Tak dapat disangkal lagi, pabila dekat akhir semester peminjam tabung ahlong paling besar di Malaysia seperti aku akan mula request BANK private PAMA (papa & mama) untuk buat loan. Tapi masa aku nak buat loan dengan manager besar (abah aku)a.k.a The Ironman, aku fikir tak dapat kot, sebab aku bebual lah dengan PA beliau a.k.a Emak aku, tengah sembang, mak aku pass kat Manager (abah) aku then beliau pun bukak lah topik lain, dah agak2 boleh masuk jarum aku pun request la...dan2 dia cakap belajar elok-elok dan Assalamualaikum.......
Aku beralih pada kerani (kakak aku) Bank PAMA dengan perasaan hampa, beliau kata maybe manager akan masukkan, beliau suruh tak perlu risau pasal tuh. Aku tak yakin dengan kenyataan kerani tersebut... waa...Ini bermakna, aku kena tukar menu makanan aku sempena FINAL exam...
Roti dengan choki-choki je.....
Tapi sedap jugak, cecah dengan milo suam, tak pun neslo, layan kot, walaupun ada sikit rasa lapar tuh (Alhamdulillah) ... Tadi masa aku sembang dengan manager bank PAMA beliau kata baik gak kalau puasa... ok fine, aku pun ada niat nak puasa, tapi asyik terlupa... =="
Kalau lah beliau approve request loan aku kan bagus, boleh gak layan SUPER SPECIAL BURGER with A BUNCH of FRIES which is costs of RM3.50 je dude...
daging nya disalut telur, pergh...dengan fries bermayonis memang cool laa...
harga pun ok... :)
(terliur tak...?)
Pada bro warung burger, terbaik ini menu, wa memang salute sama lu...
Ok berbalik pada menu makanan pada akhir semester, kadang-kadang aku just masak lempeng, tak tahu nak makan dengan apa, aku just cecah gula je lempeng tuh, lebih baik dari tepung tuh dibazirkan dengan buat prank bebudak masa birthday mereka kononnya... :P
Selain itu, aku just telan serbuk milo kalau dah malas nak masak or keluar cari makanan, tu pun kalau ada, tak berapa berkesan untuk hilangkan kelaparan yang amat. Kalau dah akhir semester ni memang apa jua makanan yang paling ringan seperti biskut or what so ever, akan mula habis kat pasaran, tak ada makna nak makan yang mahal-mahal bagai seperti McD, KFC, or what so ever, nasib baik aku ni sekali satu semester je merasa benda tu dengan duit sendiri (kalau orang belanja aku tibai jugak)
You all mana yang dah nak habis semester tuh moh la kongsi apa menu you all di akhir sem, nak jugak aku merasa...
notakakicagu: entry ini macam mengarut sikit, sorry, kekurangan sumber tenaga (paham2 la ye..)
yang sedang lapar