Wednesday, 23 May 2012

Personal: No more Chances.

DSC02306

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Semalam aku pergi Plaza Angsana dengan dua tujuan. Tujuan pertama aku nak teman seorang member aku yang nak cari kerja kat sana. Seriuosly memang banyak kerja kosong yang ditawarkan lebih-lebih lagi butik yang membuatkan aku yang kaum lelaki terpikir secara automatik yang majikan ini hanya mahu perempuan sahaja sebagai pekerja mereka. Lelaki mana ada nak kerja dengan butik-butik ni. Aku pun tak nak melainkan butik-butik sukan dan yang berkaitan dengan lelaki.


Ok, tujuan yang kedua ialah aku nak mencari barang, shopping sikit la. Nak beli selipar or sandal menggantikan flippers aku yang hilang lepas solat Jumaat di Masjid Ungku Tun Aminah. Bukan sekali, dah tiga kali selipar aku kena rembat. Balik aku selamba kaki ayam bawak motor. Lepas cari selipar sambil teman member aku sorang ni usha kerja kosong, aku pergi Guardian nak cari perfume kegemaran. Cari punya cari, tak jumpa. Hampa. Hampir setahun aku guna perfume ni tau. Dan ia juga ada pasangannya. Bau dia pun aku suka jugak dan ia digunakan oleh Cik Pelangi kesayangan. Nak tahu perfume apa?

Di Watson pun dah tak ada perfume ni. Apatah lagi di farmasi berdekatan. (Apa pun tak boleh)…Jadi aku try perfume-perfume lain. Aku ni suka haruman yang lembut macam perfume yang atas ni. So bila try satu-satu perfume (Sampai bercampurbaur) dari bau tengik hingga lah tercium satu bau perfume ni. Bagi aku harganya berpatutan dan mempunyai haruman yang lembut.

DSC02307DSC02308

Gatsby BLISS dengan harga RM14.36 sen kurang setengah harga berbanding harga CHANCES tapi bauan memang sedap walaupun tak dapat mengalahkan haruman dari CHANCES. Berbaloi la jugak.Aku harap haruman dari BLISS ni dapat mencairkan Cik Pelangi nanti. HEHEHE…

Sunday, 20 May 2012

Bad Haircut and Pimples around!

 

image201205200001

Agak tension kebelakangan ini disebabkan potongan rambut yang hodoh dan membuatkan keyakinan diri aku merudum, potongan rambut yang  sekarang ini cuma nampak ok apabila rambut dalam keadaan basah dan bila dah kering macam ape dah muka aku, Emak dan rakan sekerja kata ok. Tapi tidak bagi aku. Sabar je la, lepas dapat gaji semalam terus aku pergi gunting rambut di kedai berdekatan masjid Ungku Tun Aminah. Lepas gunting itu, memang tak pernah tak ada rasa menyesal. Tak gunting salah, gunting pun salah. Haiya! Macam mana aku nak jumpa Cik Pelangi aku sorang ni. Mesti dia ketawa kan aku, Kalau bukan dia, mesti ada orang lain kan. SABAQ JA LAAA..!

Misai Abah

gambar hiasan

Masalah jerawat lagi satu. Lokasi paling HOT, atas bibir atau lebih tepat lagi dekat misai ni ha. Pergh! Dia punya pergi tu…Sabaq ja la yang mampu. Rindu punya pasal atau berangan punya pasal aku tak tahu. Jerawat batu la paling aku benci. Sakit woo..

Adakah aku perlu bela misai agar jerawat tidak kelihatan??

Haa! Bedak sejuk pun macam tak sempat pakai sebab balik kerja aku dah penat sangat, just basuh muka je dengan foam wash GARNIER yang FAHRIN AHMAD pakai. Chewaah! Kelas kau Maria! (tuih!)

 Teringat pesanan Cik Sarah Orked, dia kata kalau nak picit jerawat tuh buat steam muka dahulu,

Caranya, letakkan air panas dalam baldi, tadah muka dekat wap-wap air panas tadi sampai anda rasa muka anda tak tahan dengan kepanasan wap tersebut, tadah lagi sampai bila anda suka, boleh tutup kepala dengan kain untuk kesan lebih mendalam (ayat tak boleh blah), bila muka dah ready, boleh pergi cermin dan picit jerawat yang berkenaan, jangan lupa basuh tangan dulu ya!

notakakicagu: tak sempat nak tulis panjang2, pukui 1 dah nak gi kerja. Cis! Rambut lagi! ==”

Thursday, 17 May 2012

Personal: Cerita lama yang baru nak dihebohkan.

 

deanslogo_copy

Oleh sebab aku dah lama tak update blog, dan hari ini aku nak cerita apa yang berlaku sebenarnya dalam masa 6 bulan tersebut.

Aku mengambil keputusan untuk berhenti sementara dari berblogging gara-gara down. Down sebab keputusan aku semester 5 amat tak memuaskan. Bawah 3 bro. Aku tak tahu pasai pa. Seriusly memang aku down. Then memandangkan CGPA aku berada diparas bahaya (cukup-cukup makan) untuk aku melanjutkan pelajaran ke peringkat  DEGREE atau pun SARJANA MUDA kat UiTM jugak, it’s can be a good reason.

Semester 6 iaitu semester akhir untuk aku push up my CGPA. Cuba ubah slow2 sikap aku yang main2 masa tu. Macam sudah terlambat kan? Tapi semester ni seriusly banyak projek kena setelkan. Dari Taking Off, Design Project, Entrepreneur Day, dan SITE VISIT lagi. Kebanyakan kerja ada yang aku buat cepat, ada yang aku tangguhkan Sikap suka tangguhkan kerja tu lah yang buat aku leka selama ni dan semester akhir ni aku cuba ubah slow2 dan penyebab aku menjadi orang yang selalu meraikan kejayaan orang lain yang dapat Dean List.

DSC02275Dua fail tebal ni adalah untuk satu projek, nasib buat dalam group. 5 members per group.

logo DUA

Yang atas ni adalah logo untuk projek ETR 300 atau Fundamental of Entrepreneurship di mana kumpulan kami memproses ais krim Yogurt dengan topping sekali. Feedback yang kami dapat amat2 memuaskan. Winking smile

Site visit pada semester 6 ni cuma ada pergi ke construction site di Jalan Raja Uda dan ke Ulu Paip. Banyak pengalaman aku bila pergi tempat2 macam ni.

DSC00714

Raja Uda Construction Site

DSC00590DSC00568

Ulu Paip Recreational Forest.

Cik Pelangi, my sweet love, the one that always beside me even she’s not there, selalu teman aku siapkan projek yang berlambak atas meja study tu. Macam mana dia teman?? SKYPE la pe lagi. A medium that always connect both of us. Kadang sampai beliau tertidur2. :’) Terima kasih sweetpie. Jasamu dikenang hingga akhir hayat, nanti kanda belanja choki2 ye Smile with tongue out Beliau memang cukup paham dengan situasi aku. Buat aku terharu.  

Banyak pengalaman aku dapat masa semester 6 ni, penat lelah pun berbaloi jugak akhirnya dimana aku dapat meraikan kejayaan aku sendiri, iaini aku mendapat keputusan yang boleh dikatakan berbaloi. DEAN LIST untuk semester 6 dengan CGPA aku dapat up sikit.

ALHAMDULILLAH! Berkat doa dari emak dan abah serta adik beradik aku yang lain, serta kerjasama dari pihak tertentu dan usahasama dari rakan2 dan yang tersayang. Aku dapat menamatkan Satu lagi peringkat pendidikan iaini DIPLOMA dalam bidang Kejuruteraan Awam. Semoga semua ilmu yang aku dapat dari pensyarah, rakan-rakan dan pihak yang aku pernah berinteraksi, boleh aku gunakan untuk masa akan datang. Tak sabar rasa nak naik atas pentas masa konvo nanti! Wee~~

 ‘Masa depan dibeli oleh masa sekarang’

Samuel Johnson.  

DSC00590

SmileI’m nothing without their support! Smile

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping