Wednesday, 30 November 2011
Wordless Wednesday #6 | Searching for the NEW Laptop.
Wednesday, 23 November 2011
Susu Full Cream dan Vico Tabur.
Kadang-kadang kepala aku masuk angin bila minum susu. Memandangkan aku dah beli 2 kotak susu Dutch Lady Full Cream masa hari Ahad lalu aku kena habiskan jugak. Ini baru satu kotak dan aku kena habiskan hari ini gara-gara maximum consuming hanya 3 hari sahaja. Oleh kerana aku tak lunch sebab housemate aku membuta kala hujan ditengah hari. Aku buat resipi sendiri yang amat mudah dan you all boleh buat sebenarnye.
Aku jenguk dapur yang dah lama tak berasap tu. Ambil susu kotak Dutch Lady 1 liter. Pour that milk into a glass. Aku dah serabut. Takkan nak minum susu je. So aku ambil Vico with Cereal yang entah sapa punya, [tak baik membazir], aku tuang serbuknya dalam susu tu. Nak gaul ke tak?
Then idea datang sendiri, oleh kerana aku suka makan serbuk milo masa cuti sem, kadang-kadang aku makan serbuk milo makan dalam bilik sembunyi-sembunyi.
Bila aku makan errr… minum…. makan… ermmm…not bad at all… cuba lah ye… hee
notakakicagu: Aku tak nak bertanggungjawab sekiranya you all yang mencuba menghadapi sebarang masalah sebelum, semasa dan selepas mencuba resipi ini.
Epic Humor: Pemain Antarabangsa ucap tahniah pada pasukan Harimau Muda [Video]
Haha! Memang tak boleh belah aku tengok video ni, Ronaldo yang gagap, Jackie Chan yang tak ada kena mengena dengan bola serta dianggap sebagai bapa Mesut Ozil. LOL!
Memang banyak video ubahan suara di Youtube. Kreatif!
NOTAKAKICAGU: rooney kacak??
Wordless Wednesday #5
Roundabout Burger yang Lazat lagi Besar.
Lama dah tak update. Aku agak busy bila masuk semester 6 ni. Banyak betul nak kena setel, tapi lagi banyak nota nak kena photocopy. Nasib la minggu pertama waktu kelas dipendekkan. Cik Pelangi pun tengah struggle dengan STPM dia. Good luck sweety…
-----------------------------------------
Semalam lepas kelas pukul 4, aku dan rakan-rakan pergi lah main futsal, dah penat-penat depa ini boleh ajak beli burger dekat Jalan Tengiri berdekatan dengan roundabout. Gerai ini dinamakan D’Legend of Roundabout Burger, yep! Memang legend dan berdekatan dengan roundabout.
sumber gambar dari facebook D’legend of Roundabout burger
(bukan waktu sebenar)
Bila sampai aku tengok dekat menu dia, masyaAllah, banyak betul, you all nak daging unta pun boleh. Aku dengan 3 orang lagi just pilih yang paling murah tapi set besar la, lagipun masa tu baru keluar duit untuk futsal, cukup untuk set besar yang murah.
Aku perhatikan cara memasak mereka memang unik, dengan pelbagai inti dalam menu yang kami pilih, basic menu memang ada, tapi ditambah lagi dengan potongan hotdog yang digoreng dengan hirisan bawang merah, bijan, dan inti lain dalam burger seperti nenas dan bermacam lagi. Pergh, terliur jugak aku. Kalau yang special entah macam mana pulak ea, ini baru menu yang biasa.
Oleh kerana raga motor yang penuh dengan beg kasut futsal masing-masing, maka kebarangkalian untuk burger yang kami beli untuk penyek memang ada. So kami main bedal je laa… itu yang burger kami macam tak elok tu, apa-apa pun makan je la bila dah lapar.
Take off set.
In-situ set ( set ini kalau you all makan kat situ)
sumber gambar: facebook D’legend of Roundabout Burger
Kami beli burger itu dalam pukul 6.20 petang, dan menikmatinya dalam pukul 9.00 lepas semua solat Isyak. Still hangat lagi makanan ini.
Set ini berharga RM18.00 , dan burger daging, besar dan boleh kongsi empat orang. Take-off set selalunya tak berapa elok hiasannya, yela, dah la letak dalam raga moto, depa ini main bedal jee… Kalau you all makan kat situ jugak hiasannya lebih cantik. : )
Sedap, bulan depan depa plan nak beli lagi. Aku on je, maybe nak try yang special. Aku dengar kat Sunway Pasific Penang ada SUBWAY! pergh… Tak tahan aku tengok sandwich dia yang besar tuh. Puas makan tuh… BTW, D’Legend of Roundabout Burger ini tak kurang hebatnya dan selain itu, BurgerBoy yang menawarkan burger besar seperti ini juga ada di Penang cuma aku tak sempat nak merasa.
Sunday, 20 November 2011
Sampai Penang sudeh…
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum…
Pagi ini aku baru je sampai Penang dalam pukul 5.30 terus mesej Cik Pelangi, sampai dekat rumah sewa dengan penuh mengantok tapi aku tahankan jugak untuk solat subuh dan kemas barang-barang, kalau aku sampai awal semalam ke xde la kelam kabut macam ini. Pukul sebelas nanti dah kena pergi daftar NR (non-Resident) di Dewan Makan Kristal. Kompem lepas itu pergi lunch.
Aku tak sempat nak jamah apa-apa bila sampai dekat stesen Butterworth. Aku just nak balik rumah untuk berehat walau dah tidor lena dalam bas (nyenyak ke?) Sakit kot badan aku. Nasib la aku dah standby cokelat. Nyum2…
Nampak sodap kan? Tengok tu.… FUUUUU! Lagi pun abang aku yang rekemen cokelat ini. dia pun minat cokelat weyh… haha… so do me. Sebab cokelat ini boleh hilangkan stress dan kalau tak silap dia memproses hormon untuk kita happy, ye kot, aku bukan pandai sangat bab biology ini. hehe… yang ini lagi best….
Sedap tak sedap tak! Abang aku kata cokelat dia PURE! tak macam cokelat lain yang terlalu manis dan bahaya untuk kesihatan. Aku tak nak hilang kaki kena kencing manis! Tak sanggup woo. Nak pakai lama tuuuu…
Cik Pelangi sayang, jangan jeles ok!
Notakakicagu: Lepas ini wa nak cuba eskim Magnum almond pulak… ngidam thou! Nak makan Tutti Fruti tak mampu… haha
Friday, 18 November 2011
Cute! : Doraemon and the Gang di Dunia Realiti
Iteww dah lama tak tengok cite doemon ni… [gedix siot]
Comel bukan main terutama Sizuka!! Oh, aku jatuh cinta! [marah Cik Pelangi nanti]
notakakicagu: Giant tak berapa real sangat dan Sunyo tak muncung macam dalam cerita… ==”
Genius!: Beg tangan Berfungsi Menjadi Pelana Basikal.
Agak tergamam aku tengok inovasi ini. Sangat genius. Tapi kalau dah terkentut masa berbasikal dan lepas itu anda kepit beg tersebut dengan…bau kentut anda sendiri… BAYANGKAN…! eww..
Sumber: Brook
notakakicagu: ada sape berniat nak beli? Ladies? ==”
Epic!: Iklan Selamatkan Bumi yang LOL [Video]
LOL! Tak boleh blah punye iklan! haha
notakakicagu: nobody will survive in the end of this world… True Story.
Wednesday, 16 November 2011
EPIC! Sejarah Permainan Video: Call Of Duty. [VIDEO]
Selain Battlefield, Call of Duty juga merupakan permainan video bergenre kan shooting dan mempunyai sejarahnya tersendiri. Aku juga antara peminat setia permainan video ini. Atas permintaan admin Citeje.com yang jugak peminat COD, aku update kan jugak.
Bak kata beliau, story line nya lebih panjang dan dramatik. Di mana ada plot dan mission yang begitu WIN bagi aku. Tak seperti Battlefield yang hanya best dimainkan di dunia ONLINE. Dengan grafik yang tidak kurang hebat, story line yang panjang dan membuatkan pemain berpeluh-peluh memegang keyboard dan mouse [Macam da pernah rasa je]
Call of Duty (1)
Call of Duty: World at War
Call of Duty 4: Modern Warfare
Antara game COD, aku dah main COD 2 dan COD: Modern Warfare. Modern Warfare 2 belum sempat merasa gara-gara spekulasi laptop yang macam harem. Bak kata entry terdahulu,kurang-kurang APES menjadi playground aku untuk bermain permainan video yang bergrafik tinggi.
Print Screen dari gameplay Modern Warfare 3.
Baru-baru ni Call Of Duty: Modern Warfare 3 menjadi taruhan Activision untuk bersaing dengan Battlefield 3. Dan you all boleh tengok di entry ini sebab aku dah lama post. heee…
Untuk lebih lanjut mengenai listing Call of Duty >>> Wiki
notakaicagu: video di atas berdurasi 45.01 min, lebih baik download je sapa yang pakai IDM tu… auto kan? heee peace!
EPIC! Sejarah Permainan Video: Battlefield.
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.
Lepas asar tadi aku tengok video kronologi permainan video Battlefield dari Electronics Art. Yes, aku merupakan seorang kaki game dan genre shooting antara permainan video kegemaran aku. Counter Strike aku tak berapa minat sangat. Sebab Battlefield lebih advance termasuk lah COD: MW tapi COD: MW hasil tangan pesaing mereka.
Codename Eagle
Bermula dengan Code Name Eagle, syarikat permainan video DICE (Digital Electronics Creative Entertainment) telah melancarkan permainan video tersebut pada tahun 2002 lagi untuk platform PC sehingga ke hari ini syarikat ini semakin berkembang di bawah naungan Electronics Art dan melancarkan satu lagi permainan video dengan Frosbite Engine yang diberi nama Battlefield 3.
Battlefield Vietnam.
Battlefield 2
Battlefield 2: Bad Company 2
Battlefield 2142
Aku dah tekad nak angkat Desktop Apes yang mempunyai spec yang WIN untuk main game Battlefield 3 yang memerlukan grafik tinggi, begitu juga dengan internet speed yang tinggi untuk online gaming BF3. Serius awesome!
Enjoy!
Hari kedua bersama Cik Pelangi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini aku nak update entry permintaan Cik Pelangi tentang temu janji kami yang kedua selepas beliau susah payah mengemaskini entry temujanji yang pertama dulu. Ia berlangsung pada tarikh 14.11.2011.
13.11.2011
Aku agak kalut masa ini. Sebab tiket ke Kluang tak beli lagi. Selalunya aku tumpang rumah akak aku yang dekat dengan Stesen KTM Kulai. Hampir 1km jugak. Tapi aku relax. Siap jalan-jalan dengan emak aku pergi rumah makcik dan makan sampai 4 kali tambah. Lauk kurma ayam lak tu( Seyes aku tak rasa apa-apa)
Petang tu, akak aku dah standby, aku pun. Jadi, kami gerak ke Kulai dan terus ke Stesen, brader yang jual tiket kata tiket pukul 9.00 boleh beli pukul 8.00 pagi esok. Aku terus setuju dan balik sambil fikir aktiviti apa nak buat dengan minah sorang ni. Haha. Aku decide aku akan naik kereta abang ipar yang selalu pergi kerja pukul 8.00 pagi. Sambil-sambil tu boleh isi perut kejap.
14.11.2011
Pagi itu, Cik Pelangi kejutkan aku subuh. Seronok dengar suara dia tiap pagi.Serius tak tipu. Pukul 7.54pagi aku dah gerak dengan abang ipar aku. Tengok kaunter masih tutup aku terus gerak ke gerai makan. Nasi lemak dan nescafe tarik jadi pilihan. Sayang tak habis nescafe tu aku minum sebab manis sangat. Cis.
Dia (Cik Pelangi) mesej beliau sedang mendaki Gunung Lambak…Dan aku …(???) Apa lah dia buat pagi2 dah mendaki masa hari date. Kalau ye pun tunggu la aku. Cis.
=======
Aku sampai di Kluang pada pukul 10.07 minit pagi dekat stesen Kluang. Hampir 50 minit dari Stesen Kulai. Terus aku mencari kereta Kancil beliau dan tersenyum sambil menghampiri. Aku agak tak ingat masa ini, hampir keawangan sebab angau dalam kepala(bukan tungau ok) Aku agak seriau bila dia drive. Kalut. Mana aku tak bising. Laju bukan main. Bukan aku tak nak drive tapi jalan Kluang aku tak expert sangat. Maybe date ketiga aku drive insyaAllah. Kami tanpa buang masa terus ke Kluang Mall dan cari parking sambil berbual hal merepek. Biasa la kan. Sekepala.
Pukul 10.27…mana kedai dalam Mall tu bukak semua pun. Jadi kami lepak dulu sambil kira berapa banyak kereta yang ada. (Jangan risau, kami tak buat apa pun) Patung Domo yang aku berikan dulu sebagai hadiah hari jadi, aku ambil dan semburkan minyak wangi Chances dari Silky for Men di setiap penjuru. Sebab dia merengek kalau tak dapat bau minyak wangi tu malam2. Jadi dengan kereta2 sekali aku sembur. Angau la katekan.
Kami gerak ke dalam Mall sambil bawak laptop dan kertas soalan STPM yang lepas2. Supaya tak buang masa sangat.(Yeke? bukti dibawah)
^Bukti beliau study di kala DATE^
Aku pulak sambil2 transfer movie kegemaran aku yang dia nak tengok sangat lepas STPM nanti. Chuck dan How I Met You Mother. Haa.. Amik! haha
Lepas itu kami gerak ke Song Box. Satu jam kami melalak dalam tu. Tak sangka aku boleh catch up dengan suara Ukay’s dan Tam Spider tapi aku kalah dengan Faizal Tahir(ciskek) sampai serak suara. Dia pun layankan aje. Konon tangkap feeling. HAHAHA.
Lepas itu, kami bercadang nak tengok wayang pulak, tapi masa tak mengizinkan disebabkan duration movie yang agak panjang dan kami ada masa dalam 4jam lagi. Boleh pulak dia nak karok satu jam. Aku layankan. sebab kat Kluang Mall agak bosan. Dia masuk je dapat mic terus layan lagu. Kerja aku tangkap gambar walaupun kamera tak berapa terang. Cis. Aku dengarkan aja dia melalak, boleh tahan. HAHA. Aku nak nyanyi lagi pun da serak suara.
Masa yang berbaki 10 minit nak habis, kami terus keluar, haa.. satu masalah kat situ bila dia lupa di mana dia letak tiket parking. Padahal dia yang pegang sejak dari keluar kereta dulu. Kesian betul sayang aku ni… HAHA. Nasib jumpa, suka letak sepah2. Angau la tuh…
Kami gerak dari Kluang Mall, dan dia bawak aku jalan2 sekitar Kluang. Tunjukkan aku mana tempat dia selalu parking kereta kancil dekat sekolah. Port parking beliau kalau nak tahu tuan2 dan puan, mesti sebelah tempat buang sampah. Itu sebab aku sembur minyak wangi aku kat dalam kereta dia. LOL
Makan adalah perkara wajib bagi kami. Terutamanya kepada beliau. ABC dan Cendol merupakan menu utama yang disebut2 sejak perancangan temu janji kedua ni. Jadi kami ke Warung Warisan (kalau tak silap aku) dimana warung dia selalu makan ABC. Aku yang tengah lapar ini kena la makan nasi. So lauk asam pedas ikan pari tersedia masa tu, Pergh! Faveret and perfect timing laaa… Memang sedap, ditambah lagi dengan cendol dan ABC kan dengan harga yang berpatotan. Awesome! Tak macam first temujanji dulu dengan makan Pizza Hut yang mahal nak mati. Tapi tak pe, first time kena grand sikit.
Perot dan kenyang hati makin senang, bak kata orang. Tapi bagi kami, tak sebenarnya. Masa untuk kembali ke JB makin suntuk. Aku makin risau. Muka dia lagi laa.. So kami nak tenangkan fikiran, kami ke Tasik Putih atau White Lake.
Waktu itu cuaca agak panas. Kesian aku tengok dia. Tak berapa sihat sangat sebenarnya. Tapi buat-buat sihat. Tahu sangat. Kami jalan pun tak jauh. Cari tempat redup sikit dan kat situ aku (buang angin) dan dia ambil gambar seberapa banyak yang boleh. Itu yang kami rancang sejak dulu. Yela, lepas ini entah bila dapat bertemu lagi. Hanya masa yang menentukan.
Sebenarnya tempat itu cantik, tapi aku lagi suka kalau waktu itu lepas hujan dan mendung. Macam dalam gambar atas tu. Dan kami pun berangan majlis kahwin nanti kami akan buat dekat situ sebab ada dewan disediakan. Boleh tahan. Masa semakin suntuk membuatkan aku semakin gelisah untuk kembali ke JB. ermmm
Aku tengok dia macam tak senang duduk, kami gerak ke kereta, masuk je aku sembur lafi minyak wangi aku. Dengan Headrest kereta, beg sekolah, aircond dan patung Domo dia aku sembur.
Kami rehat jap. Panas betul masa itu, nasib kereta tak manghadap matahari. Masa ini aku ambil kesempatan dengan memberikan pelbagai pesanan dari hati ke hati. Aku nasihatkan dia agar jangan lupa pada tanggungjawab dia, tak kira apa pun, aku nak dia baca dan jawab soalan STPM dia nanti dengan teliti. Yang paling penting aku ingatkan dia, jangan risau pasal hubungan, aku akan jaga dengan baik tingkah laku aku. Aku pun mintak maaf kalau sebelum ini aku ada sakitkan hati dia. Memang sebak hati aku tika dia hanya menjawab ‘Ye, b.’
MasyaAllah, lembutnya suara dia masa itu. Aku harap dia lah jodoh aku nanti. Aku harap aku lah orang yang bertuah akan sarungkan cincin perkahwinan di jari manis beliau yang mulus itu. Aku harap nama dialah yang aku sebut tika aku mengucapkan salam keramat dihadapan wali atau tok kadi nanti. : )
4.15 petang. Kami bergerak ke stesen bas Kluang tanpa aku berhenti menasihati beliau. Keadaan agak muram. Aku tak mahu kembali ke JB. Tapi apa gunanya aku menasihati beliau tentang tanggungjawab sedangkan aku pun punya tanggungjawab yang lagi besar sekiranya aku tak kembali ke sana. Lagi satu semester aku akan habiskan pengajian Diploma aku. SATU je lagi. Hal itu pun aku tekankan pada dia.
Sedang dalam perjalanan, kami melalui Kluang Parit (Kluang Parade) dan aku tanya sama ada dekat situ ada bowling atau tidak. Ada jawab beliau. Aduh. Aku da sangap nak main bowling. Kalau aku teringat tadi tak adalah serak suara melalak kat Song Box… ==”
Masa yang sentimental sudah tiba, sampai saja di stesen dia mula merengek. Aku paham kenapa. Dia berat nak lepaskan aku. Berat mata memandang, berat lagi kaki nak melangkah pergi taw. Aku tak jemu meluahkan perasaan dan nasihat masa itu. Sampai lah kami berada dalam bas. Bas yang sama masa temujanji pertama dia menghantar aku. Aku bergurau untuk meredakan hati dia. Agar dia ingat sampai bila-bila. Masa itu aku tak bazirkan dengan menatap wajah dia puas2 walaupun dia tetap tunduk. Cantik. : )
Dia terpaksa balik cepat disebabkan cuaca mendung. Seperti tahu apa yang perasaan kami waktu itu. Dan lepas aku lihat dia menghilang di sebalik susunan bas serentak dengan itulah hujan turun membasahi bumi. Menangisi perpisahan pada temujanji kedua kalinya.
To be continue…
Notakakicagu: Kepada Cik Pelangi, mungkin ada yang saya terlupa pada temujanji kali ini untuk ditulis, maafkan saya ye… Dan kepada pembaca, ini tulus dari hati, maaflah jika entry ini terlalu sentimental, mood jiwang gara-gara angau.