Saturday, 10 December 2011

Segmen: Kaki Wayang nak review blog!

 

Harry Potter Header2

Assalamualaikum!

Waaa… dah lama den tak join segmen, oleh kerana busy dengan 6 final projek untuk final semester ini aku agak susah aku nak blogwalking. Tapi di Hari Sabtu yang hening ni aku nak join jugak sebab jeles my Sweetpie a.k.a Cik Pelangi punya blog dah hampir mencecah 600 follower sedangkan beliau baru aktif berblog bulan 7 yang lalu dan aku yang aktif lebih setahun ni masih lagi terkial-kial.[mungkin kurang tips kot] Cis, hot and spicy btol awek aku ni. Aku pun sengal jugak yang pergi tukar URL blog dah kenapa? Aiyaa!

Ok la. aku dah bagitau sebab kenapa aku nak blog aku direview. Nak naikkan trafik aku yang menjunam gara-gara tertukar URL. =..=”

Objektif segmen:

  • Berkongsi idea dan pendapat mengenai blog, design dan macam-macam lagi.
  • Sebagai salah satu promosi kepada blog anda secara tak langsung dapat menambah bilangan follower anda.

Kalau you all nak join ini antara syarat-syarat berikut.

1. Sila letakkkan "Segmen: Kaki Wayang nak review blog" sebagai tajuk segmen.

2. Copy header blog ini dan letakkan di dalam entri korang.

3. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen ini. 


Read more: http://informations-the.blogspot.com/2011/12/segmen-kaki-wayang-nak-review-blog.html#ixzz1g6AqixkE

Epic Cool &Awesome! :Pabila JARI TANGAN BERTAEKWONDO! [video]

 

IMG_0420

Masa aku kecik-kecik dulu [tak la kecik sangat] selalu aku main benda ni. tapi ibu jari aku jadi kepala! Kadang-kadang aku lawan dengan kawan-kawan mana yang sekepala. Teringat zaman kecik2. Aku ingat kami je yang gila. Tak sangka ada yang terpikir macam kami. Meh tengok!

HAHAHAHA! Part dia nak belah wafer tu tak boleh belah! He miss the hit! Epic Fail! but the creative of human being is AWESOME!

Friday, 9 December 2011

Duhai Wanita… Oh Lelaki. [Puisi Jumaat]

DUHAI WANITA..OH LELAKI...

muslim_man_and_woman_by_agent_ea-d2xhuea
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.


Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…

pompuan n lelaki
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan…
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…
Bahkan akan semakin membengkok…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…

Bila wanita menjadi derhaka… pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…
Tapi binalah kepimpinan…
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya…
Jinakkan diri kepada ALLAH…


Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu…
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah

Notakakicagu: berazam memperbetulkan diri, untuk masa depan bakal isteri dan anak-anak. : )

Wednesday, 7 December 2011

Tuesday, 6 December 2011

Haram: Jakim sahkan HP Sauce & Tobasco Sauce Haram?!

 

Bab* bab* bab*! Tak habis-habis dengan isu bab*!

MasyaAllah! Dunia-dunia!

Nasib aku tak pernah makan, nama pun tak pernah dengar kot. Sos Kimball je aku makan. Heee!

hp sauce haram!

sumber: Oh! Media.my

Epic Tragis: Lapan Ferrari dan Satu Lamborghini Berlanggar!

 

langgar

TOKYO - Lapan buah kereta sport Ferrari, sebuah Lamborghini dan dua buah kereta Mercedes berlanggar di sebuah lebuh raya di Shimonoseki, tenggara Jepun kelmarin.

Menurut agensi berita AP, polis menyatakan perlanggaran itu disebabkan salah seorang pemandu sebuah Ferrari itu cuba untuk mengubah laluan sebelum kereta tersebut merempuh penghadang jalan.

Kereta Ferrari itu kemudian berpusing di lebuh raya tersebut.

Beberapa buah kereta lain berlanggar kerana cuba mengelak Ferrari tersebut.

Tiada seorang yang cedera serius dalam nahas itu tetapi polis di wilayah Yamaguchi menyatakan 10 orang dirawat kerana mengalami luka.

Menurut polis, 14 buah kereta terlibat dalam nahas itu.

Agensi berita AFP melaporkan bahawa kos perlanggaran itu melibatkan 300 juta yen (RM12.07 juta).

Harga kereta baharu Ferrari ialah lebih 20 juta yen (RM804,794) manakala Lamborghini berharga sehingga 30 juta yen (RM1.20 juta). – Agensi

sumber: kosmo.com.my

notakakicagu: Memang tragis! kalau aku dah menangis dah…

Takziah: Adik KFCM@Apex meninggal dunia.

 

Setiap yang datang pasti akan pergi. Ituah yang terjadi kepada keluarga penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex apabila adik kesayangannya, Mohd Amirul Izzat Che Mat yang baru berusia 16 tahun meninggal dunia akibat demam denggi kira-kira pukul 11.15 pagi semalam dan sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab

Adik-khairul-fahmi-565x423

Allahyarham pergi meninggalkan dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM

Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari.

“Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta.

“Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai,” kata Khairul Fahmi yang akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan kelayakan Sukan Olimpik Rabu ini.”

Kehilangan ini pasti akan meninggalkan kenangan pahit buat penjaga gol terbaik Malaysia yang bersusah payah menjaga gawang dari dibolosi pihak lawan. Kami harap ini akan membangkitkan dan memotivasikan Apex untuk lebih maju dalam arena bola sepak Malaysia seterusnya dapat menaikan nama negara kita.

Takziah buat keluarga Apex, moga Allahyarham Mohd Amirul Izzat tenteram di ’sana’ dan dirahmati rohnya,  al-Fatihah,

sumber: Mynewshub

Monday, 5 December 2011

LoL : Memo Buat Staff-Staff Sekalian

100-at-work

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-


Untuk maklumat staff sekalian,


a. PENGANGKUTAN
Sekiranya
anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.


b. CUTI TAHUNAN
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.


c. WAKTU LUNCH
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.


d. CUTI SAKIT
Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.
Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.


f. PEMBEDAHAN
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.


g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.


Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

credit to Dunia Macam-Macam

Sukan: Tiger Woods akhiri kemarau, juara di Chevron World Challenge

 

THOUSAND OAKS (California): Tiger Woods muncul juara di kejohanan golf Chevron World Challenge hari ini dalam saingan 18 pemain lelaki, sekali gus kemenangan pertamanya sejak 2009 berikutan skandal seks yang membabitkan bekas pemain golf dunia nombor satu dunia itu.
Woods yang bertanding 26 kejohanan sejak kembali beraksi tetapi gagal memenangi sebarang trofi kerana berdepan dengan pelbagai masalah, termasuk kecederaan dan kesesuaian dengan corak baru permainannya.

Dalam permainan hari ini, Woods berjaya bermain dengan cemerlang melakukan 'birdie' di lubang 17 dan 18, sekali gus berjaya memisahkan satu mata untuk mengalahkan bekas juara Masters, Zach Johnson dengan kelebihan satu pukulan.

tiger_woods_134857280_620x350

sumber gambar

“Saya berasa amat gembira," kata Woods selepas mendapat sorakan kuat apabila menyempurnakan birdie sejauh enam kaki pada lubang terakhir.
Dia kemudian berjabat tangan dengan Johnson, dengan peminatnya terpegun dan menyambut gembira dengan kejayaannya di gelanggang Sherwood Country Club itu.
Kali terakhir Woods menggengam trofi ialah di Australian Masters pada 15 November 2009. – AFP

Sumber

Notakakicagu: da bosan ngan chicks la tuh… haha

Sadis: Mayat bongkok bawah katil

 

mayat menyayat hati

HULU LANGAT - Mayat seorang warga emas ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila berada dalam keadaan membongkok di bawah katil dipercayai cuba menyelamatkan diri sebaik rumahnya di Kilometer 25.7, Dusun Tua, Hulu Langat di sini terbakar kelmarin.

Mayat Mohd. Ali Hassan, 67, ditemui dalam keadaan sedemikian di bawah katil yang terletak di ruang tamu rumahnya sebaik kebakaran pukul 10.30 malam itu dapat dipadamkan sepasukan anggota bomba.

Jurucakap polis memberitahu, mangsa bersendirian ketika kebakaran berlaku dan jiran tidak sempat menghulurkan bantuan kerana api marak dengan cepat.

"Terdapat saksi yang ditemui memberitahu, dia terdengar seperti bunyi litar pintas di rumah mangsa tetapi sebaik pergi, dia melihat api telah marak dan gagal menyelamatkan mangsa," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, mangsa sepatutnya tinggal bersama anaknya di Puchong sejak mengalami masalah kesihatan tetapi pada hari kejadian dia beriya-iya hendak pulang dan tinggal di rumahnya di Hulu Langat.

Menurut jurucakap itu, anak mangsa menghalangnya untuk pulang tetapi tanpa diduga mangsa telah mengambil teksi untuk pergi dan bermalam bersendirian di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, jenazah Mohd. Ali dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

sumber

notakakicagu: Sudah Takdir menentukan…

Sunday, 4 December 2011

LoL Video: Bila dua budak berkulit gelap menari di jalanan…

 

Apa perasaan anda bila tengok dua kanak-kanak ini…

Yang gemuk tak boleh blah… =..=”

Epic LOL: Jenis Kentut dan Personaliti.

 

Fart_Lighting

Tak Jujur:                 Orang yang kentut dan salahkan orang lain.

Bengong:                 Orang yang tahan kentut berjam-jam

Yakin dengan diri:   Orang yang kentut dengan lantang.

Sadis:                       Orang yang kentut dalam selimut dan kibaskan baunya.

Strategik:                 Orang yang sembunyikan bau kentut dan ketawa dengan kuat.

Misterius:                 Orang yang kentut tapi tak dapat dikesan

Gugup:                      Kentut apabila disergah

Periang:                    Kentut pelan-pelan selepas itu senyum sorang-sorang

Pemalu:                    Kentut terkepit-kepit

Anda berada dalam golongan mana… (proot!!)

KISAH MARYAM DI KEBUMI OLEH MALAIKAT DAN BIDADARI SYURGA

 

cantik

Nabi Isa adalah nabi yang dilahirkan tanpa ayah dengan izin Allah dan Maryam adalah ibu yang telah melahirkan, menjaga dan mendidik Nabi Isa dengan penuh kasih sayang. Suatu hari Nabi Isa telah bekata kepada ibunya, “Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu, marilah ibu besama saya”.

Setelah berkata demikian, maka berangkatlah mereka menuju ke gunung Lebnon. Apabila sampai di gunung tersebut, maka Nabi Isa dan ibunya berpuasa di siang hari dan mendirikan solat di malam hari. Makanan mereka terdiri daripada pohon kayu dan meminum air hujan sahaja.

Setelah sekian lama Nabi Isa dan ibunya tinggal di gunung tersebut, maka suatu hari Nabi Isa turun dari gunung tersebut untuk mencari daun kayu untuk mereka berdua berbuka puasa. Setelah Nabi Isa turun ke bawah, datanglah malaikat menghampiri Maryam dan berkata, “Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari”.

Sebaik saja Maryam melihat orang yang memberi salam itu, maka Maryam berkata, “Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut mendengar suaramu”. Malaikat tersebut menjawab, “Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik anak kecil, orang tua atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa (Izrail)”.

Mendengar penjelasan malaikat maut, maka Maryam bertanya, “Wahai malaikat maut, apakah tujuan kamu ke sini? Adakah kamu mahu menziarahi aku atau pun mencabut nyawaku?” Izrail menjawab, “Wahai Maryam, kedatanganku adalah untuk mencabut rohmu”. Maryam yang mengetahui ajalnya sudah hampir berkata lagi, “Wahai malaikat maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?”

Malaikat maut memperjelaskan perintah Allah yang memerintahkannya untuk menjemput roh Maryam dan beliau tak dapat mengsia-siakan walau satu saat. mendengar penjelasan Izrail, dengan hati yang ikhlas, Maryam berkata, “Wahai malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah, oleh itu laksanakanlah perintah itu dengan segera.” Izrail segera mendekati Maryam dan mencabut rohnya.

Selesai waktu Isyak yang akhir, Nabi Isa pulang dengan mendaki gunung tersebut dan membawa bekalan berbuka puasa. Beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat dan menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Beliau meletakkan bekalan makanan untuk berbuka puasa dekat dengan ibunya lalu beliau berdiri menghadap kiblat. Setelah sekian lama, beliau memanggil ibunya untuk berbuka puasa dan mengerjakan ibadah tanda syukur kepada Allah, namun beliau melihat tak sedikit pun makanan terusik oleh ibunya walau dua pertiga malam telah berlalu.

Nabi Isa memanggil lagi ibunya, “Assalamualaiki ya Ummaahu”. Oleh kerana fajar telah menjelma dan ibunya tidak lagi bangun, maka beliau menghampiri ibunya dan meletakkan pipinya pada pipi ibunya lalu menciumnya sambil menangis dan berkata, “Assalamualaiki ya Ummaahu. Malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah”.

Setelah Nabi Isa berkata demikian, maka menangislah para malaikat dan para jin yang berada di sekitarnya dan bergoncanglah gunung di bawahnya. Kemudian Allah mewahyukan kepada para malaikat, “Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?” Para malaikat berkata, “Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui”. Setelah itu tiba-tiba kedengaran satu suara berbunyi, “Wahai Isa, angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu telah meninggal dunia dan Allah telah melipatgandakan pahalamu”.

Sebaik sahaja Nabi Isa mendengar suara tersebut, maka beliau sambil menangis berkata, “Siapakah yang akan menjadi temanku tatkala aku sunyi dan di kala aku menangis? Siapakah yang dapat aku ajak berkata-kata dan siapakah yang dapat membantu aku dalam ibadahku?” Kemudian Allah mewahyukan kepada gunung yang bermaksud, “Wahai gunung, nasihatilah Ruh-Ku (Isa A.S.)”.

gunung_agung-01

Berkata-katalah gunung tersebut dengan izin Allah, “Wahai Ruh Allah, apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang menggembirakan?” Setelah mendengar nasihat gunung, lalu Nabi Isa turun ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil dan meminta pertolongan mereka untuk menguruskan jenazah ibunya. Namun mereka tak mahu menolong Nabi Isa kerana takut pada ular-ular besar yang ada di gunung tersebut.

Nabi Isa dengan perasaan hampa naik kembali ke gunung dan beliau melihat dua orang pemuda yang sangat kacak rupa parasnya lalu beliau memberi salam dan meminta pertolongan mereka untuk memakamkan jenazah ibunya. Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu, “Aku ini sebenarnya adalah malaikat Mikail dan sahabatku ini adalah malaikat Jibril. Aku ada membawa ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandikan dan mengkafankan ibumu”.

Setelah itu, malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung. Selesai sahaja kerja memandi dan mengkafankan dilakukan oleh para bidadari syurga, mereka menyembahyangkan jenazah Maryam dan mengebumikannya. Lalu Nabi Isa berdoa kepada Allah, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikit pun urusanku yang tersembunyi dariMu. Ibuku telah meninggal dunia sedang aku tidak menyaksikannya sewaktu dia wafat. Oleh itu izinkanlah dia berkata sesuatu kepadaku”.

kubur

Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Isa, “Sesungguhnya aku telah memberi izin kepadanya”. Nabi Isa lalu pergi ke kubur ibunya dan berkata, “Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimanakah pula kedatangan Tuhanmu?” Dengan izin Allah Maryam berkata, “Tempat pembaringanku dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat, sedang aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa Dia telah menerimaku dengan rela”.

Berkata Nabi Isa lagi, “Wahai ibu, bagaimanakah rasa sakitnya mati?” Ibunya menjawab, “Demi Allah yang telah mengutuskanmu sebagai nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang lagi rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa malaikat maut yang belum hilang dari pandangan mataku. Alaikas salam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat“.

kredit to: DUNIA MACAM-MACAM

SEPULUH (10) SURAH MUSTAJAB DARI RASULULLAH S.A.W.

al-quran

SEPULUH SURAH MUSTAJAB DARI RASULULLAH
Semuanya dengan izin Allah S.W.T...

1. SURAH AL-FATIHAH


Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN


Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


3. SURAH AT-DHUHAN


Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI'AH


Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.


5. SURAH AL-KHAUTHAR


Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.


6. SURAH AL-KHAAFIRUUN


Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.


7. SURAH AL-MULK


Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..


8. SURAH AL-IKHLAS


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."


9. SURAH AL-FALAQ


Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.


10. SURAH AN-NAS


Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

SUMBER: Pemaniskata.blogspot.com

Epic LOL! :Cinta Muka Buku | Islamic version

 

najwa-latif1

credit to GOOGLE: alahai tomeinye si wawa ni…

Cinta Muka Buku by Najwa Latiff edisi Islamik
(90% kebenaran realiti facebook)


Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku ♪♫
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu...000.. .
FITNAH dunia atasku ♪
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah bersalah tak menentu
oohh.. takot fitnah ke atasku..♫


Banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja.
Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..♪

Pabila kau bermanis kata padaku
Ku rasa sesuatu yang tak perlu Oooo…
Ini cinta penuh nafsu
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu rasa sesuatu Oooo…
Itu hanya cinta nafsu, cinta di muka buku..♪

Bagaimana harus bersua
Ku rasa lebih baik lupakan saja
kau dan aku masih remaja
tidak perlu memikirkan cinta sahaja
banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja...

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..
cinta di muka buku..♪

kredit to who edited this lyric! You mad bro…?

notakakicagu: Jangan marah ye najwa, gurauan saje…

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping