Friday 31 December 2010

2010 rest in memories...

LOCATION: Depan lappy, atas katil, Pangsapuri Idaman, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia
Time: 22minutes untill the new year 2011...

SELAMAT TAHUN BARU 2011...!!!

Kepada semua rakan2 dan ahli bumi sekalian, harap dengan azam dan tekad yang baru untuk mengharungi cabaran-cabaran yang bakal mendatang, jangan lupa untuk mengubah diri you all dengan perkara-perkara yang baik, means that penghijrahan yang bakal menlahirkan you all sebagai insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, insyaAllah.

Di tahun 2010, banyak perkara, hal, malapetaka, bencana, dan untung rugi yang pernah EBS lalui, malah you all semua pun sama kan? Cuma cara menghadapi situasi tersebut terpulang kepada individu masing-masing. Post kali ini agak serius sebab mood yang tak beberapa elok. Maaf ye. EBS sudah pun tekad untuk melupakan beliau, nak tahu sebab apa, bukan kerana orang ketiga, ke-empat dan sebagai-nya, tapi ini adalah kerana EBS seolah-olah dipinggirkan beliau, tapelah, EBS sedar EBS siapa, dulu EBS la yang beliau cari-cari, tapi sekarang umpama kulit kacang yang dilupakan serta dibuang entah kemana, ermm..

lupakan je lah, perkara biasa bagi EBS, ini juga merupakan salah satu bencana yang EBS terpaksa hadapi setiap tahun, ya..! PERKARA BIASA...biarlah, harap ada hikmah disebalik kejadian, moga akan hadir seseorang yang mampu mengubat hati ini, dan biarlah ia datang sendiri. EBS juga berpegang pada kata-kata seseorang yang EBS lupa namanya untuk "citation", yang mengatakan

"aku telah belajar untuk tidak perlu bimbang tentang cinta, tapi untuk menghormati yang datang dengan sepenuh hati"
dari ayat ini, mungkin you all kurang paham, tapi ia mengatakan kita tidak perlu bimbang tentang siapa yang akan kita cintai atau siapa yang akan mencintai kita, cuma kita perlu belajar untuk menghormati sesiapa pun yang datang dan pergi dalam hidup kita. Kerana, dengan penghormatan atau 'respect' kita kepada orang lain, secara automatiknya 'cinta' itu akan datang dengan sendirinya, dengan kata lain pucuk dicita ulam mendatang.

RESPECT atau HORMAT boleh dikatakan umpama magnet yang menarik cinta yang kepada seseorang. Oleh itu, tidak hairanlah, EBS mula menjadikan kata-kata ini sebagai penguat semangat dalam kehidupan dan EBS sangat-sangat berterima kasih kepada sesiapa yang mencipta kata-kata ini. dan dengan ini akan datang lah cinta yang sejati tanpa perlu EBS mencari-cari...

EBS menaip post ini dengan perasaan agak kecewa dan buntu, kerana baru sahaja sampai ke PENANG, tapi bencana masih lagi menimpa, mungkin ini semua ujian, agar EBS terus kuat dalam menghadapi cabaran akan datang dan tidak mudah cuai dengan apa saja di sekeliling kita.

AMEEN...


Ok lah, lupakan seketika episode sedih-medey tadi, kali ini EBS mahu menceritakan bahawa EBS telah pun melawat ibu kepada arwah ibu (nenek atau nama panggilan TOK YAM) di KLUANG,
setelah sekian lama EBS dan keluarga tidak menjenguk beliau dan suaminya dikampung, kali ini entah kenapa naluri ayah EBS hendak kesana, sudah pasti la EBS mencari peluang untuk ikut sekali, begitu juga adek-beradik EBS yang laen,

GAMBAR dibawah merupakn antara memories di tahun 2010 yang EBS mahu kongsikan bersama you all...

EBS bersama Tok Yam dan Tok Man ketika di Gunung Berlumut.

dating bukan main lagi... :D

keluarga Kakak ku yang turut serta.

keluarga Angah juga ada bersama

Tidak lupa juga kepada ayah dan ibu yang mengilhamkan ziarah ini setelah 15 tahun tidak menjenguk keluarga yang dulunya mahu mengambil dan menjaga EBS apabila Arwah Ibu Kandung EBS pergi meninggal kami semua.

Ini adalah antara kenangan manis di tahun 2010 untuk keluarga kami, kerana kami memang jarang menghabiskan waktu bersama, harap tahun 2011 nanti akan muncul kenangan-kenangan yang lebih manis, insya-Allah...

nota kaki--- EBS RINDU BELIAU... :'(
Comments
2 Comments

2 berkata-kata:

Anonymous said...

selamat tahun baru...semoga tahun ini menjadi satu lembran kenangan manis dismping menjadi seorang yg berguna utk agama,bangsa dan negara

Encik Bedak Sejuk said...

ebs>

thanks BOLOQUE...:D

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping