Location : Depan lappy, 313, Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang,
Time : 23.33 Malaysia Time
Bismillahirrahamanirrahim...
Dan salam 1Malaysia buat pembaca sekalian, (gile skema)...waktu ini EBS baru jek habis kelas ECW211 dan agak penat, tapi still nak update blog juga, komitmen punya pasal kan. Rakan-rakan EBS juga dah mula panggil EBS mamat BLOG...tapi takpe, bukan benda haram pun kan, betul tak, lagipun nanti muka they all juga ada keluar dalam blog EBS ni. (melalut lak)
Hari ini juga EBS ada rasa sikit senang hati, sebab esok cuti sempena THAIPUSAM, itu satu, dan EBS juga dah pun mendownload TV-SERIES ENGLISH episode terbaru CHUCK season 4 iaitu EPISODE sebelas (11) " CHUCK vs THE BALCONY" dan you all boleh mendownload kat link ni kalau nak (tekan sini).
EBS tangguh tengok CHUCK tuh dulu sebab nak update entry terbaru untuk you all, :D
+++
Semalam, bersamaan hari Selasa 18 haribulan Januari, juga ada EXCCEP UiTM di mana EBS juga terpaksa memakai pakaian FORMAL penuh kerana menjadi maskot untuk P'CES...
Dan pada hari yang sama EBS dan group EBS perlu membancuh konkrit pada sebelah petang, bayangkan hanya EBS seorang yang pakai FORMAL time tuuhh,,, yang lain biasa-biasa saja, naseb lah ade jaket dan safety boot yang melindungi Baju kesayangan EBS, tapi sayang Seluar tak dapat diselamatkan,
sebelum membancuh...
haa...ada nampak macam engineer x? bukan engine nyok ah,...(sekeh kang) hee...
Oklah, objektif kami membancuh konkrit ini adalah untuk mengetahui "workability" konkrit tersebut sama ada ia sesuai untuk digunakan dalam pembinaan atau tidak, prosesnya membancuh nampak macam kejap tapi sebenarnya lama (bagi yang amatur)...
Pada mulanya, kami perlu menimbang seberapa banyak bahan-bahan yang diperlukan yang telah di'calculate' dalam borang CONCRETE MIX DESIGN yang agak rumit juga lah, dan selepas itu, kami akan bancuh bahan-bahan tersebut dalam MIXER (gambar), dengan MIXER ini agak senang, tapi masa EBS bekerja tolong ayah EBS bancuh konkrit dulu pakai skop je, dan tak perlu kira-kira itu ini, huhu,
Lepas itu pulak, terdapat 'procedure'2 lain yang susah EBS nak terangkan, salah satunya yang EBS boleh terangkan adalah SLUMP TEST yang widely use for DETERMINE THE WORKABILITY OF CONCRETE in CONSTRUTION. ( siapa yang sekolah teknik dan ambil civil engineering pun ada buat benda ini) sampai lah ke tahap memasukkan konkrit segar (fresh concrete) tadi ke dalam 6 moulds @ acuan (gambar)... kami perlu memasukkan konkrit tersebut ke dalam 4 acuan berbentuk kiub, satu acuan berbentuk silinder dan satu acuan lagi berbentuk segi empat tepat dan memadatkan@memampatkannya sebanyak 25 kali dengan sebatang rod bulat untuk acuan silider dan sebatang rod petak untuk lagi 5 acuan yang lain. (SERIUS KERJA INI MEMANG PENAT) sampai keras tangan EBS akibat konkrit yang semakin keras...
Mixer machine (pandangan sisi)
mould @ acuan (tanpa konkrit)
Ini (gambar bawah) antara hasil kerja kami (fasa 1), dan kami perlu membiarkan acuan ini dalam masa 24 jam untuk kering,
Selepas kerja-kerja kami (membancuh kopi keras) selesai, kerja lain pula menunggu untuk membersihkan lapangan kerja kerana ada group lain yang akan menyusul, (jikalau tiada pun kami wajib bersihkan)
Dan segala penat lelah kami akan terjawab selepas 24 jam (selepas konkrit kering @keras),
Ini lah ahli-ahli group EBS yang bertungkus-lumus menjayakan lab ini...
abang LAN yang ensem (KE?)...
encik HIJAU yang gagah... :D
cik niza Yang comel...:D
EBS a.k.a bakal engineer yang tampan ... :P
(selepas membancuh)
kredit untuk cik husna yang kiut...:)
Acuan pun telah dibuka pada tengah hari tadi, tapi EBS tak sempat nak ambil gambar terbaru disebabkan MASA yang agak suntuk, dan konkrit yang telah keras pun sedang menjalani proses CURING dengan merendam nya kedalam tangki air selama 7 - 28 hari.
Oklah, nanti EBS update lagi tentang ni k,
nota kaki : SERIUS EBS katekan yang bancuh konkrit ini memang penat, tak sama dengan bancuh kopi...akakaka, jadi you all, macam mana lah kan pekerja-pekerja buruh tu buat kerja ini...? renung-renungkan dan SELAMAT BERAMAL..! :D