Saturday 31 July 2010

_NAIKTARAF_



yiihaaa...!!!

da lame aq xupdate blog kecayangan akuh ni, masa ni lappy yang beroperasi sudah pun dinaik taraf prestasi beliau dengan penambahan 2GB RAM dengan 1GB RAM yg sedia ada,bermakna aq da ada 3GB RAM DDR2, WAH!! aq suka ini, mmg puas hati,

penambahan ini aku wat dekat PISA (Penang International Sports Arena) sempena berlangsungnya PC FAIR 2010 yang tengah meletup di Malaysia..

masa ini jugakla pecah nye rekod aku selama setahun aku duk kat penang ni, aku menjejakan kaki ke bahagian Pulau buat kali pertama , agak terkejut partner2 aq yang ikut sekali mase tuh,

bukan apa, xde sape nak ajak aku pi pulau, so aku pun malas nak pikir, ada jugak kakak ku ajak, tapi xde masa, apa aku ley buat...

masih aku ingat kul berapa aku masuk ke jambatan Pulau Pinang tu, dalam pukul 5.49 petang waktu Malaysia, hihi, dan tiba kat PISA dalam pkul 6.19, bukan apa, kenangan kot seumur hidup, lu apa tawu, hihi...


penat aku mengusung LAPPY kesayangan aku nih sekitar P.I.S.A, penuh dengan Kaum Cina, biasa lah, da tempat dia,,

masa aku mengUSHA harga RAM, mmg tertelan air liur aku dibuat nyer, lau boleh nak tertelan sekali HALKUM ni, sebab harga yang ditetapkan masih sama dengan harga kat luar, tapi apakan daya, da la datang jauh2, dari aku xbawa balik apa2 baik aku pasang jew, demi lappy kesayangan ni, harap ko tak akan meragam lagi pas ni ye sayang, :)


oleh kerana si makhluk hijau a.k.a SHREK pun mengirim Internet security KASPERSKY, aku pun nak join sekali, (da la rembat yg 3users punye, nak la jugak kn, hihi,)dan terprotect lah lappy ku sekarang, ALHAMDULILLAH...:)


tapi malang nasib, sebab Xsempat nak ambil gambar kenangan masa kt pulau -.-", seriusly masa tuh tengah kelam kabut gila, mmg da plan, tapi partner2 aku (HAFIZ N WAN ABE) mula kelam kabut bila xcukup duit nak beli KASPERSKY selepas beli untuk SHREK, aku da xboleh wat ape2 sebab dah pun kering lepas upgrade my honeybee, hehe...(tapi akhirnye dapat gak beli sepas korek dan korek duit dari saku2 mereka, ^^)

selpas sampai ke rumah, aku pun xbuang masa lgi melaksanakan...

-bentang katil,
-on lappy,
- transfer fail dalam 2nd hard disk,
-format lappy,
-mandi,
-solat isyak...

then aku terus setting aa yg patot, mmg puas hati bila dah upgrade...hihi...


cAyang ko lappy...^^


Saturday 10 July 2010

...fall in love with photo editing...

Ya,

AkU sudah jAtuh CiNtA sama itu 'PhoTo EdiTiNg', ini semua gara-gara projek yang ditugaskan oleh Puan Nadirah untuk membuat banner dan poster promosi untuk Sukan Antara Fakulti (SAF 2010) UiTM Pulau Pinang.

Waktu aku tulis 'post' ni, banner dan poster sudah 90% siap, bertungkus lumus aku memikirkan apa motto SAF10 kali ini, dan dengan jayanya dari pihak exco-exco yang lain, muncullah motto "KE ARAH MENJANA MAHASISWA AKTIF" dan motto ini datangnya dari idea presiden P'CES* sendiri.

Oleh kerana program UiTMPP kali ini berdasarkan kesukanan memang agak relevan dengan motto tersebut, kan? hihi*
Dengan bantuan Aiman Ug dan Anas Saufi selaku EXCO Multimedia dan Publisiti, terhasillah banner dan poster yang tak kurang menariknya.

Aku tak dapat upload banner dan poster tersebut sekarang sebab ada pada mereka, tak sempat nak sedut semalam sebab masing-masing dah penat memerah otak untuk 'edit' benda tuh. Ingat senang ke...?

Tapi walau apa pun, aku dah dapat benda baru bila buat semua ini. Dan aku boleh la meng'edit' gambar aku sendiri dengan adanya website www.picnik.com, dan ini hasil dan sentuhan pertama dan kedua aku, gegege..:)



"first touch"
"second touch"

Walaupun hasilnya tak seberapa, tapi sekurang-kurangnya aku dapat asah bakat dan kreativiti, dengan 'tools' dan "application' yang sedia ada, aku cuba perbaiki selagi boleh...:)

sebab aku dah jatuh cinta sama ini "PHOTO EDITING"... hihi*

Wednesday 7 July 2010

...MEMADUKAN HANDPHONE...



Hari ini merupakan hari cuti pertama untuk sem ni sempena 'Penang Heritage Day', dan juga merupakan hari yang paling bermakna untuk mahasiswa2 seperti aku di kampus UiTM Pulau Pinang untuk merehatkan diri walaupun baru dua hari memulakan pembelajaran,

Setakat ini, persepsi dan impression kami ( group CD3F1) terhadap pensyarah semuanya memuaskan. Tidak ada yang merungut sana sini seperti di sem lepas. Pensyarah untuk sem ini ok, tapi tak tahu lah lepas da dapat assignment kan,? HEHE,

Pada Ahad (4.07.2010), W350i aku sudah pun selamat dimadukan dengan handphone aku yang baru iaitu SE J105i Naite. Hal ini kerana aku dah mula fed up dengan W350i tu, Paham2 je la, dah lah:

-flip patah,
- speaker dalam dah tak berfungsi, menyusahkan aku nak bergayut)
-kamera kejap boleh kejap tak boleh / tak lawa,
-skrin kecik.

W350i
*cantik je kan bila ada flip...

*bila dah tercabut, nampak cam HP mainan je...

Memang menyesal aku beli sebelum aku masuk UiTM dulu, tapi dalam sesal tu aku tetap lah sayang sebab HP ni pemberian ayah aku pabila HP yang sebelum tu rosak akibat masuk air laut tika bersama yang tersayang dekat Pantai Batu Layar dulu. Huhu.

Jadi aku buat HP ini untuk no celcom for emergency sahaja. Dan memang aku tak salah pilih HP yang baru ini,. dan aku betul2 puas hati. Dengan harga 420 ringgit Malaysia sahaja aku dah dapat HP ini. sebab aku pilih

-nama yang stylo seperti reka bentuknya (walau nampak biasa tapi apa aku kesah...!!) :P
- harga yang boleh tahan berpatutan,
-3g included dan imej yang ada kualiti, (aku suka ambil gambar...!)
-keypad yang agak senang digunakan,
-bateri yang tahan lama untuk,
-sound kualiti yang agak baik walau tak sebaik W350i aku,
-tak perlukan cd untuk install software SE kat PC, built in software, connect HP kat pc then automatik install,
-skrin yang BESAR...!
-dan macam2 lagi...

huhu...
SONY ERICSSON NAITE (J105i)

*merah pilihanku...:)
*tu dia....terbaik dari ladang...!!
hehe,

puas aku survey kat tenet, tapi ini antara yang terbaik dan termampu dalam bajet aku,
Mulanya aku nak ambil K770i, tapi disebabkan model tersebut dah tak keluar lagi, aku pun cancel lah dan ambil HP ini. Unik beb HP ni, sebab nama beliau adalah NAITE...hehe, pape je kan..?

aku berharap la HP ini akan bertahan, sayang kot HP ni...hehe...and ia dan jadi BINI ke-2 aku
:P

Saturday 3 July 2010

...percubaan menyelamat...

location: atas katil, depan laptop, rumah flat, permatang pauh, penang...
mood: ting tong...!



hah...ini yang paling aku suka...agak minat jugak lah,

PERCUBAAN MENYELAMATKAN RUMAH TANGGA


salah seorang sahabat aku, Kamal Fitri,



yang suapkan aku uh la SAHABAT aku yang terbaek...! masa ni kt CIQ , prepare untuk majlis makan VIP yang bermesyuarat kat sana, masa ini dia pun tengah frust, tapi dia ni happy go lucky, luka di hati pun pendam je...aku salute kat sahabat aku yang seorang ni,

OK...! lupakan pasal CIQ dan kejadah yang laen...!

fokus aku kali ini ialah aku sedang cuba untuk menyelamatkan Rumah tangga sahabat aku ni,

-sebab ape.....

sebab aku tak mahu depa ni dok merana lagi,

tak sanggup aku, masuk ini dah tiga kali dia asyik merana kerana cinta, wahai KAMAL oi,,,

sudah la tuuu... dulu punya la bahagia aku tengok ang pa berdua,,, aku lah yang jadi photographer time ang pa dilamar dan dilamar, walaupun time tu rumah tangga aku pun tengah bergolak, tapi sahabat aku utamakan...




haa...! tengok...!
terbaik tak gambar yang aku 'snap' ni...?


time ni yang aku cuma harapkan yang Panjang a.k.a Kamal dapat ubat hati dia yang luka bila dah jumpa Emma ni, aku tengok depa ni memang sesuai,, macam pinang dibelah dua, huhuhu...
tu je harapan aku, tapi sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula makan dalam mulut...ye tak?

banyak lagi gambar yang aku snap... tapi xpayah la aku upload banyak, cukup la ye...hehe


time aku tengah taip post ni, time ini lah mereka ini tengah bergolak, aku mula malas nak masuk campur,tapi dengan sebab yang da tertulis kat atas itu, aku mestikan juga, huh!

dengan mengambil statement dari kedua-dua belah pihak (macam polis lah pula), aku cuba open table, tapi aku cuba nasihatkan sahabat aku si Panjang ni, sebab beliau ini suka pendam, dan luahkan dengan lukakan badan dia sendiri, aduh, MAAF YE SAHABAT, kalau statement ni buat ang terasa_

dengan sedaya upaya memujuk, menyiast, menasihat, tanpa jemu, aku tetap teruskan, jangan sampai ada yang buat kerja gila ataupun cuba memutuskan hubungan ini, aku nak mereka terus terjalin, kecualilah kalau keadaan sudah meruncing, itu memang di luar batasan aku sebab -

-KALAU DAH BUKAN JODOH, NASI DALAM MULUT PUN ORANG BOLEH KEBAS LAGI-


jadi kepada yang berkenaan, harap2 kamu berdua berbaik lah ye...tolong la...
aku harapkan sangat kamu semua tak berpisah, cam ne plan kita nak buat DOUBLE WEDDING...kan3...?

huhu...

So, jangan ikut emosi, ikut akal ok. Ikut hati pun jangan, nanti mati, huhu.

aku rasa ini sesuai untuk you all,,, macam tak berguna tapi untuk hiburkan hati k...:)



Thursday 1 July 2010

Jun yang berwarna warni -Part 2...:)

location: penang, Malaysia.
status: agak gembira.

wahaha...da lama aku tak update blog ni. Eh, lama ke? ape2 je la.

Dalam bulan Jun ni, tak lah terasa boring sangat, sebab aku da jumpa port yang boleh aku lepak and online,
dan juga kerja-kerja di catering Sajian Shah telah dilaksanakan dengan bailk sekali...hehe, walaupun aku memang sunyi sebab si dia dah pun megatakan tiada peluang untuk aku bersama dia lagi, aku tetap positif, ye, memang aku sayang dia, tapi apakan daya aku tak mahu memaksa, dan dari saat itu memang lagu-lagu dalam playlist "heartbroken" dalam HP aku menjadi background music dalam waktu2 tersebut.


Positif tetap positif, aku tak nak terlalu frust pasal ni. cukup la aku frust sampai tak makan 3 4 hari, dari kurus keding sampai jadi cicak kobing, ahhh~! tak mahu lagi!
huhu...

dalam jun ni, memang banyak event aku, lepak kt restoran aliff da semestinya, sampai di 'sound' oleh ayah ku sebab balik dalam 3,4 pagi... gile ark!! hehe... ramai yang tanya apa yang aku buat kat aliff sampai 3-4 pagi,? bukan ape,, aku kalau da kat rumah, memang mcm kutu mati,

serius aku ckap ni, huhu,

aktivity aku apabila melepak kat rest. Aliff uh ialah,

-online facebook sambil meng'like' status orang,


-men'download' drama komedi ' chapalrela' lakonan jozan...



-mencuci mata apabila awek-awek mengunjungi rest. tersebut termasuk yang ada balak sekali, hehe
-tengok WORLD cUP *SEMESTINYA!


-menghilangkan kebosanan,
-mengnyahkan kempunan meminim teh tarik dan roti boom,
-dan macam2 lagi...

haaa~!! sekurang-kurang nya ada gak objektif aku berada kt situ sampai Mamak tu pulak yang bosan tgok aku mai tiap2 malam...hehe...

selalunya, lepas solat maghrib aku terus kemas beg laptop aku dan memanaskan enjin motor kesayangan ku(walaupun itu sebenarnya motor ayah aku...hehe) dalam waktu macam ini, mak aku dah standby dengan beg yang penuh dengan sampah sarap untuk aku buangkan sekali, mesti punya! hehe...


OK! cukup pasal warung mamak uh!

aku nak open cerita lain pulak, macam ni, masih dalam bulan JUN, macam2 aku hadapi, orang-orang yang aku dah lama tak jumpa pun aku terserempak, secara kebetulan, seronok bertukar-tukar cerita baru dan mengungkit kisah2 lama, memang dunia ini sederhana kecil, sekali gus mengingatkan aku pada sebuah novel karya Bahruddin Bekri...>>>


ini adalah novel terbaik pernah aku baca, walaupun ia bacaan untuk remaja, tapi hasil karya beliau sedikit sebanyak mematangkan aku,, sampai aku obses untuk baca berulang-ulang kali..
cuma niat tu tak dapat aku tunaikan sebab novel tersebut pada si dia, entah bila aku boleh dapat balik ye....? ermmmm...

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping