Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum
Haa...sedapnya tidoq sebelum asaq tadi, dah la pas makan, tak kesah la gemuk ke tak, dah memang aku nak gemuk pun, tak kan nak kuruih keding ja macam ni, harap-harap lah berat aku tak turun,
Cakap pasai makan, selepas ja abeh meeting P'CES bersama pelajar DEGREE infrastructure tentang MFKA (minggu Fakulti Kejuruteraan Awam), aku terdetik hati bersama encik HIJAU a.k.a SHREK untuk ke McD, tak lupa juga kepada housemate aku Encik Lan untuk makan bersama. Dah sampai, aku pun pi lah kaunter, pilih punya pilih kat bahagian menu tu, dalam hati aku berkata ('asyik BIG MAC JE...pilih lain lah pulak) then terasa nak makan BIG n TASTY punya burger dalam set McValue lunch.
hA...Macam sedap, berger ini ala-ala BIG MAC tapi dalam versi kecik, tergugat iman tak...? dalam
entry lepas ada yang komen yang beliau sakit hati sebab aku letak gambaq CHEZZY WEDGES. HAHAHA... beliau berkata lagi yang beliau dah lama tak makan itu CHEEZY WEDGES yang sangat-sangat marvelous...kan kan kan
XAzryx??? HAHA...relax bro, t ang makan la lau ada masa noo...aduyai...
Dimulakan dengan Bismillah maka aku pun makan lah dulu fries yang tengah panas lagi mengiurkan, relax-relax2. Aku rasa macam dah biasa untuk makan yang paling sedap ini last-last, lagi eskim SUNDAE CHOC .........
OOOOOOHHHH...
Eskim ini sangat lah MARVELOUS dan menjilat jari...haaa...meleh ayaq liuq angpa suma, abes keyboard basah...eee...haha...aku bukan beli satu je, tapi DUA, untuk tunaikan janji aku pada cik tiqaa, sebab semalam beliau dah pun belanja aku CHEEZZY WEDGES, dan ternyata ketiga-tiga ini lagi sedap dari DURIAN...!!
Masa aku bagi beliau eskim tadi pun, mak aii...punya EXCITED dan senyum dia pun sampai ke telinga, cakap dengan aku pun dah naik gugup, haha...cian, ESkim punya pasal.
HAAA..? lagi kena rembat aku punya BERGER,.. kau tak ni berger paling mARVElous pernah aku rasa, sedap-sedap kau lantak sampai habis, kau muntahkan baliikkkk...dah la kau rembat cheezzy wedges aku semalam,, bertuah punya anak....haha...
Relax-relax, gimik semata-mata, sahaja bagi gempak, baru nak jemput you all makan, tapi...apakan daya. satu semester sekali aku limitkan makan McD ni, yelah, tak kan nak hari-hari kot, gila apa. Tapi kalau you all nak belanja, ehem2, di alu-alukan... hee...
Masa aku tengah makan juga tadi, aku check lah resit, agak terkejut aku kenapa ICE LEMON TEA yang aku order lagi mahal dari AYAQ COKE... ? tak ke pelik... aku ini memang jenis yang tak beberapa suka sangat air coke, sebab ada terbaca artikel yang coke ini umpama pencuci lantai. Dan dah pun terset dalam minda aku
Huh, pening. Terpana aku seketika, ahh, lantak lah, makan jangan berkira( dalam hati mampuih la duit aku) yang dah lepas tu lepas lah. janji kenyang....
nota kaki :: AKU MASIH MAHU ESKIM tu lagi...kali ini McFLURRY pulak....oh tidak...!!!