?
Click here!
Tarikh tamatnya segmen ini pada 23 May 2012 ( RABU ) jam 11 malam
Wordless Wednesday #9: Diari yang berhabuk.
Joining GUSHCLOUD to make money! In USD!!:)
Apa itu GUSHCLOUD? Aku baru je join Gushcloud ni minggu lepas. tapi earning tak ada lah banyak mana pun sebab kerja yang ditawarkan tak banyak. Yang banyak tu cuma kontest entah apa-apa je. Promote sapa ntah. Buka familiar pun.
Gushcloud ni menawarkan bayaran dalam bentuk USD dan ini bermakna jika ditukarkan ke dalam mata wang Malaysia tentunya ia lebih 3 kali ganda. Lepas anda dah earn USD20 dan ke atas, anda dah boleh cashout melalui PayPal ataupun iBanking account. Untuk karma points pula, korang boleh redeem hadiah-hadiah menarik seperti ipad, Blackberry, percutian dan macam-macam lagi.
Ala, baru sikit je pun nak promote sekarang. Sikit-sikit pun jadilah. Lama-lama Cashout jugak kan! Ianya senang dan mudah. Hanya Gushing kerja yang ditawarkan dimana-mana laman sosial yang anda layari samaada facebook atau Twitter dan anda akan dibayar mengikut harga yang ditawarkan oleh majikan. Klik dan klik je pun. Nak daftar pun senang dan mudah. Hanya ke Gushcloud.com dan sign in melalui facebook atau Twitter anda.
So apa lagi jomlah join!!!
Dan ini ada tutorial untuk anda mengenai Gushcloud.
notakakicagu: kumpul banyak2 buat kahwin! kan Cik Pelangi. ;)
Personal: No more Chances.
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Semalam aku pergi Plaza Angsana dengan dua tujuan. Tujuan pertama aku nak teman seorang member aku yang nak cari kerja kat sana. Seriuosly memang banyak kerja kosong yang ditawarkan lebih-lebih lagi butik yang membuatkan aku yang kaum lelaki terpikir secara automatik yang majikan ini hanya mahu perempuan sahaja sebagai pekerja mereka. Lelaki mana ada nak kerja dengan butik-butik ni. Aku pun tak nak melainkan butik-butik sukan dan yang berkaitan dengan lelaki.
Ok, tujuan yang kedua ialah aku nak mencari barang, shopping sikit la. Nak beli selipar or sandal menggantikan flippers aku yang hilang lepas solat Jumaat di Masjid Ungku Tun Aminah. Bukan sekali, dah tiga kali selipar aku kena rembat. Balik aku selamba kaki ayam bawak motor. Lepas cari selipar sambil teman member aku sorang ni usha kerja kosong, aku pergi Guardian nak cari perfume kegemaran. Cari punya cari, tak jumpa. Hampa. Hampir setahun aku guna perfume ni tau. Dan ia juga ada pasangannya. Bau dia pun aku suka jugak dan ia digunakan oleh Cik Pelangi kesayangan. Nak tahu perfume apa?
Di Watson pun dah tak ada perfume ni. Apatah lagi di farmasi berdekatan. (Apa pun tak boleh)…Jadi aku try perfume-perfume lain. Aku ni suka haruman yang lembut macam perfume yang atas ni. So bila try satu-satu perfume (Sampai bercampurbaur) dari bau tengik hingga lah tercium satu bau perfume ni. Bagi aku harganya berpatutan dan mempunyai haruman yang lembut.
Gatsby BLISS dengan harga RM14.36 sen kurang setengah harga berbanding harga CHANCES tapi bauan memang sedap walaupun tak dapat mengalahkan haruman dari CHANCES. Berbaloi la jugak.Aku harap haruman dari BLISS ni dapat mencairkan Cik Pelangi nanti. HEHEHE…
Sunday, 20 May 2012
Bad Haircut and Pimples around!
Agak tension kebelakangan ini disebabkan potongan rambut yang hodoh dan membuatkan keyakinan diri aku merudum, potongan rambut yang sekarang ini cuma nampak ok apabila rambut dalam keadaan basah dan bila dah kering macam ape dah muka aku, Emak dan rakan sekerja kata ok. Tapi tidak bagi aku. Sabar je la, lepas dapat gaji semalam terus aku pergi gunting rambut di kedai berdekatan masjid Ungku Tun Aminah. Lepas gunting itu, memang tak pernah tak ada rasa menyesal. Tak gunting salah, gunting pun salah. Haiya! Macam mana aku nak jumpa Cik Pelangi aku sorang ni. Mesti dia ketawa kan aku, Kalau bukan dia, mesti ada orang lain kan. SABAQ JA LAAA..!
gambar hiasan
Masalah jerawat lagi satu. Lokasi paling HOT, atas bibir atau lebih tepat lagi dekat misai ni ha. Pergh! Dia punya pergi tu…Sabaq ja la yang mampu. Rindu punya pasal atau berangan punya pasal aku tak tahu. Jerawat batu la paling aku benci. Sakit woo..
Adakah aku perlu bela misai agar jerawat tidak kelihatan??
Haa! Bedak sejuk pun macam tak sempat pakai sebab balik kerja aku dah penat sangat, just basuh muka je dengan foam wash GARNIER yang FAHRIN AHMAD pakai. Chewaah! Kelas kau Maria! (tuih!)
Teringat pesanan Cik Sarah Orked, dia kata kalau nak picit jerawat tuh buat steam muka dahulu,
Caranya, letakkan air panas dalam baldi, tadah muka dekat wap-wap air panas tadi sampai anda rasa muka anda tak tahan dengan kepanasan wap tersebut, tadah lagi sampai bila anda suka, boleh tutup kepala dengan kain untuk kesan lebih mendalam (ayat tak boleh blah), bila muka dah ready, boleh pergi cermin dan picit jerawat yang berkenaan, jangan lupa basuh tangan dulu ya!
notakakicagu: tak sempat nak tulis panjang2, pukui 1 dah nak gi kerja. Cis! Rambut lagi! ==”