Monday 3 January 2011

First Day In 4th Semester.

Location: Depan Lappy, Pangsapuri Idaman, Permatang Pauh, Pulau Pinang,
Time: 05.20pm, Malaysia time...

Bismillahirrahmanirahim....

Hari ini, merupakan hari pertama EBS ke kuliah di semester empat, permulaan yang macam biasa-biasa ja bagi EBS, bangun pagi dalam pukul 6.20a.m dengan keadaan yang mamai (macam you all jugak lah...he he) dan kalau you all nak tahu, EBS gemar membuka tingkap seluas-luasnya pada waktu pagi, sebab sejuk, dan hal ini akan membuatkan mata kita segar bugar, EBS juga suka menarik nafas dalam-dalam ketika untuk menghirup udara segar yang bukan selalu kita dapat selain waktu pagi.

Ok, dalam pada masa yang sama, EBS masih kurang percaya yang EBS sudah berada di semester ke 4 di UiTMPP, pelbagai dugaan dan cabaran, untung dan rugi yang EBS lalui bersama rakan-rakan seperjuangan.

Hari pertama, first expression pada lecturer yang mengajar kami untuk subjek ECS228, ECM216, dan ECG213, agak baik, mereka agak sporting dan ini memberi gambaran baik untuk EBS berjuang dalam menimba ilmu. Harap ini tidak akan luntur walau apa pun yang berlaku. :)

Pada hari ini juga, hujan lebat di Pulau Pinang, EBS yang tak terkecuali terkena hujan membuatkan kepala EBS agak pening di tambah lagi dengan kesakitan gigi yang semakin menyucuk ketika kelas sedang berjalan, adui...tak boleh blah...huk3...

Dan hari ini juga, EBS dapat tengok rakan-rakan lain selain housemate EBS, masing-masing tidak berubah dengan perangai mereka. Tapi tak tahulah, jikalau selepas ini mereka mula tunjukkan belang, agagaga...

You all masih ingat tentang suit Suave dalam entry terdahulu, haa, agak janggal la juga EBS pakai, sebab suit itu plane, kerana EBS selalunya memakai suit belang kegemaran EBS, ini antara gambar yang rakan EBS snap untuk tatapan you all... :D

di perda

perda juge...:D
p/s: kredit untuk APIT

Yang paling bosan pada hari pertama semester ini ialah ketika menunggu bus, dengan bilangan pelajar yang semakin meningkat dari semester ke semester dan bilangan BAS yang masih tetap, menyukarkan EBS dan rakan-rakan untuk bergerak gara-gara tidak mahu merosakkan rambut dengan helmet...

Ok lah, lupakan sekejap pasal UiTMPP dan hari pertama semester 4, hari ini EBS ada memasuki laman web www.rakanblogger.klik1malaysia.com dan EBS sudah pun mendaftar untuk mencari rakan blogger yang lain demi 1Malaysia, HUAHUA...

Dan selepas itu, terjumpa pula widget-widget yang menarik untuk menambah seri lagi blog EBS ni :D


player of the year...:D


eh, gambar EBS jadi cover magazine lah! haha, ini EBS create melalui funmagcover.com melalui rakanblogger.klik1malaysia.com tadi. Amacam? OK tak...? kalau tak OK mesti you all jeles. Tahu punye....gaggaga

nota kaki: you all jangan lupe daftar rakanblogger tu ye... cambest tau...!! :D
Comments
1 Comments

1 berkata-kata:

nur adlina said...

hyep, follow kamoo encik bedak sejuk...!!

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping