Wednesday, 11 May 2011

Movie review > FAST 5...Cool!!

Fuu, bahang terasa sampai ke malam, panas woo, aku sampai pening kepala tak terhingga petang tadi sebab tolong ayah aku mengecat rumah. Nak sambut raya katanya.


Ok, aku nak buat review pasal movie yang terbaik bulan ini. Cewah... Nak tahu movie apa?


Fast and Furious 5



Masa ini aku pergi CS(City Square) dengan 6 orang lagi member aku dan 3 daripadanya tak tengok movie ni atas sebab salah seorang daripada kami mahu balik cepat. Spoil la lu Jiwakarat. HAHA


Macam dalam entry ini, movie yang aku tengok ni ada dalam list yang aku wajib tengok dan yes, terbukti memang AWESOME ini movie. Dengan adanya ahli gusti stylo (DWAYNE JOHNSON) beliau memang stylo bila berlakon, serius SEMART dengan bawa watak Ketua Unit Elite untuk mengesan penjenayah. Dan lagi satu macam biasa lah tiga lagi watak faveret aku Vin Diesel, Paul Walker and siapa ntah perempuan awesome tuh... lupa lak nama beliau. Hah! Mia Torreto a.k.a Jordana Brewster. hihi



Filem dimulakan dengan adegan menyamun kereta dari kereta api. Macam biasa lah siapa lagi yang curi, Dominic Torreto a.k.a Dom (Vin Diesel) dan Brian O'Conner (Paul Walker) tak ketinggalan juga adik kepada Dom bersama rakan kongsi dari Brazil. Tapi sayang kalau tak kerana rakan kongsi tu berbuat dajjal bila nak samun kereta mewah dari Unit DEA mungkin unit DEA takkan perasan barang mereka disamun. Tapi apa nak kata, dah movie kan. Unpreditable kot. Sampai cik Rahmatunisa a.k.a Cha yang duduk sebelah aku menjerit dalam adegan yang suspen dalam cerita tu. Aku yang fokus ni pun nasib tak terjerit sekali. Sentap hati mak nak. :P


Ok sambung balik, Dom ini mana boleh tak terlepas dari siapa yang mengejar beliau yang disyaki menjadi penjenayah yang membunuh ajen unit DEA. Dan mula lah Agent Hobb's lakonan The rock memainkan peranan menangkap Dom dan Brian. Kejar mengejar merupakan adegan wajib dalam satu filem bahkan juga realiti. (teringat aku dulu main polis entry)


Bila Dom yang kepala geliga dah tahu pasal activity jahat penguasa Brazil yang mengkhianati beliau dulu, mulalah beliau kumpulkan semua rakan-rakan yang memang ada kepakaran masing2.




Tak larat aku nak sebutkan satu-satu. You all tengok lah sendiri... dan jangan lupa view site mereka yang awesome ni


http://www.fastfivemovie.com

.


Banyak character faveret aku dalam movie ni, tak sabaq nak download dan tengok sampai lebam.... ^^

Bukan setakat character, kereta-kereta dalam movie ni pun memang terbaik, aku amazed dengan kereta polis yang mereka curi dari balai,


Character paling aku rasa stylo dan cool dalam movie ni haa...tu dia, dah mai dah,

Sung Kang


Dia ni memang cool dalam apa jua situasi melainkan bila dia tengok minah Gal Gadot ni...



Kalau aku pun tergoda lah vai... huhu

Ok lah, kang aku taip vanyak-vanyak, spoil mood you all pulak. Tengok jangan tak tengok...



Nota kakicagu: Aku bagi rating movie ni 4.9 over 5 dude..

SUMBER GAMBAR DARI FACEBOK DAN GOOGLE

Menanti cerita KONGSI...

.

Sunday, 8 May 2011

Entry khas untuk yang bergelar IBU.

Selalu kita dengar, Syurga terletak di telapak kaki ibu. Yup betul. Dan aku rasa dah banyak kali aku buat entry pasal emak aku ini.

Tapi kali ini bukan sebab beliau nangis lagi, takkan you all tak tahu hari ibu kan, so kali ini pasal tu lah aku nak post walaupun you all rasa dah muak dengan entry sama yang beriban kala ini.
==========================


Hah, senang je pakai snipping tools, ta payah aku copy lagi...


First aku nak sedekahkan al-Fatihah buat arwah ibu aku yang tersayang yang telah meninggal kami sekeluarga 17 tahun lampau akibat sakit barah ( maaf aku tak mention dalam entry ni).

gambar ini masa beliau dan abah aku hantar aku pi stesen larkin, cian penat, pas kenduri kahwin abang aku ni...

Second, beliau ini da 16 tahun menjaga aku dengan penuh kesabaran, dengan tabah, dan beliau memang Super MAMA laa... sebab tu aku gelarkan beliau my WONDERWOMAN... :D Thanks emak... !!
Third, yang ini tak tersenarai pulak dalam status FACEBOOK aku kat atas tuh, sorry sis, fyi ladies n gents ini lah satu-satunya kakak aku dalam dunia. The one and only. And beliau dah pun ada dua anak yang nakal lagi comel lote dan insyaAllah mereka ini akan jadi anak yang berguna. Harap sis dapat jaga mereka yang baik nakal ini dengan sabar dan tabah ye, Awok tumpang cium je... XD



Fouth, tak lupa juga pada sesiapa yang bakal jadi ibu kepada anak-anak aku. Aku tak tahu siapa sebab aku masih dalam kategori single, yes ladies, STILL SINGLE, sebab itu aku letak female avatar default pic ini. Pada my jiwahati wannabe, walau ku tak tahu di mana dikau berada, selamat hari ibu ye.. hak3...

Ok lah, ingat ye guys, treat them like they treat you when you still crawl... Kalau depa suh tuh jangan nak mengeluh, terus tukar niat dan ikhlaskan hati. :)

Rasa macam dah panjang je entry ini, Hah layan pulak video ini. Love it...
http://www.emocutez.com

Friday, 6 May 2011

Ini orang boleh gigit hidung sendiri...? COOL...!!!


Aku tak tahu asal orang ini untuk information you all, tapi aku selalu godeh gempak.org untuk gambar best and aku terjumpa ini. Nak tergelak ada, nak terkagum pun ada. Serius doh, haha...


Klik SINI untuk gambar selanjutnya...

notakakicagu: cool tak cool... ngeri pun ade... huhu

sumber asal : SINI

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping