Tuesday 12 June 2012

10 ‘warming up’ sebelum ketibaan Ramadhan

 

Hari ini 12.06.2012 bersamaan dengan 22hb Rejab 1433 Hijriah dan kurang dari sebulan setengah kita akan menyambut bulan mulia iaini Ramadhan pada 20hb Julai 2012 bersamaan dengan hari Jumaat. Oleh kerana bulan itu bulan puasa, maka kita hendaklah melakukan latihan berpuasa dan aktiviti yang boleh memberi manfaat untuk kita dibulan yang mulia agar sentiasa tampak sihat dan bertenaga. Hal ini juga kita boleh menunjukkan kepada golongan bukan Islam bahawa puasa tidak menganggu aktiviti harian kita dikala perut lapar dan dahaga malah boleh menyihatkan badan.

Sejujurnya, aku memang jarang puasa sunat. dan ini menyebabkan ketika awal bulan puasa (3 hari pertama) aku akan mengalami pening kepala, dan lemah badan akibat kejutan perut kosong dan ketiadaan tenaga yang drastik. Hal ini berlaku ketika aku masih menuntut pengajian Diploma di Penang.

Dibawah adalah gambar susun atur aktiviti ‘warming up’ sebelum datangnya bulan mulia bulan Ramadhan nanti.

10 warming up menuju ramadhan

notakakicagu: Aku nak berterima kasih kepada sesiapa yang sudi buat tips ni. Terima kasih banyak2. Sebab aku boleh warming up dan jalankan puasa aku dengan lebih sempurna lagi. Smile

Saturday 9 June 2012

Rupa sebenar kaki seorang penari ballet

 

Bak kata pensyarah aku, nak tengok perempuan, bukan pada wajah, tapi KAKI, kalau muka cantik tapi kaki tak berjaga. Assalamualaikum je leee…
Dibawah ini adalah gambar seorang penari ballet. Kesian, minat punya pasal, kaki sanggup tak jaga. Apa pun cannot la.

thefeetofprofessionalba 1

 

thefeetofprofessionalba

Notakakicagu: Kuningnya kuku beliau.. ==”

sumber

Cool: WWW1 for Sultan Johor’s SATRIA NEO…

 

The Satria Neo worth it… Nombor plat lagi mahal wooo…

292598_381642838550611_1695062839_n

notakakicagu: Daulat Tuanku!

Tuesday 5 June 2012

18++: Petua untuk tahan lama…. (Bacaan dewasa sahaja)

 

Semua benda kita nak tahan lama kan?

NASI/LAUK - Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.


PAKAIAN - Nak tahan lama,
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama2 sangat. Elak guna washing machine. Jangan jemur bawah mentari terik. Elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER…
BAJU SENDIRI SIMPAN.


KELAPA PARUT - Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2012. Dan sebelah lagi pada 1 January 2013. Wah…tahan sampai 2 tahun kan ?


KERETA - Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk. Jangan bagi wap air masuk. Bayar loan bulan2 sampai abis loan. Gerenti tahan lama.


KENYANG - Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan – baca bismillallah dan doa
Akhir makan – doa dan ucap alhamdullillah. ..


UMUR - Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada, banyakkan lagi masalah).


ROKOK - Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah… …!!!!, letak atas meja dan pandang saja.


BROADBAND - Nak broadband tahan lama?
korg guna la VPN... Unlimited bandwidth, senang cite, kalau kuota dah abis pon,masih laju speed broadband tersebut.


LAPTOP/PHONE - Nak laptop atau phone tahan lama?
Sile guna software yang betul, maintainance kena rapi. Kalau x, kelaut la korg punye lappy/phone korg yang canggih tuh..


Ada satu lagi but x berapa sesuai kat dalam nih

Rebecca_7ed090_2536266

sumber

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping