Thursday, 25 August 2011

Syncing movie to iPhone, hilangkan bosan kalau driver buka movie mengarut.

 

Salam Ramadhan,

Lagi 4 hari kita akan menyambut Syawal, rasa berat nak tinggalkan Ramadhan kali ini. Cepat betul masa berlalu. Masa ini aku tak siap lagi nak packing barang nak balik JB yang tiketnye pukul 10malam. Lagi 5jam memang sempat aku nak tulis entry baru.

bas-ekspress

sekadar hiasan

Korek punye korek, idea ini aku dapat. Berdasarkan tajuk diatas (nape skema sgt), aku memang dah lali sangat dengan driver bus yang suka bukak cerita ikut hati beliau. Aku rasa dah 3kali aku naik bas yang berlainan, movie EXPENDABLES jugak yang beliau-beliau ni bukak. 

expendables

Aku dah jemu dah weyh… dengan aksi-aksi yang aku dah hafal sejak kali pertama mereka sajikan movie tuh, nak tegur suruh bukak cerita lain takot tak dilayan pulak. So, aku dengan segala kepakaran (la sangat), sejak ada iPhone ni, aku suka explore apa yang boleh gadget idaman semua orang ni buat. Dengan capacity 8GB, dan widescreen serta earphone modified, aku dah terpikir nak buat apa…

Picture0005

First of all, aku search movie-movie yang aku belum tengok dalam hardisk. Banyak yang tak tengok lagi gara2 busy nak mati.

Lepas itu, aku cari pulak software converter yang extreme dan aku dah jumpa Xilisoft Video Converter Ultimate 6 yang AWESOME. Tak lupa jugak software untuk iPhone, a.k.a iTunes untuk transfer movie tersebut. Then aku convert movie yang dalam format avi. kepada iPhone MPEG4 dan transfer masuk dalam iTunes dulu. Sebab walau dah connect iPhone kat Lappy or PC, dan terus transfer, memang tak de kesan. Dan output yang aku dapat dari hasil convert itu memang Awesome.

Aku dah try masa site visit ke Tasik Raban kat Perak nuh. Depa yang lain duk merungut bus yang kami naik tak dak TV Plasma macam kat bilik rehat UiTM. Aku masih boleh layan movie SEKALI LAGI dengan KL GANGSTER. hahaha….

Tak payah lagi aku nak risau apa aku nak buat dalam bus selain tidor. Nak study memang tak la kan. Dalam gelap nak study ape? Macam masuk je bila minda, jiwa dan raga sudah sampai ke destinasi tapi jasad masih dalam bas lagi. Lebih-lebih lagi musim nak raya ni kan…

Saturday, 20 August 2011

Ais–Satu hidangan wajib buka puasa?

 

Salam Ramadhan…

Seronok dah berbuka semua? Terawih jangan lupa pulak. Aku nak gi masjid ni pun hujan punya la lebat tak hengat, tak kesah, sebab kat Penang ni pun dah lama tak hujan macam ini. Terawih kat rumah pun ok what.

Masa tengah berjalan-jalan kat Bazar tadi sambil cuci mate (kat makanan ok) balik-balik air sejuk je yang depa jual, langsung takdak ayaq panaih. Memang tu dah jadi rutin dan minuman asasi masyarakat Islam kat Malaysia sejak turun temurun lagi bila bulan Puasa menjelma. Aku pun tersedar yang 20 hari aku berpuasa tahun ini, 20 kali jugak aku minum ais je… So, tadi berbuka aku pi beli RADIX 3 in 1. Itu pasal aku nak study malam ini. Test sudah dekat meyh… Aku buat la ayaq panaih. Dok kalau aku hari2 minum ais mau hilang tenaga batin aku. Tak elok sebenarnya minum ais ni. Boleh lemah badan taw. Kalau aku kat rumah dengan family, memang NESCAFE panas yang mak aku buat jadi faveret. Aku nak buat pun rasa entah pape.  

Memang sedap bila cuaca panas minum ais, tapi lagi elok kalau dengan ayaq putih atau ayaq masak. (betul ke?) Tak payah tipu aku kalau you all tak terliuq dengan Juice/jus yang dijual kat bazar tu. Aku pun sama la, lebih2 lagi jus buah naga n jus epal. ==”

jus nagaini sekadar hiasan.

 Jadi pada depa yang tengah baca blog aku tuh, aku nasihatkan jangan la selalu minum ais. Aku beritahu pun tuk masa depan anak2 you all jugak. Sebab ais ni boleh effect tenaga batin taw tak!!  Mana aku tau? haa.. Aku tau laa.. cer tanye atok2 you all. depa mana pernah minum ais2 ni… kopi JANTAN depa minum taw XD, nak tahu lagi you all google la sendiri yee..

sekadar hiasan…

p/s: minum kopi RADIX… “ Tak minum isteri marah” Smile with tongue out

Sunday, 14 August 2011

Aku rasa aku salah coarse laa…

 

Salam Ramadhan,

Sem kali ini aku rasa aku baru sedar yang aku salah ambil coarse kat U. Dari semester 1 tak ada satu pun bakat aku dalam Civil Engineering aku expert. Nak dapat Dean list tu memang tak la kan. Tak pernah nak merasa naik pentas pastu berjabat dengan Dekan Shah Alam. Meraikan budak Dean list tu adalah. Dua sem berturut2 aku susah payah kerana mereka taw! Tapi tak pe, aku tak kesah pun sebenarnye.

Yang aku curious sangat pasal coarse ini sebenarnya, dah tiga sem aku jalankan tugas yang melibatkan multimedia, maksud aku, dari segi animation, montage, sound, modeling, loop, footage, dan blablabla…14-7-11 adalah tarikh Majlis Kecemerlangan FKA berlangsung dan ini antara montage yang aku maksudkan untuk mereka, agak weird sikit tapi bolehlaa…

Haa.. dah tengok jangan lupa LIKE kat youtube tu…kalau sudi laa…

Ada lagi sebenarnya, tapi malas aku nak upload. tenet rumah ni da tenat… Sem ini jugak aku kena buat 3D MODELLING untuk highway dalam bentuk video. Ini yang aku kecoh sgt kat FB pasal 3D CITY aku, mana tak nya, dah 3 kali aku buat benda alah ni, sampai naik jemu pale otak aku. Yang paling kesian LAPPY aku ini asyik kena hentam. Yela, Spec slow pastu boleh install software gempak macam Cinema 4D yang aku tengah guna sekarang. Dalam team aku untuk 3d modelling ini ada 10 orang, tapi yang ada capability untuk buat 3d ini aku je sorang, sebab aku memang suka bab2 animation and modelling, tu aku kata aku ini SALAH COARSE!

Depa yang lagi 9 orang tu pulak dok ngomel yang aku tak patot ambil CE. HAHA… Pepandai kome je kan..kat bawah ini antara snapshot 3D CITY yang masih dalam draft. Aku baru buat highway, arkitektural masih dalam perbincangan( Selasa ini nak kena anta masih nak bincang ==”)

 

3d city

Ini baru sikit, baru 50% kot, nak kena tambah bangunan lagi, laut lagi, sidewalk dan bikewalk lagi. adui.. semate-mate nak mencari WOW factor untuk lecturer kami.  Tiga hari meyh tak tido malam!

jalan

Yang kat atas ini, design pertama yang aku buat, tapi atas masalah technical, file tak boleh bukak, aku terpaksa buat baru… ==”

 

Sampai sini je kali ini, nanti dah siap 3D city aku, aku bagi you all tengok OK! chalobete!

Friday, 12 August 2011

I`m Back…

 

Setelah sekian lama aku menghilang akhirnya aku kembali jua.. bukan pergi buat surgery muka gara-gara bedak sejuk, tapi sebab aku memang tak ada masa. Ini pun aku rehat kejap dari membina 3D City aku guna CINEMA 4D untuk projek Highway ECG304 aku. Itupun aku kena rebuild balik sebab software tu buat hal semalam masa aku tengah mengajar aweks2 guna software kat ROUTE 69. Memang sakit hati kot, dah besar dah Bandar 3D tu aku buat. Siap dengan civilian tengah jogging lagi beb ( riak kejap Smile with tongue out).

Sem ini pun aku banyak ke luar kawasan untuk SITE VISIT. Lepas aku pergi Teluk Segadas tu ari, aku ke K.L jumpa Malik a.k.a Aaron Aziz nak backup dia dari kena langgar dengan Shark (ok itu tipu). Actually aku pergi site visit ke SMART TUNNEL CONTROL CENTER, dan kami diarahkan untuk buat video berkenaan dengan hydaulic structure untuk subjek ECW301. Kat bawah ini adalah video yang aku buat siang malam dengan Mamat Hijau guna SONY VEGAS.

DSCF2527DSCF2582

Lepas itu rehat jap cuti sem, naik cuti ada lagi site visit, kali ini kat Tasik Raban pulak, kali ini untuk subjek ECG305 Surveying Practical pulak. Habiskan semua lab yang tinggal sebab bulan puasa tak ade nak berpanas tengah padang UiTMPP yang serba iindah tu.

Sian CIK PELANGI aku asyik kena tinggal je, sorry ye Ucuk. Beliau kena lah biasa dengan aku yang bakal menjadi jurutera yang memang sentiasa sibuk untuk masa depan rakyat Malaysia. (ayat drama pulak).

 

DSC01977DSC01978

DSC01973

Haa, lagi satu sebelum aku terlepas pandang, 14-7-2011 yang lepas, aku ada buat montage2 ala-ala Oscar dan ABPBH. Tapi kali ini agak mantop sikit kot bagi aku. Siang malam aku berenat lelah mancari tutorial macam mana nak kasi gempak Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulty Kejuruteraan Awam 2010. Tu semua aku guna Sony Vegas Pro 9 jugak. Aku nak upload kat sini tak boleh sebab aku tak upload kat youtube lagi, nanti senang2 aku buat la ye.. Dan gambar kat bawah ini sebelum rehearsal penuh berlangsung dekat DEWAN BESAR UiTMPP.

DSC01964DSC01965DSC01966

Aku rasa sampai sini je kot. Sebab aku nak post lagi satu entry. Nak lepas gian post entry malam ini, huahuahua…

p/s: ENCIK BEDAK SEJUK sangat merindui CIK PELANGI. <3

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping