Wednesday 7 July 2010

...MEMADUKAN HANDPHONE...



Hari ini merupakan hari cuti pertama untuk sem ni sempena 'Penang Heritage Day', dan juga merupakan hari yang paling bermakna untuk mahasiswa2 seperti aku di kampus UiTM Pulau Pinang untuk merehatkan diri walaupun baru dua hari memulakan pembelajaran,

Setakat ini, persepsi dan impression kami ( group CD3F1) terhadap pensyarah semuanya memuaskan. Tidak ada yang merungut sana sini seperti di sem lepas. Pensyarah untuk sem ini ok, tapi tak tahu lah lepas da dapat assignment kan,? HEHE,

Pada Ahad (4.07.2010), W350i aku sudah pun selamat dimadukan dengan handphone aku yang baru iaitu SE J105i Naite. Hal ini kerana aku dah mula fed up dengan W350i tu, Paham2 je la, dah lah:

-flip patah,
- speaker dalam dah tak berfungsi, menyusahkan aku nak bergayut)
-kamera kejap boleh kejap tak boleh / tak lawa,
-skrin kecik.

W350i
*cantik je kan bila ada flip...

*bila dah tercabut, nampak cam HP mainan je...

Memang menyesal aku beli sebelum aku masuk UiTM dulu, tapi dalam sesal tu aku tetap lah sayang sebab HP ni pemberian ayah aku pabila HP yang sebelum tu rosak akibat masuk air laut tika bersama yang tersayang dekat Pantai Batu Layar dulu. Huhu.

Jadi aku buat HP ini untuk no celcom for emergency sahaja. Dan memang aku tak salah pilih HP yang baru ini,. dan aku betul2 puas hati. Dengan harga 420 ringgit Malaysia sahaja aku dah dapat HP ini. sebab aku pilih

-nama yang stylo seperti reka bentuknya (walau nampak biasa tapi apa aku kesah...!!) :P
- harga yang boleh tahan berpatutan,
-3g included dan imej yang ada kualiti, (aku suka ambil gambar...!)
-keypad yang agak senang digunakan,
-bateri yang tahan lama untuk,
-sound kualiti yang agak baik walau tak sebaik W350i aku,
-tak perlukan cd untuk install software SE kat PC, built in software, connect HP kat pc then automatik install,
-skrin yang BESAR...!
-dan macam2 lagi...

huhu...
SONY ERICSSON NAITE (J105i)

*merah pilihanku...:)
*tu dia....terbaik dari ladang...!!
hehe,

puas aku survey kat tenet, tapi ini antara yang terbaik dan termampu dalam bajet aku,
Mulanya aku nak ambil K770i, tapi disebabkan model tersebut dah tak keluar lagi, aku pun cancel lah dan ambil HP ini. Unik beb HP ni, sebab nama beliau adalah NAITE...hehe, pape je kan..?

aku berharap la HP ini akan bertahan, sayang kot HP ni...hehe...and ia dan jadi BINI ke-2 aku
:P
Comments
0 Comments

0 berkata-kata:

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping