Monday 31 January 2011

what a lame holiday...

Bismillahirrahmanirrahim

Salam 1Malaysia buat semua,

Tika ini, EBS telah pun berada kat JB. Tanah Tumpah Negeri EBS... masa ini EBS ada dekat Restoran Aliff, tempat biasa untuk EBS connect tenet dan ONline ape yang patot setelah lebih tiga hari tak dapat connection akibat hujan yang tak berhenti-henti dekat JB.

Boleh dikatakan banyak program yang da EBS susun untuk bersama rakan-rakan yang dah lama tak jumpa. Tapi apakan daya, Duduk rumah macam anak dara la nampaknya,

Masa tengah dok-dok dalam bilik sambil memikirkan pa kejadah nak buat? EBS pun godeh-godeh la external harddisk mencari cerita-cerita or movie yang belom ditengok. Dan EBS pun terdetik hati nak tengok salah satu TV-SERIES --- "HOW I MET YOUR MOTHER" ni.

credit for atok google


Serius la EBS katakan drama ni memang best selepas CHUCK. You all boleh la jenguk-jenguk kat sini kalau nak tahu apa cerita ni sebenarnya. EBS baru habiskan season 1, balik je dari restoran Aliff ni pun nak pi layan lagi...agagaga...

credit for atok google

Dan macam biasa, macam CHUCK, setiap cerita ada hero serta heroinnya sendiri, dan kali ini ada pencabar YVONNE STRAHOVSKI, iaitu COBIE SMULDER

cobie smulder yang AWESOME....!!
MIAAWW..!!!


ini lah beliau cobie smulder, lebih senang nak sebut dan eja dari pelakon pujaan EBS lagi satu YVONNE STRAHOVSKI..
Dua-dua ni AWESOME,,,serius lawa gila...

Aiseymen, dua tempat dah terisi, sapa kah lagi dua yek...huk3....

Ok, kita terus ke agenda seterusnya, tiba-tiba kan terasa nak makan sandwich sebesar 3kotak pensel,


OWWHH...this is AWESOME...tak pernah lagi merasa benda alah ini, nampak macam sodap, besaq lak tuh...atoyai...

kat mana aje ade jual makanan ni...ley you all bagitau tak..? mana restoran SUBWAY kat JOHOR or Penang? please.... dah mengidam nih..huhu..

nota kaki: EBS start ngidam masa tengok sandwich ni dalam cite CHUCK..oh tidak...CHUCK lagi... =..="

Thursday 27 January 2011

jom membancuh kopi...eh?..konkrit... (PART 2)

Bismillahirrahmairrahim...

Tadi dok godek2, belek2 NAITE kesayangan, tibe-tibe ada pulak gambar FASA 3 konkrit design ni,
Fasa 3 masih belum selesai sebelum 2 kiub konkrit yang telah direndam untuk proses 'CURING' dalam sebuah tangki air selama 7 hari, akan di'test' kemampatan atau 'COMPACTION TEST' to determine the workability of concrete.

Untuk ujian ini, kiub konkrit akan di uji dalam sebuah machine(gambar) dengan meletakkan beban ke atasnya. Beban akan diletakkan sebanyak yang mungkin sehingga ia retak atau 'FAILED' dan kami perlu merekod 'MAXIMUM LOAD' yang telah dicapai untuk meng'FAILED' kan kiub yang sedaya upaya kami bancuh 7days before this...

Ini antara gambar yang telah EBS snap untuk tatapan you all masa dekat HEAVY STRUCTURE LAB kelmarin....


ada 4 concrete yang tak settle lagi, just wait for another 21 days more...


drying the cube...

compaction test machine

used concrete cube...

used concrete cube 2...

EBS mahu je mention berapa Maximum load for this concrete can achieve. But all of them ada pada cik nieza tomey pulok.

Thats all for this time. lain kali EBS upload lagi k...chalobete...

RaHsia JuN...

Bismillahirahmanirrahim...

EBS tengok ramai dalam bulan ni ramai yang dah meningkat umur, EBS je yang masih baru 19 tahun 7 bulan (kot...?)

Rasa tak sabaq la pulak nak umur 20 ni, maybe kalangan you all dah tahu bila hari jadi EBS, than kalau nak tahu pandai-pandailah cari
. http://www.emocutez.com

Lagi satu, masa dok online facebook tadi, ada lah kalangan-kalangan, golongan-golongan yang meng'try' application "RAHSIA BULAN LAHIR' , then EBS dah pun cube gak sebab curious dengan benda-benda ini. Lepas cube je terus depa tag EBS kat photo result ni....


full view...

cropped view

EBS malas nak taip result ni, thats why EBS crop je, senang you all nak tengok.

Most of the result is totally true, dan EBS tertarik dengan result 'MUDAH MENJADI EKSEKUTIF' ...Wah..this is AWESOME. boleh jugak pakai AUDI A4 idaman hati,

http://www.emocutez.com

Then,

'IDEA YANG TERLALU BANYAK DI KEPALA'http://www.emocutez.com is one of the AWESOME things yang memang extremely true, buat pengetahuan you all, EBS sampai tak tahu nak post entry apa-apa sebab banyak idea, itu normal, cuma kena pandai susun idea itu untuk lebih terperinci dan menarik, Terutama untuk blog ini kan. Memang agak crowded sikit la. SOry ye you all...hee...



SUKA BUAT LAWAK DAN BERGURAUhttp://www.emocutez.com
....erm...boleh lah, lagi depan girls kan, bukan hipokrit, saja nak tunjuk macho. sebab ni EBS punya strategi nak tengok perempuan senyum or ketawa macam mane. UPSSS, terkantoi sudah....

BERFIKIRAN JAUH BERWAWASAN.http://www.emocutez.com
yeah...! WAWASAN 2020...! EBS memang ada wawasan sendiri, jangka panjang serta pendek, yang pendek itu mungkin untuk memperbetulkan sikap yang ini, 'KEDEGILAN YANG MELAMPAU' dan 'SUKAR UNTUK MELAKUKAN KERJA DENGAN SEGERA', InsyaAllah...Jangka panjang memang ada, saja tak nak mention (gila kedek).

aiyoo...kalau nak describe satu-satu memang panjang lah entry ini, tapi memang betul apa Datok Dr. Fadzilah Kamsah ni cakap, serius lah...

Tapi EBS akan cube perbaiki mana yang agak tak elok tuk diri EBS sendiri. kan3...?

nota kaki : apa EBS nak cakap tadi...lupa lah...(indu pulak kat cik wanie)http://www.emocutez.com

Monday 24 January 2011

Audi A4, my PRINCESS to be...

Location : depan Lappy, Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Taman Pauh, Pulau Pinang.
Time: 16.00 waktu Malaysia
Bismillahirrahmanirrahim...
As Salam 1 Malaysia buat semua,

Dah tengok entry lepas pasal kahwen...haa, tengok sini la yeh...
+++

Hari ini, EBS nak post pasal salah satu kegilaan EBS sejak dari form berapa pun dah lupa, ini pasal kereta, KERETA ye murid-murid...


Audi A4 1.8 TPSI

lawa jugak wane itam kan..?http://www.emocutez.com


Dan EBS dah mula mengila dengan kereta ni sebab reka bentuk nya yang agak menarik dan AWESOME...! Oh! Bila la EBS dapat pakai kereta ini yerk. Design beliau amat lah cantik. Tak test lagi kat jalan cam ne kan. Untunglah EBS kalau dapat drive. Then kalau You all nak tahu harga beliau adalah...
http://www.emocutez.com
Ni berdasarkan dari pamplate yang EBS download dari official web AUDI.COM.MY

Serius mahal gila, tapi ini yang dah lama, tak tahu pula harga depa dah turun kan. Walaupun da lame, EBS masih lagi curious dengan kereta AUDI ini, pernah tengok TRANSPOTTER? tak silap yang ketiga, tapi hero beliau pakai AUDI a5, yang tu pun terbaik,

Ini antara technical data untuk AUDI A4 TPSI,

sumber : Audi.com.my

Ok, kalaulah EBS dapat miliki kereta idaman ini, akan ku transform kan beliau menjadi....

http://www.emocutez.comdan....http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.comfuuhhh...terbayek laa...http://www.emocutez.com

Kompom lah lau drive kete ni pegi PASAR KARAT, boleh terjojol mata awek2 kat situ, lagi terjojol mata driver BMW M5 yang cube langgar EBS time jalan-jalan kat sana dulu, boleh balas dendam, huahuahua...

Tapi apa pun, kena lah berusaha dulu, then bila tercapai EBS nak bawak emak ayah kesayangan EBS jalan-jalan 1Malaysia. Serius best, you all pun doa-doakan lah ye agar impian EBS ni tercapai, memang curious dengan AUDI A4 ni,



Nota kaki : fuhh...NAK SATU..! NAK SATU...!! OH TIDAK...! http://www.emocutez.com

Video terbaik untuk remaja yang gila nak kahwin...


Bismillahirrahmanirrahim.

As salam 1Malaysia.

You all pembaca ni rata-rata dah kahwin belum, atau tengah bercouple, atau masih single dan sedang mencari (kira dah tahap wajib la or despreate). HA...la ni ceq nakhabaq mai sikit tentang kahwin..., (ceh, tukaq loghat lak)...

Masa EBS tengok video ni, SERIUS best gila, memang sesuai untuk anda-anda dan anda yang sedang bercouple or yang tengah sangap nak kahwen sangat...ustaz ni punya cara cakap memang terbaik, lawak pun sempoi jaa, orang utara lah kan. dan nama beliau ialah

USTAZ JAMNUL AZHAR,


Dalam video ni beliau ada mention pasal Al-Ba'ah (maaf jika silap), ia tentang keperluan seorang wanita yang wajib dari suami iaitu

  • sebuah rumah,
  • satu tempayan
  • satu gayung
  • dan satu bilik tidur,
Wah, sungguh sederhana Islam kan, itulah antara keindahan dalam agama Allah ni kan. EBS memang suka tengok video nih, sampai replay berapa kali pun still nak dengar lagi, biar lekat dalam kepala. HAHAHA...(cool, cool) ehem2,


Ok, EBS tak nak cakap banyak, You all Enjoy la video ni eh, ambil iktibar sekali, terutama pada yang da SANGAP nak kahwen or dah sampai tahap wajib tuh...hee



amacam...? best tak...?

JANGAN LUPA KOMEN YE... :D

nota kaki: rasa cam nak masuk minang cik wanie terus jew... :P


Sunday 23 January 2011

NUFFNANG...? newbie yang buntu....

Location : depan Lappy, Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Taman Pauh, Pulau Pinang.
Time: 16.00 waktu Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam 1 Malaysia buat semua,


Post kali ini agak pendek(kot), EBS baru je daftar sebagai NUFFNANGERS. tapi EBS langsung tak paham apa nak buat.Macam-macam pikir. tapi lagu tu jugak jadi... Tengok kat blog-blog you all ada nuffnang logo and iklan-iklan best masa blogwalking tadi. Cambest je kan...

Kepada You all yang da OTAI dan dah lama daftar, hamba kat sini mintak tolong sangat jasa baik tuan hamba sekalian...

boleh tak....

hee...

nota kaki: please you all, curious sangat dengan benda alah ini...



Serabut vs Serabai

Location : depan Lappy, Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Taman Pauh, Pulau Pinang.
Time: 11.30 am waktu Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam 1 Malaysia buat semua,

Pagi-pagi EBS bangun solat subuh, dah selesai ingat nak buat ASSignment yang kian bertambah terutama LAB REPORT, ingat nak buat ASSignment Basic Structure dulu. Bila dah buka buku, mata pula berat, nak bukak tingkap takut lak MAMAT IJAU marah. Abaikan je lah. Buka lappy, buntu. Tak tahu nak buat apa, tengok pulak result match-match BPL malam tadi, wadafak! MU menang lagi, bullshit, nasib CHELSEA tak main lagi.
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
Relax-relax...
http://www.emocutez.com
EBS tak tahu nak post apa, kepala buntu, masa ini dah pun siap salin SOALAN je untuk ASSignment Basic Structure. SOALAN JEE.... kire ok lah tuh...EBS dah cube nak buat, tapi kepala cam biasa, beku, ni mesti pasal rangka ayam semalam, yang faberet tak dapat, terpaksa beli kat kedai lain, nak contact cik wanie, tapi kredit call dah abes, nak mecej lak takut beliau tengah test computer LESEN mandu beliau...
http://www.emocutez.com
Relax lagi...


LAB report mamat ijau dah setelkan sikit, tinggal part EBS pasal DISCUSSION ECM, pasal AIRCOND test, latent dan specific heat generator dah siap dah, tapi ada lagi satu yang buat EBS lagi buntu... ARGHH..!!
http://www.emocutez.com
Relax lagi dan lagi...

http://www.emocutez.com
Sampai bila nak relax, kapla makin serabut + serabai...
Baju formal tak gosok lagi, ada dua suit nak kena pakai minggu ni, satu untuk ISNIN a.k.a hari pakaian formal, dan satu lagi untuk majlis anugerah persatuan dan kelab , depa suh pakai batik, tapi EBS tak bawa pulak dari JB. Niat hati memang nak pakai, sebab nanti nampak macam datuk-datuk or YB(gila perasan) tapi ABAIKAN, formal jadi pilihan, tapi baju yang mana satu..??
Sama ada suit SUAVE or ORLANDO, kapla makin buntu. lantak pii laa...janji aku pakai baju.
Makin buntu EBS bila terpikir pasal tiket balik ke Penang nanti, melonjak bagainak mati harga depa, normal price 75 kalau musim raya pun. Tapi kali ini dah sampai RM150.00... tapi ayah EBS kata tak payah risau, tu dia punya hal nak pikir pasal tiket, janji anak beliau selamat sampai ke destinasi. AKU SAYANG AYAH AKU. Dia memang tak kedekut dengan anak-anak dia, cuma ada kala nya dia kedekut untuk sesuatu. Ni pun untuk kebaikan anak-anak beliau. seriusly dia memang ayah terbaik.
Relax lagi...http://www.emocutez.com

Perut makin lama makin mintak isi, sampai hilang six packs EBS, ni member-member da ajak pi makan, badan lak malas nak pi mandi, duit lak kena banyak save bulan ini. sebab semalam dah banyak keluar, lagi-lagi motor tu, pun nak kena repair. Semalam dah buat hal dah, tiub ley bocoq lak, time ni la ko nak buat hal, battery lagi nak kena ganti, key lock pun dah macam kena rompak, kira-kira dalam RM100 gak kalau nak repair tuh. sakit-sakit...

http://www.emocutez.com
Makin buntu, ELAUN dah lame abis, buat makan itu ini. terutamanya melabur kat MESIN POTOSTET. Nak copy ASSignment dan NOTE segala bagai. tapi ni bukan berkira, ilmu der. huhu...

tu je kot nak post, lain kali post benda lain lak, makin serabut kalau taip panjang nanti, sian pulak kat you all...


daa...

nota kaki: ???http://www.emocutez.com

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping