Saturday 10 July 2010

...fall in love with photo editing...

Ya,

AkU sudah jAtuh CiNtA sama itu 'PhoTo EdiTiNg', ini semua gara-gara projek yang ditugaskan oleh Puan Nadirah untuk membuat banner dan poster promosi untuk Sukan Antara Fakulti (SAF 2010) UiTM Pulau Pinang.

Waktu aku tulis 'post' ni, banner dan poster sudah 90% siap, bertungkus lumus aku memikirkan apa motto SAF10 kali ini, dan dengan jayanya dari pihak exco-exco yang lain, muncullah motto "KE ARAH MENJANA MAHASISWA AKTIF" dan motto ini datangnya dari idea presiden P'CES* sendiri.

Oleh kerana program UiTMPP kali ini berdasarkan kesukanan memang agak relevan dengan motto tersebut, kan? hihi*
Dengan bantuan Aiman Ug dan Anas Saufi selaku EXCO Multimedia dan Publisiti, terhasillah banner dan poster yang tak kurang menariknya.

Aku tak dapat upload banner dan poster tersebut sekarang sebab ada pada mereka, tak sempat nak sedut semalam sebab masing-masing dah penat memerah otak untuk 'edit' benda tuh. Ingat senang ke...?

Tapi walau apa pun, aku dah dapat benda baru bila buat semua ini. Dan aku boleh la meng'edit' gambar aku sendiri dengan adanya website www.picnik.com, dan ini hasil dan sentuhan pertama dan kedua aku, gegege..:)



"first touch"
"second touch"

Walaupun hasilnya tak seberapa, tapi sekurang-kurangnya aku dapat asah bakat dan kreativiti, dengan 'tools' dan "application' yang sedia ada, aku cuba perbaiki selagi boleh...:)

sebab aku dah jatuh cinta sama ini "PHOTO EDITING"... hihi*
Comments
0 Comments

0 berkata-kata:

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping