Friday, 12 August 2011

I`m Back…

 

Setelah sekian lama aku menghilang akhirnya aku kembali jua.. bukan pergi buat surgery muka gara-gara bedak sejuk, tapi sebab aku memang tak ada masa. Ini pun aku rehat kejap dari membina 3D City aku guna CINEMA 4D untuk projek Highway ECG304 aku. Itupun aku kena rebuild balik sebab software tu buat hal semalam masa aku tengah mengajar aweks2 guna software kat ROUTE 69. Memang sakit hati kot, dah besar dah Bandar 3D tu aku buat. Siap dengan civilian tengah jogging lagi beb ( riak kejap Smile with tongue out).

Sem ini pun aku banyak ke luar kawasan untuk SITE VISIT. Lepas aku pergi Teluk Segadas tu ari, aku ke K.L jumpa Malik a.k.a Aaron Aziz nak backup dia dari kena langgar dengan Shark (ok itu tipu). Actually aku pergi site visit ke SMART TUNNEL CONTROL CENTER, dan kami diarahkan untuk buat video berkenaan dengan hydaulic structure untuk subjek ECW301. Kat bawah ini adalah video yang aku buat siang malam dengan Mamat Hijau guna SONY VEGAS.

DSCF2527DSCF2582

Lepas itu rehat jap cuti sem, naik cuti ada lagi site visit, kali ini kat Tasik Raban pulak, kali ini untuk subjek ECG305 Surveying Practical pulak. Habiskan semua lab yang tinggal sebab bulan puasa tak ade nak berpanas tengah padang UiTMPP yang serba iindah tu.

Sian CIK PELANGI aku asyik kena tinggal je, sorry ye Ucuk. Beliau kena lah biasa dengan aku yang bakal menjadi jurutera yang memang sentiasa sibuk untuk masa depan rakyat Malaysia. (ayat drama pulak).

 

DSC01977DSC01978

DSC01973

Haa, lagi satu sebelum aku terlepas pandang, 14-7-2011 yang lepas, aku ada buat montage2 ala-ala Oscar dan ABPBH. Tapi kali ini agak mantop sikit kot bagi aku. Siang malam aku berenat lelah mancari tutorial macam mana nak kasi gempak Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulty Kejuruteraan Awam 2010. Tu semua aku guna Sony Vegas Pro 9 jugak. Aku nak upload kat sini tak boleh sebab aku tak upload kat youtube lagi, nanti senang2 aku buat la ye.. Dan gambar kat bawah ini sebelum rehearsal penuh berlangsung dekat DEWAN BESAR UiTMPP.

DSC01964DSC01965DSC01966

Aku rasa sampai sini je kot. Sebab aku nak post lagi satu entry. Nak lepas gian post entry malam ini, huahuahua…

p/s: ENCIK BEDAK SEJUK sangat merindui CIK PELANGI. <3

Comments
3 Comments

3 berkata-kata:

myra yusreena said...

welkem back! hehe

chocolate chips said...

miss u too dear :)

SiS NaD said...

Salam Inchik Bedaj Sejuk....

Alangkah bestnya sang bunga apabila diapit oleh 9 ekor kumbang... Hehe!~

P/ S : Errr.... Hydaulic or hydraulic? Ataupun air horlicks?Hehe!~

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping